Kesian Pihak Berkuasa Malaysia Apa Jadi Kes Video Haziq




Kesian pihak berkuasa Malaysia
Di Malaysia, apabila berlaku apa-apa isu hangat yang sukar diselesaikan, ahli politik kerajaan akan memilih jalan keluar dengan menyerahkan isu tersebut kepada siasatan pihak berkuasa. Strategi ini dilakukan dengan harapan, masa menunggu selesainya siasatan terhadap isu hangat itu akan menyejukkan suhu ingin tahu rakyat terhadap isu tersebut. Dan ketika itu juga, akan timbul polemik baru yang mengalihkan perhatian rakyat.
Contohnya, dalam skandal seks sejenis yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali, rakyat awam tidak lagi memburu dan membangkitkan status siasatan kes ini.
Kali terakhir kes ini disebut secara umum ialah setelah pembantu Anwar Ibrahim, Farhash Wafa dan Haziq Aziz dilepaskan daripada reman pihak polis pada 23 Julai yang lalu. Sehari selepas itu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata Pejabat Peguam Negara akan memutuskan sekiranya Azmin perlu ditahan selepas menerima kertas siasatan berhubung skandal video seks yang didakwa melibatkan menteri itu.
Apa yang diketahui setakat ini ialah polis mengesahkan video tersebut tulen namun salah satu pelakonnya tidak boleh disahkan meskipun Haziq mengaku sebagai salah seorang pelakon di dalamnya. Siasatan polis juga dilihat ditumpu kepada dalang penyebaran video seks tersebut. Namun sehingga kini, tiada siapa yang tahu apakah hasil siasatan isu ini mahupun apakah akan ada pendakwaan yang bakal dilakukan.
Situasi yang sama juga melanda kes rogol pembantu rumah yang melibatkan seorang exco Perak dari Pakatan Harapan. Perkara yang paling menimbulkan perbualan rakyat dalam kes ini ialah bagaimana tertuduh tidak direman meskipun sehari oleh polis.
Namun begitu, sifat ingin tahu rakyat terhadap kes ini sudah pudar. Setakat yang diketahui umum, siasatan kes ini masih di tangan polis. Kali terakhir kita mendengar isu ini dibangkitkan ialah pada 9 Ogos di mana rakyat dimaklumkan kes dipulangkan kali kedua kepada polis oleh Pejabat Peguam Negara untuk dilengkapkan.
Mengapa rakyat hilang tumpuan kepada kedua-dua kes ini?
Ini kerana secara “kebetulan”, ketika menunggu hasil siasatan pihak berkuasa, perhatian rakyat dialih kepada isu panas yang membangkitkan emosi perkauman seperti tulisan khat jawi, kontroversi yang melanda Zakir Naik dan penghinaan terhadap angkatan tentera oleh ahli perniagaan Koon Yew Yin – yang “kebetulan” datang secara bersiri sepanjang 3 minggu yang lepas.
Sepanjang 3 minggu yang lepas, Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) menimbulkan kontroversi ekoran kenyataannya yang mengaitkan pengenalan tulisan khat jawi di sekolar vernakular dengan Islamisasi. Kontroversi yang melanda Zakir akibat laporan media yang mensensasikan kata-kata yang kurang enak beliau kepada beberapa pimpinan kerajaan bukan Islam yang sentiasa menggesa beliau diusir dari Malaysia manakala Koon pula dihujani kemarahan rakyat ekoran tulisannya yang bersifat menghina peranan angkatan tentera.
Seperti yang dijangka, kes ini diserahkan kepada pihak berkuasa oleh ahli politik kerajaan yang kelihatan tersepit untuk menyatakan pendirian masing-masing dalam isu panas ini.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mengumumkan polis kini sedang menyoal siasat Dong Zong; Koon dan Zakir rentetan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap ketiga-tiga pihak terbabit.
Strategi menyerahkan isu sensitif ini kepada siasatan pihak berkuasa tidak lain tidak bukan bertujuan meredakan emosi rakyat. Apabila emosi rakyat reda, sudah pasti akan timbul isu yang baru yang bakal mengalihkan perhatian mereka.
Strategi ini juga memudahkan ahli politik kerajaan menjawab pertanyaan wartawan apabila ditanya pendirian mereka mengenai isu panas terbabit. Mereka hanya perlu menjawab mengikut skrip ini: “Kita tunggu hasil siasatan pihak berkuasa.”
Nasib baik, ahli politik kerajaan tidak boleh menyerahkan masalah ekonomi rakyat dan negara kepada siasatan pihak berkuasa.
Jika tidak, sudah pasti pihak berkuasa akan diarah menyiasat mengapa penjualan dana asing saham tempatan di Bursa Malaysia terus meningkat untuk 4 minggu berturut-turut kerana ahli politik kerajaan buntu menyelesaikan krisis keyakinan pelabur terhadap Malaysia.
Pendek kata, kesian betul pihak berkuasa Malaysia!
Timmy Say
FMT



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/19/kesian-pihak-berkuasa-malaysia-apa-jadi-kes-video-haziq/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Baru Malaysia Tular Video Cikgu Melayu Berbual Dengan Pelajar India Dalam Bahasa Mandarin

Ini Baru Malaysia Tular Video Cikgu Melayu Berbual Dengan Pelajar India Dalam Bahasa Mandarin

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 730 hits
Keunikan negara kita Malaysia adalah terletak kepada kepelbagaian kaum dan budaya yang kita miliki Bukan itu sahaja kita juga mampu hidup dengan aman damai di sebalik segala perbezaan di antara kita Selain perbezaan bangsa agama dan budaya ...
Pihak Polis Keluarkan Keputusan Kes Kematian Nora Anne

Pihak Polis Keluarkan Keputusan Kes Kematian Nora Anne

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 509 hits
Keluarga Nora Anne Percaya Anak Mereka Diculik Bukan Keluar SendiriWalaupun semalam pihak polis telah mengeluarkan keputusan bedah siasat dan mengatakan kematian Nora tiada unsur unsur jenayah keluarga Nora Anne Quoirin masih percaya yang a...
Wetv Perkhidmatan Penstriman Video Dari Tencent Kini Turut Boleh Diakses Di Malaysia

Wetv Perkhidmatan Penstriman Video Dari Tencent Kini Turut Boleh Diakses Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 577 hits
Tencent merupakan salah satu syarikat internet terkemuka dari China dan mempunyai sejumlah penawaran menarik dibawah mereka Salah satunya adalah perkhidmatan penstriman video mereka WeTV Terkini selepas terhad di beberapa buah negara sebelu...
Skrip Mudah Menteri Yang Kasihan Pihak Berkuasa Menjadi Batu Lambung Ahli Politikus

Skrip Mudah Menteri Yang Kasihan Pihak Berkuasa Menjadi Batu Lambung Ahli Politikus

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 270 hits
Di Malaysia apabila berlaku apa apa isu hangat yang sukar diselesaikan ahli politik kerajaan akan memilih jalan keluar dengan menyerahkan isu tersebut kepada siasatan pihak berkuasa Strategi ini dilakukan dengan harapan masa menunggu selesa...
Geng Kotak Hitam Terima Sandwich Toaster Daripada Pihak Safi Malaysia

Geng Kotak Hitam Terima Sandwich Toaster Daripada Pihak Safi Malaysia

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 448 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah Rezeki itu dalam perbagai cara dan bentuk Buat kali kedua pihak Safi menghadiahkan barangan elektrik dan kali ini adalah Sandwich Toaster jenama Pensonic Sandwich ToasterGeng Kotak Hitam terima Sandwich Toaster...
E Piala Malaysia Berasaskan Fifa 20 Bakal Dianjurkan Pihak Mfl

E Piala Malaysia Berasaskan Fifa 20 Bakal Dianjurkan Pihak Mfl

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 310 hits
MFL sedia popular dengan penganjuran beberapa liga bola sepak tempatan yang popular Kini selain daripadanya MFL juga mengatakan akan menganjurkan kejohanan E Piala Malaysia 2019 Liga E Piala Malaysia 2019 ini akan dianjurkan bersama pihak G...
Kes Src International Bukan Jho Low Tapi Dsn Merupakan Pihak Berkepentingan

Kes Src International Bukan Jho Low Tapi Dsn Merupakan Pihak Berkepentingan

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 245 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Video Bahan Bukti Tersebar Ngo Gesa Pegawai Kendali Kes Syed Danial Disiasat

Video Bahan Bukti Tersebar Ngo Gesa Pegawai Kendali Kes Syed Danial Disiasat

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 1453 hits
Bahan bukti tersebar NGO gesa pegawai kendali kes Syed Danial disiasat Sejak semalam gambar menunjukkan mangsa yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh seorang pemandu berbangsa Cina berpunca daripada kemalangan kecil telah berlegar legar...
Terkini Klia Terus Alami Gangguan Sistem Pihak Malaysia Airports Tampil Perjelaskan

Terkini Klia Terus Alami Gangguan Sistem Pihak Malaysia Airports Tampil Perjelaskan

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 394 hits
Sejak malam Rabu lepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mengalami gangguan sistem sehingga mengakibatkan kelewatan penerbangan dan situasi tersebut berterusan sehingga pagi ini Setakat malam tadi 68 kelewatan penerbangan telah dil...
Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory

Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Manchester United Menang Skor Tipis 2 1 Atas West Ham


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal

Rahsia Tulang Si Kecil

Chili Oil Sk Recommend

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Bzbee Consult Ppim 28 07 2025

Filem Memori

Rahsia Pes Botok Botok Johor Sedap Rasa Asli Macam Air Tangan Orang Lama