Skandal Lcs 10 Kali Ditegurpun Menteri Pertahanan Buat Bodo



KUALA LUMPUR: Pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Boustead Naval Shipyard (BNS) dalam pelaksanaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai perolehan LCS, mendedahkan pada asalnya reka bentuk kapal jenis SIGMA pilihan TLDM dipersetujui oleh Menteri Pertahanan, namun keputusan itu diubah kepada reka bentuk kapal jenis GOWIND pada 11 Julai 2011.
Perubahan itu atas cadangan syarikat BNS yang dibawa kepada Menteri Pertahanan pada 8 Julai 2011.
Panglima Tentera Laut ketika itu, Laksamana Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar, menyifatkan keputusan terbabit adalah sesuatu yang salah.
Dalam laporan prosiding PAC pada 27 Julai tahun lalu, Abdul Aziz memaklumkan beliau mengemukakan sekurang-kurangnya 10 surat teguran, surat tidak puas hati, surat untuk memaklumkan pendirian TLDM.
Kepada Ketua Setiausaha pula katanya, beliau mengirimkan sebanyak 10 surat.
Ia termasuk lima surat kepada Menteri Pertahanan, satu surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara dan turut mengutuskan dua surat kepada Perdana Menteri.
"Jadi surat-surat telah pun diarkibkan untuk memastikan ia tersedia untuk rujukan dan saya tidak akan dipersalahkan atas kegagalan saya menjalankan tugas sebagai Panglima Tentera Laut.
"Kerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan...saya kata something is gravely wrong (sesuatu yang salah).
"Jadi, saya tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan ini di luar tetapi ini adalah peluang terbaik saya untuk memaklumkan bahawa saya sudah merekodkan kekecewaan terbesar kepada semua orang yang sepatutnya mendengar apa saya perkataan," katanya.
Dalam prosiding sama, Abdul Aziz turut memberikan analogi kepincangan projek LCS dengan menggambarkan keadaan pada ketika itu sesuatu yang pelik kerana perolehan dilakukan oleh kerajaan bagi TLDM sebagai pengguna tetapi kuasa sepenuhnya diberikan kepada BNS.
Katanya, BNS mengeluarkan beberapa kenyataan atau surat yang menyatakan semua pilihan TLDM adalah tertakluk pada penilaian dan verifikasi mereka.
"Jadi ini pelik. Kalaulah kita buat rumah ...jika saya mahukannya, kamu mesti dapatkannya. Betul atau tidak? Hakikatnya ia berlaku sebaliknya, jelas menunjukkan itu tidak telus," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa BNS menyatakan beberapa langkah untuk pemilihan peralatan bagi tujuan penjimatan, namun selepas verifikasi kos dilaksanakan perkara itu didapati tidak benar.
"Walaupun semua surat, melihat pembentangan peribadi kepada semua sama ada KSU (Ketua Setiausaha), Perdana Menteri, kita sedang berjuang dalam pertempuran yang kalah. Kami bertarung dalam pertempuran yang kalah. Sejak awal ia tidak betul.
"Apabila Boustead diberi kelonggaran untuk memilih peraturan-peraturan yang sesuai dengan mereka. Saya sebagai Panglima Tentera Laut dapat perhatikan. Barangkali ada beberapa mengatakan bahawa...saya berasakan bahawa dalam suatu keadaan Boustead ini sudah angkuh.
"Ia bermaksud sangat angkuh dan mereka seolah-olahnya menjadi sangat dilindungi. Maknanya, saya boleh tulis apa sahaja. Panglima Tentera Laut boleh tulis apa sahaja tetapi tidak memudaratkan kepada mereka. Saya letak dan hantar kepada KSU surat berkenaan," katanya.
SEMBILAN RUMUSAN PAC KEPINCANGAN PROJEK LCS
Semalam PAC mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (Littoral Combatant Ship - LCS) bernilai RM9 bilion.
Projek LCS itu dilaksanakan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dalam kenyataannya berkata, jawatankuasa itu membentangkan laporan LCS itu semalam, selepas sembilan kali mengadakan prosiding bermula 18 November 2020 sehingga 8 Mac 2022.
Dalam prosiding itu, sembilan saksi dipanggil memberi keterangan, termasuk bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Pegawai Eksekutif Bousted Heavy Industries Corporation Berhad, Sharifuddin Md Zaini Al-Manaf dan Pegawai Operasi BNS, Low Kok Chiang.
Hishammuddin adalah Menteri Pertahanan antara 16 Mei 2013 - 10 Mei 2018 yang mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (10 April 2009 - 15 Mei 2013).
Sembilan rumusan yang dicapai adalah:
* Kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNS bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.
* Pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS apabila reka bentuk asal SIGMA pilihan TLDM diubah kepada GOWIND atas cadangan BNS dan dipersetujui Menteri Pertahanan.
