Wujudkan Skim Jaminan Pekerjaan Atasi Pengangguran


Oleh Mohd Nasaruddin Parzi Shahril. FOTO NSTTP KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mewujudkan skim jaminan pekerjaan bagi mengatasi masalah pengangguran yang membimbangkan disebabkan kesan penularan COVID-19.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, kesan pandemik COVID-19 memaksa banyak syarikat mengecilkan operasi dan membuang pekerja.
Katanya, menerusi inisiatif itu, kerajaan perlu membelanjakan sejumlah dana untuk mengambil lebihan bekalan buruh dan menggajikan mereka untuk melaksanakan aktiviti membina model ekonomi dan masyarakat.
Sebagai contoh katanya, jawatan pembantu guru boleh diwujudkan di sekolah sebagai penyelesaian bagi mengurangkan beban guru sedia ada.
"Mungkin tiada keperluan mendesak menambah guru. Tetapi berapa kali kita dengar keluhan tenaga pengajar mereka dibebani tugasan kertas kerja atau tugas perkeranian.
"Berapa banyak perpustakaan dan agensi kerajaan yang masih menguruskan sistem fail secara manual. Bayangkan tenaga kerja digunakan untuk mengurus secara digital dokumen tertentu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu dalam isu kesihatan mental, beliau berkata, ada badan bukan kerajaan (NGO) sedia mengambil tenaga kerja terlatih untuk bersama dengan mereka mengatasi masalah individu yang berdepan kemurungan atau gangguan psikologi.
"Isu ini sering tidak mendapat perhatian tetapi statistik menunjukkan masalah kemurungan, keseorangan dan pelbagai cabaran psikologi lain semakin menular di dalam sistem kapitalisme moden.
"Ada NGO yang membantu seperti Befrienders. Saya yakin mereka tidak menolak tambahan tenaga kerja terlatih dan bergaji untuk membina rangkaian lebih luas seandainya ada orang yang hanya mahu seseorang mendengar masalahnya tanpa diadili," katanya.
Baliau berkata, jika bayaran RM1,500 seorang boleh diberikan kepada satu juta individu menerusi inisiatif ini, kerajaan memerlukan belanja sekitar RM18 bilion.
"Ya, banyak, tetapi tidaklah terlalu besar sehingga di luar imaginasi dan kreativiti kerajaan. Jika boleh belanja berbilion untuk perkara lain, mengapa tidak untuk satu revolusi pasaran kerja yang menangani beberapa masalah secara terus.
"Pengangguran bukan percuma untuk kerajaan. Tetap ada kos. Baik dari segi perbelanjaan tunai dan kebajikan agensi kerajaan atau dari segi kos sosial tidak langsung yang mungkin lebih besar dari RM18 bilion," katanya.
Beliau berkata, selagi sektor swasta menghadapi kesusahan, negara tidak boleh terus terikat kepada ideologi pasaran kapitalisme bebas dan sudah tiba masa sektor awam perlu melindungi keadaan ekonomi.
"Jika kerajaan seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah yang antaranya mempunyai tradisi kapitalisme jauh lebih lama dan mendalam dari Malaysia boleh berbelanja berbilion malah trilion, saya yakin kita mempunyai kebolehan serupa," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/wujudkan-skim-jaminan-pekerjaan-atasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skim Jaminan Pekerjaan Ancam Ekonomi Kata Pakar

Skim Jaminan Pekerjaan Ancam Ekonomi Kata Pakar

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 245 hits
November 6 2020 Pakar ekonomi berkata pandemik Covid 19 menyebabkan 2 juta orang sama ada hilang pekerjaan atau termasuk ke dalam kategori guna tenaga tidak penuh PETALING JAYA Seorang pakar ekonomi mengingatkan tentang bahaya kepada ekonom...
Perniagaan Muflis Rakyat Merana Kerajaan Perlu Dasar Jaminan Pekerjaan

Perniagaan Muflis Rakyat Merana Kerajaan Perlu Dasar Jaminan Pekerjaan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 251 hits
Gelombang ketiga pandemik Covid 19 meruntuhkan ekonomi Malaysia Bagi Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Chan Chun Kuang kerajaan Perikatan Nasional wajib merangka satu pelan pemulihan ekonomi untuk mengelakkan negara dihimp...
Anwar Belanjawan Tiada Strategi Lonjak Ekonomi Atasi Pengangguran

Anwar Belanjawan Tiada Strategi Lonjak Ekonomi Atasi Pengangguran

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 309 hits
SHAH ALAM 6 NOV Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2021 tidak mengambarkan strategi untuk melonjakkan semula ekonomi negara Ketua pembangkang berkata ia juga tidak menyediakan penyelesaian terhadap masalah pengangguran mahupun ...
40 000 Delivery Rider Antara 100 000 Pekerja Dapat Manfaat Skim Bencana Pekerjaan Perkeso Rm24 Juta

40 000 Delivery Rider Antara 100 000 Pekerja Dapat Manfaat Skim Bencana Pekerjaan Perkeso Rm24 Juta

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 282 hits
Kira kira 40 000 pekerja penghantaran antara yang bakal mendapat manfaat caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sebanyak RM24 juta dise...
Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm

Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 310 hits
Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm Jerawat Cerita pasal jerawat kinah ni dulu ada la jugak masalah dengan jerawat terutamanya masa remaja dulu Macam macam cara petua orang lama kinah cuba untuk menguran...
Mb Nanoteknologi Atasi Masalah Pencemaran Bau Air Mentah

Mb Nanoteknologi Atasi Masalah Pencemaran Bau Air Mentah

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 334 hits
SHAH ALAM 4 NOV Sistem nanoteknologi Aquaritin digunakan bagi menyelesaikan masalah pencemaran bau sumber air mentah di negeri ini kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata melalui teknologi itu beberapa bahan khas dilepaskan...
Risma Gandeng Mui Surabaya Atasi Perilaku Anak Menyimpang

Risma Gandeng Mui Surabaya Atasi Perilaku Anak Menyimpang

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 198 hits
Politikus PDIP itu mengatakan salah satu prilaku menyimpang seperti halnya anak anak adalah mengonsumsi narkoba Untuk itu lanjut dia peran MUI mampu menerjemahkan bahwa narkoba itu haram dan dapat menghilangkan akal
Kunjungi Pemalang Komisi Iv Dpr Apresiasi Program Kementan Atasi Stunting

Kunjungi Pemalang Komisi Iv Dpr Apresiasi Program Kementan Atasi Stunting

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 166 hits
Wakil Ketua Komisi IV DPR Hasan Aminuddin mengapresiasi petani atas kesediaannya menjadikan lahan uji coba varietas baru Inpari Nutri Zinc
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti