Sme Bank Xcess Buka Laluan Rm45 Juta Untuk Pks Malaysia


SME Bank Xcess Buka Laluan RM45 Juta Untuk PKS Malaysia Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (“SME Bank”), anak syarikat Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“BPMB”), telah berjaya menganjurkan acara padanan perniagaan tahunan utamanya, SME Bank XCESS 2025 (“XCESS 2025”), yang menghubungkan 500 PKS Malaysia dan membuka potensi jualan berjumlah kira-kira RM45 juta. 
Bertemakan ‘Entrepreneur Gateway to the ASEAN Market’ selaras dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, XCESS 2025 mengukuhkan kedudukan SME Bank sebagai platform utama negara dalam memacu integrasi perdagangan PKS serta memperluaskan peluang eksport ke seluruh ASEAN dan seterusnya.
Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Dato’ Muzaffar Hisham; Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud; Pengerusi SME Bank, Dato’ Muslim Hussain; Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick; Pengerusi EXIM Bank, Dato’ Charon Mokhzani; dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Samad Majid Zain di majlis pelancaran. YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”), semasa merasmikan majlis berkata, “PKS kekal sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia, dengan sasaran menunjukkan mereka akan menyumbang 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (“KDNK”) negara dan 15 peratus kepada eksport pada tahun 2025, di samping menyokong hampir separuh tenaga kerja negara. Sebagai pemacu pertumbuhan dalam sektor utama, sumbangan KDNK PKS dijangka melebihi RM1 trilion menjelang 2030.
Platform seperti XCESS 2025 adalah penting dalam menyepadukan PKS Malaysia ke dalam ekonomi ASEAN dan seterusnya melalui kerjasama strategik, memperluaskan akses pasaran dan mengukuhkan daya saing serantau. 
Pada masa yang sama, Institusi Kewangan Pembangunan (“DFI”) seperti SME Bank menyediakan pembiayaan, pengetahuan dan rangkaian yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan PKS selaras dengan kerangka ekonomi MADANI Kerajaan.” 
Memperluas Rangkaian dan Akses Pasaran 
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Samad Majid Zain berkata, “XCESS 2025 sekali lagi membuktikan bahawa PKS Malaysia bersedia untuk bersaing di peringkat serantau.
Tahun ini, 500 PKS bersama 20 pembeli ASEAN bekerjasama melalui lebih 180 sesi perniagaan dan berjaya menjana potensi jualan berjumlah RM45 juta.
Sebagai salah satu inisiatif utama SME Bank, XCESS mengukuhkan mandat kami untuk memperkasa PKS pada setiap peringkat melalui inisiatif melangkaui pembiayaan kami untuk memberi impak yang bermakna.
Edisi 2025 menawarkan akses kepada pembiayaan, pembangunan kapasiti berstruktur dan sesi jaringan yang direka untuk memupuk pertumbuhan PKS yang lebih mendalam dan mampan.” 
Export-Import Bank of Malaysia Berhad (“EXIM Bank”) telah menjalin kerjasama tiga hala bersama SME Bank dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“BPMB”) melalui Trade Credit Takaful Facility mencerminkan kesatuan dan kekuatan kolektif semua entiti di bawah Kumpulan BPMB dalam usaha sama untuk mengukuhkan lagi ekosistem DFI. “Dengan kerjasama MATRADE dan sokongan KUSKOP, acara ini mengumpulkan pemain industri utama dalam ekosistem PKS, termasuk syarikat utama di bawah Program Pembangunan Vendor dan Program Umbrella, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multinasional, penyedia pembiayaan alternatif dan usahawan tempatan.
Peserta mampu memperoleh manfaat dari sesi padanan perniagaan, pameran perdagangan, sesi rangkaian bersasar, pertunjukan terpilih dan klinik nasihat yang membuka peluang baru di dalam dan luar negara,” tambah Samad Majid Zain. 
Memacu Pertumbuhan Merentasi Sempadan 
Bersempena dengan pelancaran XCESS 2025, Export-Import Bank of Malaysia Berhad (“EXIM Bank”) telah menjalin kerjasama tiga hala bersama SME Bank dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“BPMB”) melalui Trade Credit Takaful Facility, mencerminkan kesatuan dan kekuatan kolektif semua entiti di bawah Kumpulan BPMB dalam usaha sama untuk mengukuhkan lagi ekosistem DFI.
Kerjasama ini telah berjaya mencatatkan transaksi pertama untuk pelanggan SME Bank, Amat Sinar Sdn. Bhd yang berjaya memperoleh nilai eksport RM11.1 juta ke China dan Amerika Syarikat. 
Melalui kerjasama ini, SME Bank menyediakan kemudahan pembiayaan, manakala EXIM Bank memberikan perlindungan Trade Credit Takaful Facility, menggabungkan sokongan kewangan dengan perlindungan risiko dan memudahkan transaksi.
Pertukaran Memorandum Persefahaman (“MoU”) antara Medic Pets International Sdn Bhd, peserta Program Eksport Perniagaan (“BEP”) SME Bank, dan Daukey Kokpar Club dari Kazakhstan untuk memudahkan pendaftaran produk di Kazakhstan. Melalui kerjasama tiga hala ini, EXIM Bank juga sedia menawarkan kemudahan ini kepada pelanggan BPMB, mengukuhkan impak kerjasama selaras dengan mandat Kumpulan BPMB dalam memacu pembangunan negara dan pembiayaan berimpak tinggi. 
Majlis ini juga menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (“MoU”) antara Medic Pets International Sdn Bhd, peserta Program Eksport Perniagaan (“BEP”) SME Bank, dan Daukey Kokpar Club dari Kazakhstan.
Kerjasama ini akan memudahkan pendaftaran produk di Kazakhstan, memperluaskan kedudukan Medic Pets di persada global dan mengukuhkan peranan BEP dalam menyokong pertumbuhan PKS Malaysia di pasaran antarabangsa. 
BEP, salah satu inisiatif program pembangunan kapasiti dan intervasi berstruktur SME Bank, telah membantu 98 PKS sejak 2020, menjana jualan eksport berjumlah RM419 juta di pasaran Asia Tenggara, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Dari kiri: YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”), merasmikan SME Bank XCESS 2025, bersama Ketua Setiausaha KUSKOP, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud; Pengerusi SME Bank, Dato’ Muslim Hussain; Pengerusi EXIM Bank, Dato’ Charon Mokhzani; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Samad Majid Zain; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Dato’ Muzaffar Hisham. Inisiatif ini membantu PKS Malaysia berkembang secara global, sekali gus mengukuhkan sumbangan mereka kepada pertumbuhan eksport negara. BEP juga merupakan sebahagian daripada inisitif Export Acceleration Mission (“EAM”) SME Bank, yang telah menyokong 152 syarikat dan memperoleh kira-kira RM614 juta dalam potensi jualan eksport sejak 2022. 
Sejak penubuhannya pada 2016, XCESS telah meneraju lebih 1,800 sesi perniagaan, melibatkan hampir 150,000 usahawan PKS dan bekerjasama dengan hampir 150 rakan strategik. XCESS 2025 mengukuhkan kedudukan SME Bank sebagai platform utama Malaysia bagi PKS untuk menembusi pasaran ASEAN dan global. 
Untuk maklumat lanjut mengenai SME Bank dan program serta pembiayaan yang disediakan, layari www.smebank.com.my atau hubungi 03-26037700.
The post SME Bank Xcess Buka Laluan RM45 Juta Untuk PKS Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/26/sme-bank-xcess-buka-laluan-rm45-juta-untuk-pks-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sme Bank Lancar App Elsa Pacu 10 Ribu Usahawan Pks Dan Transformasi Digital Malaysia

Sme Bank Lancar App Elsa Pacu 10 Ribu Usahawan Pks Dan Transformasi Digital Malaysia

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 478 hits
SME Bank Lancar App ELSA Pacu 10 Ribu Usahawan PKS Dan Transformasi Digital Malaysia Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad anak syarikat Bank Pembangunan Malaysia Berhad Group telah melancarkan aplikasi mudah alih baharu ...
Damri Buka Rute Baru Putussibau Kuching Via Badau Perkuat Konektivitas Kalbar Hingga Malaysia

Damri Buka Rute Baru Putussibau Kuching Via Badau Perkuat Konektivitas Kalbar Hingga Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 157 hits
BloggerBorneo com Transportasi publik memegang peranan penting dalam mendukung mobilitas masyarakat sekaligus menggerakkan roda perekonomian Di wilayah Kalimantan Barat Perum Damri menjadi salah satu penyedia layanan transportasi yang terus...
Futuromic Lancar Ricoh Gr Iv Di Malaysia Buka Era Baharu Untuk Fotografi Jalanan Padat

Futuromic Lancar Ricoh Gr Iv Di Malaysia Buka Era Baharu Untuk Fotografi Jalanan Padat

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 2191 hits
Kembalinya Sebuah Kuasa Besar DenganTumpuan Kepada Segmen Komuniti BaharuBagi pihak Ricoh Jepun Futuromic Photo AV Sdn Bhd pengedar produk fotografi pengimejan dan visual terkemuka di Malaysia dan pengedar produk pengimejan Ricoh dengan ban...
Keadaan Trafik Di Beberapa Laluan Utama Seluruh Semenanjung Malaysia

Keadaan Trafik Di Beberapa Laluan Utama Seluruh Semenanjung Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1324 hits
Keadaan Trafik Di Beberapa Laluan Utama Seluruh Semenanjung Malaysia memaklumkan keadaan trafik di beberapa laluan utama seluruh Semenanjung Malaysia setakat jam 9 51 malam tadi bergerak perlahan khususnya di Lebuhraya Utara Selatan Antara ...
Counter Setting Emas Kenderaan Mewah Wang Tunai Dan Akaun Bank Disita Lebih Rm9 Juta

Counter Setting Emas Kenderaan Mewah Wang Tunai Dan Akaun Bank Disita Lebih Rm9 Juta

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 697 hits
Counter setting Emas kenderaan mewah wang tunai dan akaun bank disita lebih RM9 juta Foto hiasan KUALA LUMPUR Lebih RM9 juta nilai aset disita susulan Op Rentas dan Op Setting yang turut menyaksikan penahanan pegawai penguat kuasa susulan k...
Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450 000 Pil Yaba Ke Malaysia

Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450 000 Pil Yaba Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 956 hits
Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450 000 Pil Yaba Ke Malaysia KOTA BHARU 20 Sept Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan menyeludup 450 000 biji pil yaba bernilai 13 5 juta baht ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier semalam Peng...
Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

Hari Malaysia 16 September Sejarah Dan Maknanya Untuk Kita

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1688 hits
Setiap kali masuk bulan September tarikh 16 haribulan memang istimewa buat rakyat Malaysia Kalau 31 Ogos kita raikan Hari Kemerdekaan 16 September pula kita sambut Hari Malaysia Ramai yang mungkin tahu tapi tak semua betul betul faham apa s...
Pelakon Terhebat Di Malaysia Kerja Menghasut Dibayar Jutaan Ringgit

Pelakon Terhebat Di Malaysia Kerja Menghasut Dibayar Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1019 hits
Bekas menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa perlu tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda Kampung Sungai Baru kata ketua cabang PKR Titiwangsa Syed Badli Shah Syed Osman Menurutnya Annuar sepatutnya mengambil tanggungjawa...
Medical Informatics Masters Malaysia 2025 Guide To Fees Careers

Medical Informatics Masters Malaysia 2025 Guide To Fees Careers

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2489 hits
Medical Informatics Masters Malaysia Guide to Fees Careers A medical informatics masters in Malaysia is an excellent option for graduates looking to merge healthcare and technology With the global rise of digital health this advanced degree...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy