The Ultimate Elevator Pitch Catat Sejarah Usahawan Malaysia


“The Ultimate Elevator Pitch” Catat Sejarah Usahawan Malaysia Alliance Bank Malaysia Berhad (“Alliance Bank” atau “Bank”) telah mencatat sejarah apabila pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai “Malaysia’s First Feature-Length SME Business Pitch Film” dengan pelancaran The “Ultimate Elevator Pitch” di iQIYI dan seterusnya di YouTube. Pencapaian ini amat penting dalam misi Alliance Bank selama sedekad untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang merupakan tulang belakang ekonomi negara melalui program utama BizSmart® Challenge. 
Menerusi pelancaran BizSmart® Challenge Accelerator Edition pada tahun 2024, format ‘elevator pitch’ yang merupakan sesi pembentangan idea yang berintensiti tinggi selama 60 saat telah diperkenalkan sebagai pencetus perubahan. Format ini mencabar para finalis untuk menterjemahkan idea perniagaan mereka melalui bentuk penyampaian yang ringkas dan berkesan. Konsep tersebut turut mencerminkan cabaran yang dihadapi para usahawan dalam perjalanan keusahawanan mereka. Konsep tersebut mencetuskan kelahiran “The Ultimate Elevator Pitch”; filem penuh pertama di Malaysia yang berasaskan pembentangan idea perniagaan PKS, yang merakamkan semangat kental, daya kreativiti, serta ketahanan para usahawan negara. 
“Sejak kami melancarkan BizSmart® Challenge lebih sedekad dahulu, visi kami adalah untuk menyokong para usahawan bukan sahaja melalui pembiayaan, tetapi juga melalui pendedahan, akses dan keyakinan,” kata Encik Kellee Kam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank. “Anugerah “Malaysia’s First Feature-Length SME Business Pitch Film” tersebut merupakan pengiktirafan bukan sahaja kepada filem malah juga kepada pengasas, mentor, rakan kongsi dan komuniti yang membentuk ekosistem perniagaan. Ia juga meraikan usaha para pemimpin dan pelaksana yang sedang membentuk masa depan Malaysia. Filem kami turut merupakan filem No.1 di iQIYI selama tiga minggu berturut-turut, ini membuktikan bahawa kisah ketabahan usahawan Malaysia mampu menarik dan mengujakan penonton.” 
Sejak BizSmart® Challenge: Accelerator Edition 2024 mula ditayangkan pada 18 Julai 2025, filem “The Ultimate Elevator Pitch” menawarkan akses eksklusif di sebalik tabir pertandingan tersebut. Dengan penyertaan 593 peserta, BizSmart® Challenge: Accelerator Edition 2024 telah mencatat rekod penyertaan yang tertinggi sejak pelancaran program tersebut. Melalui filem tersebut, para penonton akan dapat merasai perjalanan tulen 13 orang finalis tanpa tapis yang merangkumi sesi bimbingan, perbincangan bersama pelabur, serta suka duka emosi semasa membina sebuah perniagaan. 
Dari kiri ke kanan: Shayne Koh (Head of Group Marketing and Branding, Alliance Bank Malaysia Berhad), Raymond Chui (Group Chief Business & Transaction Banking Officer, Alliance Bank Malaysia Berhad), Kellee Kam (Group Chief Executive Officer of Alliance Bank Malaysia Berhad), Jwan Heah (Chief Operating Officer at Malaysia Book of Records), Aaron Bong (Deputy General Manager at Malaysia Book of Records) dan Dr. Aaron Sum (Group Chief Strategy & Transformation Officer di Alliance Bank Malaysia Berhad) Beliau turut berkongsi, “Dengan menayangkan filem ini kepada khalayak yang lebih luas, Alliance Bank berhasrat untuk memberi inspirasi kepada bakal pengasas dan usahawan dengan menunjukkan bahawa dengan sokongan yang tepat, idea berani mampu direalisasikan. Kisah-kisah ini melangkaui sekadar ‘business pitch’; ia tentang ketahanan, kreativiti, dan keberanian untuk bermimpi besar. Kami mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan itu, berjalan seiring dengan mereka dalam merealisasikan visi mereka. 
Alliance Bank kekal komited memperkasa perkembangan SME melalui penyelesaian inovatif di bawah inisiatif Alliance Digital SME. Menerusi rangkaian tawaran digital ini, proses permohonan dan dokumentasi menjadi lebih mudah, membolehkan akses pantas kepada pembiayaan. Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk Digital SME Financing, iaitu pembiayaan yang direka khas mengikut keperluan modal kerja di setiap peringkat pertumbuhan perniagaan, dengan kelulusan bersyarat pada hari yang sama. Malah, perniagaan yang baru beroperasi enam bulan juga berpeluang mendapatkan pembiayaan tepat pada masanya untuk merebut peluang pertumbuhan. Bagi memperkukuh lagi ketahanan kewangan, Alliance Digital SME Financial Health Check turut menyediakan laporan percuma kepada pemilik perniagaan, dengan menawarkan pandangan berguna untuk membantu mereka memahami kedudukan kewangan dan membuat keputusan yang lebih tepat. 
Kerjasama Kreatif Bermakna 
Pengiktirafan terhadap filem “The Ultimate Elevator Pitch”, bersama dengan impak BizSmart® Challenge, mencerminkan idea berani, semangat tanpa mengenal penat lelah, serta pemasaran berstrategi yang mendorong penglibatan Bank dengan komuniti. Semua ini direalisasikan melalui kerjasama dengan rakan kreatif jangka panjangnya, Ampersand Advisory. 
Ilham menghasilkan “The Ultimate Elevator Pitch” terlahir daripada keyakinan bersama antara Alliance Bank dan pasukan Ampersand Advisory bahawa keusahawanan bukan sekadar strategi, tetapi sesuatu yang bersifat insani. Dengan menggabungkan penceritaan sinematik dan drama sebenar BizSmart® Challenge, filem ini merakamkan detik-detik yang jarang disaksikan: luahan jujur para pengasas, perdebatan berisiko tinggi bersama pelabur, serta bimbingan yang membentuk pertumbuhan.
Encik Sandeep Joseph, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Ampersand Advisory, menambah, “Bukan setiap hari anda boleh mengatakan bahawa anda telah menghasilkan filem ‘pitch’ perniagaan PKS cereka penuh pertama di Malaysia, dan kini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records ibarat pelengkap kejayaan kami.” Beliau meneruskan, “Dalam dunia yang dipenuhi tumpuan singkat, kami mahu memperlahankan langkah orang ramai dengan sesuatu yang benar, detik tulen, emosi tanpa skrip, dan kisah berkuasa tentang usahawan tempatan. Filem ini membuktikan bahawa walaupun sebuah ‘business pitch’ mampu menyentuh hati.” 
Tahun Penuh Momentum 
Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records menyerlahkan kepentingan menyediakan platform yang berkuasa untuk SME Malaysia berkongsi kisah mereka. Ia turut menambah kepada rangkaian kejayaan Alliance Bank sepanjang tahun 2025, termasuk: 
Tiga kemenangan di Anugerah MARKies 2025, termasuk Most Creative Experiential dan Most Effective Use in B2B Marketing.  14 kemenangan di Anugerah Marketing Events 2025 di Singapura, di mana Bank meraih penghormatan tertinggi sebagai Event Marketer of the Year dan Team of the Year.  Tiga kemenangan di Anugerah APPIES 2025, termasuk Emas untuk Best in Innovation dan Best in Financial Services.  Tujuh kemenangan di Anugerah Loyalty & Engagement 2025, termasuk Emas bagi kategori Best Loyalty Strategy in Finance and Insurance, serta Perak dalam kategori Best Use of Relationship Marketing dan Best Use of Experiential / Live Marketing. Melangkah Ke Hadapan 
Alliance Bank akan terus memperkukuh ekosistem BizSmart®, yang akan mencapai kemuncaknya dalam Persidangan Perniagaan BizSmart® 2025 pada 7 Oktober 2025 di Hotel W, Kuala Lumpur. Bertemakan “Boundaries Reimagined”, persidangan ini akan menghimpunkan lebih 25 penceramah visioner, pelabur, dan alumni BizSmart® Challenge untuk meneroka sempadan perkembangan baharu bagi SME Malaysia. 
Untuk menonton filem The Ultimate Elevator Pitch di YouTube, sila klik di sini.
The post “The Ultimate Elevator Pitch” Catat Sejarah Usahawan Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/19/the-ultimate-elevator-pitch-catat-sejarah-usahawan-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 6345 hits
Bangga jadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum satu hati satu jiwa Jom kita terus hargai keamanan dan kebersamaan yang kita ada Satu hati satu jiwa Malaysia MADANI Rakyat Disantuni HariMalaysia2025 MalaysiaMADANI mknaceunlimited mknace the...
135 Boats Show The Flag In Malaysia Day River Parade

135 Boats Show The Flag In Malaysia Day River Parade

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 2872 hits
The parade of decorated boats took place in the waters of Sungai Kerang Kelubong and Bagan Panchor in Perak Decorated boats taking part in a parade which has now become an annual staple in Bukit Gantang s tourism calendar BUKIT GANTANG More...
When Words Divide The Politics Of Kafir In Malaysia

When Words Divide The Politics Of Kafir In Malaysia

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 638 hits
THE recent debacle involving PAS leaders who wooed the electorate by pledging not to call non Muslims kafir or pendatang raised eyebrows about the sincerity of their inclusivity over exclusivity While Pendang MP Datuk Awang Hashim argued th...
Once The Hype Dies Down Korean Fried Chicken Chains In Malaysia Are Under Threat Of Closing Down

Once The Hype Dies Down Korean Fried Chicken Chains In Malaysia Are Under Threat Of Closing Down

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4042 hits
FOMO the fear of missing out This very real modern day phenomena is defined by Oxford Languages as anxiety that an exciting or interesting event may currently be happening elsewhere often aroused by posts seen on social media This phenomeno...
Malaysia S Rare Earths Put It At The Centre Of Big Power Rivalries

Malaysia S Rare Earths Put It At The Centre Of Big Power Rivalries

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 1333 hits
MALAYSIA is fast becoming a coveted player in the global race for rare earths a resource that powers everything from electric vehicles to data centres With China offering to help Malaysia develop its rare earth processing capabilities and A...
Reshaping The Future Of Malaysia S Muslim Friendly Tourism Sector

Reshaping The Future Of Malaysia S Muslim Friendly Tourism Sector

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1937 hits
MALAYSIA S top position in the Muslim friendly travel category of the Global Islamic Economy Indicator 2024 are attributed to two main factors namely a strong rebound in international arrivals and consistent industry commitment According to...
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Termination Of Rhb Staff Who Shared Doctored Image Of Pmx In Israeli Flag Saree A Precious Lesson To All Pas Diehards

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Delicious Recipe Of Beef Haleem

Jetblue Flight Makes Emergency Landing In Tampa After Losing Altitude

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama

Yang Salah Bukan Minat Tapi Obsesi

Majlis Munajat Perdana Spm 2025 Aprogram Memori Tercipta

Kejayaan Teknologi Purba Yakhch L Penyimpan Ais Pertama Di Iran

Melangkah Bersama Cerita Manis Dan Ujian Hidup

Saya Nampak Urat Tangan Syaitan Macam Lava Suara Seperti Petir Kilafairy