Snek Favourite A S Dan Eropah Boleh Dibuat Cara Homemade


Sekali sekala cuba kita sajikan kudapan dan snek barat untuk  sarapan. Ni min kongsi makanan yang disebut makanan ‘street food’ atau makanan gerai,  snek sedap dari Eropah dan Amerika Syarikat. 
Sajian berasaskan daging, tepung,mentega dan makanan laut ni memang mudah dimakan di mana jua. Pasti jadi ‘favourite’ ahli keluarga nanti.
1. ARANCINI WITH TOMATO SAUCE

BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi putih10 gm bawang merah kecil | dicincang10 gm daun bawang | dihiris4 ulas bawang putih | dicincang15 gm kismis2 cawan serbuk roti4 biji telur1 cawan tepung gandum4 cawan minyak masak20 gm bawang Holland | dipotong dadu bersaiz kecil10 gm seleri | dipotong dadu bersaiz kecil10 gm lobak merah | dipotong dadu bersaiz kecil3 sudu makan tomato puri2 helai daun bay1 sudu besar thyme kering1 cawan airGaram secukup rasaGula secukup rasaSerbuk lada hitam secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos tomato, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bawang Holland, seleri, bawang putih dan lobak merah ke dalam periuk. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan tomato puri bersama dengan air, kacau sebentar supaya ianya sebati. Biarkan ianya mendidih.
3. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan daun bay dan thyme kering. Biarkan ianya mendidih perlahan. Pastikan ianya tidak terlalu cair.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam mengikut citarasa.
5. Untuk membuat arancini, sediakan mangkuk bersaiz besar, masukkan nasi putih bersama-sama bawang merah kecil, daun bawang, bawang putih dan kismis. Perasakan dengan garam dan juga serbuk lada hitam. Gaul sehingga semuanya sebati.
6. Kepalkan dengan membuat bentuk bulat seperti saiz bola golf. Sediakan tiga mangkuk bersaiz sederhana, letakkan serbuk roti, telur yang telah dipecahkan dan dikacau dan juga tepung gandum.
7. Celupkan nasi tadi bermula dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Susun di atas loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan seketika selama 30 minit.
8. Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan nasi yang bersalut tadi sehingga warnanya menjadi keperangan. Angkat dan toskan minyak.
9. Sajian sedia dihidangkan bersama-sama sos tomato.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Sajian Itali
Cara memasak : Goreng
Keistimewaan: Bebola nasi penuh perisa dam mengenyangkan
Info Chef : Sajian yang berasal dari negara Itali ini resepinya ini menggunakan lebihan nasi yang masih elok untuk menghasilkan masakan ini. Resipi kitar semula untuk mengelakkan pembaziran makanan
2. FUNNEL CAKE FRIES 

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung serba guna1sudu teh serbuk penaik½ sudu teh garam2 biji telur4 cawan gula putih½ cawan susu1 sudu teh esen vanilla4 cawan minyak masakSerbuk kayu manis secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk.
2.  Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dalam beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
3. PRETZELS

BAHAN-BAHAN :
2 cawan susu segar1 1/2 sudu makan yis6 sudu makan gula perang4 sudu makan mentega | lembutkan pada suhu bilik4 1/2 cawan tepung gandum2 sudu kecil garam halus1/3 cawan baking soda3 cawan air suam8 sudu makan mentega | dicairkanGaram kasar secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Suamkan susu dalam ketuhar mikro atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan mentega dan gula.
4. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
5. Uli dengan mixer dengan cangkuk dohk, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
6. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
7. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
8. Panaskan oven dalam suhu 230 darjah celciusC.
9. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
10. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
11.Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
12. Renjis dengan garam kasar.
13. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
14. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
Saiz hidangan: 12 biji
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Berasal dari Itali , popular di German
Keistimewaan:Sedap dihidangkan dengan sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.
Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain
4. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)

BAHAN BAHAN
5 keping kulit popia | dipotong 12200gm udang50gm tepung20gm mentega20gm bawang merah200gm ‘heavy cream’10gm lada hitam10gm cendawan butang | dimayang20 gm kejuGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
Cara masak inti quiche :
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang,
3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam.
5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api.
Cara membuat acuan quice :
1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian.
2. Lalu disusun dalam acuan muffin
3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit
4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi.
5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven.
6. Sajian siap dihidang
5.VOLCANO BEEF CHEEZY ONION

BAHAN-BAHAN:
200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)400 gram daging cencang3 biji bawang Holland (dibelah dua)5 helai daun oregano (dicencang halus)½ kg serbuk roti2 biji telur300 gram tepung gandum1 sudu teh paprikaSerbuk perasaKeju krim (untuk sos)Minyak masak (untuk menggoreng)CARA MEMASAK :
1. Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2. Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3. Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4. Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
5. Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
6. Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
7. Boleh dihidangkan bersama keju krim.
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/02/snek-favourite-as-dan-eropah-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Cara Yang Boleh Membuatkan Anda Mudah Tidur

Tip Cara Yang Boleh Membuatkan Anda Mudah Tidur

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 339 hits
Sesetengah orang ketika ini banyak yang mengalami masalah tidur sehinggakan mereka kurang berehat dan membuat mereka merasa lelah ketika beraktiviti pada keesokan harinya Kebanyakkan orang mengatasi masalah tersebut dengan mengambil ubat ti...
Cara Buat Daging Burger Homemade Sedap Tiada Lemak Tanpa Msg

Cara Buat Daging Burger Homemade Sedap Tiada Lemak Tanpa Msg

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 1250 hits
Makanan segera sejuk beku seperti nuget ayam daging burger sosej dan sebagainya memang tak sihat Kalau diambil selalu boleh mendatangkan masalah kesihatan Malah kandungan lemak yang terkandung juga boleh menyebabkan berat badan anda naik TI...
Hanya Guna 4 Bahan Ini Saja Dah Boleh Buat Tauhu Telur Chef Ini Kongsikan Cara Mudah

Hanya Guna 4 Bahan Ini Saja Dah Boleh Buat Tauhu Telur Chef Ini Kongsikan Cara Mudah

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 346 hits
Tauhu telur mungkin bukan kegemaran semua orang tapi ada anak anak yang sangat gemarkannya Kebiasaanya ibu ibu akan membelinya di pasar Tetapi kalau rajin boleh saja buat sendiri di dapur anda Caranya cukup mudah dan bahan yang digunakan pu...
Berikutnya Ada Beberapa Cara Mudah Untuk Meningkatkan Jumlah Lalu Lintas Yang Anda Boleh Dapatkan Ke Laman Web Anda

Berikutnya Ada Beberapa Cara Mudah Untuk Meningkatkan Jumlah Lalu Lintas Yang Anda Boleh Dapatkan Ke Laman Web Anda

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 447 hits
Berikutnya ada beberapa cara mudah untuk meningkatkan jumlah lalu lintas yang anda boleh dapatkan ke laman web anda Lakukan SEO On Page Dapatkan disenaraikan Kirim ke Media Sosial dengan Hashtags Gunakan Halaman Landing Sasaran Kata Kunci P...
Tak Payah Beli Lagi Ini Cara Buat Nutella Homemade Yang Sedap Jimat

Tak Payah Beli Lagi Ini Cara Buat Nutella Homemade Yang Sedap Jimat

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 577 hits
Budak budak ni sekali hadap Nutella tu boleh habis sebotol Aku nak makan tengok tengok dah habis je Kalau pandai buat sendiri kan bagus Dapat juga adjust bagi kurang manis sikit Mau rosak gigi budak budak tu nanti Chocolate spread atau Nute...
Ikut Cara Simpanan Mudah Ini Dalam Masa 6 Bulan Boleh Dapat Rm3 700 Kena Buat Rileks Media

Ikut Cara Simpanan Mudah Ini Dalam Masa 6 Bulan Boleh Dapat Rm3 700 Kena Buat Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 462 hits
Ramai mereka diluar sana telah mencuba untuk menyimpan duit dari duit gaji tetapi ramai tidak berjaya melakukannya Simpan duit ini lebih kepada memerlukan pengorbanan kita untuk berjimat cermat dan berdisiplin sama konsep dengan diet nak ku...
4 Jenis Pastri Dan Kesesuaian Menu Yang Boleh Dibuat Darinya

4 Jenis Pastri Dan Kesesuaian Menu Yang Boleh Dibuat Darinya

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 3410 hits
Perkataan pastri kata asalnya dari paste yang bermaksud campuran tepung gandum air dan lemak mentega Tapi pastri ni ada banyak jenis yang bersesuaian untuk produk pastri yang mahu dibuat Kredit foto scratchingcanvas comMudah kata ada yang m...
Cara Cara Masak Dadih Secara Homemade Pencuci Mulut Yang Mudah Sedap

Cara Cara Masak Dadih Secara Homemade Pencuci Mulut Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 502 hits
Protein dadih susu mempunyai nilai biologi yang tinggi iaitu sama dengan telur susu dan daging Protein juga boleh didapati daripada sumber tumbuhan seperti kekacang bijirin dan legum Bagaimanapun secara amnya protein protein ini adalah tida...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya