Siri Komputer Riba Produktiviti Asus Vivobook S14 Dan S15 Dilancarkan Bermula Dari Harga Rm3199


Siri komputer riba produktiviti ASUS VivoBook boleh dikatakan model komputer riba yang cukup popular di kalangan pekerja muda dan juga para pelajar kerana bukan sahaja ia hadir dengan rekaan yang cukup padat dan ringan, tetapi juga hadir dengan prestasi yang cukup berkuasa untuk kerja dan riadah, dan juga hadir dengan rekaan warna yang cukup menarik.
Hari ini, ASUS Malaysia melancarkan dua buah model baru dibawah jenama ASUS VivoBook ini, iaitu ASUS VivoBook S14 dan juga ASUS VivoBook S15 khusus untuk tujuan produktiviti, disamping memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang tidak dilihat di model ini sebelum ini.
Bermula dengan saiz paparan, komputer riba VivoBook S14 hadir dengan paparan bersaiz 14 inci, manakala VivoBook S15 dilengkapi dengan paparan bersaiz 15.6 inci, dimana kedua-duanya hadir dengan resolusi Full HD yang sama.

Model ASUS VivoBook S14 dan S15 terbaru ini turut menyambung penggunaan teknologi NanoEdge Display, dimana keempat-empat sisi paparan komputer riba ini mempunyai rekaan hampir nirbingkai, dimana 86 peratus daripada kawasan bingkai tersebut digunakan untuk paparan skrin.
Beralih kepada spesifikasi dalaman, VivoBook S14 dan S15 hadir dengan pilihan CPU Intel Core i5-8265U dan Intel Core i7-8565U, memori DDR4 sehingga 8GB, dan juga storan SSD PCIe sebanyak 512GB. Untuk model VivoBook S14, ia juga turut dilengkapi dengan storan Intel Optane sebanyak 32GB untuk mempercepatkan akses kepada fail-fail dan perisian anda.

Bagi mereka yang ingin menggunakan komputer riba ini untuk tujuan mengolah video, atau bermain permainan komputer ringan, ia juga dimuatkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 yang hadir dengan 2GB memori GDDR5.
Dari segi I/O pula, komputer riba ini dilengkapi dengan dua palam USB 2.0. satu palam USB 3.1 Type-A dan Type-C, satu palam HDMI dan satu pembaca kad MicroSD. Bukan itu sahaja, jika rumah anda dilengkapi dengan sambungan internet yang pantas, ASUS VivoBook S14 dan S15 ini dilengkapi dengan ciri WiFi 6 yang mampu menggerakkan sambungan internet sepantas 1Gbps.

ASUS VivoBook S14 dan S15 ini hadir dalam lima rekaan warna menarik, termasuklah Gun Metal, Transparent Silver, Punk Pink, Moss Green dan Cobalt Blue, sesuai untuk mereka yang ingin menyerlahkan individualiti mereka melalui peranti-peranti mereka.


Menurut ASUS Malaysia, komputer riba ASUS VivoBook S14 dan S15 ini akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. ASUS VivoBook S15 dengan pilihan CPU Intel Core i5-8265U, 4GB RAM, storan 512GB dan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 akan dijual pada harga RM3199, manakala ASUS VivoBook S14 dengan pilihan CPU Intel Core i7-8565U, 8GB RAM, storan 512GB+32GB dan cip pemprosesan grafik Intel Iris akan dijual pada harga RM3899.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/09/siri-komputer-riba-produktiviti-asus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asus Hadir Dengan Komputer Riba Menawarkan Panel Pada Kadar Segar Semula 300hz

Asus Hadir Dengan Komputer Riba Menawarkan Panel Pada Kadar Segar Semula 300hz

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 297 hits
Pada hari ini kita telah sedia melihat beberapa komputer riba yang hadir dengan penawaran panel paparan pada kadar segar semula 240Hz sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih menarik melaluinya Terbaru Asus membawa ia setapak lagi kehadap...
Komputer Gaming Dell Inspiron Desktop G5 Kini Di Pasaran Tempatan Boleh Dibeli Bermula Harga Rm3999

Komputer Gaming Dell Inspiron Desktop G5 Kini Di Pasaran Tempatan Boleh Dibeli Bermula Harga Rm3999

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 440 hits
Pada minggu lalu Dell telah memperlihatkan beberapa siri komputer desktop dan juga paparan skrin sewaktu acara Gamescom Diantaranya ialah Dell G5 Desktop Dell Aurora R9 dan beberapa monitor gaming bersaiz besar Kami baru menerima berita dar...
Huawei Mula Menawarkan Komputer Riba Dengan Sistem Operasi Linux

Huawei Mula Menawarkan Komputer Riba Dengan Sistem Operasi Linux

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 345 hits
Huawei telah sedia menawarkan komputer riba dijana sistem operasi Windows 10 sejak beberapa tahun kebelakangan ini Terkini dengan perang perdagangan antara pihak China dan Amerika Syarikat Huawei telah mula melihat kepada beberapa alternati...
Amd Mungkin Akan Memperkenalkan Cip Apu Baru Untuk Komputer Riba Pada Tahun Hadapan

Amd Mungkin Akan Memperkenalkan Cip Apu Baru Untuk Komputer Riba Pada Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 381 hits
Pada tahun ini AMD akhirnya telah memperlihatkan siri cip pemprosesan 7nm untuk komputer desktop iaitu AMD Ryzen 3000 Boleh dikatakan bahawa siri cip pemprosesan tersebut diantara produk yang paling laku oleh mereka di seluruh dunia kerana ...
Harga Jualan Iphone Xr Dikemaskini Kini Bermula Rm2899 Iphone 8 Bermula Rm2199

Harga Jualan Iphone Xr Dikemaskini Kini Bermula Rm2899 Iphone 8 Bermula Rm2199

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 411 hits
Dengan pengenalan tiga iPhone generasi baru hari ini pihak Apple turut memilih untuk mengekalkan dua lagi telefon pintar lama dipasaran secara rasminya iaitu iPhone 8 dan juga iPhone XR iPhone 8 merupakan telefon pintar yang telah dilancark...
Lenovo Memperkenalkan Model Terbaru Komputer Riba Thinkbook 14 Dan 15

Lenovo Memperkenalkan Model Terbaru Komputer Riba Thinkbook 14 Dan 15

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 391 hits
Reading Time 1 minuteDikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Intel Core Generasi Ke 10 Lenovo telah memperkenalkan model terbaru komputer riba berprestasi sederhana mereka ThinkBook 14 dan 15 di acara khas mereka Lenovo Tech Life di IFA 201...
Mi Airdots 2 Turut Dilancarkan Hadir Dengan Sokongan Lhdc Harga Sekitar Rm235

Mi Airdots 2 Turut Dilancarkan Hadir Dengan Sokongan Lhdc Harga Sekitar Rm235

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 322 hits
Mi AirDots dan Mi AirDots Pro adalah dua set fon telinga nirwayar sebenar dari Xiaomi Tanpa dua aksesori audio ini Redmi AirDots yang sedia popular tidak akan wujud Hari ini bersama sama dengan Mi 9 Pro 5G dan Mi TV Pro 8K Mi AirDots 2 tela...
Asus Rog Phone 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Oktober

Asus Rog Phone 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Oktober

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 410 hits
Asus ROG Phone 2 merupakan salah satu telefon pintar permua yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia termasuk di Malaysia Terkini melalui perkongsian di Facebook Asus memperlihatkan yang mereka bakal melancarkan Asus ROG Phone 2 secara ...
Apple Iphone 11 Pro Dan 11 Pro Max Diperkenalkan Tri Kamera Belakang Lebih Berkuasa Harga Bermula Rm4899

Apple Iphone 11 Pro Dan 11 Pro Max Diperkenalkan Tri Kamera Belakang Lebih Berkuasa Harga Bermula Rm4899

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 638 hits
Bersama sama pengenalan iPhone 11 pihak Apple turut mengemaskini dua lagi telefon pintar dengan ciri ciri mercu melalui pengenalan iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max Kedua duanya menawarkan spesifikasi yang lebih kurang sama tetapi de...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal