Sme Bank Lancar App Elsa Pacu 10 Ribu Usahawan Pks Dan Transformasi Digital Malaysia


SME Bank Lancar ‘App’ ELSA: Pacu 10 Ribu Usahawan PKS Dan Transformasi Digital Malaysia Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (“SME Bank”), anak syarikat Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“BPMB”) Group, telah melancarkan aplikasi mudah alih baharu, Enterprise Lifecycle Scoring Assessment (“ELSA”).
Aplikasi berkuasa artificial intelligence (“AI”) ini dibangunkan dengan pendekatan mobile-first yang menyediakan usahawan dengan kemas kini semasa, akses kepada pembiayaan fleksibel serta laluan komprehensif daripada proses penilaian hingga peluang pasaran.
Selain memperkasakan Perusahaan Kecil & Sederhana (“PKS”), ELSA turut mencerminkan agenda Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk memacu transformasi digital melalui AI, keselamatan siber, pembayaran digital dan inovasi inklusif, sekali gus mengukuhkan peranan SME Bank dalam membina ekonomi masa depan yang berdaya saing.
Ketua Pegawai Digital & Teknologi SME Bank, Hairil Izwar Abd Rahman, berkata, “Peluncuran ini menandakan langkah berani dalam perjalanan inovasi digital SME Bank. Dengan menjadikan ELSA yang kini dapat diakses melalui aplikasi mudah alih, kami menggabungkan kecerdasan dan ketercapaian dalam satu platform, membolehkan PKS bergerak daripada mengenal pasti cabaran kepada tindakan yang mendorong pertumbuhan.
Dari kiri: Ketua Pegawai Digital & Teknologi, En. Hairil Izwar Abd Rahman; Pengerusi SME Bank, Dato’ Muslim Hussain; YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”); dan Ketua Jabatan Seni Bina Data & Analitik, SME Bank, Mohd Azil Noor. ELSA bukan lagi sekadar alat penilaian namun ia kini berkembang sebagai platform inklusif untuk memperkasakan PKS, merentasi aspek pembiayaan, pendigitalan, latihan dan akses pasaran.
Melalui inisiatif ini, SME Bank merangka sasaran untuk membawa masuk 10,000 PKS dalam tempoh dua tahun akan datang, mengukuhkan peranan kami sebagai pemacu utama ekosistem keusahawanan dan ketahanan ekonomi Malaysia.”
“Seiring dengan itu, kami akan terus menyokong PKS dalam sektor strategik utama, khususnya Teknologi dan Digital, menerusi program pembiayaan seperti SME Technology Transformation Fund (“STTF”) dan High Tech & Green Facility (“HTG”) oleh Bank Negara Malaysia.
Inisiatif ini membantu PKS dan syarikat-syarikat pemula untuk mengembangkan perniagaan serta melabur dalam bidang strategik termasuk digital, hijau dan bioteknologi untuk menjana pertumbuhan mampan serta menyokong pemulihan ekonomi negara,” tambah beliau.
Sesi taklimat mengenai Aplikasi ELSA oleh Ketua Jabatan Seni Bina Data & Analitik, SME Bank, Mohd Azil Noor. Direka dengan pendekatan mobile-first, ELSA memperkasakan PKS melalui pandangan berasaskan AI serta akses lancar kepada pembiayaan, latihan dan sokongan nasihat. Ia membolehkan usahawan menilai, bertindak dan mengembangkan perniagaan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Diperkenalkan pada 2021 sebagai rangka kerja untuk membimbing PKS melalui perjalanan perniagaan mereka,
ELSA kini berkembang menjadi platform berasaskan web yang telah memberi manfaat kepada lebih 5,000 usahawan melalui program nasional dan industri anjuran SME Bank bersama rakan strategik dan pihak Kementerian seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”), PETRONAS, Prasarana, dan Johor Petroleum Development Corporation.
Inovasi serta impak ELSA turut diiktiraf melalui IDC Future Enterprise Award 2023 dan ADFIAP Technology Award 2025, mengukuhkan lagi peranan SME Bank dalam memacu pembangunan PKS. 
Menerusi ModalNiaga, platform pembiayaan digital SME Bank, serta integrasinya dengan ScoreXcess, usahawan dapat mengakses peluang pembiayaan alternatif yang disesuaikan mengikut profil perniagaan mereka.
Dari kiri: Ketua Pegawai Digital & Teknologi, En. Hairil Izwar Abd Rahman; Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Samad Majid Zain; YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”); bersama Pengerusi SME Bank, Dato’ Muslim Hussain; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Dato’ Muzaffar Hisham; dan Pengerusi EXIM Bank, Dato’ Charon Mokhzani. Aplikasi ELSA membolehkan PKS memohon dan menjejak status permohonan pembiayaan terus daripada telefon pintar, dengan data penilaian yang secara automatik mengisi maklumat utama untuk mengurangkan halangan dan mempercepatkan kelulusan. 
Ciri-ciri ini memastikan PKS dipandu dari peringkat analisis, ke pembiayaan dan seterusnya akses pasaran bagi mewujudkan perjalanan pertumbuhan yang menyeluruh dan mampan. 
Aplikasi Mudah Alih ELSA diluncurkan bersempena SME Bank XCESS 2025, platform pemadanan perniagaan utama SME Bank yang dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”).
Acara tersebut menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan dan pembeli antarabangsa bagi memacu kolaborasi serta membuka peluang akses pasaran baharu. 
Pelanggan boleh memuat turun Aplikasi ELSA di Apple Store dan Play Store melalui pautan https://go.smebank.com.my/PRELSA. Untuk maklumat lanjut mengenai SME Bank serta pembiayaan dan program yang ditawarkan, sila layari www.smebank.com.my atau hubungi 03-26037700. 
The post SME Bank Lancar ‘App’ ELSA: Pacu 10 Ribu Usahawan PKS Dan Transformasi Digital Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/29/sme-bank-lancar-app-elsa-pacu-10-ribu-usahawan-pks-dan-transformasi-digital-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sme Bank Xcess Buka Laluan Rm45 Juta Untuk Pks Malaysia

Sme Bank Xcess Buka Laluan Rm45 Juta Untuk Pks Malaysia

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 747 hits
SME Bank Xcess Buka Laluan RM45 Juta Untuk PKS Malaysia Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad anak syarikat Bank Pembangunan Malaysia Berhad telah berjaya menganjurkan acara padanan perniagaan tahunan utamanya SME Bank XC...
Prism Lancar Tv 4k Qd Mini Led Mampu Milik Di Malaysia

Prism Lancar Tv 4k Qd Mini Led Mampu Milik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 453 hits
PRISM memperkenalkan siri TV Google QLED Mini LED 4K terbaru menerusi model PRISM U Series TV PRISM U Series menawarkan teknologi paparan terkini bermula dari saiz 55 inci 65 inci 75 inci dan 86 inci TV PRISM U Series hadir dalam reka bentu...
Khaled Nordin Lancar Misi Perkukuh Kerjasama Pertahanan Malaysia Qatar

Khaled Nordin Lancar Misi Perkukuh Kerjasama Pertahanan Malaysia Qatar

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 748 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan rasmi dua hari ke Qatar bagi memperkukuh kerjasama strategik pertahanan antara kedua dua negara Lawatan ini adalah peluang penting untuk memperkukuh hubungan pertahanan M...
Aveta Malaysia Lancarkan Redefining Boundaries Pacu Pertumbuhan Masa Depan

Aveta Malaysia Lancarkan Redefining Boundaries Pacu Pertumbuhan Masa Depan

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 816 hits
Aveta Malaysia Lancarkan Redefining Boundaries Pacu Pertumbuhan Masa Depan Aveta Malaysia hari ini melancarkan cogan kata baharu Redefining Boundaries membuka lembaran baharu bagi jenama motosikal tempatan ini sambil terus melangkah maju da...
The Ultimate Elevator Pitch Catat Sejarah Usahawan Malaysia

The Ultimate Elevator Pitch Catat Sejarah Usahawan Malaysia

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1484 hits
The Ultimate Elevator Pitch Catat Sejarah Usahawan Malaysia Alliance Bank Malaysia Berhad telah mencatat sejarah apabila pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Malaysia s First Feature Length SME Business Pitch Film dengan pelancara...
Power Bank Pertama Guna Teknologi Ev Tiba Di Malaysia

Power Bank Pertama Guna Teknologi Ev Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 188 hits
Energea telah memperkenalkan Koleksi Tangerine dan MagPac Pro 35s Hybrid Solid State Powerbank yang menggabungkan gaya dan fungsi untuk pengguna di Malaysia Koleksi Tangerine menampilkan aksesori berwarna terang seperti AluPac Mini 5K AluMa...
Ahmad S Fried Chicken Lancar Cawangan Ke 44 Di Kota Warisan Bukti Cinta Rakyat Malaysia Pada Ayam Goreng Tempatan

Ahmad S Fried Chicken Lancar Cawangan Ke 44 Di Kota Warisan Bukti Cinta Rakyat Malaysia Pada Ayam Goreng Tempatan

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1817 hits
Siapa sangka dari satu cawangan pada tahun 2024 kini Ahmad s Fried Chicken terus melakar kejayaan dengan pelancaran cawangan ke 44 di Kota Warisan Sepang Jenama ayam goreng tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini t...
Digital Identity Malaysia S New Immigration Frontier

Digital Identity Malaysia S New Immigration Frontier

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 251 hits
As the United Kingdom rolls out a new digital identity scheme to streamline access to services and control illegal immigration the question arises whether such a system can be adapted to manage immigration more effectively in Malaysia The U...
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1061 hits
Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan 20 September 2025 menjadi tarikh penuh warna warni di tengah kota Kuala Lumpur apabila Malaysia Sarong Music Run kembali dengan edisi ketiga sempena sam...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story