


Fenomena Salar de Uyuni di Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai. Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30. Kalau anda tak pasti berapa haribulan mengikut kalendar Masihi, boleh buat rujukan di Google. Waktu berlaku air surut ini antara pukul 10.30 - 11.00 pagi. Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.
Bagi yang nak datang menyaksikan sendiri keindahan panorama Salar de Uyuni versi Malaysia, pastikan anda bawa bekalan makanan seperti roti dan air mineral. Tandas juga agak sukar didapati di kawasan pantai seperti ini. Di kawasan perkampungan nelayan pula agak susah untuk cari restoran makanan Melayu. Mungkin anda terpaksa tangguhkan seketika waktu makan tengah hari anda. - Sumber : http://www.mdks.gov.my
Sebelum ni Cik Nor tengok jer kat facebook rakan-rakan blogger dan rakan media datang ke sini untuk merakam gambar yang cantik dan unik. Dalam hati dok berzikir bila lah aku nak sampai kat sini jugak. Alhamdulillah..Allah dengan luahan hati Cik Nor itu. Akhirnya Cik Nor sampai juga ke Sky Mirror Kuala Selangor ni. Betapa teruja nya bila dapat sampai ke sini. Perjalanan kami ke tengah laut iaitu ke Sky Mirror ini mengambil masa 30 minit.
Sampai-sampai sahaja, pengunjung telah pun membanjiri tempat tersebut. Lihat betapa terujanya mereka ingin menikmati kejadian alam yang jarang-jarang ada di mana-mana pantai di Malaysia. Apa yang pasti gambar yang diambil oleh fotografer memang cun weh. Nasib kami kurang baik sikit hari tu kerana air laut tak sejernih hari biasa kerana hari sebelum tu pantai Kuala Selangor ini ditimpa hujan. Tapi kami tak ada lah frust sangat kerana gambar-gambar yang kami dapat memang terbaik.
Korang boleh tengok sendiri gambar -gambar yang Cik Nor akan kongsikan disini. Nak mendapatkan gambar yang cun dan menarik ini bukan nya mudah weh. Mula-mula pasir akan diratakan dan korang kena tahan air dari masuk ke tempat yang korang ratakan itu. Air yang banyak akan menghasilkan gelombang-gelombang halus yang boleh mencacatkan kesan pantulan pada gambar yang korang ambil tu. Eh.. betul ke macam tu? Lebih kurang macam tu rasanya, tempat untuk kita possing macam kat dalam studio lah jugak yer. Kena hias backdrop cantik-cantik baru lah gambar yang diambil tu kebabom.
Eh, panjang nau Cik Nor berceloteh, tapi korang mesti teruja kan nak datang sini bila tengok gambar-gambar cantik yang akan Cik Nor kongsikan ini. Korang berminat nak datang sini? Apa kata korang hubungi :
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |