Siti Kasim Dakwa Polis Cuba Penjarakanya










Peguam Siti Kasim dijangka akan didakwa di mahkamah minggu depan kerana menunjukkan isyarat lucah kepada hadirin sebuah forum pada 2016.

Beliau juga mendakwa tuduhan terhadapnya dibuat oleh seorang pegawai polis kanan yang menurutnya cuba memasukkannya ke dalam penjara.

Menurutnya lagi, seorang inspektor polis menghubunginya semalam dan memberitahu ada arahan untuk mendakwanya mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan susulan insiden itu yang berlaku di Shah Alam.

"Sebelum ini saya berdiam diri tetapi saya rasa perlu menyatakannya kepada umum. Saya tahu OCCI Selangor (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah), bernama Fadzil, cuba memenjarakan saya.

"Saya percaya dia merancang serbuan ke rumah saya dengan tuduhan menculik yang mengarut. Jika tidak kerana rakaman yang tak dirancang yang tular kemudiannya, saya mungkin berhadapan dakwaan yang lebih besar. Kesalahan menculik membawa hukuman bunuh," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau merujuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat, dan serbuan polis ke rumahnya di Kajang, pada Jun tahun lalu.

Ketika serbuan itu, beliau ditahan atas kesalahan menghalang penjawat awam melakukan tugas selepas polis mengambil seorang perempuan yang berlindung di rumahnya.

Pada insiden 5 September 2016, Siti didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang hadirin ketika forum tentang RUU 355 di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Ia didakwa berlaku selepas beliau ke forum itu dan mula mengkritik RUU tersebut, yang mengundang sindiran daripada hadirin.

'Arahan dari Pejabat Peguam Negara'

Sementara itu, Fadzil ketika dihubungi berkata polis menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa Siti Kasim sejak April tahun lalu.

Katanya lagi, polis bagaimanapun meanngguhkan perkara itu kerana sibuk dengan persediaan PRU ke-14.

Fadzil berkata kes itu ditangguhkan sekali lagi kerana polis menerima satu lagi kes melibatkan Siti berhubung insiden serbuan di Kajang.

"Ada dua kertas siasatan dibuka untuk kes Kajang. Dan kami merancang untuk membuat pendakwaan serentak; (kami) menunggu arahan lanjut daripada (AGC) di Putrajaya.

"Tapi kerana AGC belum ada keputusan berkenaan kes Kajang, saya memutuskan untuk meneruskan insiden (jari tengah) dulu kerana arahan daripada AGC masih terpakai," katanya lagi.

Berhubung dakwaan Siti bahawa beliau cuba memenjarakan peguam itu, Fadzil berkata selaku pengamal undang-undang Siti patut lebih tahu berhubung proses perundangan.

"Dia seorang peguam dan patut tahu proses undang-undang...Dia boleh buktikan (di mahkamah) jika tak bersalah," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2019/02/siti-kasim-dakwa-polis-cuba-penjarakanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Peguam Negara Batalkan Pertuduhan Terhadap Siti Kasim

Jabatan Peguam Negara Batalkan Pertuduhan Terhadap Siti Kasim

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 370 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 11 Februari 2019 5 39 PM SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pertuduhan terhadap seorang p
Agc Gugur Dakwaan Kes Acung Jari Tengah Siti Kasim

Agc Gugur Dakwaan Kes Acung Jari Tengah Siti Kasim

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 579 hits
AGC gugur dakwaan kes acung jari tengah Siti kasim Selepas Jabatan Peguam Negara memanggil semula kertas siasatan kata polis Selangor
Tak Sia2 Menari Ag Batal Pertuduhan Siti Kasim

Tak Sia2 Menari Ag Batal Pertuduhan Siti Kasim

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 600 hits
Kerajaan KLEPETOKRASI ialah sebuah Kerajaan PALSU yang suka seronok sanggup MENIPU rakyatnya sendiri Manakala rakyatnya yang NAIF SUCI dan BERSIH HATI termakan penipuan itu walau DITIPU berulang ulang kali Kerajaan KLEPETOKRASI juga mempuny...
Siti Kasim Says She Ll Be Charged Over Finger Flashing In 2016

Siti Kasim Says She Ll Be Charged Over Finger Flashing In 2016

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 442 hits
PETALING JAYA Lawyer Siti Kasim said she would be charged on Tuesday over her middle finger gesture at a forum three years ago The vocal activist had earlier claimed of attempts to charge her under Section 509 of the Penal Code for outragin...
Kronologi Dan Kenyataan Polis Berhubung Kehilangan Siti Masitah

Kronologi Dan Kenyataan Polis Berhubung Kehilangan Siti Masitah

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 501 hits
Malaysia dikejutkan dengan penemuan myat Siti Masitah dalam keadaan yang sangat menyayat hati Ikuti laporan berita yang dipetik dibawah Pekan Myat kanak kanak dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekelil...
Siti Kasim Sifatkan Silibus Pendidikan Islam Sebagai Sampah

Siti Kasim Sifatkan Silibus Pendidikan Islam Sebagai Sampah

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 883 hits
KUALA LUMPUR Peguam yang terkenal dengan kelantangan bersuara Siti Kasim meminta Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik melihat semula silibus Pendidikan Islam Tingkatan 5 Dalam hantaran terbaharu di Facebook Siti Kasim yang juga aktivis masyar...
Of Siti Kasim S Middle Finger And Degree Mills

Of Siti Kasim S Middle Finger And Degree Mills

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 574 hits
If lawyer and activist Siti Kasim s middle finger could get her in trouble I am wondering why the case of Criminal Investigation Department director Wan Ahmad Najmuddin Mohd a couple of years ago was simply dismissed as an old story And wha...
Mengapa Muslim Menolak Siti Kasim

Mengapa Muslim Menolak Siti Kasim

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 909 hits
1 PAGI ini Malaysiakini menyiarkan lagi artikel yang menyeru rakyat Malaysia supaya memberikan sokongan kepada Siti Kasim Mengapa surat begini mesti dikeluarkan dan mengapa Muslim menolak Siti Kasim 2 Siti Kasim telah banyak memberikan keny...
Video Dakwa Polis Buat Ugutan Disiasat

Video Dakwa Polis Buat Ugutan Disiasat

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 389 hits
Bayar atau kau punya adik mati di dalam antara kata kata lelaki di dalam video itu
Istanbul Aku Datang Day 1

Giant Bukit Tinggi Klang Relaunches With A Fresh New Look And Exciting Customer Experiences

Ideas Beef Cobbler Recipe Bbc

Tempe Goreng Pedas Daun Limau Resipi Rangup Wangi Yang Sangat Menggoda

Rbnz Hampir Menamatkan Kitaran Pemotongan Kadar Menyediakan Ruang Untuk Pemulihan Kiwi Terhadap Dolar

Syuriyah Pbnu Minta Kh Cholil Staquf Mundur Dalam Tempo Tiga Hari

Muhyiddin Sahkan Hazmah Kekal Ketua Pembangkang Tak Ada Apa Apa Tak Ada Tukar

Waktu Awal Malam Ke Daily Coffee Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keajaiban Alam Siberia Mengungkap Keindahan Taiga Timur Rusia

Victor Hartono Warisan Dan Inovasi Di Balik Kejayaan Djarum

Prince Syed Menangis Di Podcast Akui Terlalu Sayangkan Isteri Saya Akan Terima Balasan Dunia Akhirat Kalau Saya

Hiburan Ibu Shila Amzah Selamat Bernikah Dengan Pasangan Pilihan Majlis Sederhana Dihadiri Keluarga Terdekat

Bn S Bikin Balik Sabah Manifesto To Tackle Water Power And Road Issues Says Zahid

Sabah Polls Split Votes Leave Most Party Presidents On Uncertain Ground