Jelajah 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor Pulau Bebas Cukai




Hello, assalamualaikum! Korang dah mula jalan jalan Cuti Cuti Malaysia ke? Ramai yang ambil kesempatan untuk pergi short vacation masa hujung minggu kan? Seronok tengok sebab dengan cara ni dapatla bantu ekonomi negara kita pulih semula. Tapi, jalan tu jalan juga. SOP kena ikut okeh?
Even masa sepanjang aku ke Pulau Pangkor minggu lepas pun, memang kemana mana kena pakai mask terutama dekat kawasan public spaces. Cuma time snorkeling tu tak pakai ler haha. Ate pelik benor nya snorkeling pakai mask. Lemas ler kawan haha

Jelajah Pulau Pangkor kali ni, sekali lagi dibawah anjuran Gaya Travel tapi untuk trip ni, dengan kerjasama Tourism Perak pulak

Sebenarnya ni dah kali kedua la aku jejak ke Pulau Pangkor ni. Yang first time, masa ada family day untuk staff tadika mama aku. Tahun lepas kalau tak silap. Tapi masa tu takde la explore kawasan Pangkor ni sebab masing masing sibuk dengan acara and aktiviti dengan staff je. So kalini, jom kita explore Pulau Pangkor habis habisan

Kitorang mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada pukul 11.15 pagi. Kemudiannya singgah untuk makan tengahari dalam pukul 1.30 petang. Teruskan perjalanan and seterusnya sampai di Jeti Marina pada pukul 3.15 petang. Asalnya kitorang nak naik feri pukul 3 petang tapi sebab kan dah tersampai lewat, makanya kena la ambil feri seterusnya.



Feri dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor ada pada setiap 1 jam kecuali pada pukul 4 petang. Sebabkan tak ada feri pada pukul 4, jadi kitorang kena tunggu next ferry pukul 5 petang





Asalnya nak la sampai awal ke Pangkor so ada lah masa sikit untuk aktivti Free & easy, bergambar dekat resort apa semua tu kan. Tapi sebabkan tak sempat, jadi bila sampai je ke Pulau Pangkor, kami terus ke Teluk Nipah, specifically ke Sunset View Chalet untuk aktiviti "Feeding Hornbills"

Aku sebenarnya confuse sikit, hornbills ni dalam bahasa melayunya burung enggang ke burung kenyalang? Sebab bila aku google, dua dua jenis ni pun namanya Hornbills. Cuma tak pasti la spesis yang dekat sini, jenis kenyalang atau enggang. Yang aku tahu, dua dua ada paruh yang besar.


Tuan empunya chalet ni, Pak Din; akan memberikan makan kepada burung burung ni pada setiap hari pukul 6.30 petang. Jadi kalau korang nak alami pengalaman bagi burung hornbills ni makan, boleh la kesini sebelum pukul 6.30 petang okay?


Burung burung ni diberi makan pisang. Pak Din tu akan mula bersiul untuk panggil semua burung burung datang sebelum mula bagi makan. Teruja ye tengok. Aku mula nya nak la juga bagi burung tu makan tapi sebab ramai sangat yang berebut rebut nak peluang bergambar, so aku ambil gambar dari jauh jela *merajuk hahaha







Untuk aktiviti ni, tiada bayaran dikenakan. Tapi korang boleh buat sumbangan ikhlas kepada Pak Din supaya dia boleh terus dapatkan supply untuk bagi burung burung ni makan

So apa lagi, masukkan aktiviti ni dalam list itinerari korang bila ke Pulau Pangkor. Okay

Selesai aktiviti bagi burung makan, kitorang dah tak ada aktiviti lain dah. Cuma ada dinner &sesi karaoke je malam tu hehe. So, jom kita terus check in!


Penginapan kitorang selama 3 hari 2 malam ialah di Pangkor Village Beach Resort yang terletak di Pasir Bogak. Tak jauh dari Jeti Pangkor, dan biasanya akan jumpa resort ni dulu sebelum korang sampai ke kawasan Teluk Nipah.

Difahamkan, Pangkor Village Beach Resort ni telah lama beroperasi tapi baru sahaja diubahsuai dan dimodenkan semula. Memang cantik yee landscape resort ni sekarang. Siap ada infinity pool menghadap laut lagi. 
Tapi katanya ni baru 60% siap. Belum siap sepenuhnya lagi. Tak sabar nak tengok bila dah complete nanti. Mesti cantik sangat!



Lokasi Pangkor Village Beach Resort ni memang sangat strategik dan menarik. Bukan setakat berhadapan laut, tapi juga berdekatan dengan water sport centre. Jadi kalau korang nak buat aktiviti sukan air macam snorkelling ke, island hopping ke, senang. Tak payah nak sewa van untuk pergi tempat lain


Biliknya pun selesa dan bersih. Ada 3 jenis bilik/chalet dekat sini iaitu Pulau Raja, Pulau Agas dan Pulau Giam. Range harga untuk satu malam bermula dari RM180 sahaja. Saiz biliknya besar, sesuai untuk duduk satu family. So kalau korang ke Pulau Pangkor, boleh la stay dekat sini. Highly recommended!





Ada banyak aktiviti menarik yang aku sempat cuba sepanjang di Pulau Pangkor termasuklah Island ride, snorkelling, ATV, lawatan ke tapak penyu bertelur dan macam macam lagi. Kita sambung dalam entri lagi satu. Okay

===========================
Infos :
Feeding hornbills
Lokasi : Sunset View Chalet, Teluk NipahBayaran : Percuma *tapi dialukan untuk beri sumbanganMasa : 6.30 petang setiap hari
Pangkor Village Beach Resort
Lokasi : Pasir Bogak, Pulau PangkorRoom rate : Bermula RM180+


Lagi entri berkaitan Pulau Pangkor :
- Aktiviti snorkelling dan tempat menarik untuk dilawati sekitar Pulau Pangkor [BACA]
- Aktiviti ATV di Pulau Pangkor [BACA]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.farahdafri.com/2020/08/jelajah-3-hari-2-malam-di-pulau-pangkor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selandia Baru Berhasil 100 Hari Bebas Corona Begini Perjalanan Karier Sang Pm Jacinda Ardern

Selandia Baru Berhasil 100 Hari Bebas Corona Begini Perjalanan Karier Sang Pm Jacinda Ardern

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 250 hits
Beliau merupakan sosok working mom tangguh nan cemerlang yang dari usia 17 tahun bahkan sudah aktif gabung di partai
Pengalaman Bermain Atv Di Pulau Pangkor

Pengalaman Bermain Atv Di Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 816 hits
Finally dah masuk hari ketiga dan terakhir di Pulau Pangkor Jadi aktiviti kami seawal pukul 8 30 pagi terus ke ATV Adventure Pangkor yang terletak bersebelahan Anjungan Resort Aku excited sangat nak cuba main ATV ni sebab selalu nya tengok ...
Bikin Merinding Ada 2 Hari Dan 2 Malam Yang Mengerikan Salah Satunya Ternyata Hari

Bikin Merinding Ada 2 Hari Dan 2 Malam Yang Mengerikan Salah Satunya Ternyata Hari

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 279 hits
Ada dua hari dan dua malam yang tak ada seorang pun yang mengetahui betapa mengerikannya pada waktu itu Apakah kalian tahu kapan dua hari dan dua malam itu Dua malam itu adalah 1 Malam Pertama di alam kubur Alam kubur merupakan fase yang sa...
Anak Mama Memancing Buat Pertama Kali Di Pulau Pangkor

Anak Mama Memancing Buat Pertama Kali Di Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 332 hits
Sebenarnya anak mama memang dah lama teringin memancing Sejak beberapa tahun lepas dia ada suarakan keinginan dia tu cuma baru lah kali ni tertunai hajatnya Anak Mama Memancing Buat Pertama Kali semasa kami berada di Pulau Pangkor Banyak ka...
Covid19 Hospital Adventist Pulau Pinang Ditutup 2 Hari

Covid19 Hospital Adventist Pulau Pinang Ditutup 2 Hari

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 345 hits
Hospital Adventist Pulau Pinang ditutup 2 hari bermula hari ini bagi tujuan pembersihan serta pembasmian kuman berikutan terdapat pesakit yang hadir di situ dijangkiti Covid 19 Menurut kenyataan yang dikeluarkan hospital itu hanya Jabatan K...
Laporan Covid 19 Hari Ini Kedah Berjaga Jaga Termasuk Jiran Perlis Dan Pulau Pinang

Laporan Covid 19 Hari Ini Kedah Berjaga Jaga Termasuk Jiran Perlis Dan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 384 hits
Kluster Sivagangga dah merebak dari Kedah Negeri mana selepas ini Polis buat sekatan jalan raya mulai 10 malam tadi Polis melakukan sekatan jalan raya di Sanglang bermula malam tadi Foto BERNAMALaluan ke Kuala Sanglang ditutupSANGLANG Lalua...
New Zealand Capai 100 Hari Bebas Covid 19

New Zealand Capai 100 Hari Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 217 hits
New Zealand capai 100 hari bebas Covid 19 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 9 Aug 2020 2 00PM
Masalah Enjin Feri Pulau Pinang Tergendala Tiga Hari

Masalah Enjin Feri Pulau Pinang Tergendala Tiga Hari

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 759 hits
Perkhidmatan feri di Pulau Pinang Rapid Ferry tergendala mulai hari ini hingga 26 Ogos ini berikutan masalah teknikal pada enjin menurut Ketua Rapid Ferry Osman Amir Osman dalam kenyataan di sini hari ini berkata penangguhan perkhidmatan fe...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil