Skandal 1mdb Selain Keluarga Zeti Siapa Lagi




Kenapa Kerajaan Pakatan Harapan Dan Kerajaan Peerikatan Nasional Rahsiakan Keluarga Zeti Dapat Laba Dari 1MDB?
Ambank telah bersetuju untuk membayar RM 2.83 billion kepada kerajaan Malaysia sebagai penyelesaian terhadap semua pendakwaan salah laku bank tersebut berkaitan 1MDB, tanpa perlu membuat pengakuan bersalah atau menamakan mana-mana pegawai eksekutif yang telah melakukan kesalahan (sesuatu yang amat pelik dan tidak adil kerana ia merupakan penyelesaian berbentuk bayar untuk bebas penjara, mengapa?).
Antara salah laku bank ini termasuk membenarkan pihak ke 3 untuk mengawal sepenuhnya akaun-akaun bank di bawah nama DS Najib dan tidak memaklumkankepada DS Najib berkenaan transaksi kewangan

Kesalahan terbesar Ambank adalah penerbitan sukuk pertama bernilai RM 5 billion oleh 1MDB yang dianggap sebagai di bawah nilai sebenar dan membenarkan pelanggan sekunder untuk menjana keuntungan atas angin sekelip mata bernilai melebihi RM 500 juta apabila bon ini diterbalikkan.(Ambank telah direkomen oleh Goldman Sachs yang kini telah bersetuju membayar USD $3.9 billion sebagai penyelesaian bagi semua kes mereka melibatkan 1MDB


Bagaimanapun, Goldman Sachs dilantik oleh TIA (yang kemudiannya bertukar nama menjadi 1MDB) lama sebelum DS Najib terlibat di dengan TIA dan sebelum TIA bertukar menjadi 1MDB)

Kita tahu pada akhirnya, hanya 2 pelanggan sekunder yang akhirnya terpilih dan mengaut keuntungan segera yang sangat lumayan :
1) Syarikat tersenarai Thailand Country Garden Securities yang bertindak bagi pihak Acme Time

2) Aktis Capital Singapore yang sedang menguruskan dana untuk individu-individu bernilai tinggi

Baca di sini :
https://www.theedgemarkets.com/article/1mdb-update-besides-jho-low-who-made-millions-big-flip-2009

Setelah pembalikkan bon tersebut, Country Group telah mengarahkan AmInvestment (Ambank) untuk menghantar durian runtuh bernilai USD $113 juta (RM464 juta) kepada Acme Time Pte Ltd di Singapura

Acme Time setelah itu didapati rupanya dimiliki oleh Jho Low dan Eric Tan Kim Loong. Seterusnya mereka telah membayar USD$16 juta (RM65 juta) kepada akaun bank keluarga Zeti di Singapura

Ini adalah maklumat umum

Namun apa yang BELUM LAGI diketahui umum adalah siapakah di belakang sebuah lagi syarikat sekunder (Aktis Capital Singapore) yang menjana keuntungan segera ini

Menurut The Edge, Aktis Capital Singapore adalah merupakan penasihat pelaburan dan pengurusan aset bagi individu-individu bernilai tinggi. 
Antara rakan kongsi mereka adalah warga Malaysia Cheah Teik Seng, yang menariknya telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Malayan Banking Bhd tiga bulan setelah bon diterbitkan

Cheah sebelumnya pernah berkhidmat di Public Bank, ECM Libra Avenue, Merrill Lynch, Goldman Sachs, UBS dan BNP Paribas

Cheah juga adalah merupakan CEO bersama Malaysia Investment bank ECM Libra Avenue Asset bersama Tengku Zafrul. 
Mokhzani Mahathir juga adalah pemegang saham lama Avenue Assets


Berikut adalah berita bagaimana Pengarah Urusan Ambank memberitahu mahkamah bahawa apa yang dikatakan dana RM2.6 billion yang diterima DS Najib sudah dipulangkan semula kepada pengirim asal 4 bulan setelah diterima DS Najib. 
Beliau kemudiannya menafikan terlibat di dalam urusan pemulangan semula wang ini

Baca di sini :
https://www.theedgemarkets.com/article/cheah-denies-involvement-transferring-us620m-out-najibs-account

Setelah pembalikan bon pada tahun 2009 itu, Ambank seterusnya telah membayar USD $20 juta (RM83 juta) dari keuntungan itu kepada Aktis Capital di Singapura yang seterusnya telah membayar kepada individu bernilai tinggi yang diwakili mereka

The Edge mengatakan bahawa penerima manfaat dari keuntungan Aktis Capital ini adalah dipercayai warganegara Malaysia yang mempunyai kabel kuat.
Oleh itu, baki soalan yang masih tinggal adalah:
- Siapakah warga-warga Malaysia kuat kabel di belakang Aktif Capital yang telah menjana keuntungan atas angin sekelip mata dengan pembalikkan bon ini

Mengapakah kerajaan PH dan PN enggan mendedahkan individu-individu ini sepertimana mereka menyorokkan fakta bahawa keluarga Zeti menerima wang berjumlah ratusan juta dari Jho Lo

- Siapakah yang telah mengesyorkan pelanggan-pelanggan sekunder bagi bon ini dan siapakah di Ambank yang telah meluluskannya

- Siapakah yang telah meluluskan nilai bon murah-murah dan diskaun besar-besaran yang membolehkan dua syarikat luar negara menjana keuntungan atas angin bernilai lebih RM 500 juta dalam tempoh hanya sehari dari sebuah bon dijamin kerajaan selama 30 tahun bernilai RM 5 billion

- Apakah yang telah dilakukan oleh Bank Negara Malaysia ketika itu selaku pengawal selia Ambank dan siapakah di Bank Negara Malaysia yang meluluskan serta apakah bentuk kelulusan yang diberikan kepada Ambank pada waktu itu

- Sekiranya DS Najib adalah 'mastermind' TIA/1MDB pada ketika itu, kenapa pula keluarga Zeti serta individu-individu kabel kuat (yang dirahsiakan oleh kerajaan PH dan PN) yang mengaut keuntungan bernilai ratusan juta ringgit lama sebelum DS Najib menerima walau sesen wang yang dikaitkan dengan 1MDB

Bayangkan..

Ambank hanya mengambil masa beberapa hari untuk memutuskan pembayaran RM 2.83 billion sebagai penyelesaian dengan kerajaan

RM 2.83 billion adalah hampir 1/3 dari nilai pasaran Ambank

Ia hampir melebihi jumlah keuntungan bersih Ambank selama 2 tahun!!

Baca di sini :
https://www.theedgemarkets.com/.../ambanks-rm283b...
Seperti yang diterangkan sebelum ini, sebagai balasan kerana bersetuju dengan begitu pantas, Ambank (dan kerajaan) tidak perlu mendedahkan salah laku yang telah mereka lakukan dan siapa di antara bekas pegawai dan pengurusan semasa mereka yang telah melakukan kesalahan

Agak pelik bila dikatakan DS Najib adalah 'mastermind' dan pencuri RM 2.6 billion (jumlah yang telah dipulangkan semula kepada pengirim 4 bulan kemudian) tetapi Ambank dan Goldman Sachs pula yang bermurah hati membayar RM 2.83 billion dan RM 16 billion bagi pihak DS Najib!!

Persoalannya sekarang :
- Kenapa pula DS Najib yang 'mencuri' tapi orang lain pula kena bayar

- Jadi apa sebabnya Ambank sepantas kilat membuat penyelesaian sekiranya tidak ada apa-apa yang hendak disorokkan

- Mengapa Ambank tidak mahu melawan di mahkamah memandangkan yuran peguam sudah pastinya tidak akan menjangkau berbillion ringgit? 
- Kenapa Ambank sanggup bayar lebih

- Apakah peranan pengurusan Ambank dan pegawai-pegawai mereka yang mengendalikan akaun DS Najib dan apakah hubungan mereka dengan Jho Low dan Zeti Aziz

- Adakah pegawai Ambank dan pengurusan mereka yang bersekongkol menerima manfaat dari 1MDB atau Jho Low

- Adakah mereka gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk memeriksa dan memantau akaun DS Najib dari transaksi yang mencurigakan dan mengenalpasti transaksi tersebut untuk tindakan lanjut seperti yang dituntut oleh undang-undang

- Dan sekiranya mereka telah mengenal pasti transaksi mencurigakan tersebut dan melaporkannya kepada Bank Negara Malaysia, mengapa pula Bank Negara Malaysia (yang keluarga Gabenornya menerima hampir RM 800 juta dari Jho Low) berdiam diri

Dari proseding perbicaraan kes SRC :
1) kita tahu kini bahawa Ambank telah menerima lebih dari 20 arahan pemindahan wang dengan menggunakan dokumen bertandatangan palsu

Lebih aneh, dokumen bertandatangan palsu seperti itu telah diserahkan oleh pihak pendakwaan ke mahkamah sebagai bahan bukti rasmi yang sahih!!

Baca di sini :
https://www.malaymail.com/.../src-trial-ex.../1767201

2) Bekas pengurus perhubungan Ambank telah diberitahu untuk jangan sesekali menghantar penyata bank DS Najib ke PMO atau ke kediaman DS Najib

Baca di sini :
https://www.thestar.com.my/.../jho-low-insisted-najibs...
3) Pengurus Perhubungan Ambank dan Ambank juga telah menghalang 30 cek yang ditulis DS Najib dari ditendang termasuk cek yang ditandatangani untuk membayar UMNO

Sekiranya ada salah satu antara cek tersebut ditendang, DS Najib pasti akan tahu bahawa ada sesuatu yang berlaku dan beliau akan periksa

Dan bagaimana boleh sesiapa mengatakan bahawa DS Najib tahu kedudukan kewangan akaun banknya sekiranya beliau boleh tulis cek kepada UMNO yang berkemungkinan menjadi cek tendang

Adakah boleh diterima akal, DS Najib sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO ketika itu menulis cek tendang!!

Ini membuktikan DS Najib sebenarnya tidak tahu langsung kedudukan sebenar akaun banknya

Baca di sini :
https://www.edgeprop.my/.../najibs-src-trial-witness-says...
Sekiranya Ambank dan Bank Negara Malaysia telah melaksanakan tugas mereka, pastilah DS Najib sudah diberi amaran

Tetapi mengapakah tidak wujud amaran sebegitu baik dari Ambank atau Bank Negara

Akaun atas nama Perdana Menteri kut!!

Akhirnya, tidak ada sesiapa melainkan DS Najib yang didakwa (dan disabitkan) bagi kes SRC dan 1MDB!!

PPBM Mendapat Laba RM500 Juta Dari Komisyen 1MDB?

■ Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MoF) pada 24hb Julai 2020 menyatakan Goldman Sachs bersetuju bayar AS$ 3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan 3 urus niaga bon yang telah disusun dan diatur oleh bank mereka untuk 1MDB

Baca di sini :
https://www.bharian.com.my/.../1mdb-goldman-sachs-setuju...

Menurut Reuters, penyelesaian perjanjian yang dipersetujui oleh pihak 1MDB dan Goldman Sachs Bank merangkumi bayaran tunai AS$ 2.5 bilion oleh Goldman Sachs Bank dan wang jaminan berkaitan dengan nilai aset dan dana 1MDB dikembalikan sebanyak AS$ 1.4 bilion

■ Manakala Tun Mahathir di blog peribadinya (chedet) pula menyatakan Malaysia berhak dapat AS$ 9.6 bilion dari Goldman Sachs Bank. "Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah AS$9.6 bilion. 
Apa yang dipersetujui oleh Goldman Sachs adalah AS$2.5 bilion tunai. AS$1.4 bilion berdasarkan nilai aset hari ini melalui penilaian Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika" - Tun Mahathir (27hb Julai 2020)

Baca di sini :
1) https://chedet.cc/?p=3137&fbclid=IwAR1zt-MiYPaVLVxg0KjTo7oYvKMv2iiG-4A3tEOa0BmU3Seil83jzTfCE8s

2) https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/07/28/dr-mahathir-insists-goldman-sachs-should-pay-us9.6b-not-just-the-us2.5b-in/1888751

■ Bekas AG TS Tommy Thomas menyatakan tiada motivasi apabila kerajaan persekutuan menyelesaikan kes jenayah terbesar bank pelaburan AS Goldman Sachs dengan imbalan pampasan AS$ 2.5 bilion. 
Idrus Harun, Peguam Negara, lantikan baru kerajaan Perikatan Nasional pula berusaha menuntut hak dari Goldman Sachs pada jumlah lebih tinggi iaitu AS$ 3.9 bilion berbanding AS$ 1.4 bilion merujuk penilaian dari DoJ AS

Bacva di sini :
https://www.malaysia-today.net/2021/03/21/tommy-thomas-agreed-on-us1-5-billion-rosli-dahlan-got-us3-9-billion/?fbclid=IwAR1_FvU1ZlEBtfsHJf9j66ys0l2i4jeiG17MePrlTZR1J7ssFcejYTnZ4Fg

Akhirnya Goldman Sachs menerima tawaran penyelesaian yang dianggap munasabah

■ Clare Redcastle Brown pula berkata :
"Sekiranya kerajaan PN tiada apa2 untuk disembunyikan, demi kebaikan bersama mengapa mereka sembunyikan fakta?" 
"Nilai itulah (AS$9.6 bilion) yang sepatutnya dituntut". 
"Mengapa tiada semakan pada terma dan syarat pembaikan (reparation) 1MDB berkaitan klausa kerahsiaan khas yang diperkenalkan bagi mencegah pengawasan parlimen dan pengauditan normal?"
Baca di sini :
https://www.sarawakreport.org/2021/03/goldman-sachs-must-open-its-books-on-the-1mdb-settlement-as-concerns-deepen-in-kl/?fbclid=IwAR3m0f4IPH9zIIvPFbwIrCA5vUKb_73Dc6ChJaFKDoRG82ppwYBvZTqvw-M

■ AS$ 9.6 bilion merupakan nilai sepatut dituntut oleh 1MDB tetapi perkara ini tidak pernah dibangkitkan dalam surat Tommy Thomas kepada Dr Mahathir, Perdana Menteri ke-7. 
Tommy Thomas, bekas Peguam Negara cuma mahu AS$ 3.9 bilion, bukan AS$ 9.6 bilion) tetapi hanya dapat USD 1.5 bilion. 

Usaha, perunding yang dilantik Perikatan Nasional, Rosli Dahlan, akhirnya dapat nilai yang dikehendaki oleh 1MDB iaitu USD 3.9 bilion

■ Namun begitu telah pun tercatat sebelum penyelesaian oleh Perikatan Nasional lagi, Pakatan Harapan memang berusaha menuntut USD 7.5 bilion terhadap kerugian 1MDB akibat dari penipuan Goldman Sachs bank. 
Penyelesaian secara rahsia kerajaan Perikatan Nasional akhirnya hanya dibayar tunai USD 2.5 bilion dan ditambah komitmen menaja jamin USD 1.4 bilion bagi penjualan aset yang dicuri tetapi dipulihkan (USD 2.5 bilion + USD 1.4 bilion = USD 3.9 bilion!!!)

■ Menurut sumber yang dipercayai oleh Clare Redcastle Brown, komisen 5% dari jumlah keseluruhan aset yang dijamin oleh Goldman Sachs Bank akan diberikan kepada perunding utama lantikan kerajaan Malaysia. 
Sekiranya benar, bayaran komisyen dari jumlah USD 2.5 bilion sememangnya lebih dari RM500 juta


■ Dato Lokman Adam aktivis Laskar Cyber berkata : 
"Peguam 1MDB Rosli Dahlan mungkin menerima hampir RM2 bilion atau 10% yuran guaman bagi khidmat guaman dalam mendapatkan semula sekitar RM20 bilion wang yang di curi dari 1MDB". 
Dato Lokman Adam juga mendakwa RM500 juta dari RM2 bilion ini ditarik ke PPBM untuk Dana Pilihan Raya parti-parti komponen Perikatan Nasional

■ Maka pada12hb Mac 2021, ADUN Kuang YB Sallehudin Amiruddin telah membuat satu laporan polis di balai Dang Wangi Kuala Lumpur bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan komisyen RM500 juta telah dibayar kepada sebuah parti politik melalui seorang peguam berprofil tinggi berpunca dari penyelesaian kes tuntutan bayaran oleh 1MDB terhadap Goldman Sachs

Baca di sini :
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/03/20/probe-claim-of-rm500mil-commission-for-party-urges-rep/?fbclid=IwAR0FkhdXItGcvdfsIL9JE-cTNzY5wVfwG3H1hk1XLXJxVu5k87uIBFm_69M

■ PNBBC menafikan peguam 1MDB Rosli Dahlan menerima komisyen sehingga RM2 bilion. Firrma guaman Rosli Dahlan hanya dibayar RM2.4 juta sebagai yuran khidmat guaman bagi menyelesaikan kes tuntutan 1MDB ke atas Goldman Sachs Bank. 
Walau apa pun penafian, sebaiknya serahkan kepada pihak PDRM dan SPRM untuk menyelesaikan kes kontroversi dana RM500 juta ini

Persoalan yang kita mahukan pencerahan adalah :
1) Mengapakah jumlah wang sepatutnya kita perolehi balik dilapurkan berbeza-beza amaunnya, malah amaun yang diumumkan oleh Tengku Zafrul adalah jauh lebih rendah dari amaun yang sepatutnya

Baca di sini :
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-dapat-semula-rm154-bilion-tunai-aset-1mdb-tengku-zafrul-279193
2) Apakah keperluan melantik Rosli Dahlan sebagai perunding untuk mendapatkan kembali hak Malaysia yang sudah pun dipersetujui sebelum ini, apakah Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai kepakaran perundangan dan perundingan


3) Adakah benar PPBM memperolehi RM500 juta seperti yang didakwa dan apakah ianya mempunyai kaitan dengan video klip di atas

Dana yang digunakan oleh JPM untuk di agihkan kepada bahagian, cawangan, wanita, armada dan puteri PPBM menggunakan duit dari mana, kalau dari duit PPBM, mengapakah ianya diagihkan oleh Jabatan Perdana Menteri

Pihak lain mendapat beratus-ratus juta tapi akhirnya DS Najib juga yang dipersalahkan!!



Kredit :
1) https://www.facebook.com/nabeel.naqieiv/posts/146709224003825

2) https://www.facebook.com/nabeel.naqieiv/posts/146796073995140

3) https://www.facebook.com/mahmudisnin.iskandarrifqiy/posts/86935843

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/03/skandal-1mdb-selain-keluarga-zeti-siapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Senyap Kaitan Zeti Nazir Dalam Skandal 1mdb Soal Anwar

Kenapa Senyap Kaitan Zeti Nazir Dalam Skandal 1mdb Soal Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 188 hits
April 6 2021 Anwar Ibrahim mempersoalkan tiada penjelasan daripada kerajaan mengenai penglibatan Zeti Akhtar Aziz dan Nazir Razak dalam skandal 1MDB PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bimbang kekurangan usaha kerajaan bagi mening...
1mdb Bukit Aman Selesai Ambil Keterangan Suami Zeti Anaknya

1mdb Bukit Aman Selesai Ambil Keterangan Suami Zeti Anaknya

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 286 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Komisioner Datuk Zainuddin Yaacob Foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Suami bekas Gabenor Bank Negara Datuk Dr Tawfiq Ayman telah diambil keterangan oleh polis berhubung penerimaan dana 1Mala...
I Was Unaware Of 1mdb Allegations Zeti Appointed To Cep For Her Experience Dr M

I Was Unaware Of 1mdb Allegations Zeti Appointed To Cep For Her Experience Dr M

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 294 hits
INTERVIEW Dr Mahathir Mohamad said he did not know former Bank Negara governor Zeti Akhtar Aziz s husband and son had allegedly received monies from 1MDB when he appointed Zeti to the Council of Eminent Persons in 2018 The council also know...
Dr Mahathir Claims Didn T Know Of Zeti S 1mdb Links When He Picked Her For Council Of Eminent Persons

Dr Mahathir Claims Didn T Know Of Zeti S 1mdb Links When He Picked Her For Council Of Eminent Persons

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 196 hits
Dr Mahathir claimed Zeti had wanted to act against Najib at the time but the plan purportedly involving herself the attorney general inspector general of police and the head of the Malaysian Anti Corruption Commission fell through Tun Dr Ma...
Umno Di Ambang Perpecahan Besar Sejak Skandal 1mdb

Umno Di Ambang Perpecahan Besar Sejak Skandal 1mdb

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 210 hits
Dia sebut No Anwar No DAP dalam ucapan itu hanya untuk memuaskan hati perwakilan Yang sebenarnya dia hanya mahu No Bersatu kata pembantu kepada pemimpin veteran Umno kepada MalaysiaNow MalaysiaNow difahamkan Umno kini sedang berada di amban...
Suami Anak Zeti Dipanggil Berkait Dakwaan Dana 1mdb Kata Polis

Suami Anak Zeti Dipanggil Berkait Dakwaan Dana 1mdb Kata Polis

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 254 hits
April 15 2021 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Zainuddin Yaacob menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi melalui mana mana platform sehingga siasatan polis selesai KUALA LUMPUR Polis mengesahkan sudah mengambil...
Qaseh Gold Produk Sesuai Untuk Seisi Keluarga Banyak Kebaikannya

Qaseh Gold Produk Sesuai Untuk Seisi Keluarga Banyak Kebaikannya

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 482 hits
hai assalammualaikum Qaseh Gold Produk Sesuai Untuk Seisi Keluarga Banyak Kebaikannya Ada yang kenal dan guna produk Qaseh Gold ni Qaseh Gold ni makanan tambahan berorientasikan Sunnah yang telah diformulakan untuk memberi lebih kesan baik ...
Hiburan Bangkai Gajah Lama Lama Pun Akan Busuk Chef Wan Mohon Maaf Jika Luahan Dianggap Buka Aib Keluarga

Hiburan Bangkai Gajah Lama Lama Pun Akan Busuk Chef Wan Mohon Maaf Jika Luahan Dianggap Buka Aib Keluarga

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 236 hits
Kecoh di media tempatan beberapa hari ini apabila seleberiti cef terkenal negara Datuk Redzuwan yang lebih mesra dipanggil Cef Wan mendedahkan bahawa anak perempuannya iaitu pelakon Serina telah bernikah secara rahsia tanpa pengetahuannya S...
Semua Muka Sedih Lukisan Rindu Hati Seorang Adik Lukisan Potret Keluarga Buat Ramai Sebak

Semua Muka Sedih Lukisan Rindu Hati Seorang Adik Lukisan Potret Keluarga Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 371 hits
Bukan tak redha tapi hati ini terlalu rindu itulah kata kata yang paling tepat sekali buat ahli keluarga yang pernah merasai kehilangan insan tersayang Tak mampu digambarkan melalui kata kata betapa rindunya pada insan yang telah tiada Sama...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa