Skandal Lcs Siapa Bocor Maklumat Kepada Firma Perancis



“Teknikalnya kalau kita tengok surat-surat bantahan Panglima Tentera Laut ketika itu, Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar menolak model GOWIND yang dicadangkan oleh syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) ini.

“GOWIND ini kapal peronda, yang TLDM mahukan dan menjadi keperluan pada ketika itu ialah sebuah kapal tempur (SIGMA),” kata Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVTTBM), Kapten (B) Mohd Yahya dalam sebuah program bual bicara melalui siaran di media sosial pada Ahad lalu.

Jadi kenapa rekabentuk GOWIND yang dipersetujui oleh Menteri Pertahanan ketika itu sedangkan TLDM mahukan rekabentuk SIGMA diperolehi mereka?

Apa yang kita perlu tahu ialah reka bentuk Sigma dan Gowind melibatkan dua Sub-kontraktor yang berbeza.

Reka bentuk Sigma, jika dipilih, melibatkan kepakaran pembinaan kapal dari Belanda manakala reka bentuk Gowind melibatkan kepakaran dari Perancis.
Sub-kontraktor dari Perancis itu ialah DCNS, iaitu kontraktor yang sama terlibat dalam pembinaan dan perbekalan kapal selam Scorpene.

DCNS telah pun menghantar sebutharga pada 23 Disember 2010 dan diberikan Surat Niat (“Letter of Intent”) pada 21 Oktober 2011, sebelum BNS dilantik menjadi kontraktor utama.

Surat Lantikan (“Letter of Award”) dari Kerajaan Malaysia untuk melantik BNS sebagai kontrak projek kapal perang LCS hanya dikeluarkan pada 16 Disember 2011.

Soalnya di sini ialah.. bagaimana DCNS telah mendapat maklumat sepenuhnya mengenai perancangan pembinaan kapal perang ini bagi membolehkannya menghantar sebutharga dan diberikan Surat Niat sebelum BNS dilantik menjadi kontraktor utama?

Laporan berkaitan..

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memulakan siri pendedahan berhubung isu projek kapal tempur pesisir (LCS) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan mendakwa Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menerima dokumen sebut harga daripada Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS) sebelum surat lantikan (LOA) kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, berdasarkan dokumen dalaman BNS yang dibocorkan kepadanya itu mengandungi sebut harga daripada DCNS bernombor 10/DCI/ASI/0097 kepada BNS bertarikh 23 Disember 2010.

Beliau turut menerima dokumen sebut harga daripada sebut harga dari DCNS bernombor 11/DCI/ASI/0029 bertarikh 4 April 2011 dan surat niat (Letter of Intent)) dari DCNS bernombor BNS/SGPV/LOI/1011 bertarikh 21 Oktober 2011.

“Tarikh-tarikh sebut harga dari DCNS (sebagai sub-kontraktor) kepada BNS (sebagai kontraktor utama kerajaan Malaysia) adalah sangat penting apabila kita membandingkan garis masa skandal ini.

“Surat lantikan (Letter of Award) dari Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertahanan) untuk melantik BNS sebagai kontrak projek kapal perang LCS hanya dikeluarkan pada 16 Disember 2011.

"Ini bermakna DCNS bukan sahaja telah mendapat maklumat sepenuhnya mengenai rundingan pembinaan kapal perang ini, malah DCNS telah pun menghantar sebut harga dan diberikan surat niat sebelum BNS dilantik menjadi kontraktor utama,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Siasatan BHIC temui perkara luar biasa
Rafizi berkata, satu siasatan dalaman BHIC (Boustead Heavy Industries Corporation), iaitu salah satu syarikat induk yang memiliki BNS telah membuat kesimpulan bahawa adalah luar biasa apabila sudah pun ada sebut harga daripada DCNS bertarikh 23 Disember 2010 sebelum LOA dikeluarkan kerajaan Malaysia kepada syarikat itu.

“Ini menunjukkan kontrak ini telah dimuktamadkan lebih awal di antara vendor (DCNS) dengan pihak-pihak berkepentingan di BHIC atau BNS yang berkuasa membuat keputusan.

“Sejarah DCNS dan amalan korupnya yang merasuah individu-individu semasa rundingan kontrak pertahanan diketahui umum dan telah menjadi kes mahkamah di Perancis setelah pihak berkuasa Perancis menyerbu pejabat DCNS & Thales,” katanya.

Jelasnya, sebahagian besar daripada masalah-masalah yang menyebabkan penyelewengan dan kelewatan projek kapal perang LCS berpunca dari dua keputusan utama iaitu, penukaran reka bentuk kapal dari kelas Sigma yang dipilih oleh TLDM kepada kelas Gowind (yang ditolak TLDM tetapi diluluskan Menteri Pertahanan).

“Satu lagi punca ialah pelantikan kontraktor dan perincian kontrak berat sebelah yang merugikan negara serta TLDM,” katanya.

Ujar Rafizi, isu penukaran reka bentuk kapal daripada Sigma kepada Gowind menjadi tumpuan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC).

“Prosiding PAC menunjukkan Menteri Pertahanan pada ketika itu (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) pada mulanya bersetuju (pada 26 Mei 2011) dengan pilihan TLDM untuk menggunakan reka bentuk Sigma.

“Akan tetapi, dua bulan kemudian iaitu pada 11 Julai 2011, Menteri Pertahanan menukar keputusan itu dan bersetuju dengan cadangan BNS (kontraktor utama kapal perang LCS) untuk menggunakan reka bentuk Gowind," katanya.

Jelasnya, TLDM memilih Sigma demi keperluan dan kehendak pertahanan negara kerana kelas Sigma dinilai sebagai lebih baik dan lebih moden berbanding kelas Gowind.

“Apabila Ahmad Zahid menukar reka bentuk kepada kelas Gowind, ini bermakna keupayaan pertahanan laut tidak akan menepati kehendak dan perancangan TLDM.

“Lebih penting lagi, reka bentuk Sigma dan Gowind melibatkan sub-kontraktor yang berbeza. Reka bentuk Sigma, jika dipilih, melibatkan kepakaran pembinaan kapal dari Belanda berbanding reka bentuk Gowind yang melibatkan kepakaran dari Perancis,” katanya.
Mengulas lanjut, Rafizi turut mendakwa ada pihak berkepentingan yang mahukan sub-kontraktor dari Perancis dipilih untuk membekalkan reka bentuk dan membina kapal LCS ini, walaupun keputusan TLDM adalah untuk kapal kelas Sigma.

“Sub-kontraktor dari Perancis ini bukan asing lagi dalam skandal pembinaan kapal di Malaysia. Akhirnya, sub-kontraktor yang dilantik adalah DCNS, iaitu kontraktor yang sama terlibat dalam pembinaan dan perbekalan kapal selam Scorpene.

Beri bayangan ada campur tangan pihak lebih atas

Beliau turut memberi bayangan kemungkinan wujud campur tangan pihak lebih tinggi daripada Menteri Pertahanan ketika itu berdasarkan keputusan memilih Sigma kepada Gowind (yang dibekalkan DCNS).

“Sebab itu saya nyatakan sebelum ini bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh lari dan cuci tangan dalam skandal ini.

“Satu-satunya pimpinan politik yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran reka bentuk kapal dan pada masa yang sama mempunyai sejarah hubungan dengan DCNS (melalui pembelian kapal Scorpene) ialah Najib Razak,” katanya.

Katanya lagi, Najib lebih berkuasa dari Menteri Pertahanan pada ketika itu untuk mempengaruhi keputusan menukar reka bentuk kapal agar sub-kontraktor dari Perancis, iaitu DCNS dipilih.

“Kedua, beliau mempunyai rekod peribadi yang memilih DCNS (dan rakan sekutu DCNS iaitu Thales) untuk projek-projek besar negara.

“Selain dari projek kapal selam Scorpene dan kapal LCS, Thales juga mencetuskan kontroversi dalam tahun 2012 apabila terbabit dalam skandal anugerah projek LRT kepada George Kent (sebuah syarikat pembuat paip yang tidak ada pengalaman membina LRT). Saya telah mendedahkan skandal ini pada 2012,” katanya lapor Sinar Harian
Kita nantikan jawapan dari Najib..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/skandal-lcs-siapa-bocor-maklumat-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Lcs Makin Panas Pm Perlu Tangguh Dulu Hasrat Nak Bubar Parlimen

Skandal Lcs Makin Panas Pm Perlu Tangguh Dulu Hasrat Nak Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 175 hits
Berikutan usul pindaan perlembagaan UMNO yang menetapkan pemilihan parti hendaklah diadakan selepas PRU15 dilangsungkan telah mendapat kelulusan RoS banyak pihak menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen pada tahun ini juga Ada...
Skandal Lcs Tldm Minta Kapal Perang Tapi Dapat Kapal Ronda

Skandal Lcs Tldm Minta Kapal Perang Tapi Dapat Kapal Ronda

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 277 hits
SHAH ALAM Timbalan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia Kapten Mohd Yahya menyifatkan penyelewengan berhubung projek kapal tempur pesisir pantai seolah olah mempermainkan sistem pertahanan dan keselamatan neg...
Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

Skandal Lcs Najib Bohong Mat Sabu Kata

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 251 hits
Kata Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bila terdapat pihak cuba menunding jari terhadapnya berkaitan kegagalan projek itu menyiapkan LCS sambil mempersoalkan sikap pemimpin Pakatan Harapan berkaitan pembinaan kapal tempur pesisir...
Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 254 hits
agendaily com11 08 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Walaupun nama beberapa pemimpin utama UMNO sekali lagi terpalit dalam skandal kapal tempur pesisir Datuk Seri Ahmad Maslan tidak merasakan ia akan dapat menumbangkan UMNO ...
Najib Zahid Dan Hisham Jelaskan Skandal Lcs Gesa Anwar

Najib Zahid Dan Hisham Jelaskan Skandal Lcs Gesa Anwar

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 172 hits
Skandal projek kapal tempur persisir tidak boleh ditutup dengan mudah sebaliknya pihak yang terlibat perlu tampil memberi penjelasan kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim Anwar turut menggesa bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas mente...
Skandal Lcs Benarkah Yang Didakwa Itu Hanya Ikan Bilis

Skandal Lcs Benarkah Yang Didakwa Itu Hanya Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 222 hits
SHAH ALAM Pendedahan skandal projek perolehan kapal tempur pesisir yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kira kira Wang Negara baru baru ini telah membongkar penyelewengan yang berlaku pada projek runding terus itu Naib Presiden PKR Nik Nazmi...
Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi

Najib Tak Boleh Cuci Tangan Skandal Lcs Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 206 hits
August 8 2022 Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Najib Razak satu satunya pemimpin politik yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal itu PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh cuci tangan dalam skan...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11