Skim Pencen Baharu Perkhidmatan Awam Bermula Tahun 2020


Mulai tahun depan (2020), lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat dibawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah.


Beliau berkata langkah itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas pembaharuan perkhidmatan awam pada Oktober 2018 yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam 2019 di sini hari ini, Borhan berkata skim lantikan kontrak baharu itu, yang kini sedang diperhalusi, akan menawarkan gaji yang lebih menarik serta kebajikan, perlindungan dan jaminan yang lebih baik.

"Lantikan kontrak mungkin tidak menikmati kelebihan macam skim lantikan tetap dan berpencen sekarang seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan namun faedah tersebut mungkin diterjemah dalam bentuk elaun lebih tinggi,” katanya.

Borhan berkata lantikan kontrak yang akan diperkenalkan lebih dinamik dan bersesuaian dengan generasi Y yang tidak begitu 'setia' dan memberi mereka opsyen untuk keluar daripada perkhidmatan awam dengan mudah selepas berkhidmat untuk tempoh tertentu.

Beliau menegaskan bahawa skim lantikan kontrak baharu itu juga tertakluk dibawah Akta Perkhidmatan Awam yang melindungi kepentingan penjawat awam, tidak kira berstatus tetap atau kontrak, bagi memastikan perkhidmatan mereka tidak ditamatkan dengan mudah jika tidak terbukti bersalah.

"Jadi tidak bolehlah seseorang itu dilantik secara kontrak hari ini dan esok dengan mudah perkhidmatannya boleh ditamatkan,” katanya.

Beliau berkata penjawat awam sedia ada mungkin diberi opsyen untuk beralih ke skim lantikan kontrak baharu itu.

Menurut Borhan, lantikan dalam perkhidmatan awam secara tidak tetap dan berpencen sebenarnya sudah wujud cuma tidak berskala besar, contohnya dalam perkhidmatan tentera terdapat lantikan jangka pendek yang tidak berpencen.

Borhan berkata penjimatan yang disasarkan berdasarkan skim lantikan kontrak untuk perkhidmatan awam itu ialah sebanyak RM5 bilion setahun.

Beliau berkata JPA akan membentangkan cadangan pakej skim perkhidmatan kontrak perkhidmatan awam dimana keputusan akan dibuat berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan.

Mengenai pengecilan saiz perkhidmatan awam, Borhan berkata kerajaan menetapkan pengurangan lima peratus untuk tempoh tiga tahun iaitu satu peratus tahun ini, dua peratus tahun depan dan dua peratus pada 2021.

"Bagi mengatasi pengecilan itu antara pendekatan yang akan diambil ialah penyumberan luar perkhidmatan, sistem kerajaan digital dan mana-mana jawatan yang kosong lebih dua tahun yang dilihat tidak ada keperluan untuk diisi maka jawatan itu akan dimansuhkan. Di situ akan berlaku pengecilan yang dimaksudkan," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
11 Hakikat Sebenar Kerja Penjawat Awam Yang Kurang Diketahui UmumPanduan Memohon Bersara Pilihan (Bersara Awal) Kakitangan Kerajaan
sumber: bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/09/skim-pencen-baharu-perkhidmatan-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Skim Pencen Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan Seriuslah

Henti Skim Pencen Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan Seriuslah

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 332 hits
Sumber dari HeadbombSemalam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Datuk Seri Borhan Dolah telah mengeluarkan kenyataan berhubung cara lantikan baru bagi penjawat awam Menurut beliau bermula tahun hadapan skim berpencen akan digantikan deng...
Skim Pencen Mungkin Tiada Lagi Tahun Depan

Skim Pencen Mungkin Tiada Lagi Tahun Depan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 352 hits
Skim Pencen Perkhidmatan Awam mungkin tidak ada lagi mulai tahun depan Ia akan diganti dengan mekanisme baru membabitkan pelantikan baharu dalam sektor itu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah berkata langkah itu dijangk...
Cadangan Henti Skim Pencen Penjawat Awam Masih Di Peringkat Kajian Azizah

Cadangan Henti Skim Pencen Penjawat Awam Masih Di Peringkat Kajian Azizah

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 549 hits
KUALA LUMPUR Cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun hadapan masih dalam peringkat kajian kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Saya difahamkan ia akan dibawa dan...
Tamat Skim Pencen Hadiah Istimewa Ph Kepada Penjawat Awam

Tamat Skim Pencen Hadiah Istimewa Ph Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 293 hits
Mohd Hairi Mad Shah KUALA UMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Johor mencabar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dollah meninggalkan apa yang dinikmatinya kini kepada skim kontrak yang akan dipraktikkan Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah ...
Tiada Skim Pencen Hilanglah Keistimewaan Kakitangan Awam

Tiada Skim Pencen Hilanglah Keistimewaan Kakitangan Awam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 475 hits
05 September 2019 5 35 PMGARA gara mahu berjimat dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan skim pencen akan dilupuskan dan diganti dengan skim kontrak Skim kontrak ini dipercayai akan menjimatkan lebih kurang RM5 bilion kos setiap tahun Nam...
Mekanisme Baharu Ganti Skim Pencen

Mekanisme Baharu Ganti Skim Pencen

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 443 hits
Mekanisme baharu yang akan menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam dijangka dilaksanakan tahun depan membabitkan lantikan baharu dalam sektor itu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah berkata inisiatif yang disasarkan ...
Skim Pencen Penjawat Awam Bakal Dipotong Untuk Kurangkan Beban Kerajaan

Skim Pencen Penjawat Awam Bakal Dipotong Untuk Kurangkan Beban Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 427 hits
Demi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan Pakatan Harapan satu mekanisme baharu dijangka dilaksanakan bagi menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam pada tahun depan membabitkan lantikan baharu dalam sektor itu Ketua P...
Masjid Kampung Baharu Tertua Di Jerantut Hampir 100 Tahun

Masjid Kampung Baharu Tertua Di Jerantut Hampir 100 Tahun

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 664 hits
Dokumentasi ringkas oleh pelajar tahun akhir Diploma Seni Bina POLISAS Sesi Dec 2018 yang lalu Dokumentasi ini dibuat untuk memenuhi tuntutan subjek Lukisan Terukur yang meminta pelajar mencari dan mengukur semula bangunan lama untuk diwart...
Sebelum Rancang Hapuskan Pencen Kakitangan Awam Hapuskan Dulu Pencen Menteri

Sebelum Rancang Hapuskan Pencen Kakitangan Awam Hapuskan Dulu Pencen Menteri

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 573 hits
Kerajaan dilaporkan dalam perancangan untuk menghapuskan skim pencen dengan lantikan baru penjawat awam di masa akan datang hanya akan dilakukan secara kontrak Lantikan kontrak itu adalah bagi menggantikan skim tetap dan berpencen yang menj...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats