Mekanisme Baharu Ganti Skim Pencen


Mekanisme baharu yang akan menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam dijangka dilaksanakan tahun depan membabitkan lantikan baharu dalam sektor itu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, berkata inisiatif yang disasarkan dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun itu bagaimanapun masih perlu diperhalusi dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan.



Katanya, kaedah mengurangkan bebanan pencen bagi kerajaan sudah pun dilaksanakan tetapi bukan dalam skala besar.


“Contohnya, seperti tentera ketika ini yang mempunyai lantikan jangka pendek dan jangka panjang, yang mana jangka pendek adalah tidak berpencen.

“Jadi, lantikan baharu ke dalam perkhidmatan awam selepas ini mungkin kontrak saja, tetapi ia akan dipadukan supaya lebih menarik dengan gaji lebih baik, perlindungan kebajikan dan keselamatan dalam pekerjaan.

“Mungkin juga ada perkhidmatan tertentu saja yang akan kita lantik tetap. Lantikan tetap ini juga mungkin boleh kita jadikan dua versi iaitu lantikan tetap berpencen dan tidak berpencen.

“Jadi, akhirnya kita lihat untuk jangka masa panjang kerajaan tidak akan tanggung beban pencen,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMC) 2019 di sini, hari ini.

Tahun lalu, berdasarkan laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.

Menurut laporan itu, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung kerajaan.

Mengulas lanjut, Borhan menjelaskan pihaknya sudah membentangkan kertas awalan merangkumi pelbagai opsyen ke arah mengurangkan bebanan pencen kerajaan kepada jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.

“Tetapi ia belum dimuktamadkan dan kita diminta untuk terus lagi memperbaiki serta memperhalusi pelbagai opsyen yang diberikan dan keputusan akhirnya akan dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Bebanan pencen kerajaan yang meningkat saban tahun sekarang ini mencecah RM28 bilion setahun dan kita mahu lihat mekanisme supaya kerajaan kurang dibebani dengan perkara ini.

“Jika boleh cecah penjimatan RM5 bilion setahun kepada kerajaan pun adalah baik tetapi ini semua bergantung opsyen yang dipilih,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab mengenai sama ada relevan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disatukan, Borhan berkata memang ada perancangan ke arah itu dan beliau yakin jika dizahirkan, ia tidak mendatangkan masalah.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/09/mekanisme-baharu-ganti-skim-pencen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hapus Skim Pencen Cuepacs Mahu Mekanisme Lantikan Baru Dibincang

Hapus Skim Pencen Cuepacs Mahu Mekanisme Lantikan Baru Dibincang

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 320 hits
Presiden Cuepacs Azih Muda berkata skim pencen sedia ada adalah terbaik kepada negara dan bertepatan dengan perlembagaan KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam berharap perundingan akan terus berlaku antara ke...
Henti Skim Pencen Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan Seriuslah

Henti Skim Pencen Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan Seriuslah

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 464 hits
Sumber dari HeadbombSemalam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Datuk Seri Borhan Dolah telah mengeluarkan kenyataan berhubung cara lantikan baru bagi penjawat awam Menurut beliau bermula tahun hadapan skim berpencen akan digantikan deng...
Skim Pencen Baharu Perkhidmatan Awam Bermula Tahun 2020

Skim Pencen Baharu Perkhidmatan Awam Bermula Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 911 hits
Mulai tahun depan lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat dibawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borha...
Pemimpin Pkr Ikrar Lawan Cadangan Ganti Skim Pencen Dengan Kontrak

Pemimpin Pkr Ikrar Lawan Cadangan Ganti Skim Pencen Dengan Kontrak

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 334 hits
Seorang pemimpin PKR berikrar tidak akan berdiam diri sekiranya kerajaan menggantikan skim lantikan tetap dan berpencen dengan skim lantikan kontrak langkah yang diputuskan untuk mengecilkan perkhidmatan awam dan mengurangkan bebanan pencen...
Tiada Skim Pencen Hilanglah Keistimewaan Kakitangan Awam

Tiada Skim Pencen Hilanglah Keistimewaan Kakitangan Awam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 569 hits
05 September 2019 5 35 PMGARA gara mahu berjimat dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan skim pencen akan dilupuskan dan diganti dengan skim kontrak Skim kontrak ini dipercayai akan menjimatkan lebih kurang RM5 bilion kos setiap tahun Nam...
Mansuh Skim Pencen Tindakan Zalim

Mansuh Skim Pencen Tindakan Zalim

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 395 hits
Datuk Dr Faiz Najmil Mohamed ArisKUALA LUMPUR Pengumuman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah bahawa skim pencen untuk kakitangan awam akan dihentikan adalah satu tindakan yang zalim dan kejam EXCO Pergerakan Pemuda UMNO...
Tamat Skim Pencen Hadiah Istimewa Ph Kepada Penjawat Awam

Tamat Skim Pencen Hadiah Istimewa Ph Kepada Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 398 hits
Mohd Hairi Mad Shah KUALA UMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Johor mencabar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dollah meninggalkan apa yang dinikmatinya kini kepada skim kontrak yang akan dipraktikkan Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah ...
Skim Pencen Mungkin Tiada Lagi Tahun Depan

Skim Pencen Mungkin Tiada Lagi Tahun Depan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 687 hits
Skim Pencen Perkhidmatan Awam mungkin tidak ada lagi mulai tahun depan Ia akan diganti dengan mekanisme baru membabitkan pelantikan baharu dalam sektor itu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah berkata langkah itu dijangk...
Ini Mengenai Isu Hentikan Skim Pencen

Ini Mengenai Isu Hentikan Skim Pencen

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 356 hits
Cadangan henti skim pencen masih dalam kajianKUALA LUMPUR Cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun hadapan masih dalam peringkat kajian kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah ...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Sunda Woles Mojang Priangan Chord

Showstoppers The 5 Most Viewed Custom Motorcycles Of October

Permohonan Stam 2026 Kisas

5 Cara Masak Nasi Biar Matang Sempurna Pemula Anak Kos Anak Perantauan Merapat

Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam