 Apakah kerajaan benar-benar sudah ketiadaan wang atau PH yang menjadi kerajaan sekarang tidak lagi memerlukan undi penjawat awam yang berjumlah kira-kira 1.6 juta orang ramainya?Jika masih memerlukan undi mereka yang kita tahu ramai daripada mereka menjadi pengundi PH dalam pilihanraya umum lalu, kerajaan mesti menolak cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam ini.Cadangan ini langsung tidak praktikal dan hanya menunjukkan kelemahan PH yang baru 15 bulan menjadi kerajaan.Ia secara langsung akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi menyokong PH dan mereka akan beralih kembali mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.Lagi pula, jika mahu menjimatkan wang kerajaan, bukan skim pencen untuk penjawat awam yang perlu dihapuskan.Sebaliknya, kerajaan sepatutnya terlebih dahulu menghapuskan skim pencen untuk menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen yang selama ini layak menikmatinya jika mereka berkhidmat melebihi tempoh tiga tahun.Sesungguhnya dengan hanya tiga tahun menjadi menteri, timbalan menteri atau Ahli Parlimen tetapi sudah layak menikmati pencen puluhan ribu setiap bulan selepas berusia 55 tahun, ini lagi merupakan suatu pembaziran yang nyata dalam perbelanjaan wang kerajaan.Dalam tempoh tiga tahun berkhidmat, tidak memadai sumbangan mereka dalam khidmat kepada rakyat dan negara yang melayakkan untuk diberi pencen penuh dengan menggunakan dana kerajaan.Seharusnya selepas berkhidmat sekurang-kurangnya dua penggal atau 10 tahun, barulah menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen layak menikmati pencen yang sama seperti kakitangan awam yang biasanya perlu mencurah bakti kepada kerajaan melebihi 25 tahun sebelum bersara. (Shahbudindotcom 07/09/2019)
Apakah kerajaan benar-benar sudah ketiadaan wang atau PH yang menjadi kerajaan sekarang tidak lagi memerlukan undi penjawat awam yang berjumlah kira-kira 1.6 juta orang ramainya?Jika masih memerlukan undi mereka yang kita tahu ramai daripada mereka menjadi pengundi PH dalam pilihanraya umum lalu, kerajaan mesti menolak cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam ini.Cadangan ini langsung tidak praktikal dan hanya menunjukkan kelemahan PH yang baru 15 bulan menjadi kerajaan.Ia secara langsung akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi menyokong PH dan mereka akan beralih kembali mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.Lagi pula, jika mahu menjimatkan wang kerajaan, bukan skim pencen untuk penjawat awam yang perlu dihapuskan.Sebaliknya, kerajaan sepatutnya terlebih dahulu menghapuskan skim pencen untuk menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen yang selama ini layak menikmatinya jika mereka berkhidmat melebihi tempoh tiga tahun.Sesungguhnya dengan hanya tiga tahun menjadi menteri, timbalan menteri atau Ahli Parlimen tetapi sudah layak menikmati pencen puluhan ribu setiap bulan selepas berusia 55 tahun, ini lagi merupakan suatu pembaziran yang nyata dalam perbelanjaan wang kerajaan.Dalam tempoh tiga tahun berkhidmat, tidak memadai sumbangan mereka dalam khidmat kepada rakyat dan negara yang melayakkan untuk diberi pencen penuh dengan menggunakan dana kerajaan.Seharusnya selepas berkhidmat sekurang-kurangnya dua penggal atau 10 tahun, barulah menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen layak menikmati pencen yang sama seperti kakitangan awam yang biasanya perlu mencurah bakti kepada kerajaan melebihi 25 tahun sebelum bersara. (Shahbudindotcom 07/09/2019)| Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini | 
 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		