Aveta Malaysia Lancarkan Redefining Boundaries Pacu Pertumbuhan Masa Depan


Aveta Malaysia Lancarkan “Redefining Boundaries” Pacu Pertumbuhan Masa Depan Aveta Malaysia hari ini melancarkan cogan kata baharu, “Redefining Boundaries” (Mentakrifkan Semula Sempadan), membuka lembaran baharu bagi jenama motosikal tempatan ini sambil terus melangkah maju dalam pasaran kenderaan dua roda Malaysia yang kompetitif. 
Cogan kata baharu ini melambangkan falsafah Aveta bahawa mengatasi kelaziman bukan sahaja untuk mencetus perubahan, tetapi untuk mencapai kemajuan bermakna yang benar-benar boleh dinikmati oleh penunggang. Falsafah ini mencerminkan momentum jenama yang semakin kukuh, dipacu oleh permintaan pengguna yang meningkat, pencapaian pecah rekod, dan rangkaian rakan pengedar dan servis yang semakin luas di seluruh negara. 
“Angka penyerahan tertinggi pada bulan Julai bukan sahaja mencatatkan mercu jaya baharu — satu pencapaian yang mencerminkan pendirian Aveta,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia. “Pada hari ini, berbekalkan semangat cogan kata baharu kami ‘Redefining Boundaries’, kami menzahirkan kesungguhan kami dalam bentuk kata-kata hikmat ini. Bagi kami, ini bermakna mengatasi kelaziman, mendengar maklum balas penunggang dan membekalkan motosikal yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia kepada pasaran. Kami membuka lembaran baharu dalam perjalanan kami sebagai jenama tempatan terkenal yang berwawasan global.”
Dari kiri ke kanan: En. Steven Lim (Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia), En. Max Ang (Pengerusi M.A.G Group), YB Dato’ Hj. Rashidi bin Zinol, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri Pulau Pinang (EXCO), Cik. Siti Nurhanim Binti Mohd Noh (Pegawai MBR), En. Khoo Chin Kiat (Pengarah Urusan CKT Motor). Pada bulan Julai lepas, Aveta telah diiktiraf secara rasmi oleh Buku Rekod Malaysia kerana menganjurkan acara penyerahan motosikal terbesar dalam sejarah Malaysia, apabila motosikal Vanguard 250 dan Nova 160 baharu telah diserahkan kepada pemilik di Seberang Perai, Pulau Pinang. YB Dato’ Hj. Rashidi bin Zinol, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) bagi Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar, telah merasmikan majlis penyerahan tersebut. 
Acara ini, yang diadakan dengan kerjasama pengedar sah CKT Motor, menghimpunkan lebih daripada 500 tetamu, termasuk dif-dif kehormat negeri, rakan-rakan pengedar dan para penunggang Aveta. Majlis ini bukan penyerahan biasa semata-mata, tetapi meraikan inovasi, kesetiaan dan komuniti. 
Rekod ini berdiri megah sebagai bukti kebangkitan pantas jenama. Sejak bermula awal tahun ini, motosikal jelajah kembara Vanguard 250 dan komuter bandar Nova 160 telah mendapat permintaan luar biasa, menyaksikan lonjakan pesanan di seluruh negara. 

Strategi Aveta dirangka berteraskan komitmennya kepada para penunggang Malaysia. Daripada mengejar nombor model atau trend jangka pendek, Aveta memberi tumpuan memperkenalkan motosikal yang memenuhi keperluan dunia sebenar.
Bagi penunggang harian, jenama ini menawarkan skuter yang cekap dan bergaya yang memudahkan perjalanan menyusuri jalan-jalan bandar Malaysia yang begitu sibuk. Bagi penunggang yang suka mengembara, motosikal jelajah kembara Aveta yang lasak dibina untuk mengendalikan perjalanan jarak jauh meliputi pelbagai muka bumi. Dalam pada itu, setiap modal dibina untuk memudahkan pemilikan, memastikan prestasi diberikan pada nilai yang memenuhi jangkaan setiap rakyat Malaysia.
Pendekatan mengutamakan penunggang ini disokong oleh ekosistem lepas jualan yang semakin luas, yang terus memberi pelanggan keyakinan walaupun sudah lama keluar daripada bilik pameran.
Berbekalkan rangkaian pusat pengedar, pusat servis dan stokis alat ganti yang semakin luas di seluruh negara, para penunggang boleh menikmati khidmat sokongan di seluruh negara. Salah satu inisiatif cemerlang ialah program Aveta Care on Wheels, iaitu khidmat penyelesaian masalah dan pembaikan dari pintu ke pintu bagi masalah yang mungkin tidak dapat dikendalikan secara langsung oleh pengedar tempatan, sekali gus mencerminkan komitmen jenama untuk mentakrifkan semula piawaian kemudahan pemilikan.

Dengan pelancaran cogan kata “Redefining Boundaries”, Aveta menyatukan kakitangan, pengedar dan pelanggan di bawah satu tekad bersepadu: untuk terus menaik taraf prestasi kejuruteraan dan perkhidmatan dalam industri motosikal Malaysia.
Seperti yang diterangkan oleh Lim, “Redefining Boundaries bukan satu cogan kata biasa semata-mata. Falsafah ini melambangkan tujuan kami – untuk terus menambah baik, mempelopori inovasi dan memastikan setiap pemilik Aveta terasa seperti sebahagian daripada keluarga lebih besar: sebuah jenama kebanggaan Malaysia yang membuka peluang tidak terbatas.”
The post Aveta Malaysia Lancarkan “Redefining Boundaries” Pacu Pertumbuhan Masa Depan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/19/aveta-malaysia-lancarkan-redefining-boundaries-pacu-pertumbuhan-masa-depan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial

Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 693 hits
Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial KUALA LUMPUR Tumpuan dunia bakal terarah kepada Malaysia apabila Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Forum lima hari ...
Pas Hanya Jual Mimpi Madani Tawarkan Masa Depan

Pas Hanya Jual Mimpi Madani Tawarkan Masa Depan

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1262 hits
Sanusi Md Nor hari ini menegur parti BERSATU kerana dianggap banyak bergantung kepada jentera parti dan kewangan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya lalu Pengarah pilihan raya pada Muktamar PAS ke 71 Sanusi berkata ada parti yang mai be...
Nvidia Dan Intel Bekerjasama Bangunkan Pc Masa Depan

Nvidia Dan Intel Bekerjasama Bangunkan Pc Masa Depan

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 802 hits
NVIDIA dan Intel mengumumkan kerjasama untuk membangunkan beberapa generasi produk pusat data dan komputer peribadi yang menggabungkan kepakaran kedua dua syarikat itu Intel akan mereka bentuk CPU x86 khas untuk platform infrastruktur AI NV...
Masa Depan Shukri Razman Goyah Selepas Rombakan Pas

Masa Depan Shukri Razman Goyah Selepas Rombakan Pas

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1580 hits
Lynelle ThamMereka berkata tempoh Shukri Ramli sebagai menteri besar Perlis mungkin tidak lama manakala peluang Razman Zakaria bergantung sama ada PAS akan terlepas pandang kontroversinya Shukri Ramli dan Razman Zakaria gagal memenangi keru...
Trump Li Qiang Lawat Malaysia Bulan Depan Putin Masih Mempertimbang Pm Anwar

Trump Li Qiang Lawat Malaysia Bulan Depan Putin Masih Mempertimbang Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 3805 hits
Trump Li Qiang Lawat Malaysia Bulan Depan Putin Masih Mempertimbang PM Anwar KUALA LUMPUR 9 Sept Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri China Li Qiang akan melawat Mal...
Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1341 hits
Forum Ekonomi Dunia menjangkakan menjelang tahun 2030 sebanyak 85 juta pekerjaan di seluruh dunia mungkin tidak dapat diisi akibat kekurangan kemahiran Menyedari cabaran global ini Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID 19 2030 te...
Proses Panjang Di Sebalik Filem Sore Istri Dari Masa Depan

Proses Panjang Di Sebalik Filem Sore Istri Dari Masa Depan

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 491 hits
Filem bukan sekadar hiburan dua jam di pawagam tetapi lahir daripada proses kreatif yang panjang dan penuh cabaran Itulah yang berlaku pada Sore Istri Dari Masa Depan sebuah karya yang kini sedang menghiasi layar perak dengan kisah unik dan...
No Complaints Of Radioactive Shrimp In Malaysia Fisheries Dept

No Complaints Of Radioactive Shrimp In Malaysia Fisheries Dept

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 1412 hits
The National Fisheries Department said it has not received any complaints regarding radioactive contamination in local seafood products but would send samples to the National Nuclear Agency for further investigation if the need arises The d...
Penjelasan Rasmi Ali Batsyah Siapa Sebenarnya Jebat Derhaka

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat

Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri

Berang Parkir Diambil Lelaki Letupkan Motosikal Jiran

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Like Komen Share Dan Hubungannya Dengan Matematik

Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Thief Never Becomes An Owner Kebenaran Yang Tak Mampu Dicuri

Hengheng989 27 December Hengheng989 Top 35 By Athena

Limau Bali Sunkist

The Hidden Advantages Of Ordering Bulk Socks With Logo For Your Business

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Belanjawan 2026 Bukti Tindakan Berani Hala Tuju Jelas Berpaksikan Rakyat Fahmi Fadzil