Huawei Matebook 13 Pembantu Terbaik Untuk Para Usahawan Yang Boleh Menyelesaikan Tugasan Dengan Cekap


https://ift.tt/39qNWAI Selepas tamat pengajian di universiti, kita akan mula memasuki alam pekerjaan dan haruslah segera menyesuaikan diri dengan kehidupan pekerjaan yang serba sibuk dan pantas. Sekiranya anda sedang mencari cari sebuah komputer riba yang sesuai untuk digunakan agar kerja harian anda menjadi lebih efisyen dan produktif, ini adalah antara sebab mengapa anda perlu masukkan komputer riba HUAWEI MateBook 13 dalam senarai pilihan anda.

1. Dilengkapi Dengan Fungsi Huawei One Touch dan Fungsi Kolaborasi Antara Peranti (Multi-Screen Collaboration) Yang Memudahkan Proses Pemindahan FailKebiasaannya, setiap kali kita menghadiri mesyuarat, kita harus mencatat beberapa maklumat penting samaada secara manual di buku nota ataupun di bahagian nota terbina di dalam peranti. Namun, ia menjadi sedikit rumit sekiranya anda ingin memindahkan fail daripada telefon pintar kepada komputer riba samaada anda perlu menaip semula maklumat daripada buku nota atau menghantar nota daripada telefon pintar kepada komputer riba melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram . Apa yang lebih merumitkan adalah apabila anda perlu mempunyai sambungan WiFi yang kuat untuk menjayakan pemindahan fail daripada telefon pintar kepada komputer riba melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram.
Tetapi, sekiranya anda memilih komputer riba HUAWEI MateBook 13, anda tidak lagi perlu menghadapi situasi yang merumitkan ini hanya untuk membuat pemindahan fail. Hal ini adalah kerana komputer riba ini dilengkapi dengan fungsi One Tap to Share yang membolehkan anda untuk memindahkan fail daripada telefon pintar kepada komputer riba anda tanpa memerlukan sambungan WiFi. Jadi, dengan adanya fungsi ini pada komputer riba anda, ia menjimatkan lagi masa anda dan boleh membuat kerja menggunakan telefon pintar dan sambung membuatnya menggunakan komputer riba dengan lebih mudah dan efisyen.

Bukan itu sahaja, bermula 30 November yang lalu, HUAWEI MateBook 13 ini sudahpun melalui kemaskini untuk naik taraf sistem operasinya. Selepas kemaskini ini, HUAWEI MateBook 13 ini sudahpun menyokong fungsi kolaborasi antara peranti (Multi-Screen Collaboration) yang membolehkan anda untuk menjadikan telefon pintar Huawei anda berfungsi sebagai komputer riba yang kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Kini anda boleh melakukan dua kerja daripada dua peranti berbeza kepada satu peranti yang sama. Seperti contoh, melalui fungsi ini anda boleh menyunting gambar, video, fail Powerpoint anda daripada telefon pintar terus kepada komputer riba. Dengannya, kerja dan tugasan harian anda menjadi lebih mudah dan efisyen.
2. Membawakan Rekaan Yang Baik Dan Sesuai Untuk Dibawa Ke Mana-ManaDalam alam pekerjaan, sekiranya anda seorang usahawan terutamanya, tanggapan pertama daripada klien kepada anda adalah sangat penting, samaada dari segi perwatakkan atau juga pemakaian. Untuk memberi tanggapan pertama yang baik kepada anda, penggayaan aksesori dan gajet juga adalah penting untuk para usahawan. Ia menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang berjaya dan berkemampuan untuk memiliki gajet yang cukup canggih dan terkini.

Seperti HUAWEI MateBook 13, kerangka komputer riba ini sendiri dapat memberikan tanggapan yang cukup baik apabila anda membawanya. Hal ini adalah kerana, kerangkanya dibina dengan binaan logam yang premium dan ia dilengkapi dengan rekaan yang nipis dan senang untuk dibawa apabila berjumpa klien. Skrinnya pula merupakan rekaan skrin penuh, yang mempunyai bezel senipis 4.4mm dengan nisbah yang mencapai 88% sekaligus memberikan efek minimalis dan elegan kepada komputer riba.
Bukan itu sahaja, HUAWEI MateBook 13 ini juga ringan dan mudah untuk dibawa kemana mana iaitu seberat 1.3kg sahaja. Ini sekaligus memudahkan lagi pergerakkan anda sebagai usahawan yang selalu keluar membawa komputer riba untuk berjumpa dengan klien.
3. Prestasi Penggunaan Yang Cukup Baik Dan Kurang Berlaku Masalah Lengah Masa
Untuk pengetahuan anda, komputer riba ini dikuasakan oleh dua cip pemprosesan, iaitu Intel Core i5-8265U dan i7-8565U dengan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 bersama kad grafik TDP Watt. Dari segi simpanan storannya pula, ia ditawarkan dengan memori 8GB RAM bersama 512GB ROM yang dikatakan mampu untuk beroperasi lebih laju dengan penawaran storan yang lebih besar. 
Dengan penawaran spesifikasi ini pada HUAWEI MateBook 13, ia memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Dengan komputer riba ini, anda boleh membuka banyak fail dalam satu masa yang sama seperti Photoshop, PowerPoint dan sebagainya tanpa sebarang masalah lengah masa. Jadi, masa bekerja anda menjadi lebih efisyen dan lancar.
4. Kapasiti Bateri Yang Dapat Bertahan Lama Dan Sistem Sekuriti Yang Cukup Baik
Bagi anda yang sering bekerja di luar pejabat untuk berjumpa dengan klien, komputer riba yang mempunyai kapasiti bateri yang cukup besar adalah sangat penting untuk anda. Dengan kapasiti yang cukup besar ini, ia memudahkan lagi pergerakkan anda dan tidak perlu berhenti di mana mana kafe yang mempunyai port pengecasan untuk mengecas komputer riba anda.
Namun sekiranya anda menggunakan HUAWEI MateBook 13, masalah ini tidak akan berlaku kerana baterinya boleh bertahan sehingga 4 jam penggunaan maksimum. Menurut Huawei, walaupun anda membuka aplikasi PowerPoint dan menonton tayangan video dalam masa yang sama selama 4 jam tanpa berhenti, baterinya masih lagi bertahan dan hanya menurun daripada 90% kepada 20%, sekaligus memberi peluang kepada anda untuk menggunakan komputer riba ini dalam tempoh masa yang lebih lama.

Malah, HUAWEI MateBook 13 ini juga dilengkapi dengan pengecas pantas 65W dengan penyesuai port mudah alih USB-C yang membolehkan anda untuk membuat pengecasan dengan lebih mudah. Pengecas pantas 65W ini juga boleh disuaikan dengan output pengecasan dengan kuasa berbeza seperti 20V / 3.25A, 15V / 3A, 12V / 2A, 9V / 2A, 5V / 2A dan sebagainya. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda tersilap membawa alat pengecasan kerana ia menyokong untuk menerima pelbagai output pengecasan dengan kuasa berbeza. 
Sistem sekuriti komputer riba ini juga cukup baik kerana ia dilengkapi dengan sistem pengimbas cap jari yang akan digunakan untuk menghidupkan dan nyahkunci komputer riba ini. Untuk berbuat sedemikian, anda hanya perlu meletakkan jari telunjuk anda pada butang kuasa di bahagian papan kekunci dan seterusnya anda akan dibawa ke antaramuka utama untuk komputer riba ini tanpa perlu memasukkan kata kunci. Dengan sistem sekuriti sebegini, anda tidak perlu risau sekiranya rakan kerja anda mengguna komputer riba anda tanpa izin kerana untuk nyahkuncikannya, mereka memerlukan cap jari anda.
Kesimpulan
Sebagai seorang graduan yang baru menamatkan pengajian dan bekerja sebagai seorang ahli usahawan, HUAWEI MateBook 13 ini merupakan pilihan yang bijak. Hal ini kerana, ia bukan sahaja dijual pada harga mampu milik untuk seorang yang baru mula bekerja, malah spesifikasi yang ditawarkan juga adalah sangat baik untuk digunakan oleh anda yang sering keluar bermesyuarat sepanjang hari.
HUAWEI MateBook 13 ini bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang baik, malah rekaannya juga adalah sangat minimalis dan elegan untuk mudah dibawa kemana sahaja. Ia ringan, kelihatan premium, malah kapasiti baterinya juga adalah cukup besar bagi anda yang sering keluar bermesyuarat. Selain itu, fungsi khas yang ditawarkan untuk komputer riba ini iaitu HUAWEI One Touch to Share dan kolaborasi antara peranti juga akan memudahkan lagi proses kerja harian anda sekaligus menjadikan hari anda lebih produktif serta efisyen.

Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan komputer riba HUAWEI MateBook 13 ini, ia ditawarkan dengan dua variasi pemprosesan. Bagi HUAWEI MateBook 13 dengan pemprosesan Intel Core i5, anda boleh mendapatkannya pada harga RM3999, manakala model HUAWEI MateBook 13 dengan Intel Core i7, ia dipasarkan pada harga RM4399 sahaja. Untuk membelinya, anda boleh layari laman rasmi Huawei sendiri atau pengedar pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.
Bukan itu sahaja, sempena tahun 2020 yang bakal tiba tidak lama lagi, Huawei memberi anda peluang untuk memiliki pelbagai peranti daripada ekosistem mereka pada harga serendah RM25.69 sehari untuk kombinasi peranti bagi kegunaan pekerjaan. Terdapat pelbagai kombinasi peranti lain yang dijual pada harga mampu milik dan dikhususkan kepada kumpulan tertentu seperti untuk kegunaan pelajar, pemain permua, dan kegunaan sukan. Dengan ini anda boleh memiliki peranti yang dikhususkan untuk kegunaan harian anda pada harga yang sangat berbaloi.
Beli: HUAWEI MateBook 13 Melalui Laman Rasmi Huawei
Layari: Laman Rasmi Huawei Untuk Melihat Promosi Produk Huawei 2020
Penafian: Advertorial daripada Huawei Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2019/12/huawei-matebook-13-pembantu-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti Huawei Dengan Skim Bayaran Ansuran

Kini Pelajar Boleh Miliki Matebook 13 Dan Pelbagai Peranti Huawei Dengan Skim Bayaran Ansuran

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 335 hits
Pelajar universiti dan teknologi memang tak dapat dipisahkan Kalau tanya pasal smartphone dekat generasi celik IT ni confirm mereka boleh bercerita dengan panjang lebar Di universiti boleh dikatakan kebanyakan pelajar guna banyak jenis pera...
Penaja Utama Gv6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen Contoh Untuk Para Penaja Lain Memang Sempoi Terbaik Boss Susu

Penaja Utama Gv6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen Contoh Untuk Para Penaja Lain Memang Sempoi Terbaik Boss Susu

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 408 hits
Bahang program rancangan nyanyian Gegar Vaganza 6 nampaknya masih dirasai hingga ke hari ini Penaja Utama GV6 Mendapat Pujian Melangit Dari Netizen Contoh untuk para penaja Lain Memang sempoi Terbaik Boss Susu
5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

5 Cendol Terbaik Sekitar Temerloh Yang Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 1023 hits
Malaysia kaya dengan makanan tak kira la berada di negeri atau daerah mana pun Temerloh pun apa kurangnya Macam biasalah kenal Temerloh tahu akan ikan patin Tapi nak tahu korang boleh baca sini tempat best untuk makan ikan patin di Temerloh...
Huawei Matebook D15 Kini Di Malaysia Pada Harga Rm2499

Huawei Matebook D15 Kini Di Malaysia Pada Harga Rm2499

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 470 hits
https ift tt 2Fk28hj Huawei hari ini telah mengumumkan penawaran satu lagi komputer riba terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Huawei MateBook D15 Komputer riba ini hadir dengan skrin 15 6 inci dan akan mula dijual bermula 18 Januari 2020 in...
Daripada Hanya Rm799 Anda Boleh Memiliki Siri Huawei Y9 Dengan Skrin Storan Dan Bateri Yang Besar

Daripada Hanya Rm799 Anda Boleh Memiliki Siri Huawei Y9 Dengan Skrin Storan Dan Bateri Yang Besar

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 310 hits
https ift tt 38VKhL9 Umum mengetahui bahawa kita sudahpun berada di penghujung tahun 2019 Namun sudahkah azam anda tahun 2019 ini tercapai Bagi anda yang berazam untuk mengurangkan perbelanjaan dan ingin mempunyai simpanan sendiri ini adala...
Port Terbaik Nak Bergambar Wanita Ini Tak Boleh Move On Cantiknya Pulau Jerejak Di Penang

Port Terbaik Nak Bergambar Wanita Ini Tak Boleh Move On Cantiknya Pulau Jerejak Di Penang

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 471 hits
Percutian bersama keluarga pastinya merupakan idaman semua orang Banyak tempat tempat menarik yang boleh dikunjungi di dalam mahupun luar negara Jangan risau jika anda tidak berkemampuan untuk berkunjung ke luar negara kerana masih banyak t...
Huawei Mate 30 Pro 5g Menerima Skor Dxo Sebanyak 123 Kamera Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran

Huawei Mate 30 Pro 5g Menerima Skor Dxo Sebanyak 123 Kamera Telefon Pintar Terbaik Di Pasaran

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 631 hits
https ift tt 38SlnMb Tahun 2019 semakin hampir ke penghujung dan takhta peranti dengan kemampuan kamera terbaik kini jatuh ke tangan Huawei Mate 30 Pro 5G Pihak DXOMark memberikan peranti ini 123 markah dua markah lebih tinggi berbanding pe...
Huawei Xiaomi Akan Menggunakan Skrin Boleh Lipat Oled Dari Samsung

Huawei Xiaomi Akan Menggunakan Skrin Boleh Lipat Oled Dari Samsung

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 338 hits
https ift tt 2SPbpWm Tidak dinafikan yang peranti dengan skrin boleh lipat masih berada di fasa awal dan tidak stabil Lihat sahaja Huawei Mate X ditangguhkan Galaxy Fold juga sebelum dijual menghadapi pelbagai masalag serius dan Xiaomi pula...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang

Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan