Sky Mirror Kuala Selangor Swafoto Terbaik Di Timbunan Beting Pasir


Sky Mirror Kuala Selangor Swafoto Terbaik Di Timbunan Beting Pasir Pertama kali mendengar tempat 'Sky Mirror", hati terdetik macam mana lah keadaan di sana ya? Setelah menggodek dengan bantuan google, MasyaAllah, indah dan sungguh luar biasa kejadian alam ciptaan Allah di Sky Mirror. Rezeki untuk Khaty, baru-baru ini telah menyertai sekali dengan kumpulan dari tourism yang mana tujuaannya adalah untuk melebarkan sayap mengenai maklumat Sky Mirror kepada orang ramai.
Mengenai Sky Mirror.Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Sasaran Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor ini diberi gelaran Salar De Uyuni Malaysia dan merupakan tarikan paling terbaru di Kuala Selangor. Siapa sangka ‘Pulau Misteri’ ini seolah-olah penemuan baru sebagai pelancongan menarik di Kuala Selangor. Bagi peminat fotografi , anda tak perlu lagi habiskan duit travel ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan seni foto Salar de Uyuni.



Tempat ini sebenarnya baru saja popular di kalangan pelawat. Ianya tak jauh dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor, sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina. Dalam bahasa cina, mereka menyebutnya “Shasha Lan”.  Jadi kita terjemahkannya dalam bahasa melayu menjadi “Sasaran”.



Fenomena Salar de Uyuni di Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai. Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30. Kalau anda tak pasti berapa haribulan mengikut kalendar Masihi, boleh buat rujukan di Google. Waktu berlaku air surut ini antara pukul 10.30 - 11.00 pagi. Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.



Bagi yang nak datang menyaksikan sendiri keindahan panorama Salar de Uyuni versi Malaysia, pastikan anda bawa bekalan makanan seperti roti dan air mineral. Tandas juga agak sukar didapati di kawasan pantai seperti ini. Di kawasan perkampungan nelayan pula agak susah untuk cari restoran makanan Melayu. Mungkin anda terpaksa tangguhkan seketika waktu makan tengah hari anda.Kadar harga bagi seorang untuk pergi ke Sky Mirror ialah Rm80.
Perjalanan ke Sky Mirror bermula.




Semua perserta berkumpul di Jeti Kuala Selangor untuk menaiki pengangkutan rasmi iaitu bot untuk membawa para penumpang selamat sampai ke Sky Mirror





Sebiji bot boleh memuatkan sehingga 15-20 penumpang dalam satu masa bergantung kepada saiz bot.


Setiap bot mempunyai kapten dan guide yang akan membantu melancarkan aktviti semasa di Sky Mirror. Janganlah anda buat pandai2 di sana ya kerana guide ini sangat mahir orangnya dan mereka juga akan membuatkan setiap gambar dan acara yang terjadi di lakukan dengan baik dan sempurna.



Sepanjang perjalanan, kami diberikan pelbagai jenis maklumat dan tips yang berkaitan. Pastikan anda pegang camera atau handfone anda dengan betul, nanti jatuh kelaut jangan menangis ok.


Perjalanan mengambil masa 30-40 minit bergantung keadaan air laut. kami juga dinasihatkan tidak leka kerana pada jam 11 pagi semua penumpang perlu naik ke bot untuk pulang. Apabila berada di Sky Mirror, masa adalah paling yang di cemburi kerana masa yang ada harus digunakan sebaik mungkin. Tidak boleh buang masa dan perlu tahu apa yang perlu untuk di buat. Kegagalan penumpang untuk pulang pada waktu yang ditetapkan akan membuatkan anda berdepan dengan risiko tersadai di tengah lautan. Takut tau. Apabila air semakin surut, ianya tidak baik untuk bot kerana laluan air yang cetek membuat bot tidak dapat pergi dengan lancar. 


Sampai sahaja di Sky Mirror, MasyaAllah.Luas sangat kawasan nya. Hampir seluas 50 biji padang bole sepak.Hanya kelihatan lautan sahaja. 
Semasa anda berjalan dan memijak pasir pantai, hati2 ya. Ada haiwan kecil yang comel juga tau akan bersama-sama dengan kita. Kalau terpijak jangan terjerit pula. 


Di atas beting pasir yang indah ini, telah di letakkan kawasan masing-masing untuk berswafoto. Jadi pastikan anda bersama guide anda kalau tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan gambar dan kenangan yang indah.
Guide juga adalah orang yang sangat mahir dengan keadaan di Sky Mirror, jadi ikut lah smua nasihat mereka. Untuk paparan gambar yang cantik di nasihatkan menggunakan jenama apple. Iphone lah semestinya. Terbaik dari semua segi. 


Perkara pertama mereka akan setup tempat dahulu. Mereka akan meratakan beting pasir untuk dapatkan aliran air yang baik bagi memastikan refleksi gambar kelihatan sungguh tepat hasilnya. Jadi jauhi kawasan sekitar daripada di pijak bagi mengelakkan perjalanan berswafoto lancar.

Anda bebas untuk beraksi yang difikirkan logik la ya. Guide juga akan membantu anda dalam menyediakan props yang comel bagi memberikan satu situasi gambar yang sangat menarik. Enjoy ya korang. Bebaskan pergerakan badan anda.












Lebih kurang jam 11.15 pagi, semua perserta sudah bergerak manaiki bot. Kami yang terakhir kerana untuk pastikan semua penumpang telah naik. Jika tertinggal, anda tidak boleh tumpang bot lain kerana setiap bot sudah ada penumpang masing-masing. Semasa kami menghampiri jeti, air kelihatan semakin surut. Boleh lihat beberapa kali bot tersangkut dengan sampah kayu-kayu bakau. Ini lah puncanya jika air surut. Juga ada satu menara kawalan untuk melihat paras air, sekirang bot dapat melepasi menara itu, anda masih selamat. Jika tidak kena tunggu sehingga 2.30 petang air pasang dan tersukan perjalanan ke jeti semula.



Pengalaman yang indah ini akan kekal sehingga selamanya.Keadaan cuaca pada hari tersebut agak redup dan bagi khaty agak baik sebab tidak terasa bahang panas metahari di wktu puncak. tetapi apabila redup, awan juga kelihatan sedikit suram dan lighting agak slow siki. Tetapi gambar tetap on point, cuma nya jika di bantu dengan cahaya matahri yang terik, lagi terserlah background anda. Dan sudah pastinya kulit anda akan terasa seperti agak garing akibat dari sinaran cahaya terik matahari yang panas itu.
Sedikit maklumat jika anda mahu pergi ke Sky Mirror.
Lokasi: Pekan Lama Kuala Selangor ( Lebih kurang sejam perjalanan dari Shah Alam)
Tarikan: Aktiviti swafoto dengan pemandangan kawasan beting pasir
Alamat:
Jeti Pekan Lama Kuala Selangor
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Contact: 019-266 6665 (En YM Lim)
Refleksi bayang di atas beting pasir yang bercerminkan air akan menjadikan setiap gambar dan saat anda di sana sangat indah, Syukur alhamdulillah, khaty telah merasai pengalaman itu semua. Salah satu keajaiban ciptaan Allah s.wt. untuk sama-sama kita rasai. Kepada anda yang memang sudah ada niat untuk pergi, jangan lengahkan. Cepat -cepat bertindak.Terima kasih kepada pihak tourism malaysia  kerana memberi peluang kepada semua peserta dari seluruh malaysia untuk berjumpa dan merasai pengalaman ini beramai-ramai. Sampai jumpa lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.khatyaiman.com/2019/12/sky-mirror-kuala-selangor-swafoto.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sky Mirror Kuala Selangor

Sky Mirror Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 903 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah selesai sudah kini menunggu program untuk hari ke 2 pula Kemanakah kami hari ini Tunggu dan baca entry sehingga habis Hehe Susppen gitu Tak adalah suspen mana pun Kami ke Kuala Selangor dan satu hari kami kat s...
Mendapan Pasir Di Muara Kuala Kertih Diatasi

Mendapan Pasir Di Muara Kuala Kertih Diatasi

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 375 hits
Sesi taklimat Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu Shaari Haron kepada EXCO Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu Dr Mamad Puteh bersama ADUN Kemasik Ir Saiful Azmi Suhaili se...
Aktiviti Paragliding Di Bukit Batu Pahat Kuala Kubu Bahru Selangor

Aktiviti Paragliding Di Bukit Batu Pahat Kuala Kubu Bahru Selangor

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 841 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca semua Alhamdulillah Kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua salah satu tarikan menarik di daerah Hulu Selangor iaitu aktiviti Paragliding Baru baru ini taklah baru s...
Uniqlo Tempat Beli Baju Winter Terbaik Di Kuala Lumpur

Uniqlo Tempat Beli Baju Winter Terbaik Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 442 hits
Sejak dari bulan November 2019 sudah ramai yang tidak sabar untuk menunggu musim sejuk khususnya pelancong dari Malaysia yang sukakan percutian Winter Untuk mereka yang mencari dan bertanya kat mana nak beli baju sejuk yang bagus ini satu p...
Selangor Sasar Miliki Akademi Bola Sepak Terbaik Tiga Tahun Lagi

Selangor Sasar Miliki Akademi Bola Sepak Terbaik Tiga Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 289 hits
Persatuan Bola Sepak Selangor menyasarkan pasukan itu akan memiliki akademi bola sepak terbaik di negara ini dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi dengan membuat perancangan rapi bermula dari sekarang Pengarah Teknikal FAS Michael Feichtenb...
10 Filem Tempatan Terbaik 2019

10 Filem Tempatan Terbaik 2019

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 518 hits
Dalam artikel yang lalu kami telah kongsikan 10 filem tempatan paling teruk untuk tahun ini Namun begitu ia tidak bermakna industri perfileman tempatan ketandusan filem filem yang berkualiti Tahun 2019 menyaksikan filem animasi menguasai ar...
Huawei Matebook 13 Pembantu Terbaik Untuk Para Usahawan Yang Boleh Menyelesaikan Tugasan Dengan Cekap

Huawei Matebook 13 Pembantu Terbaik Untuk Para Usahawan Yang Boleh Menyelesaikan Tugasan Dengan Cekap

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 428 hits
https ift tt 39qNWAI Selepas tamat pengajian di universiti kita akan mula memasuki alam pekerjaan dan haruslah segera menyesuaikan diri dengan kehidupan pekerjaan yang serba sibuk dan pantas Sekiranya anda sedang mencari cari sebuah kompute...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk