Aktiviti Paragliding Di Bukit Batu Pahat Kuala Kubu Bahru Selangor




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua? Alhamdulillah. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda semua salah satu tarikan menarik di daerah Hulu Selangor iaitu aktiviti Paragliding. Baru-baru ini [ taklah baru sangat ] aku ada menyertai satu program Familiarisation Trip di daerah Hulu Selangor. Antara aktiviti pertama di dalam trip tersebut adalah paragliding

Ini merupakan kali pertama aku mengetahui pelbagai perkara tentang paragliding. Kebiasaannya aku akan jadi orang terakhir yang mengambil tahu tentang benda-benda lasak macam ni. Alhamdulillah, diberi peluang untuk belajar dan mungkin dapat merasai pengalaman paragliding?
BRIEFING TENTANG PARAGLIDING

Sampai sahaja kami di Mini Stadium, Taman Millenium, Kuala Kubu Bahru, En Nazri, iaitu salah seorang pakar dalam paragliding telah menunggu bersama peralatan yang lengkap untuk paragliding. Mengenai aktiviti Paragliding di Kuala Kubu Bahru ini, lokasi take-offnya adalah di puncah Bukit Batu Pahat iaitu sekitar 1400 kaki daripada aras laut manakala tempat mendarat pula adalah di mini stadium Millenium, Taman Millenium. Perjalanan ke puncak bukit akan dibawa oleh pihak paragliding itu sendiri dengan menaiki 4 Wheel Drive (4WD) terus ke puncak bukit yang mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja


Walaubagaimanapun impian untuk aku mencuba paragliding terkubur apabila terdapat kekangan dari cuaca yang kurang mengizinkan. Cuaca di sini adalah berkenaan dengan arah angin. Arah angin diwaktu hujung tahun ini tidak sesuai untuk aktiviti paragliding kerana arah yang berbeza akan membawa anda ke tempat mendarat yang salah dan tidak betul


Walaubagaimanapun, kami semua dapat melihat video bagaimana aktiviti paragliding berlaku sebelum-sebelum ini. Ya, satu lagi yang melegakan sedikit hati yang berduka adalah kami semua dapat naik ke tempat bermulanya aktiviti paragliding iaitu di puncak Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bahru

PERJALANAN NAIK KE BUKIT

Macam yang sudah diberitahu di atas, perjalanan ke puncak Bukit Batu Pahat untuk ke lokasi take-off adalah dengan menaiki 4WD. Perjalanan ke lokasi tersebut perlu melalui Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bahru dan terus ke jalan mendaki puncak bukit


Fun fact : Ini adalah kali pertama aku menaiki 4WD dan jalan yang tidak rata, penuh dengan lubang dan sebagainya membuatkan aku rasa seronok! Walaupun dalam hati rasa macam berbahaya sebab di tepi adalah lereng bukit yang tinggi, tapi seronok

Di pertengahan jalan, ada pokok tumbang, hanya dalam beberapa minit sahaja masalah ini dapat diselesaikan


DI PUNCAK BUKIT BATU PAHAT

Alhamdulillah, setelah perjalanan hampir 20 minit ke puncak Bukit Batu Pahat, akhirnya sampai juga. Pemandangan yang sangat menenangkan dan membuatkan aku rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan. Sungguh indah dunia yang diciptakan-NYA


Jika anda perasan, kain-kain atau plastik yang kelihatan terkoyak dan sebagainya ini adala disebabkan oleh keadaan angin ya! Sebab itu tidak sesuai untuk membuat aktivit paragliding di waktu atau tempoh ini


SESI BERGAMBAR

Disebabkan tidak boleh melakukan aktiviti paragliding, kami semua terus ke satu lagi bahagian menarik berdekatan dengan lokasi take off.
Berlatar belakangkan pekan Kuala Kubu Bahru, sememangnya pemandangan yang begitu indah




Konon-kononnya berjaya mendaki puncak Bukit Batu Pahat, walaupun sebenarnya sampai ke puncak menaiki 4WD. Haha
LOKASI PENDARATAN

Berbalik kepada aktiviti paragliding, ini merupakan lokasi pendaratan yang selamat dan penuh dengan kemudahan awam seperti tandas dan sebagainya

Ini pula adalah Bukit Batu Pahat. Anda boleh lihat puncaknya dari lokasi pendaratan

Bukit Kutu
Aku juga sempat mencuba peralatan paragliding, bolehlah kan? Daripada tak dapat mencuba aktiviti paragliding, dapat pakai peralatan pun jadilah. 
_____

Pakej yang ditawarkan untuk mereka yang berminat adalah sekitar RM200 - RM300 sahaja iaitu termasuk dengan kenderaan, insurans dan juga video.

Kepada yang berminat boleh hubungi  En Nazri Paragliding KKB di  019-2191144
LOKASI




#MajlisDaerahHuluSelangor #MDHS  #BukitBatuPahat #VM2020 #VisitMalaysia2020

Artikel ini dihasilkan dari program Lawatan Produk Pelancongan @ Hulu Selangor Sempena Kempen VISIT MALAYSIA 2020 Negeri Selangor yang berlangsung dari 03 - 04 Disember 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/12/aktiviti-paragliding-di-bukit-batu-pahat-kuala-kubu-bahru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Scl2019 Kuala Selangor Batu Dua Fc Muncul Juara

Scl2019 Kuala Selangor Batu Dua Fc Muncul Juara

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 519 hits
Perlawanan akhir Selangor Champions League 2019 dicemari kontroversi selepas pasukan Kingstown Klang FC enggan meneruskan perlawanan pada minit ke 63 berikutan kad merah kedua yang diterima pemain pasukan tersebut Kingstown Klang FC yang ke...
Sky Mirror Kuala Selangor

Sky Mirror Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 933 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah selesai sudah kini menunggu program untuk hari ke 2 pula Kemanakah kami hari ini Tunggu dan baca entry sehingga habis Hehe Susppen gitu Tak adalah suspen mana pun Kami ke Kuala Selangor dan satu hari kami kat s...
Aktiviti Mendaki Bukit Dan Melihat Kehijauan Alam

Aktiviti Mendaki Bukit Dan Melihat Kehijauan Alam

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 676 hits
Berjalan Dan Mendaki Di Hujung Minggu Alhamdulillah Masih bernyawa Ini kisah beberapa bulan lepas Dah lama tak mendaki dan tak tengok kehijauan alam Memang bagus aktiviti faedah macamni dibuat bersama family atau yang tersayang Sihat sama s...
Model Kacak Warga Brazil Bantu Gelandangan Di Kuala Lumpur Seriously

Model Kacak Warga Brazil Bantu Gelandangan Di Kuala Lumpur Seriously

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 624 hits
Wah Jarang betul kita tengok lelaki kacak membantu gelandangan kan Biasanya lelaki kacak memang tak suka buat kerja macam ni Kononnya jaga penampilan lah geli lah Cuba korang tengok lelaki warga Brazil ni Relax je dia Sis tak suka tengok bi...
Bersiaran Dari Kuala Klawang Jelebu

Bersiaran Dari Kuala Klawang Jelebu

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 491 hits
Semoga Ada Rezekimu Duhai AnakHi korang SA cuti hari hi menemankan anak dara ambil ujian UKKM di MRSM Kuala Klawang Jelebu mencemar duli masuk ke kawasan Kak Long kawasan kita hahaha first time sampai area ni Mak Abah SA selalu la masuk are...
Oku Warga Emas Antara Mangsa Banjir Di Kuala Nerus

Oku Warga Emas Antara Mangsa Banjir Di Kuala Nerus

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 275 hits
Che Zaini bersama anaknya di PPS KUALA NERUS 7 Disember Orang Kurang Upaya dan warga emas antara mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak di sini sejak beberapa hari lalu Ibu OKU...
Quill City Mall Kuala Lumpur Terajui Forum Pakar Untuk Membincangkan Era Phygital Runcit

Quill City Mall Kuala Lumpur Terajui Forum Pakar Untuk Membincangkan Era Phygital Runcit

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 428 hits
Dulu bila plan nak keluar atau bershopping mesti kena make sure duit cash cukup dalam wallet apetah lagi andai port shopping kita tu adalah Kawasan yang agak sukar untuk mendapatkan ATM Machine kan Belum lagi cerita beratur Panjang dan pali...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer