Skim Jaminan Pekerjaan Ancam Ekonomi Kata Pakar


 
Faye Kwan -November 6, 2020 Pakar ekonomi berkata pandemik Covid-19 menyebabkan 2 juta orang, sama ada hilang pekerjaan atau termasuk ke dalam kategori guna tenaga tidak penuh.PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi mengingatkan tentang bahaya kepada ekonomi Malaysia sekiranya kerajaan menerima gesaan Pemuda PKR supaya melaksanakan dasar jaminan pekerjaan.
Geoffrey Williams dari Universiti HELP berkata, dasar sedemikian tidak boleh dilaksanakan kerana ramai rakyat Malaysia yang menganggur.
Beliau menganggarkan pandemik Covid-19 menyebabkan 2 juta orang di negara ini sama ada hilang pekerjaan atau termasuk dalam kategori guna tenaga tidak penuh.
Ketika mencadangkan dasar tersebut pada Rabu, ketua komunikasi Pemuda PKR Chan Chun Kuang menganggarkan lebih 741,600 rakyat Malaysia menganggur pada masa ini dengan memetik laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pada Julai lalu, Pemuda Umno menggesa dasar yang sama disasarkan kepada golongan muda.
Geoffrey Williams.Williams memberitahu FMT bahawa beliau memahami gesaan PKR supaya rakyat ditawarkan pekerjaan dengan gaji tetap dalam sektor awam dan syarikat swasta digalakkan menawarkan pekerjaan melalui insentif subsidi upah dan pengambilan pekerja lain.
Beliau berkata dasar yang sama dilaksanakan di bekas Kesatuan Soviet dari 1928 hingga 1991, di China dari 1949 hingga 1997 dan di Australia pada pertengahan 1990-an.
Katanya, hasil dasar berkenaan kurang memuaskan kerana mereka mewujudkan pekerjaan palsu dan ini menyebabkan ketidaklenturan dalam pasaran buruh.
Beliau turut menambah bahawa kesan jangka panjangnya ke atas ekonomi negara terbabit adalah negatif.
Katanya, beliau bimbang pelaksanaan dasar sebegini di Malaysia akan menyebabkan firma mengupah orang semata-mata untuk mendapatkan yuran pengambilan daripada kerajaan atau akan memecat pekerja jika subsidi tidak diberikan.

“Ia terlalu mentah untuk dijadikan solusi berguna sebagai respons kepada krisis,” katanya.
“Ia hanya boleh diperkenalkan sebagai sebahagian daripada sistem kebajikan sosial dan pembaharuan pekerjaan yang lebih menyeluruh.
Mohd Effendy Abdul Ghani .“Terdapat banyak kos pemantauan dan kesan buruk yang menjadikannya sukar untuk dilaksanakan.
“Bukan tugas kerajaan untuk mewujudkan pekerjaan palsu. Sebaliknya kerajaan bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi membolehkan pasaran mewujudkan pekerjaan sebenar, gaji yang tinggi dan lestari.”
Williams berkata, cara terbaik untuk menangani masalah pengangguran ialah dengan kerajaan memacu permintaan pengguna dengan memberikan wang kepada rakyat dan menggalakkan mereka berbelanja.
Timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kerajaan harus fokus untuk menambah sumber kepada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), bukannya merangka dasar jaminan pekerjaan.
“Kerajaan perlu memperbaiki SIP,” katanya. “Kita perlu menggalakkan lebih ramai pekerja mendaftar.”
Beliau berkata ramai masih tidak menyedari tentang SIP dan kebaikannya seperti peruntukan penggantian pendapatan bagi orang yang menganggur selepas menerima elaun mencari kerja selama 6 bulan.
Shamsuddin Bardan.Pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, kerajaan boleh menawarkan hanya beberapa pekerjaan di bawah dasar yang dicadangkan itu kerana bilangan penjawat awam sudah mencukupi.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia boleh dijadikan langkah sementara yang baik yang membolehkan rakyat menerima pendapatan tertentu sehingga ekonomi pulih dan pasaran buruh bergerak semula.
Beliau berkata ia boleh dilaksanakan dengan cara yang sama dengan “Ops Isi Penuh”, iaitu program pengambilan pekerja perkhidmatan awam kerajaan pada 1980.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/skim-jaminan-pekerjaan-ancam-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggaran Hasil Cukai Kerajaan Terlalu Optimistik Kata Pakar Ekonomi

Anggaran Hasil Cukai Kerajaan Terlalu Optimistik Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 241 hits
PETALING JAYA Seorang pakar ekonomi mengkritik Putrajaya kerana bersikap terlalu optimistik berhubung unjuran hasil yang akan dikutip melalui cukai tahun depan Geoffrey Williams dari Universiti HELP memberitahu FMT bahawa kerajaan kelihatan...
Waspada Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Kata Pakar Ekonomi

Waspada Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 239 hits
KWSP berkata majoriti pencarumnya tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menghadapi persaraan mereka PETALING JAYA Pakar ekonomi memberi amaran kepada kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja supaya tidak membenarkan pencarum membuat p...
Bayaran One Off Kepada B40 Relevan Ketika Ekonomi Meleset Pandemik Kata Pakar

Bayaran One Off Kepada B40 Relevan Ketika Ekonomi Meleset Pandemik Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 245 hits
PETALING JAYA Pakar ekonomi berpandangan bayaran one off kepada rakyat terutama golongan B40 yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 hari ini sangat relevan walaupun untuk jangka pendek Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzan...
Wujudkan Skim Jaminan Pekerjaan Atasi Pengangguran

Wujudkan Skim Jaminan Pekerjaan Atasi Pengangguran

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 175 hits
Oleh Shahril FOTO NSTTP KUALA LUMPUR Kerajaan disaran mewujudkan skim jaminan pekerjaan bagi mengatasi masalah pengangguran yang membimbangkan disebabkan kesan penularan COVID 19 Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata kesan pandemik C...
Isytihar Darurat Akan Mengganggu Pemulihan Ekonomi Putrajaya Di Beri Amaran Oleh Pakar

Isytihar Darurat Akan Mengganggu Pemulihan Ekonomi Putrajaya Di Beri Amaran Oleh Pakar

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 150 hits
PETALING JAYA Dua pakar ekonomi memberi amaran tentang kesan buruk ke atas ekonomi Malaysia sekiranya kerajaan mengisytiharkan perintah Darurat Memberi komentar kepada laporan mengatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia unt...
Ketidakstabilan Politik Jejas Usaha Tarik Pelabur Asing Kata Pakar

Ketidakstabilan Politik Jejas Usaha Tarik Pelabur Asing Kata Pakar

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 206 hits
PETALING JAYA Ketidakstabilan politik dan masalah pekerja asing antara faktor yang menghambat usaha Malaysia menarik syarikat melabur di negara ini kata ahli ekonomi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia mencatatkan RM19 5 bilion daripada ...
Perniagaan Muflis Rakyat Merana Kerajaan Perlu Dasar Jaminan Pekerjaan

Perniagaan Muflis Rakyat Merana Kerajaan Perlu Dasar Jaminan Pekerjaan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 228 hits
Gelombang ketiga pandemik Covid 19 meruntuhkan ekonomi Malaysia Bagi Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Chan Chun Kuang kerajaan Perikatan Nasional wajib merangka satu pelan pemulihan ekonomi untuk mengelakkan negara dihimp...
Kawasan Hartanah Komersial Baru Mungkin Kosong Setahun Kata Pakar

Kawasan Hartanah Komersial Baru Mungkin Kosong Setahun Kata Pakar

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 186 hits
Pelabur yang baru baru ini membeli hartanah komersil siap dibina mungkin perlu menunggu hingga setahun untuk mencari penyewa menurut pakar hartanah Mereka berkata pandemik Covid 19 menyebabkan ahli perniagaan enggan berkembang ke kawasan ba...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024