* Kajian ketekunan wajar (due diligence) oleh kerajaan terhadap BNS gagal mengesan masalah kewangan syarikat itu sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.
* Kedudukan kewangan BNS adalah lemah dan kritikal disebabkan salah guna kuasa dan kepincangan dalam pengurusan kewangan yang mana setakat tahun 2018, hutang BNS kepada OEM (pengeluar produk tulen) adalah sebanyak RM801 juta, manakala pinjamannya dengan institusi kewangan RM956 juta.
* BNS telah melantik syarikat Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) untuk membeli peralatan daripada OEM menyebabkan kos pembelian bertambah berkali ganda. CAD dan CED adalah syarikat usaha sama antara BNS (51 peratus) dan Rheinmetall Air Defense AG (RAD) (49 peratus). Laporan Pengauditan Forensik dapati peranan CAD dan CED dalam projek LCS amat meragukan.
* Terma kontrak lemah dan tidak memihak kepada kerajaan yang mana pembayaran dibuat berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar. (bayaran sebanyak 63.8 peratus dibuat berbanding kemajuan kerja sebenar hanya 42.7 peratus)
* Sehingga kini, reka bentuk terperinci (detailed design) masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan dan BNS menyebabkan VO (Arahan Perubahan Kerja) dikeluarkan secara berterusan dan membuka ruang untuk manipulasi.
* Bayaran diterima daripada kerajaan oleh BNS tidak digunakan untuk projek LCS sepenuhnya menyebabkan BNS menanggung lebihan kos RM1.4005 bilion. Sejumlah RM400 juta digunakan untuk menyelesaikan hutang lapuk projek lama NGPV (New Generation Petrol Vessel).
* Peralatan projek LCS yang disimpan dalam stor dianggarkan bernilai RM1.7 bilion dengan 15 peratus daripadanya sudah usang.
SYOR 7 PENAMBAHBAIKKAN
Susulan penemuan itu, PAC turut mengesyorkan tujuh penambahbaikan, antaranya meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan di atas laporannya, laporan Jawatankuasa Khas Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) serta laporan audit forensik dan menyegerakan pendakwaan.
"Pentadbiran kontrak kerajaan haruslah diperkemas untuk meminimumkan VO bagi mengelak peningkatan kos projek," katanya.
Pada masa sama, katanya, Kementerian Pertahanan perlu membentangkan laporan kemajuan projek LCS setiap tiga bulan kepada PAC sehingga projek siap.
"Kementerian Pertahanan juga perlu melihat semula semua opsyen dan menetapkan hala tuju terbaik bagi projek LCS dan memastikan wang awam dibelanjakan secara bertanggungjawab," katanya.
Projek perolehan LCS diberi kepada BNS pada 2011 bagi membina enam kapal tempur untuk TLDM.
Kegagalan penyiapan LCS itu kali pertama dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan Persekutuan dan juga dalam Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Jabatan Perdana Menteri yang diterbitkan pada 2019.
PH PERNAH ARAHKAN PROJEK LCS DIHENTIKAN
Pada 2019, kerajaan PH mengarahkan projek LCS diberhentikan dan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah.
Pada Februari 2020, Menteri Kanan Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Jemaah Menteri membuat keputusan meneruskan projek LCS, demi kepentingan TLDM.
Pada November 2021, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu Dewan Rakyat kelewatan perolehan LCS berpunca daripada pengeluar produk tulen (OEM) memberhentikan kerja susulan masalah kewangan dan kapal LCS yang pertama akan diterima oleh TLDM pada tahun 2025.
Pada 24 Januari lalu, SPRM dilaporkan menahan dua Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berusia 49 dan 79 tahun berkaitan kontrak perolehan enam kapal LCS.
April lalu, mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebulat suara memuktamadkan supaya projek perolehan LCS diteruskan.
Hishammuddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira dua faktor utama iaitu LCS adalah aset yang amat diperlukan oleh TLDM, selain akan menjejaskan 400 vendor yang terbabit dalam projek itu dengan implikasi kewangan lebih RM4 bilion.
Mengikut perjanjian asal, dua kapal pertama sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.
Mengikut laporan media pada Ogos 2017, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menyempurnakan penamaan dan pelancaran kapal LCS pertama bernilai RM1.5 bilion di dermaga Boustead Naval (BN) Shipyard di Pangkalan TLDM Lumut. Kapal itu diberi nama Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela.
Laporan dipetik dari Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/skandal-lcs-10-kali-ditegurpun-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Utama Kapal Perang Lcs Tak Siap Mindef Menteri Pertahanan Abaikan 10 Surat Teguran Dan Bantahan Panglima Tldm

Punca Utama Kapal Perang Lcs Tak Siap Mindef Menteri Pertahanan Abaikan 10 Surat Teguran Dan Bantahan Panglima Tldm

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 148 hits
Pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard dalam pelaksanaan projek Kapal Tempur Pesisir Menurut laporan mengenai perolehan LCS mendedahkan pada asal...
Saya Bukan Menteri Pertahanan Ketika Kontrak Lcs Diberikan Kata Zahid

Saya Bukan Menteri Pertahanan Ketika Kontrak Lcs Diberikan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 230 hits
freemalaysiatoday com August 7 2022 11 47 AMAhmad Zahid Hamidi berkata berdasarkan laporan audit PAC kontrak LCS dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard mengikut garis panduan permohonan perolehan secara rundingan terus PETALING JAYA A...
Skandal Lcs Ph Dah Tak Ada Isu Untuk Pru15 Najib Kata

Skandal Lcs Ph Dah Tak Ada Isu Untuk Pru15 Najib Kata

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak jijik cara Pakatan Harapan memainkan isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia kerana tindakan mereka itu memberi kesan kepada keselamatan negara Bekas Perdana Menteri itu menyifatka...
Skandal Lcs Penghinaan Kepada Raja Raja Melayu Tindakan Tegas Wajib Dikenakan

Skandal Lcs Penghinaan Kepada Raja Raja Melayu Tindakan Tegas Wajib Dikenakan

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 150 hits
Skandal Kapal Tempur untuk Tentera Laut Malaysia kini bukan saja menjadi bahan jenaka untuk perlekehkan Malaysia bahkan menjadi satu penghinaan kepada institusi Raja raja Melayu Bahan jenaka kerana Malaysia berjaya membina kapal halimunan k...
Ada Lagi Satu Skandal Besar Selepas Lcs Dedah Ketua Pemuda Pas

Ada Lagi Satu Skandal Besar Selepas Lcs Dedah Ketua Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 262 hits
agendaily com08 08 2022Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari Selepas pendedahan skandal enam kapal tempur pesisir bernilai RM9 bilion yang gagal disiapkan sehingga sekarang bakal terdapat satu lagi pendedahan yang akan...
Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi

Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 206 hits
August 8 2022 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Najib Razak satu satunya pemimpin politik yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal itu PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh cuci tangan dalam skan...
Skandal Lcs Bakal Didedah Dakwa Mirip 1mdb Rafizi

Skandal Lcs Bakal Didedah Dakwa Mirip 1mdb Rafizi

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 164 hits
satuberita myBy August 7 2022TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli akan mendedahkan skandal penyelewengan projek pembinaan enam kapal tempur bernilai RM9 bilion yang sedang hangat diperkatakan ketika ini Menurutnya satu persa...
Skandal Lcs Siapa Bocor Maklumat Kepada Firma Perancis

Skandal Lcs Siapa Bocor Maklumat Kepada Firma Perancis

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 325 hits
Teknikalnya kalau kita tengok surat surat bantahan Panglima Tentera Laut ketika itu Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar menolak model GOWIND yang dicadangkan oleh syarikat Boustead Naval Shipyard ini GOWIND ini kapal peronda yang TLDM mahukan dan ...
Rafizi Bakal Dedah Skandal Lcs Dakwa Mirip 1mdb

Rafizi Bakal Dedah Skandal Lcs Dakwa Mirip 1mdb

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 167 hits
NURHIDAYAH HAIROMSHAH ALAM Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli bakal mendedahkan skandal penyelewengan projek pembinaan enam kapal tempur bernilai RM9 bilion Beliau berkata satu persatu penyelewengan yang berlaku akan ditun...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

There Is An Awakening

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

App Inarah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Thomas Cup 2024 Denmark Kuasai Malaysia Dalam Saingan Piala Thomas Di Peringkat Kumpulan D

Ngedate

Al Qur An Sebagai Obat Dan Faktor Yang Mempengaruhi Berhasilnya Ruqyah

Untukmu Shayang

Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too