Skrip Mudah Menteri Yang Kasihan Pihak Berkuasa Menjadi Batu Lambung Ahli Politikus


Di Malaysia, apabila berlaku apa-apa isu hangat yang sukar diselesaikan, ahli politik kerajaan akan memilih jalan keluar dengan menyerahkan isu tersebut kepada siasatan pihak berkuasa. Strategi ini dilakukan dengan harapan, masa menunggu selesainya siasatan terhadap isu hangat itu akan menyejukkan suhu ingin tahu rakyat terhadap isu tersebut. Dan ketika itu juga, akan timbul polemik baru yang mengalihkan perhatian rakyat.

Contohnya, dalam skandal seks sejenis yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, rakyat awam tidak lagi memburu dan membangkitkan status siasatan kes ini.

Kali terakhir kes ini disebut secara umum ialah setelah pembantu Anwar Ibrahim, Farhash Wafa dan Haziq Aziz dilepaskan daripada reman pihak polis pada 23 Julai yang lalu. Sehari selepas itu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata Pejabat Peguam Negara akan memutuskan sekiranya Azmin perlu ditahan selepas menerima kertas siasatan berhubung skandal video seks yang didakwa melibatkan menteri itu.

Apa yang diketahui setakat ini ialah polis mengesahkan video tersebut tulen namun salah satu pelakonnya tidak boleh disahkan meskipun Haziq mengaku sebagai salah seorang pelakon di dalamnya. Siasatan polis juga dilihat ditumpu kepada dalang penyebaran video seks tersebut. Namun sehingga kini, tiada siapa yang tahu apakah hasil siasatan isu ini mahupun apakah akan ada pendakwaan yang bakal dilakukan.

Situasi yang sama juga melanda kes rogol pembantu rumah yang melibatkan seorang exco Perak dari Pakatan Harapan. Perkara yang paling menimbulkan perbualan rakyat dalam kes ini ialah bagaimana tertuduh tidak direman meskipun sehari oleh polis.

Namun begitu, sifat ingin tahu rakyat terhadap kes ini sudah pudar. Setakat yang diketahui umum, siasatan kes ini masih di tangan polis. Kali terakhir kita mendengar isu ini dibangkitkan ialah pada 9 Ogos di mana rakyat dimaklumkan kes dipulangkan kali kedua kepada polis oleh Pejabat Peguam Negara untuk dilengkapkan.


Mengapa rakyat hilang tumpuan kepada kedua-dua kes ini?

Ini kerana secara “kebetulan”, ketika menunggu hasil siasatan pihak berkuasa, perhatian rakyat dialih kepada isu panas yang membangkitkan emosi perkauman seperti tulisan khat jawi, kontroversi yang melanda Zakir Naik dan penghinaan terhadap angkatan tentera oleh ahli perniagaan Koon Yew Yin – yang “kebetulan” datang secara bersiri sepanjang 3 minggu yang lepas.

Sepanjang 3 minggu yang lepas, Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) menimbulkan kontroversi ekoran kenyataannya yang mengaitkan pengenalan tulisan khat jawi di sekolar vernakular dengan Islamisasi. Kontroversi yang melanda Zakir akibat laporan media yang mensensasikan kata-kata yang kurang enak beliau kepada beberapa pimpinan kerajaan bukan Islam yang sentiasa menggesa beliau diusir dari Malaysia manakala Koon pula dihujani kemarahan rakyat ekoran tulisannya yang bersifat menghina peranan angkatan tentera.

Seperti yang dijangka, kes ini diserahkan kepada pihak berkuasa oleh ahli politik kerajaan yang kelihatan tersepit untuk menyatakan pendirian masing-masing dalam isu panas ini.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengumumkan polis kini sedang menyoal siasat Dong Zong; Koon dan Zakir rentetan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap ketiga-tiga pihak terbabit.

Strategi menyerahkan isu sensitif ini kepada siasatan pihak berkuasa tidak lain tidak bukan bertujuan meredakan emosi rakyat. Apabila emosi rakyat reda, sudah pasti akan timbul isu yang baru yang bakal mengalihkan perhatian mereka.

Strategi ini juga memudahkan ahli politik kerajaan menjawab pertanyaan wartawan apabila ditanya pendirian mereka mengenai isu panas terbabit. Mereka hanya perlu menjawab mengikut skrip ini: “Kita tunggu hasil siasatan pihak berkuasa.”

Nasib baik, ahli politik kerajaan tidak boleh menyerahkan masalah ekonomi rakyat dan negara kepada siasatan pihak berkuasa.

Jika tidak, sudah pasti pihak berkuasa akan diarah menyiasat mengapa penjualan dana asing saham tempatan di Bursa Malaysia terus meningkat untuk 4 minggu berturut-turut kerana ahli politik kerajaan buntu menyelesaikan krisis keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Pendek kata, kesian betul pihak berkuasa Malaysia!

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/08/skrip-mudah-menteri-yang-kasihan-pihak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjadi Pedagang Seorang Ahli Jualan

Menjadi Pedagang Seorang Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 316 hits
Pembahasan kita sekarang adalah Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya income tambahan maka r...
Berikut Ini Resep Menjadi Ahli Jualan Buat Reseller

Berikut Ini Resep Menjadi Ahli Jualan Buat Reseller

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 306 hits
Pada kesempatan ini kami akan bahas terkait dengan Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya inc...
Ingin Menjadi Ahli Jualan Berikut Ini Tahapannya

Ingin Menjadi Ahli Jualan Berikut Ini Tahapannya

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 363 hits
Pembahasan kita sekarang yaitu Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki pendapatan tambahan m...
Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa Memang Menjadi Sarangnya

Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa Memang Menjadi Sarangnya

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 780 hits
Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa Memang Menjadi Sarangnya Salam semua hari ini dah hari Jumaat bersamaan 8 Zulhijjah 1440 Ahad ni dah raya haji Apa persiapan korang semua Kenapa macam tak rasa nak raya ni huu...
Kesian Pihak Berkuasa Malaysia Apa Jadi Kes Video Haziq

Kesian Pihak Berkuasa Malaysia Apa Jadi Kes Video Haziq

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 328 hits
Kesian pihak berkuasa Malaysia Di Malaysia apabila berlaku apa apa isu hangat yang sukar diselesaikan ahli politik kerajaan akan memilih jalan keluar dengan menyerahkan isu tersebut kepada siasatan pihak berkuasa Strategi ini dilakukan deng...
Politikus Golkar Satya Wira Yudha Jadi Menteri Esdm

Politikus Golkar Satya Wira Yudha Jadi Menteri Esdm

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 191 hits
Politikus Golkar Satya Wira Yudha Jadi Menteri ESDM Meski saat ini bertugas menjadi Wakil ketua komisi I Satya pernah berkiprah di komisi energi DPR Dia pernah memimpin Komisi VII yang membidangi Energi Riset dan Teknologi serta Lingkungan ...
Meditasi Bisa Menjadi Cara Untuk Kurangi Risiko Alzheimer

Meditasi Bisa Menjadi Cara Untuk Kurangi Risiko Alzheimer

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 262 hits
Sebuah penelitian yang baru diterbitkan pada Journal of Alzheimer s Disease mengungkap temuan mengenai manfaat meditasi ini Diketahui bahwa hal ini bisa mencegah penderita gangguan kognitif ringan atau mild cognitivi impairment mengalami al...
Tak Ada Rupa Islam Dah Makin Menjadi Jadi

Tak Ada Rupa Islam Dah Makin Menjadi Jadi

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 772 hits
Ini bukan kali pertama pemakaian Janna Nick dikritik kerana ketat dan seksi Nampaknya Janna sekali lagi dikecam disebabkan foto terbaru yang dimuat The post appeared first on
Konsert Lagenda Nada Murni 2025

Jangan Terlalu Berkira

Mee Udang Ladang Nira Nipah Napiah

Hwc Coffee X Bape Bila Kopi Jadi Gaya Hidup Bukan Sekadar Minuman

Macam Mana Madani Ada Yang Miskin

Panduan Pemilihan Taska Dan Tadika Sesi 2026

Dap Mp Demands Fam Reveal Technical Errors As Taxpayers To Foot Fines

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Don T Worry

Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik

Spbetflik88 11 June Spbetflik88 Top 52 By Leslee

Mihun Goreng Singapore

Nothing Lancar Cmf Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam

Ingatkan Orang Ketiga Adalah Isteri Pertama Rupanya Nora Ariffin Bercadang Selamatkan Rumah Tangga Tapi Bersyarat