Mencandat Sotong Di Pulau Kapas




Saya bersama 15 orang teman bercuti ke Pulau Kapas dan agenda utama kami adalah untuk mencandat sotong. Kesemua kami tidak pernah mencandat sotong dan pasti ini merupakan permulaan yang akan menentukan samada kami akan mengulangi aktivity ini di masa akan datang atau serik. Memandangkan ini kali pertama kami mencandat, berbagai petua, persediaan dan pil mabok laut kami beli. Hari pertama kami sampai, Alif yang menguruskan pakage mencandat sotong memberitahu kami ramalan ombak laut tinggi pada hari itu. Dia mencadangkan kami mencandat esok malam. Menurut ramalan cuaca, ombak membadai setinggi 1.3 meter malam esok berbeza 3.0 meter pada malam ini. Kami yang kurang berpengalaman tentang keadaan laut bersetuju menangguhkan aktivity mencandat keesokkan malamnya


Di Pulau Kapas kami menginap di Chalet Ombak Kapas. Petang hari kedua, jam 17:30 petang kami telah siap sedia untuk pergi mencandat. Jam 18:00 petang kami seramai 15 orang berangkat menaiki dua buah bot menuju ke tengah Laut China Selatan



Setelah belayar sekitar sejam, kami sampai di tengah laut yang luas. Terdapat beberapa buah bot terpakir di sana dengan tujuan yang sama dengan kami. Setelah pemandu bot pasti tempat untuk melabuhkan sauh, kerja-kerja mencari kedudukan bot untuk dihentikan mengikut arah tiupan angin pun bermula. Di sini saya melihat pengalaman dan pengetahuan alam di laut luas menjadi tunjang penting sebagai nelayan. Sejak bot dihentikan, beberapa orang teman saya mula mabok dan tidak berdaya berdiri tegak. Saya dan beberapa orang teman masih bertahan dan semangat mencandat terus membara



Selepas semua sedia dan matahari tenggelam, kami mula mencandat. Bila hari semakin gelap, pemandu bot memasang beberapa buah lampu untuk menarik perhatian sotong. Bila kawan saya menaikkan seekor sotong pertama untuk bot kami malam ini, teriakkan kegembiraan pun bergema di malam pekat tengah Lautan China Selatan. Sejak itu semakin galak sotong dinaikkan memberangsangkan semangat kami. Setiap ekor sotong yang berjaya dinaikkan, pasti kami bersorak riang seolah menang bola piala dunia




Jam 22:00 malam, tiba-tiba ribut melanda tanpa memberi isyarat terlebih dahulu dan saya sedikit panic namun awak-awak bot kelihatan tenang melakukan kerja yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka bertanya samada kami mahu pulang atau bertahan. Saya dan teman-teman sepakat mengambil keputusan untuk pulang kerana ada teman yang telah mabok teruk dan kami juga telah puas mencandat. Dalam perjalanan pulang ke chalet, kami singgah sebentar di sebalik sebuah pulau untuk berlindung dari ribut. Menurut pemandu bot, kebanyakkan bot yang mencandat bertahan di tengah laut dan tidak pulang kerana menurut naluri mereka, ribut mungkin tidak berpanjangan. Dari jauh saya melihat lampu-lampu bot masih berada di tengah laut. Kami yang hanya ingin merasai pengalaman mencandat tidak mahu mengambil risiko dan mengambil keputusan untuk pulang, tambahan pula hati dan semangat kami tidak setegar mereka



Setelah selamat sampai di chalet, kami terus membakar sotong segar yang berjaya kami naikkan tadi. Dengan pertolongan pekerja chalet menyalakan arang dan bara, kami bekerjasama menyediakan peralatan dan ramuan asas membakar sotong dan pencicah. Ma Sya Allah, memang enak rasa sotong segar. Kami menjamu selera sepuasnya tengah malam itu.


Keesokan paginya, jam 10:00 pagi kami berangkat pulang dengan membawa baki sotong yang kami candat malam tadi. Setibanya kami di Kuala Terengganu, setelah bergambar di Jambatan Angkat dan membeli belah di Pasar Payang, kami mencari kedai makan yang sedia memasak hasil tangkapan kami malam tadi. Beberapa kedai yang kami singgah keberatan memasak sotong yang kami bawa dan akhirnya sebuah kedai berjaya dipujuk untuk mengoreng sotong kami




Terima kasih pada Restoran Wawak Addin Kuala Terengganu yang ramah dan sporting mengoreng sotong yang kami tangkap malam tadi dengan bayaran mengikut keikhlasan kami. Saya pasti ke restoran ini lagi jika berkunjung ke Kuala Terengganu di masa akan datang. Kalau pembaca ke sini, pastikan cuba minuman Lemon Selasih Pudina yang nikmat rasanya. Walaupun sotong goreng tepong mudah didapati di sekitar Kuala Terenganu dan sepanjang jalan pulang, tapi rasa sotong hasil tangkapan sendiri lebih enak dimakan dengan kenangan manis. Setelah puas menikmati sotong goreng, kami nekad dan sepakat untuk mencandat lagi di masakan datang. Serik mungkin pada teman yang mabok semasa mereka di tengah laut, tapi tidak setelah mereka menjejakkan kaki di tanah. Tambahan pula hasil tangkapan menjadi suntikan semangat. Walaupun hasil candat kami tidak banyak tapi rezeki Allah beri malam tadi mencukupi dan berlebihan untuk kami rasai bersama. Semoga bila mencandat di masa akan datang kami lebih bersedia dan dimurahkan rezeki. Terima kasih Allah

Nota:1- Musim mencandat bermula pada April sehingga September setiap tahun
2- Ambil pil mabuk sejam sebelum belayar pada yang mabuk laut
3- Contact mencandat, Alif +60148248535



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2020/08/mencandat-sotong-di-pulau-kapas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Di Pulau Kapas Dan Pulau Gemia

Bercuti Di Pulau Kapas Dan Pulau Gemia

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 607 hits
Agenda utama saya bersama 14 orang teman bercuti ke Pulau Kapas pada awal August 2020 adalah mencandat sotong Kami dari Penang bertolak sekitar jam 11 30 malam dan sampai di Kuala Terengganu sekitar jam 6 00 pagi Kami bersarapan di gerai ma...
Covid 19 Kluster Sivagangga Merebak Ke Perlis Pulau Pinang

Covid 19 Kluster Sivagangga Merebak Ke Perlis Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 429 hits
Daripada 12 jangkitan baru hari ini membabitkan kluster Sivagangga 10 kes di Perlis dan 1 di Pulau Pinang
Jom Nikmati Pulau Pinang Tak Pernah Bosan Berkunjung Ke Sana

Jom Nikmati Pulau Pinang Tak Pernah Bosan Berkunjung Ke Sana

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 377 hits
Antara negeri destinasi kegemaran kami sekeluarga semestinya Pulau Pinang Dalam setahun pasti 2 3 kali kami akan ke sana sama ada semasa cuti hujung minggu atau
Lim Guan Eng Tidak Mengaku Salah Rasuah Projek Terowong Pulau Pinang

Lim Guan Eng Tidak Mengaku Salah Rasuah Projek Terowong Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 561 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang Lim ...
Biodata Wan Pulau Tioman

Biodata Wan Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 407 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Cik Nurfarah Kali ni Cik Farah nak berkongsi tentang seorang tour guide yang berpengalaman dalam bidang traveling Kepada yang berhajat dan ingin bercuti ke Pulau Tioman wajib untuk me...
Skandal Terowong 2 Exco Pulau Pinang Akan Ditahan Sprm

Skandal Terowong 2 Exco Pulau Pinang Akan Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 307 hits
Dua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dari Parti DAP Pulau Pinang dilaporkan akan turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Menurut akhbar Nanyang Siang Pau penahanan dua Exco terbabit adalah berkaitan dengan skandal projek terowong...
Laporan Covid 19 Hari Ini Kedah Berjaga Jaga Termasuk Jiran Perlis Dan Pulau Pinang

Laporan Covid 19 Hari Ini Kedah Berjaga Jaga Termasuk Jiran Perlis Dan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 378 hits
Kluster Sivagangga dah merebak dari Kedah Negeri mana selepas ini Polis buat sekatan jalan raya mulai 10 malam tadi Polis melakukan sekatan jalan raya di Sanglang bermula malam tadi Foto BERNAMALaluan ke Kuala Sanglang ditutupSANGLANG Lalua...
Rentetan Gempa Guncang Pulau Sumba Ntt

Rentetan Gempa Guncang Pulau Sumba Ntt

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 245 hits
Rentetan gempa mengguncang wilayah Pulau Sumba Nusa Tenggara Timur hari ini Sabtu 8 Agustus 2020 Analisis BMKG gempa bumi ini merupakan jenis gempa bumi dangkal Kepala Pusat Gempabumi dan Tsunami BMKG Rahmat Triyono menjelaskan pada Sabtu 8...
Jalan Jalan Ke Bukit Bendara Pulau Pinang

Jalan Jalan Ke Bukit Bendara Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 433 hits
Bukit ini dahulunya dibuka oleh penjajah untuk menanam tamanan strawberry Tetapi sekarang ini digunakan orang Malaysia dan para pelancong untuk untuk melihat keindahan bandaraya Georgetown dari atas bukit dengan bertemankan cuaca yang sejuk...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport