Ramai Yang Keliru Tentang Darah Haid Istihadah Wiladah Dan Nifas Jom Baca Ni Untuk Lebih Faham
Macam yang kita semua tau, seorang wanita normal pasti akan melalui beberapa keadaan di mana keluarnya darah dari bahagian faraj. Namun, ada 4 kategori darah yang mesti kita khasnya wanita ambil kisah sebab ada beza tau terutama dari segi hukum. So, kalau nak tau lebih detail mestilah kena baca sampai habis kan artikel ni. Walaupun ia agak panjang. Hihi.
Macam yang cikla tulis atas tu, ada 4 kategori atau jenis darah iaitu darah haid, istihadah iaitu darah penyakit, wiladah dan nifas. Jom kita list kan satu per satu supaya lebih mudah difahami dan dihadami. Haa, gitu.
Ramai yang keliru tentang darah haid, istihadah, wiladah dan nifas. Jom baca ni untuk lebih faham. Kredit foto Google.
1. Darah haid adalah darah yang keluar ikut kitarannya setiap bulan. Darah ni berwarna gelap, kelihatan lebih kenyal dan bau hanyir.
2. Darah istihadah adalah darah yang keluar di luar kebiasaan dan tak tetap waktunya. Darah ni warnanya cerah atau merah segar, cair dan tak berbau.
3. Darah wiladah adalah darah yang keluar masa seorang wanita itu bersalin. Untuk kes keguguran, ia tetap dikira wiladah dan wajib mandi. Macam tu juga kalau melahirkan secara pembedahan caesarean. Sama, wajib mandi.
4. Darah nifas adalah darah yang keluar selepas bersalin, iaitu sebaik sahaja rahim dikosongkan.
Apa pulak tempoh normal dan maksimum untuk 4 kategori darah tu pulak eh?
Untuk darah haid, tempoh minimum adalah 1 hari atau 24 jam, biasanya 7 hari dan maksimum 15 hari.
Bagi darah istihadah pulak, takde tempoh yang minimum atau maksimum sebab semua darah yang keluar di luar waktu kebiasaan haid atau bukan sebab melahirkan dikira istihadah.
Darah wiladah pulak tempohnya adalah sepanjang proses bersalin, manakala darah nifas bermula sebaik saja rahim dikosongkan, biasanya 40 hari dan maksimum 60 hari.
Seterusnya, adalah darah-darah ini dikategorikan sebagai hadas besar atau kecil
Pertamanya, penting untuk kita tahu yang 3 jenis darah ni iaitu haid, wiladah dan nifas tergolong dalam hadas besar. So, ia perlu disucikan melalui mandi wajib ya. Manakala, darah istihadah atau darah penyakit adalah hadas kecil. Maka, dalam keadaan seseorang wanita tu mengalami darah ini, dia masih wajib solat dan puasa di bulan Ramadan. Mereka hanya perlu membersihkan darah tu dan memperbaharui wuduk mereka setiap kali solat fardu
Apakah pulak larangan semasa haid dan nifas? Mungkin ada yang belum tau atau tak tau, larangan semasa haid adalah sama semasa nifas iaitu tak boleh solat, sujud tilawah, sujud syukur, bertawaf, berpuasa, iktikaf di masjid, membaca al-Quran dan bersetubuh.
Manakala semasa istihadah, sesorang wanita itu boleh melakukan perkara yang sama seperti wanita yang suci. So, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid dan nifas iaitu tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan lain-lain
Mesti kita macam senang je nak kenal dan bezakan antara darah haid, wiladah dan nifas. Tapi, untuk darah istihadah, ada ketikanya timbul ke'confius'an. So, ini adalah contoh untuk kes istihadah yang selalu jadi.
i) Palitan darah (the show) masa hampir melahirkan. Kalau tak mampu, dibolehkan solat secara duduk atau berbaring. Dan kalau ditinggalkan, mereka perlu menggantikan solat atau qadha' sebab keluar ‘tanda’ atau darah dari faraj belum dianggap sebagai nifas
ii) Darah masa ambil ubat perancang iaitu yang berlaku di luar waktu haid normal
iii) Darah yang keluar kesan dari membuat kerja berat, stres atau penyakit lain
iv) Darah yang keluar masa sedang mengandung dan ia bukan sebab keguguran
Ramai yang keliru tentang darah haid, istihadah, wiladah dan nifas. Jom baca ni untuk lebih faham. Kredit foto Google.
Bila wanita itu melahirkan dan bernifas, memadai niat hanya satu niat je atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas. Maknanya, dia tak perlu mandi dua kali; pertama akibat wiladah dan kedua akibat nifas, seperti yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, semasa berniat, niatkan dengan “Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)” atau “Sahaja aku sahaja aku menunaikan mandi hadas atau seumpama dengannya”.
Ada sesetengah keadaan di mana wanita tu confius sebab darah nifas dah stop lepas beberapa minggu dia melahirkan. Namun, dalam tempoh 60 hari tu pulak, darah keluar balik. Persoalannya, adakah darah ini dikira darah nifas atau haid? Haaa, jawab jawab. Hihi.
Untuk pengetahuan korang, Al-Kafi : 608 di Laman Web Rasmi Pejabat Mufti ada mengupas pasal benda ini. Ia menjelaskan, had maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari berdasarkan mazhab Syafie. Kalau berlaku suatu keadaan bila darah nifas berhenti dan naqa’ iaitu bersih tanpa darah selama 15 hari, pastu datang balik tapi tempohnya masih tak lebih 60 hari
Dalam keadaan ni, darah kedua tersebut tak boleh dikira darah nifas tapi ia adalah darah haid sebab wujudnya selang selama 15 hari suci. Bila darah yang kedua itu lebih 15 hari tapi masih belum lepasi kadar maksimum nifas iaitu 60 hari, maka ia dikira sebagai darah istihadah
Moga posting ni dapat membantu wanita yang masih confius mengenai hal ini. Kalau masih confius jugak, silalah dapatkan nasihat dari lebih arif dan pakarnya ya.
Kredit Penulis Asal.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2023/03/ramai-yang-keliru-tentang-darah-haid.html