Snorkelling Dan Aktiviti Ronda Pulau Di Pangkor





Hello assalamualaikum,
Okay, jom kita sambung cerita Jelajah Pulau Pangkor kita. Btw, korang tahu tak Pulau Pangkor sekarang dah pun berstatus Pulau Bebas Cukai? Ha menarik kan? Jadi, lebih banyak sebab untuk korang datang ke Pulau Pangkor! Sambil bercuti, boleh shoppinggggggg~ :p
Aktiviti hari kedua, dimulakan dengan kitorang di bawa pusing pusing pulau dengan menaiki bot sambil diperkenalkan dengan beberapa teluk, pulau kecil dan bentuk bentuk batu unik yang ada disekitarnya. Kreatif tau diorang ni bagi nama. Ada batu yang berbentuk epal, dinamakan Batu Epal. Ada yang berbentuk macam kepala ular, ada kelihatan macam penyu, ada berbentuk macam ikan paus, macam macam la. Bila tengok betul betul, memang nampak seakan haiwan ni semua. Unik dan menariknya ciptaan Allah ni kan

Aktiviti Air Di Pulau Pangkor
Kitorang ada juga singgah di beberapa teluk. Antaranya Teluk Segadas, yang mana menjadi tempat pilihan orang ramai untuk tapak ber- camping. Kalau korang berminat nak camping di Teluk Segadas, harganya cuma serendah RM25 sahaja seorang. Best tau camping camping ni. Teringat pulak pengalaman camping masa dekat Pulau Kapas. Boleh la try camping dekat sini pulak next time





Kami juga di bawa pusing pusing tengok kawasan perkampungan nelayan dan kawasan bahagian parking bot bot besar nelayan. Dapat kenal juga jenis jenis bot tunda. Ada yang untuk ikan biasa, ada untuk ikan bilis, ada untuk bahagian perairan berdekatan, ada yang boleh pergi jarak lagi jauh bahagian laut dalam. Even warna pun bawa makna berbeza beza. Sempat juga dapat tengok diorang keluarkan ikan dari jala dan macam macam lagi. Susah yee nak dapatkan hasil laut. Dengan risiko keadaan laut yang tak menentu lagi. Makanya, jangan la komplen dah ikan mahal haha. Struggle ye diorang nak tangkap ikan. Tu belum lagi bab mencandat sotong. fuhh

Selesai main pusing pusing, kami akhirnya di bawa ke kawasan snorkelling iaitu di Teluk Nipah. Sempat la mandi manda sekejap dekat sini, tengok tengok ikan. Cuma disebabkan baru lepas hujan, jadi keadaan air macam kurang clear sikit. Tapi still syok la dapat main main dengan ikan hehe

Btw, sop terbaru sekarang ni, kalau nak sewa snorkelling punya equipment, korang diwajibkan untuk beli snorkel tube tu. Kiranya lepas dah habis aktiviti, boleh la bawa balik tube tu. Ini ialah bagi mengelakkan risiko jangkitan apa apa penyakit la. tak semestinya covid semata mata



Selesai aktiviti snorkelling, kitorang sempat singgah makan tengahari di Pulau Giam sebelum bergerak balik semula ke resort. Setel makan, balik dan bersiap siap untuk pusing pusing pulau bahagian darat pula!

Btw, untuk aktiviti snorkelling, boleh hubungi SF Watersports Centre untuk booking ya;

Website : www.sfwatersports.info 
Tel : 05-685 2227
email : [email protected]
Masjid dengan seni bina menarik di Pulau Pangkor
Korang tahu tak, dekat Pulau Pangkor ni ada 2 masjid dengan seni bina yang unik dan sangat cantik



Yang pertamanya, Masjid Al Badr Seribu Selawat. Masjid ni juga digelar masjid terapung kerana dibina diatas laut. Seni bina masjid ni menarik dengan terdapatnya banyak tulisan selawat di setiap inci dinding masjid. Cantik sangat dipenuhi tulisan khat.





Untuk masuk kesini, adalah diwajibkan untuk memakai face mask. Jadi sila patuhi arahan okay?





Seterusnya, kitorang ke Masjid Sungai Pinang Kecil. Seni bina masjid ni memang sangat unik dengan ada nya elemen cina. Sebab tu orang sini menggelarkan nya Masjid Cina.









Tapi sayangnya, masa kitorang datang tu, masjid ni di tutup. Ianya hanya dibuka pada waktu solat sahaja. Bila selesai solat, terus ditutup dan dikunci. Jadi nya kitorang cuma dapat ambil gambar dari luar je. 

Tengok dari luar pun dah cantik. Curious nak tahu macam mana bahagian dalam nya. Hmm nak kena datang lagi nampak gayanya ni

Kitorang sempat juga singgah sekejap di Dutch Fort (Kota Belanda). Ianya telah dibina pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah. Ianya telah musnah sekali, pada tahun 1690 disebabkan rakyat tempatan ramai yang tak bersetuju dengan cara bijih timah itu diperoleh. Namun, kota ni kemudiannya di bina semula pada 1749. Itu serba sikit la sejarah tentang Kota Belanda ni. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan negeri Perak untuk memajukan kawasan ini dan mengangkat ia sebagai salah satu tumpuan pelancongan. Dan ianya kekal sehingga ke hari ini


Tapak Penyu Bertelur di Pulau Pangkor
Lepas dah habis belajar sejarah sikit, kita terus ke Tapak Hatcher Insitu Penyu pula untuk tengok cara bagaimana penyu penyu disini di jaga dan dipelihara oleh Pak Lang




Pak Lang cakap, penyu ada keistimewaan dimana, dia boleh ingat the exact spot dimana dia bertelur dan akan kembali kesini setelah 20 tahun. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab Pak Lang untuk pastikan lokasi tempat ianya bertelur itu diwartakan dan takkan terjejas supaya nanti penyu tu boleh kembali kesini. Takde la dia merajuk nanti hehe. 
Usia sebulan
Usia 2-3 tahun
Seronok dengar cerita tentang penyu. Katanya, disaat telur menetas, baby penyu biasanya akan terus berenang ke laut dan berenang di permukaan air selama seminggu. Masa tempoh seminggu ni la biasanya saat genting untuk menentukan sama ada ia akan survive atau tak. Hanya 10% yang survive dan selebihnya di sambar burung ataupun di makan ikan besar. Penyu ni ada kebolehan menyimpan makanan dalam perutnya selama seminggu sebelum dia kemudiannya akan mula berenang ke dasar air untuk belajar cari nak menyorok nyorok daripada pemangsa dan untuk mencari makan sendiri

So itulah dia, serba sedikit circle of life seekor penyu hehe. Menarik kan

Comel comel je penyu dekat sini. Tapi tak boleh sentuh ye. Tengok je boleh. Kalau datang ke Pulau Pangkor, make sure korang singgah ke sini and say hi to penyus penyus. Bayaran masuk hanya RM5.00 sahaja.

Okay, kita sambung cerita aktiviti terakhir kita, iaitu ATV dalam entri lagi satu okay? Sebab banyak gambar nak letak hahaha. Bai bai see you

【 Baca tentang aktiviti Feeding Hornbills dan tempat penginapan kitorang di Pangkor Village Beach Resort di post ini : http://blog.farahdafri.com/2020/08/jelajah-3-hari-2-malam-di-pulau-pangkor.html 】
Infos 

Snorkelling service 
Website : www.sfwatersports.info
Tel : 05-685 2227
email : [email protected]

Tapak Hatcher Insitu Penyu
Bayaran masuk : RM5

Lagi entri berkaitan Pulau Pangkor :
- Aktiviti Feeding Hornbills & Penginapan di Pangkor Village Beach Resort [BACA]
- Aktiviti ATV di Pulau Pangkor [BACA]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.farahdafri.com/2020/08/snorkelling-dan-aktiviti-ronda-pulau-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jelajah 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor Pulau Bebas Cukai

Jelajah 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor Pulau Bebas Cukai

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 734 hits
Hello assalamualaikum Korang dah mula jalan jalan Cuti Cuti Malaysia ke Ramai yang ambil kesempatan untuk pergi short vacation masa hujung minggu kan Seronok tengok sebab dengan cara ni dapatla bantu ekonomi negara kita pulih semula Tapi ja...
Pengalaman Bermain Atv Di Pulau Pangkor

Pengalaman Bermain Atv Di Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 809 hits
Finally dah masuk hari ketiga dan terakhir di Pulau Pangkor Jadi aktiviti kami seawal pukul 8 30 pagi terus ke ATV Adventure Pangkor yang terletak bersebelahan Anjungan Resort Aku excited sangat nak cuba main ATV ni sebab selalu nya tengok ...
Masjid Seribu Doa Masjid Seribu Selawat Wajib Singgah Jika Ke Pulau Pangkor Perak

Masjid Seribu Doa Masjid Seribu Selawat Wajib Singgah Jika Ke Pulau Pangkor Perak

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1200 hits
Masjid Seribu Doa Masjid Seribu Selawat Wajib Singgah Jika ke Pulau Pangkor Perak Semasa bercuti ke Pulau Pangkor bulan lepas kami secara tak sengaja telah membuat eksplorasi masjid di Pulau Pangkor Korang wajib datang kedua dua masjid ni k...
Anak Mama Memancing Buat Pertama Kali Di Pulau Pangkor

Anak Mama Memancing Buat Pertama Kali Di Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 329 hits
Sebenarnya anak mama memang dah lama teringin memancing Sejak beberapa tahun lepas dia ada suarakan keinginan dia tu cuma baru lah kali ni tertunai hajatnya Anak Mama Memancing Buat Pertama Kali semasa kami berada di Pulau Pangkor Banyak ka...
Covid19 Kerajaan Pulau Pinang Belum Buat Keputusan Batal Penerbangan Perubatan Antara Pulau Pinang Indonesia

Covid19 Kerajaan Pulau Pinang Belum Buat Keputusan Batal Penerbangan Perubatan Antara Pulau Pinang Indonesia

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 254 hits
Kerajaan Pulau Pinang belum membuat keputusan berhubung pembatalan perkhidmatan penerbangan carter perubatan antara Pulau Pinang dan Indonesia buat sementara waktu kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Beliau berkata penerbangan carter perubatan...
Restoran Fazila Cafe Fried Chicken Belakang Hospital Besar Pulau Pinang

Restoran Fazila Cafe Fried Chicken Belakang Hospital Besar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 559 hits
Restoran Fazila Cafe Fried Chicken ni memang betul betul belakang hospital Besar Pulau Pinang Ada satu lorong kalau korang masuk ada banyak gerai makan disebelah kiri korang Tapi Fazila Cafe Fried Chicken ni korang akan nampak di sebelah ka...
Covid19 Hospital Adventist Pulau Pinang Ditutup 2 Hari

Covid19 Hospital Adventist Pulau Pinang Ditutup 2 Hari

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 341 hits
Hospital Adventist Pulau Pinang ditutup 2 hari bermula hari ini bagi tujuan pembersihan serta pembasmian kuman berikutan terdapat pesakit yang hadir di situ dijangkiti Covid 19 Menurut kenyataan yang dikeluarkan hospital itu hanya Jabatan K...
Mencandat Sotong Di Pulau Kapas

Mencandat Sotong Di Pulau Kapas

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 784 hits
Saya bersama 15 orang teman bercuti ke Pulau Kapas dan agenda utama kami adalah untuk mencandat sotong Kesemua kami tidak pernah mencandat sotong dan pasti ini merupakan permulaan yang akan menentukan samada kami akan mengulangi aktivity in...
Jika Benar Mahu Undang Undang Antilompat Parti Pecat Adun Di Pulau Pinang Dulu Takiyuddin Hassan

Jika Benar Mahu Undang Undang Antilompat Parti Pecat Adun Di Pulau Pinang Dulu Takiyuddin Hassan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 312 hits
Menteri undang undang Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang harus melucutkan empat Adun mengikut undang undang antilompat parti negeri itu jika pembangkang benar benar mahukan undang undang berkenaan dilaksanakan di peringk...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan