Sling Bag Murah Dan Cantik Di Zalora Unboxing Unisa Saffiano Effect Sling Bag
hi there, sling bag murah dan cantik di zalora, rambang mata nak pilih. bajet RM100, memang banyak pilihan yang menarik. Dan alhamdulillah rezeki tahun baru. setelah sekian lama tak beli handbag dan seangkatan dengannya, maka pembuka tahun 2020 ni mrs pip mulakan dengan membeli belah sling bag keluaran Unisa ( Unisa Saffiano Effect Sling Bag) di Zalora. Ni bukan reward, tapi lebih kepada keperluan, ekeke. Jadi marilah kita unboxing Unisa Saffiano Effect Sling Bag cantik ni.
sling bag murah dan cantik di zalora
Unisa Saffiano Effect Sling Bag ni berharga RM129.00, tetapi ada diskaun di Zalora, dan harga selepas diskaun ialah RM70.95 sahaja. Dan kalau anda yang baru pertama kali membeli belah menggunakan applikasi Zalora, anda akan mendapat extra diskaun sebanyak 25% daripada harga pembelian ok.
Jadi, yang nak beli barang kat Zalora ni, dan tak pernah guna apps Zalora, silakan download apps Zalora di PlayStore ya, dan selamat bershopping dengan lebih penjimatan sebanyak 25% untuk pertama kali T_T
sling bag murah dan cantik di zalora
Pilih punya pilih sling bag , mrs pip berkenanlah sangat dengan sling bag Unisa ni, harga pun rasanya dalam bajet mrs pip. Agak old school, agak vintage gitu designnya. Ada dua warna tersedia iaitu hitam dan pink. Pada awalnya nak pilih pink , tapi entah macam mana end up beli hitam pula.
kalau tengok kat gambar yang mrs pip ambil ni, warna agak kebiruan sikit kan, tapi ekceli memang hitam seperti gambar asal dari zalora kat atas tu
sling bag murah dan cantik di zalora
Sebelum ni mrs pip pernah guna wallet keluaran Unisa ni, harga memang murah, dan mampu bertahan sehingga 2 tahun. Wallet tu jenis tri-fold dan guna button magnet, yang rosak kat bahagian button magnet tu, so terpaksa beli wallet baru pula
dan guess what, mrs pip sekali lagi wallet keluaran Unisa juga, tapi kali ni beli jenis zipper wallet pula, yang tu nanti mrs pip unboxing di lain entry ok
Ciri-ciri Unisa Saffiano Effect Sling Bag:-
- Synthetic leather
- Adjustable sling strap
- Top flap with magnetic button closure
- Main compartment with zip fastening
- Back slot pocket
- 1 inner zip pocket
- 2 inner slot pockets
- Lined interior
Saiz:-
Length x Height x Width
- 26cm x 19cm x 10cm
Shoulder drop: 55cm
ok atau tidak handbag pilihan mrs pip ni? bagi mrs pip la, kualiti handbag sesuai dengan harga ditawarkan. Handbag ni designnya minimalist, nampak kemas pembuatannya, ringan, dan talinya sedikit nipis.
selain menggunakan apps zalora buat pertama kalinya untuk mendapatkan diskaun 25% tu, mrs pip juga nak suggest kat anda untuk menggunakan apps SHOPBACK untuk lebih EXTRA penjimatan. untuk kaki shopping online, anda kena ada SHOPBACK ni, so setiap kali anda beli belah online melalui SHOPBACK, anda akan dapat sedikit pulangan wang, so dari sini sikit sikit jadi bukit.
rugi sangat anda selalu shopping online lah, travel lah, booking hotel dan air ticket lah tapi tak guna SHOPBACK. memang rugi pasal anda tak dapat CASHBACK. memang nampak sikit, tapi kalau kumpul, lama kelamaan akan jadi banyak juga kan. hehe.
sling bag murah dan cantik di zalora
tada! inilah rupa jelas Unisa sling bag tu. Saiz just nice untuk letak wallet, handphone, dan make up ... untuk pembelian di Zalora ni, mrs pip dapat sedikit CASHBACK hasil menggunakan SHOPBACK iaitu sebanyak RM3.19, dan jumlah terkumpul setakat ini di SHOPBACK ialah RM169.50, dan jumlah yang boleh di withdraw ialah sebanyak RM101.30 setakat ini.
jumlah shopback terkumpul
mrs pip dapat cashback RM3.19 , cuma kat atas gambar ni, nilai cashback RM2.55 ni ialah nilai cashback bagi wallet yang mrs pip beli untuk mr.Husband hari tu.
Review Quicksilver Freshness Bi Fold Wallet for Men
untuk yang rasanya nak install SHOPBACK apps, korang boleh klik link SHOPBACK di bawah ini, menggunakan smartphone korang kerana link ni akan teruk ke play store untuk install apps Shopback:-
shopback.apps
yang seronoknya bila shopping kat Zalora ni, selain dapat cashback hasil menggunakan Shopback,
penghantaran pihak Zalora ni sangatlah pantas ya. Bayangkan mrs pip order pada 2 Januari (Khamis), hari Isnin 6 Januari (Isnin) dah selamat sampai di alamat mrs pip ... memang happy bila barang laju kena hantar kan ..
itu sajalah nak share kat anda cerita sling bag murah dan cantik di zalora, dan unboxing Unisa Saffiano Effect Sling Bag ini.
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2020/01/sling-bag-murah-dan-cantik-di-zalora.html