Semua Muka Sedih Lukisan Rindu Hati Seorang Adik Lukisan Potret Keluarga Buat Ramai Sebak


“Bukan tak redha, tapi hati ini terlalu rindu” itulah kata-kata yang paling tepat sekali buat ahli keluarga yang pernah merasai kehilangan insan tersayang. Tak mampu digambarkan melalui kata-kata betapa rindunya pada insan yang telah tiada.
Sama seperti anak kecil ini yang merindui arwah abangnya. Hanya mampu dilukiskan kisah mereka dalam sehelai kertas kosong yang menggambarkan mereka tetap satu keluarga walaupun si abang telah pergi buat selamanya. Lukisan dari anak kecil tersebut mengundang sebak ramai.
Lukisan rindu hati seorang Iman
Dapat wassap dari teacher Iman.
Sungguh..

Hati Mama tak kuat tatkala melihat hasil yang dilukiskan Iman. Airmata Mama laju mengalir. Lukisan yang jujur dari seorang anak kecil
Yang merindui seorang Abang. Diluahkan melalui sebuah lukisan. Terima kasih Iman. Sentiasa ingat pesan Mama

Jangan pernah lupakan Abang Adam kamu. Jangan lupa bacaan al fatihah untuk Abang Adam. Abang Adam tetap Abang kamu selamanya. Sampai bila-bila.

Mama tahu kamu rindu. Mama dan kita semua pun rindu. Tapi Abang Adam kamu dah berbahagia di sana. Dah sihat di sana. Pastinya di taman Syurga. Moga 1 hari nanti kita sekeluarga akan bersatu semula di sana.

Puan Norunajwa Safiei sudi berkongsi tentang pemergian anaknya yang berjuang dengan sakit kanser darah dan “menjadi kenangan buat selama-lamanya.
Penyakit yang paling ditakuti Allah uji pada anak
Tarikh 4 Februari setiap tahun adalah tarikh Hari Kanser Sedunia. Izinkan saya berkongsi kisah anak Syurga saya Adam yang diuji sakit kanser.
Sewaktu dimaklumkan anak menghidapi sakit kanser darah (leukimia) hati bagai tidak percaya. Lutut rasa lemah. Kepala rasa sakit bagai di hempap batu yang besar. Penyakit yang paling ditakuti akhirnya di alami oleh anak sendiri.

Hanya air mata sebagai peneman
Air mata sentiasa menjadi peneman. Anak saya juga sering menangis. Mungkin masih terkejut dengan suasana wad yang sangat asing baginya. Akhirnya, atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya tanamkan dalam diri yang saya perlu positif.
Perlu kuat di hadapan anak agar anak lebih kuat semangat. Walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Tapi saya cuba kelihatan tenang dan bagaikan tiada apa yang berlaku. Sentiasa layankan dan hiburkan hatinya.Berusaha untuk buat mereka tersenyum. Saya tidak mahu anak saya sedih. Tipulah jika saya tidak menangis. Tapi elakkan menangis di hadapannya.

Pengorbanan buat anak
Lama kelamaan anak saya juga semakin positif. Dia sentiasa tersenyum walaupun menanggung sakit yang dihadapinya. Sakit kanser bukan seperti sakit demam biasa. Tapi terlalu banyak ujian yang dialaminya selepas kimoterapi seperti ulser, demam, sakit badan. Bergantung kepada antibodi masing- masing.
Ujian yang dilalui buat saya lebih belajar. Belajar erti sebuah pengorbanan, kasih sayang dan kesabaran. Pengorbanan seorang ibu yang amat kasih dan sayangkan anaknya. Juga kesabaran dalam menjalani hari-hari bersama mereka.

Tanggal 27 Ogos Allah jemput kembali pada-Nya
Sungguh, kadangkala runtun hati saya sebagai seorang ibu bila melihat rawatan yang diterimanya di kala umur masih kecil begitu. Namun, bila memikirkan itu salah satu usaha, saya perlu juga kuatkan hati.
Akhirnya tanggal 27 Ogos 2020 anak saya pergi jua. Walaupun berat, tapi saya sekeluarga redha dan ikhlas. Berbaik sangka dengan Allah. Ada hikmah atas perancanganNya. Sakit cuma asbab.
Hakikatnya masa mereka telah tiba. Allah lebih sayangkan mereka. Hilang sudah segala kesakitan mereka. Buat ibu bapa yang diuji anak sakit kanser atau sakit lain, moga kalian sentiasa di permudahkan urusan.

Diberikan kekuatan dan kesabaran. Hanya kepada Allah kita memohon. Anggap ini sebagai satu ujian dan hikmah. Jika ada keluarga atau rakan yang mengalami situasi yang sama, berikanlah kata semangat. Kata semangat juga mampu untuk membuatkan mereka lebih kuat.
-Mama Wildan Syurga Muhammad Adam Furqan-
Tanggal 5 April 2013 
Tarikh di mana Mama melahirkan kamu
Mama sambut kelahiran kamu dengan tangisan gembira
Gembira menyambut kelahiran seorang bayi yang sangat comel.
Namun..
Allah pinjamkan kamu hanya beberapa tika
Mama harus pulangkan semula di saat umur kamu 7 tahun 4 bulan kepada Pemilik kamu yang hakiki
Ke negeri kamu yang abadi.
Saat bersama kamu sangat indah

Diberi peluang memeluk, mencium, membelai kamu dan menjaga kamu adalah satu kenangan terindah bagi Mama Ayah.
Syukur Allah bagi peluang itu walaupun cuma seketika.
Kamu anak yang sangat manja
Anak yang sangat menghiburkan
Sentiasa membuat satu perkara lain dari yang lain
Yang sehingga kini kami masih ingat segala kenangan kamu.
Senyuman kamu, tangisan kamu, gelak tawa kamu dan suara manja kamu…
Semuanya masih segar dalam ingatan.
Dan..
Hari ini 5 April 2021

Tahun pertama kami menyambut tanpa kehadiran kamu
Sungguh terasa kehilangan kamu.
Tiada lagi nyanyian lagu harijadi kamu
Hanya bacaan al fatihah dan surah Yaasin yang kami bacakan
Tiada lagi kek untuk kami raikan kamu
Tapi Mama berikan kek harijadi kamu pada insan2 yang pernah merawat kamu di wad 8C dulu.
Hadiah yang Mama sediakan untuk kamu akan Mama wakafkan agar pahalanya sentiasa mengalir untuk kamu.
Saudara mara kamu juga adakan tahlil sempena hari lahir kamu Adam.

Tanda ingatan mereka yang tak pernah lupakan kamu.
Selamat hari lahir Wildan Syurgaku Adam Furqan yang ke 8
Pastinya di sana lebih indah bersama rakan syurga kamu yang lain.
Tiada apa yang lebih indah melainkan taman Syurga yang sentiasa diimpikan semua orang.
Tunggu kami di sana ye Syg..dan Pimpin tangan kami di sana nanti..
AL FATIHAH..
Kredit: Norunajwa Bt Safiei
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Semua Muka Sedih, Lukisan Rindu Hati Seorang Adik” Lukisan Potret Keluarga Buat Ramai Sebak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/semua-muka-sedih-lukisan-rindu-hati-seorang-adik-lukisan-potret-keluarga-buat-ramai-sebak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kita Semua Pandai Jangan Bandingkan Adik Beradik Risau Mereka Pendam Perasaan

Anak Kita Semua Pandai Jangan Bandingkan Adik Beradik Risau Mereka Pendam Perasaan

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 313 hits
Hati hati ya Sebagai mak ayah kita kadangkala tak perasan yang kita suka lebihkan anak Anak yang ada persamaan karakter dengan kita kita sayang Anak yang lain sikit karakternya atau yang ada karakter kita tak suka sering jadi punching bag u...
Hiburan Hanyalah Dari Hati Seorang Rakyat Naim Daniel Kongsi Twit Tentang Menteri Di Malaysia

Hiburan Hanyalah Dari Hati Seorang Rakyat Naim Daniel Kongsi Twit Tentang Menteri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 321 hits
Penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel baru baru ini ada meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah menteri yang berkhidmat untuk kerajaan Malaysia Perkara tersebut dizahirkan Naim menerusi sebuah twit di laman Twitternya yang berbunyi Wah...
Wanita Istimewa Sebak Dapat Surprise Hari Lahir Dari Keluarga Di Kampung

Wanita Istimewa Sebak Dapat Surprise Hari Lahir Dari Keluarga Di Kampung

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 244 hits
Ketika ini perkhidmatan membuat surprise sangat mendapat tempat dan mendatangkan hasil yang lumayan kepada sesetengah pengusaha Selain dapat menjana pendapatan mereka juga dapat menggembirakan orang lain melalui kejutan dan hadiah pemberian...
Ibu Tinggalkan Sesuatu Buat 12 Adik Beradik Ini Ternyata Bacaan Talqin Si Anak Buat Ibunya Buat Ramai Sebak

Ibu Tinggalkan Sesuatu Buat 12 Adik Beradik Ini Ternyata Bacaan Talqin Si Anak Buat Ibunya Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 596 hits
Sayu betul bacaan talkin yang dilafazkan oleh seorang pemuda buat ibunya Berikut merupakan bacaan talkin yang dilafazkan INGATLAH bahawasanya mama sekarang sedang tinggal di alam brzakh
Ini Semua Salah Dap Bmf Mana Dia Woiiii Bmf Kelaut Kah Kah Kah Padan Muka Kah Orang Ulu Tembeling Makan Daun Hutan

Ini Semua Salah Dap Bmf Mana Dia Woiiii Bmf Kelaut Kah Kah Kah Padan Muka Kah Orang Ulu Tembeling Makan Daun Hutan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 269 hits
Bukan hanya ayam sayur pun naik Keluh rakyatApril 16 2021Belum sempat isu harga ayam yang melambung tinggi selesai pengguna dikejutkan pula dengan harga sayur sayuran yang naik mendadak sejak semalam Tinjauan ke Pasar Cabang Tiga di sini me...
8 Potret Vila Keluarga Mayangsari Di Bira Kecil Luas Banget Dengan Pemandangan Indah

8 Potret Vila Keluarga Mayangsari Di Bira Kecil Luas Banget Dengan Pemandangan Indah

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 229 hits
Belum lama ini Mayangsari bersama dengan keluarga menikmati liburannya di Pulau Bira Kecil Jakarta Di sana mereka menetap di vila milik keluarga yang amat luas dengan pemandangan super cantik Intip yuk potret vilanya dirangkum dari video di...
Dia Masuk Kedai Pukul Muka Adik Guna Helmet Kakak Mangsa

Dia Masuk Kedai Pukul Muka Adik Guna Helmet Kakak Mangsa

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 1278 hits
The ReporterKemalangan yang berlaku di Jalan Sultan Azlan Shah petang semalam berpunca dari pemandu Suzuki Swift merempuh tiga buah kenderaan lain sehingga maut mengundang persoalan netizen apabila ada seorang wanita tampil memaklumkan adik...
Saya Mohon Maaf Bagi Pihak Adik Dia Janji Tak Buat Lagi Abang Suspek Rayu Semua Pihak Padam Video Viral

Saya Mohon Maaf Bagi Pihak Adik Dia Janji Tak Buat Lagi Abang Suspek Rayu Semua Pihak Padam Video Viral

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 611 hits
Abang kepada salah seorang suspek yang terbabit dalam kes pukul seorang remaja perempuan dalam video viral dipercayai berlaku di Tanah Merah Kelantan baru baru ini tampil memohon maaf bagi pihak adiknya Saya abang kepada adik kandung saya m...
Sesekali Burnout Juga Sebagai Seorang Penulis

Sesekali Burnout Juga Sebagai Seorang Penulis

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 243 hits
Sesekali BURNOUT juga sebagai Penulis Kerja terlalu banyak tetapi tak tahu mana nak siapkan dulu Dalam kepala jadi serabut Bukan tamak dengan kerja kerja menulis pun Tetapi itulah hakikat nya permintaan melebihi segalanya Sebagai seorang pe...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord