Skim Pencen Mungkin Tiada Lagi Tahun Depan




Skim Pencen Perkhidmatan Awam mungkin tidak ada lagi mulai tahun depan.
Ia akan diganti dengan mekanisme baru membabitkan pelantikan baharu dalam sektor itu.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, langkah itu dijangka dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun.
Bagaimanapun masih perlu diperhalusi dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan, katanya.
Jika dilaksanakan, ia tidak dilakukan dalam skala besar.
“Contohnya, seperti tentera ketika ini yang mempunyai lantikan jangka pendek dan jangka panjang, yang mana jangka pendek adalah tidak berpencen.
“Jadi, lantikan baharu ke dalam perkhidmatan awam selepas ini mungkin kontrak saja, tetapi ia akan dipadukan supaya lebih menarik dengan gaji lebih baik, perlindungan kebajikan dan keselamatan dalam pekerjaan.
“Mungkin juga ada perkhidmatan tertentu saja yang akan kita lantik tetap. Lantikan tetap ini juga mungkin boleh kita jadikan dua versi iaitu lantikan tetap berpencen dan tidak berpencen.
“Jadi, akhirnya kita lihat untuk jangka masa panjang kerajaan tidak akan tanggung beban pencen,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMC) 2019 hari ini.
Pada tahun lalu, berdasarkan laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.
Menurut laporan itu, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung kerajaan.
Mengulas lanjut, Borhan menjelaskan pihaknya sudah membentangkan kertas awalan merangkumi pelbagai opsyen ke arah mengurangkan bebanan pencen kerajaan kepada jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.
“Tetapi ia belum dimuktamadkan dan kita diminta untuk terus lagi memperbaiki serta memperhalusi pelbagai opsyen yang diberikan dan keputusan akhirnya akan dimuktamadkan oleh kerajaan.
“Bebanan pencen kerajaan yang meningkat saban tahun sekarang ini mencecah RM28 bilion setahun dan kita mahu lihat mekanisme supaya kerajaan kurang dibebani dengan perkara ini.
“Jika boleh cecah penjimatan RM5 bilion setahun kepada kerajaan pun adalah baik tetapi ini semua bergantung opsyen yang dipilih,” katanya.
Dalam pada itu, menjawab mengenai sama ada relevan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disatukan, Borhan berkata memang ada perancangan ke arah itu dan beliau yakin jika dizahirkan, ia tidak mendatangkan masalah.- MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/04/skim-pencen-mungkin-tiada-lagi-tahun-depan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Skim Pencen Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan Seriuslah

Henti Skim Pencen Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan Seriuslah

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 386 hits
Sumber dari HeadbombSemalam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Datuk Seri Borhan Dolah telah mengeluarkan kenyataan berhubung cara lantikan baru bagi penjawat awam Menurut beliau bermula tahun hadapan skim berpencen akan digantikan deng...
Skim Pencen Baharu Perkhidmatan Awam Bermula Tahun 2020

Skim Pencen Baharu Perkhidmatan Awam Bermula Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 765 hits
Mulai tahun depan lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat dibawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borha...
Luna Maya Mulai Bicara Terbuka Soal Calon Suami Menikah Tahun Depan

Luna Maya Mulai Bicara Terbuka Soal Calon Suami Menikah Tahun Depan

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 227 hits
Luna Maya belum lama ini baru saja merayakan ulang tahunnya yang ke 36 Sejumlah sahabat Luna dari kalangan artis turut menghadiri acara ulang tahun Luna yang digelar di sebuah tempat
Tambora Run 5k Incar Naik Level Ke Provinsi Di Tahun Depan

Tambora Run 5k Incar Naik Level Ke Provinsi Di Tahun Depan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 218 hits
Sekitar lima ribu pelari dari pelajar dan umum memeriahkan Tambora Run 5K ketiga dengan garis finish di halaman Season City Mall Jakarta Barat kemarin Menariknya rutenya melewati situs sejarah Jakarta yang ada di Kecamatan Tambora Jakarta B...
Ayam Aqina Masuk Pasaran Asia Barat Tahun Depan

Ayam Aqina Masuk Pasaran Asia Barat Tahun Depan

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 256 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Anggota Baleg Sebut Nasdem Minta Revisi Uu Md3 Dilakukan Tahun Depan

Anggota Baleg Sebut Nasdem Minta Revisi Uu Md3 Dilakukan Tahun Depan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 201 hits
Anggota Baleg Sebut NasDem Minta Revisi UU MD3 Dilakukan Tahun Depan Hendrawan menegaskan hanya ada satu pasal saja yang direvisi terkait penambahan pimpinan MPR Dia menilai memang perlu tidak ada salahnya untuk UU MD3 direvisi
Skim Pencen Penjawat Awam Bakal Dipotong Untuk Kurangkan Beban Kerajaan

Skim Pencen Penjawat Awam Bakal Dipotong Untuk Kurangkan Beban Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 484 hits
Demi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan Pakatan Harapan satu mekanisme baharu dijangka dilaksanakan bagi menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam pada tahun depan membabitkan lantikan baharu dalam sektor itu Ketua P...
K Jaan Nak Tukar Skim Pencen Kepada Kwsp

K Jaan Nak Tukar Skim Pencen Kepada Kwsp

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 437 hits
Bolehkah Guan Eng Kula Pinda Perlembagaan Untuk Batalkan Pencen Posted by SnapShot at Hangat diviralkan kerajaan bercadang untuk menukar skim pencen penjawat awam kepada skim KWSP Betulker berita nie Para penjawat awam bakal pesara dan pesa...
Kadar Baru Tarif Air Mungkin Diumum Hujung Tahun Kata Dr Xavier

Kadar Baru Tarif Air Mungkin Diumum Hujung Tahun Kata Dr Xavier

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 243 hits
Kadar baharu tarif air bagi semua negeri kemungkinan diumumkan hujung tahun ini Foto oleh Mukhriz HazimKUALA LANGAT 8 Sept Kadar baharu tarif air bagi semua negeri kemungkinan diumumkan hujung tahun ini Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi