Ketidakstabilan Politik Jejas Usaha Tarik Pelabur Asing Kata Pakar




PETALING JAYA: Ketidakstabilan politik dan masalah pekerja asing antara faktor yang menghambat usaha Malaysia menarik syarikat melabur di negara ini, kata ahli ekonomi.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) mencatatkan RM19.5 bilion daripada pelaburan asing dalam 6 bulan pertama 2020, dengan pengerusinya menyatakan beliau mengharapkan Malaysia terus menjadi hab pelaburan serantau walaupun berdepan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, profesor ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng berkata, walaupun pendekatan inovatif Mida untuk menarik pelaburan amat tepat, ia tidak mencukupi kerana pelabur jangka panjang sangat mementingkan kestabilan politik.
“Kerajaan yang stabil amat penting bagi pelaburan asing untuk mencapai kadar pertumbuhan 1 digit tinggi yang diinginkan,” kata Yeah.
Goh Lim Thye, pensyarah kanan ekonomi di Universiti Malaya (UM), menyatakan laporan Bank Dunia 2013 menekankan pengurangan pelaburan yang ketara di Timur Tengah dan Afrika Utara dari 2003 hingga 2012 kerana kejutan politik yang buruk.
Goh berkata, kestabilan Singapura membuatkannya menonjol daripada persaingan.
Carmelo Ferlito, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata, Malaysia berjaya dalam dekad yang lalu untuk menarik pelaburan asing walaupun merupakan pasaran kecil.
Namun, katanya, ketidakstabilan politik ketika ini bermaksud pelabur mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.
Ketiga-tiga mereka mengulas kenyataan pengerusi Mida, Abdul Majid Ahmad Khan baru-baru ini, Malaysia akan tetap menjadi sasaran pelaburan yang menarik walaupun pandemik Covid-19 dan ekonomi global tidak menentu.
Katanya, kelebihan Malaysia termasuk rangkaian rantaian bekalan tempatan yang kukuh dan boleh dipercayai, serta prospek pertumbuhan jangka panjang yang mampan.
Ferlito berkata, dasar kerajaan baru-baru ini mengenai pekerja asing dan ekspatriat meletakkan Malaysia “dalam kedudukan sangat buruk” dan mendesak supaya dasar buruh dibincangkan dengan dewan perdagangan antarabangsa.
“Tidak ada syarikat asing yang sanggup datang ke sini dan tidak memiliki kebebasan sekurang-kurangnya memilih pengurus atasan mereka. Saya menjangkakan lebih banyak MNC akan meninggalkan Malaysia kerana ini,” katanya.
Ferlito berkata, larangan pekerja asing akan merugikan syarikat perkilangan dengan pengeluaran berskala besar, gudang dan sistem logistik, jenis operasi yang memerlukan sebilangan besar pekerja asing.
Goh bersetuju larangan pekerja asing akan merugikan ekonomi.
Katanya, anggaran tidak rasmi menyatakan Malaysia menempatkan hingga 6 juta pekerja asing, atau 18.6% daripada 32.6 juta penduduk negara ini – jauh daripada 2.1 juta yang didokumentasikan oleh Kementerian Sumber Manusia.
#Sumber : FMT 

MR :  Orang politik mereka jaga perut mereka, rakyat bukan di pandang. Tapi bila PRU terhegeh-hegeh cari rakyat... pijak semut pun tak mati 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/ketidakstabilan-politik-jejas-usaha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waspada Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Kata Pakar Ekonomi

Waspada Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 323 hits
KWSP berkata majoriti pencarumnya tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menghadapi persaraan mereka PETALING JAYA Pakar ekonomi memberi amaran kepada kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja supaya tidak membenarkan pencarum membuat p...
Kawasan Hartanah Komersial Baru Mungkin Kosong Setahun Kata Pakar

Kawasan Hartanah Komersial Baru Mungkin Kosong Setahun Kata Pakar

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 243 hits
Pelabur yang baru baru ini membeli hartanah komersil siap dibina mungkin perlu menunggu hingga setahun untuk mencari penyewa menurut pakar hartanah Mereka berkata pandemik Covid 19 menyebabkan ahli perniagaan enggan berkembang ke kawasan ba...
Bayaran One Off Kepada B40 Relevan Ketika Ekonomi Meleset Pandemik Kata Pakar

Bayaran One Off Kepada B40 Relevan Ketika Ekonomi Meleset Pandemik Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 307 hits
PETALING JAYA Pakar ekonomi berpandangan bayaran one off kepada rakyat terutama golongan B40 yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 hari ini sangat relevan walaupun untuk jangka pendek Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzan...
Analisis Usaha Bersatu Bunuh Umno Punca Kegawatan Politik

Analisis Usaha Bersatu Bunuh Umno Punca Kegawatan Politik

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 342 hits
APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi jika pasukan beliau tidak menguruskannya sebaik mungkin Pagi tadi tersebar surat yang kononnya...
Gst Lebih Baik Dalam Jangka Masa Panjang Kata Pakar Ekonomi

Gst Lebih Baik Dalam Jangka Masa Panjang Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 303 hits
Pakar ekonomi berkata pelaksanaan semula GST perlu diiringi dengan langkah lain seperti sistem cukai pendapatan yang lebih mudah dan kadar lebih rendah PETALING JAYA Beberapa pakar ekonomi tidak bersetuju dengan gesaan seorang pemimpin DAP ...
Bila Ada Gencatan Bermakna Sebelum Ini Ada Usaha Umno Nak Jatuhkan Pn Kata Anthony Loke

Bila Ada Gencatan Bermakna Sebelum Ini Ada Usaha Umno Nak Jatuhkan Pn Kata Anthony Loke

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 322 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan gencatan politik semalam bagi mendukung kerajaan Perikatan Nasional secara tidak langsung mengakui bahawa memang ada rancangan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin kata seorang pemimpin DAP Se...
Skim Jaminan Pekerjaan Ancam Ekonomi Kata Pakar

Skim Jaminan Pekerjaan Ancam Ekonomi Kata Pakar

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 281 hits
November 6 2020 Pakar ekonomi berkata pandemik Covid 19 menyebabkan 2 juta orang sama ada hilang pekerjaan atau termasuk ke dalam kategori guna tenaga tidak penuh PETALING JAYA Seorang pakar ekonomi mengingatkan tentang bahaya kepada ekonom...
Anggaran Hasil Cukai Kerajaan Terlalu Optimistik Kata Pakar Ekonomi

Anggaran Hasil Cukai Kerajaan Terlalu Optimistik Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 310 hits
PETALING JAYA Seorang pakar ekonomi mengkritik Putrajaya kerana bersikap terlalu optimistik berhubung unjuran hasil yang akan dikutip melalui cukai tahun depan Geoffrey Williams dari Universiti HELP memberitahu FMT bahawa kerajaan kelihatan...
Siasatan Ke Atas Anwar Dijalankan Secara Profesional Tanpa Menerima Sebarang Tekanan Politik Kata Pengarah Jsj

Siasatan Ke Atas Anwar Dijalankan Secara Profesional Tanpa Menerima Sebarang Tekanan Politik Kata Pengarah Jsj

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 300 hits
164 total views 164 views today Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata siasatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijalankan secara profesional tanpa menerima sebarang tekanan politik atau arahan daripada mana mana pih...
We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecilkan Circle Untuk Jaga Kualiti Persahabatan

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India