Isytihar Darurat Akan Mengganggu Pemulihan Ekonomi Putrajaya Di Beri Amaran Oleh Pakar


 
 

PETALING JAYA - Dua pakar ekonomi memberi amaran tentang kesan buruk ke atas ekonomi Malaysia sekiranya kerajaan mengisytiharkan perintah Darurat.
Memberi komentar kepada laporan mengatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk mengumumkan “darurat separa”, Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia dan Goh Lim Thye dari Universiti Malaya berkata, darurat dalam apa juga bentuk akan membantutkan pemulihan ekonomi.
Dipercayai Putrajaya akan mengisytiharkan darurat bagi membantu kerajaan menangani pandemik Covid-19 dan menghentikan perbalahan politik.
Ferlito berkata, langkah itu akan menjadi “reaksi melampau” yang tidak akan membantu ekonomi yang sudah sedia terkesan.
“Saya rasa ini adalah langkah yang boleh dipersoalkan memandangkan jumlah kes dan angka kematian jauh masih terlalu jauh daripada keadaan darurat,” katanya.
“Ini akan menjadi tekanan kuat buat demokrasi dan ekonomi. Ini akan menimbulkan ketidaktentuan politik dan mendorong pelabur lari dari negara ini. ”
Katanya, beliau bimbang tindakan itu akan menyebabkan syarikat multinasional meninggalkan negara dan selain menambah bahawa kerajaan tidak boleh membuat keputusan tanpa berunding dengan pemegang taruh.
“Status darurat menyamai langkah untuk tidak melibatkan pemegang taruh,” katanya.
“Situasi ini sangat berbahaya kerana proses demokrasi sudah pun menjadi isu dan ekonomi pula muram.
“Kita perlukan suasana yang tenang bagi memastikan negara keluar daripada masalah sekarang.”
Beliau berkata Malaysia boleh menggunakan dasar yang jelas dan berkesan terhadap Covid-19 tanpa perlu menggantung demokrasi.
Goh berkata darurat akan merosakkan lagi perniagaan yang kini bertahan dengan kesan perintah kawalan bersyarat.
Beliau mengingatkan langkah itu berkemungkinan menguncupkan pertumbuhan ekonomi.
Rabu lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi Malaysia akan menyusut sebanyak 6% tahun ini, lebih buruk daripada jangkaan penguncupan pada Jun, iaitu sebanyak 3.8%.
Bimbang dengan kemungkinan darurat diisytiharkan, pelabur menyebabkan FBM KLCI turun sebanyak 4.16 mata, atau 0.3%, untuk ditutup pada 1,494.64 semalam.
Ketua pakar ekonomi Bank Islam Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan apakah indeks penanda aras akan naik semula apabila perdagangan disambung semula pada Isnin.
Mengulas mengenai penurunan KLCI, Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia berkata, ketiadaan maklumat yang mencukupi ketika ini dapat menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu dalam pasaran.
“Ada keperluan yang mendesak untuk memperjelaskan situasi,” katanya.
“Ini adalah sesuatu yang sangat kita perlukan dengan keadaan ekonomi yang sudah tertekan ini.” #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/10/darurat-akan-ganggu-pemulihan-ekonomi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Perlu Letak Jawatan Alasan Isytihar Darurat Dangkal

Pm Perlu Letak Jawatan Alasan Isytihar Darurat Dangkal

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 337 hits
JOHOR BAHRU Sekiranya Perdana Menteri sudah kehilangan sokongan Ahli ahli Parlimen di Dewan Rakyat Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera meletak jawatan dan bukan mengisytiharkan darurat untuk terus berkuasa Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassa...
Mungkinkah Kerajaan Akan Isytihar Darurat Kesihatan Atau Takut Jatuh Undi Tidak Percaya Dalam Parlimen

Mungkinkah Kerajaan Akan Isytihar Darurat Kesihatan Atau Takut Jatuh Undi Tidak Percaya Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 324 hits
Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan AgensiOktober 23 2020Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet fotoBERNAMAKUALA LUMPU...
Anwar Kerajaan Guna Covid 19 Isytihar Darurat Elak Sidang Parlimen

Anwar Kerajaan Guna Covid 19 Isytihar Darurat Elak Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 390 hits
SHAH ALAM 23 OKT Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan persekutuan menggunakan alasan penularan Covid 19 untuk menyekat sidang parlimen berikutan ada ura ura darurat mahu diisytihar Ketua pembangkang kesal kerana perintah sedemikian...
Banyak Negara Dah Isytihar Darurat Namun Ia Turut Beri Kesan Yang Besar Kepada Negara

Banyak Negara Dah Isytihar Darurat Namun Ia Turut Beri Kesan Yang Besar Kepada Negara

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 330 hits
Spekulasi kerajaan didakwa akan meminta Yang di Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat semakin hangat dan rancak diperkatakan di media sosial ketika ini Bermula semalam bermacam macam andaian telah keluar dan diperdebatkan di media sos...
Malaysia Bakal Isytihar Darurat

Malaysia Bakal Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 347 hits
323 total views 323 views today KUALA LUMPUR Segalanya masih belum terjawab di sebalik spekulasi yang tersebar tentang kerajaan bakal mengisytiharkan darurat hari ini Bermula dengan mesyuarat khas Kabinet pada kira kira 9 30 pagi tadi di ba...
Gelombang Kedua Covid 19 Perancis Isytihar Darurat

Gelombang Kedua Covid 19 Perancis Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 306 hits
PARIS Presiden Perancis Emmanuel Macron pada semalam mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan di Paris dan bandar bandar lain selaras dengan darurat yang telah diisytiharkan di negara ini bagi membendung penularan koronavir...
Bersatu Degil Mahukan Darurat Umno Beri Amaran Kepada Pn

Bersatu Degil Mahukan Darurat Umno Beri Amaran Kepada Pn

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 272 hits
Tidak sampai seminggu Bersatu dan Umno berbaik semula selepas permohonan darurat ditolak oleh Yang di Pertuan Agong hubungan kedua dua parti kerajaan ini kembali keruh Masakan tidak Speaker Dewan Negara Rais Yatim yang meminta kerajaan menc...
Gst Lebih Baik Dalam Jangka Masa Panjang Kata Pakar Ekonomi

Gst Lebih Baik Dalam Jangka Masa Panjang Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 367 hits
Pakar ekonomi berkata pelaksanaan semula GST perlu diiringi dengan langkah lain seperti sistem cukai pendapatan yang lebih mudah dan kadar lebih rendah PETALING JAYA Beberapa pakar ekonomi tidak bersetuju dengan gesaan seorang pemimpin DAP ...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

Raja Muda Selangor Titip Ucapan Romantik Buat Bakal Isteri

300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

House Jacaranda By Ram N Esteve Estudio Lights Shadows And Stone In Valencia