Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa Memang Menjadi Sarangnya


Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa ( Sukatan Cawan ) Memang Menjadi Sarangnya || Salam semua, hari ini dah hari Jumaat bersamaan 8 Zulhijjah 1440. Ahad ni dah raya haji. Apa persiapan korang semua. Kenapa macam tak rasa nak raya ni huu. Raya haji ni tak macam raya puasa. Ada yang dah balik kampung tak ? Tengok orang lain dah siap balut ketupat palas bagai uih. Kita ala kadar jerr planning nak buat nasi dagang hari raya sebab lepas tu nak terus balik kampung Rantau Panjang hari raya tu.


Hari ini nak kongsi resepi kek sarang semut yang mudah tanpa perap guna periuk noxxa untuk sukatan cawan. Kali pertama buat tak sangka pulak menjadi sarangnya dan tak payah perap pun. Bila tengok geng noxxarians asyik up gambar kek sarang semut yang menjadi berkobar - kobar sangat nak buat tapi dalam masa yang sama takut. hii. Takut tak menjadi sarangnya lagi haru.

Tak pernah nak bakar kek dalam periuk noxxa ni. Biasanya bakar dalam oven jerr. Itu yang tergerak nak mencubanya. Alhamdulillah menjadi jugak walau kali pertama buat. Biasalah kek lama ni orang lama memang suka. Kita pun suka. Kek sarang semut ni dah menjadi hidangan wajib setiap kali raya.

Berdebar masa nak potong tu, sekali tengok wahh cantiknya sarang dia. Yang penting tak payah perap. Ok, eksperimen menjadi tak payah la nak perap bagai, banyak masa rugi. Kita pun banyak kerja lain nak buat.


Kalau nak dapatkan warna kek yang lebih gelap, kena hanguskan lagi gula sampai gelap. Kita memang suka pahit sikit, sebab itu goreng sampai lama sikit, sampai gula cair dan berbuih baru masukkan air panas. Orang kata pahit, tapi tak adalah rasa pahit sangat. Lebih nampak seksi bila warna gelap :D.

Nampaknya lebih mudah nak bakar dalam periuk berbanding oven, sebab masa tak lama dalam 25 minit jerr steam dah siap sebijik kek. Kalau sesiapa nak cuba, resepi ada dibawah sudah diolah nak buat kurang manis, sedang elok manisnya.

Orang takut sangat nak buat kek ni sebab selalu bagi kejutan sama ada jadi sarang ke tidak hii. Nak lagi clear, jemput tonton video di bawah ya. Sudi -sudi lah subscribe channel saya. Terima kasih. :)


Resepi Kek Sarang Semut Yang Mudah Tanpa Perap Guna Periuk Noxxa ( Sukatan Cawan ) Memang Menjadi Sarangnya

Bahan - bahan untuk karamel
3/4 cawan gula kasar
1 cawan air panas
1 1/2 sudu mentega

Cara - cara 
Guna api kecil, hanguskan gula sehingga keperang-perangan. Masukkan air panas sikit - sikit dan kacau sehingga gula cair. Tutup api dan kemudian masukkan mentega kacau sehingga cair. Ketepikan.

Bahan-Bahan
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/3 cawan susu pekat

Cara-caranya:
1. Ayak tepung  dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan 4 biji telur, susu pekat dan esen vanila
3. Kacau sehingga semua bahan sebati
4. Kemudian, tuangkan karamel ke dalam adunan telur dan kacau sekejap
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata sehingga tiada ketulan tepung
6. Alaskan inner noxxa dengan kertas baking,tapis adunan masuk ke dalam inner noxxa, nak elakkan ada ketulan tepung
7. Masukkan inner ke dalam periuk noxxa, tutup tudung dan tekan steam 25 minit, pastikan tombol ke arah steam
8. Abaikan jika keluar bunyi, mode steam memang berbunyi sampai habis masa
9. Dah bunyi beep, tekan off dan biarkan 5 minit. Selepas 5 minit, buka tudung keluarkan inner noxxa
10. Sejukkan sekejap ,rasa macam dah boleh pegang inner, boleh keluarkan dengan hati - hati letak dalam pinggan
11. Boleh potong dan hidangkan

Tips:
1. Untuk dapatkan kek yang berlubang, potong kek di tengah, kemudian tengok arah garisan kek
2. Potong kek melintangi garisan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/08/resepi-kek-sarang-semut-yang-mudah-tanpa-perap-guna-periuk-noxxa-sukatan-cawan-memang-menjadi-sarangnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Gula Hangus Kukus Yang Sangat Sedap Kenyal Dan Pasti Menjadi Sarangnya

Resepi Kek Gula Hangus Kukus Yang Sangat Sedap Kenyal Dan Pasti Menjadi Sarangnya

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 816 hits
As SalamResepi Kek Gula Hangus Yang Sangat Sedap Kenyal dan Pasti Menjadi Sarangnya wow kemain bagi title kat post sendiri haha Tapi itulah realitinya Hujung minggu lepas saya dan Encik Suami dijemput ke majlis doa selamat dan kenduri kesyu...
Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Bake Viral Azlina Ina

Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Bake Viral Azlina Ina

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 2340 hits
As Salam Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Viral Azlina Ina Wahh Mesti korang tengah mencari cari Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Viral Azlina Ina kann Saya baru sahaja nampak kek ni kat dan kebetulan pagi tadi sorang kakak bakers kat s...
Popia Bebola Daging Bersama Keju Mudah Sangat Buatnya Memang Padu

Popia Bebola Daging Bersama Keju Mudah Sangat Buatnya Memang Padu

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 602 hits
Popia Bebola Daging Berkeju aka Popia Meatball Cheese memang padulah rasa dan rupanya Resipi punyalah ringkas cepat siapnya Bagi yang sibuk inilah resipi paling simple Anak anak memang suka sangat nih Hujung minggu kalau buat sarapan memang...
Resepi Roti Jala Kari Ayam Yang Sedap Cepat Mudah Daripada Ayam Brand

Resepi Roti Jala Kari Ayam Yang Sedap Cepat Mudah Daripada Ayam Brand

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 1028 hits
Ramadan bakal tiba tidak lama lagi dan diikuti oleh sambutan Hari Raya sebulan kemudian Sahur dan iftar sepanjang Ramadan diikuti oleh sambutan Eid sememangnya dapat mengumpulkan sanak saudara dan rakan taulan untuk menikmati hidangan tradi...
Resepi Kek Coklat Kukus Dan Bakar Paling Simple

Resepi Kek Coklat Kukus Dan Bakar Paling Simple

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 1684 hits
Resepi Kek Coklat Kukus Paling Simple Buat kek coklat paling sempoi Kalau buat dengan milo tak berapa cantik warna hitam dia kalau buat dengan serbuk koko memang cantik Hitam berkilat Saya dah cuba pun sangat sedap dan lemak berkrim Manis p...
20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 771 hits
20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap Musim korban pasti ramai akan dapat daging korban kan Sana sini sedekah daging sampai pening nak masak apa dah Jangan risau di sini MF nak kongsikan 20 resepi berasaskan daging yang confirm sedap Nak buat p...
Resepi Kek Latte Chai Gula Melaka Asin Dengan Krim Mentega Meringue Swiss

Resepi Kek Latte Chai Gula Melaka Asin Dengan Krim Mentega Meringue Swiss

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 641 hits
Sepertimana minuman coklat panas kayu manis yang menjadi minuman selesa di Barat teh chai masala juga mempunyai tempat yang istimewa di hati peminat teh di negara seperti India dan Malaysia Walau di mana jua anda berada dengan mudahnya anda...
Jangan Mudah Lupa Shah Alam Menjadi Saksi

Jangan Mudah Lupa Shah Alam Menjadi Saksi

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 321 hits
Sesiapa yg hadir di dewan di Shah Alam ketika itu pasti tidak akan lupa peristiwa bersejarah ini Ini yg PH janjikan sekiranya PH membentuk kerajaan iaitu 1 Tun M ditabalkan sebagai PM 2 Dr Wan Azizah dilantik sebagai TPM 3 Mendapatkan penga...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera