Sinopsis Penuh Siri Loki


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Loki (2021) merupakan sebuah siri yang dihasilkan oleh Michael Waldron untuk laman pengstriman Disney Plus dan berdasarkan Komik Marvel dengan karakter nama yang sama. Siri ini merupakan salah satu bahagian di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan kisahnya bermula selepas tindakan Loki di dalam filem Avengers : Endgame (2019) yang mana versi Loki 2012 telah mencipta garis masa baru. 
Antara pelakon yang membintangi siri ini adalah Tom Hiddleston, Gugu Mbatha-Raw, Wunmi Mosaku, Eugene Cordero, Tara Strong, Owen Wilson, Sophia Di Matino, Sasha Lane, Jack Veal, DeObia Oparei, Richard R. Grant dan Jonathan Majors. Musim pertama siri ini dengan enam episod ditayangkan bermula 9 Jun 2021 dan berakhir pada 14 Julai dan merupakan sebahagian daripada Fasa 4 MCU. 
SINOPSIS LOKI 2021 (MUSIM 1)

EPISODE #1  GLORIOUS PURPOSE

Loki ditangkap oleh TVA (Time Variance Authority) apabila dia membuat garis masa baru setelah melarikan diri dari Pertempuran di New York bersama dengan Tesseract pada tahun 2012. TVA perlu menetapkan semula garis masa dan "varian" Loki ini dibawa kehadapan Hakim Ravonna Renslayer atas jenayahnya pada "Sacred Timeline". 
Loki menyalahkan keadaan pada Avengers, yang telah kembali ke masa lampau pada tahun 2012, tetapi Renslayyer mengatakan perbuatan mereka itu sepatutnya berlaku manakala tindakan Loki tidak sepatutnya berlaku. Ejen Mobius M. Mobius membawa loki ke Teater Masa untuk melihat kesalahan lampaunya dan juga mempersoalkan tindakannyayang selalu menyakiti orang. Dia juga memperlihatkan keadaan masa depan Loki yang sepatutnya berlaku, termasuklah tindakannya yang secara tidak sengaja akan membunuh ibu angkatnya Frigga. 
Loki cuba untuk melarikan diri tetapi kemudiannya menyerah diri apabila menyedari kekuatan TVA yang melebihi kekuatan Batu Infiniti.  Dia kembali ke Teater Masa dan melihat pelbagai lagi peristiwa masa hadapan termasuklah peristiwa kematiannya di tangan Thanos.  Dia kemudiannya bersetuju untuk membantu Mobius mencari seorang lagi varian Loki yang telah membunuh beberapa ejen TVA dan mencuri alat menetapkan semula garis masa. 
EPISODE #2  VARIANT

Loki menyertai misi TVA ke lokasi serangan oleh " VARIAN" pada tahun 1985 di Oshkosh, Wisconsin, dimana dia berusaha untuk menawarkan jalan bertemu dengan Penjaga Masa (Time-Keepers), yang dikatakan mencipta TVA dan "Sacred Timeline"

Ravonna Renslayer pada awalnya keberatan untuk membiarkan Loki terlibat dengan misi, tetapi Mobius meyakinkannya untuk memberi peluang. Loki meneliti fail TVA dan berteori bahawa "Varian" tersebut bersembunyi berhampiran dengan peristiwa apokaliptik (pemusnahan dunia) dimana tindakan mereka tidak akan mempengaruhi garis masa. 
Loki dan Mobius mengesahkan teori ini dengan mengunjungi Pompeii pada tahun 79 Masihi, sebelum menyimpulkan bahawa "Varian" itu bersembunyi ketika taufan di Alabama pada tahun 2050. Disana mereka diserang oleh Varian yang menyihir beberapa penduduk tempatan dan juga ejen TVA Hunter B-15

Varian itu kemudian mendedahkan dirinya sebagai Loki versi wanita dan menolak tawaran Loki untuk menggulingkan Penjaga Masa bersama-sama. Dia meletakkan mesin menetapkan masa di beberapa tempat di Sacred Timeline, kemudian mengaktifkannya dan menghasilkan pelbagai cabang garis masa menyebabkan TVA menjadi kacau bilau. Dia kemudiann teleport pergi dan Loki mengekorinya. 
EPISODE #3 LAMENTIS

Dengan keadaan TVA yang kacau bilau, Varian itu tiba di ibu pejabar mereka dan dalam uasaha mencari penjaga Masa, tetapi diekori oleh Loki. Mereka kemudiannya diserang oleh Ravonna Renslayer dan Loki menggunakan Tempad untuk teleport mereka berdua ke tahun 2077 di Lamentis -1, bulan yang sedang dihancurkan oleh planet. 
TemPad itu kemudiannya kehabisan kuasa dan Varian tersebut, yang dikenali dengan nama Sylvie bersetuju untuk bekerjasama dengan Loki untuk mengecasnya. Mereka menyelinap ke kereta api yang menuju ke arah kapal angkasa menyelamat yang boleh mengecas semula kuasa pada TemPad, tetapi Loki mabuk dan tindakannya menarik perhatian mereka. Ini menyebabkan pertengkaran dengan pengawal yang membuangnya dari kereta api dan Sylvie mengikutinya dan menyedari bahawa TemPad telah rosak. 
Mereka berdua meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki dengan tujuan untuk ke kapal angkasa tersebut sebelum Lamentis-1 musnah. Di dalam perjalanan, Sylvie mendedahkan bahawa pekerja di TVA sebenarnya adalah varian orang dari Bumi. Loki dan SYlvie bertempur dengan pengawal dan penduduk yang berusaha menaiki kapal angkasa, tetapi meteor dari planet memusnahkan kapal itu sebelum mereka dapat naik. 
EPISODE #4 NEXUS EVENT

Sylvie memberitahu pada Loki bahawa dia melarikan diri dari TVA ketika masih kecil. Sylvie dan Loki kemudiannya membentuk ikatan romantik, membawa kepada kewujudan cabang garris masa yang unik dan memberi amaran pada TVA untuk mencari mereka dan menangkap mereka sebelum Lamentis-1 dimusnahkan. 
Mobius kemudiannya membiarkan Loki pada lingkaran masa ingatan buruk bersama Lady Sif manakala Sylvie pula membuka memori pada B-15 untuk membuktikan bahawa B-15 adalah varian juga. Ravonna Renslayer memberitahu bahawa C-20 mati akibat gangguan mental, tetapi Mobius menjumpai rakaman Renslayer menyoal siasat mental C-20, yang menegaskan bahawa  pekerja TVA adalah varian. 
Mobius kemudiannya membebaskan Loki daripada lingkaran masa tetapi Renslaer bertemu mereka berdua dan Mobius telah di "pruned". Renslayer membawa Loki dan Sylvie bertemu dengan Penjaga Masa yang memerintahkan supaya Loki dan Sylvie dihapuskan. 
Dengan bantuan B-15, Loki dan Sylvie menewaskan Renslayer dan pengawal Penjaga Masa. Sylvie memenggal kepadal salah seorang Penjaga Masa, tetapi mendapati bahawa mereka adalah android dan kemudiannya tanpa disedari, Renslayer bangkit semula dan Loki di "pruned". Sylvie mengawal Renslayer, menuntut kebenaran. Di adegan pertengahan kredit, Loki terbangun dikelilingi beberapa varian Loki yang lain. 
EPISODE #5 JOURNEY INTO MYSTERY

Ravonna Renslayer memberitahu Sylvie bahawa selepas Loki di "pruned", dia dihantar ke Void pada akhir masa, dimana tiada yang pernah keluar daripadanya. Mereka menyimpulkan bahawa pencipta TVA yang sebenar berada di sebalik Void itu. Miss Minutes, maskot TVA memanjangkan masa sehingga pasukan TVA mengelilingi Sylvie. Sylvie kemudiannya "prune" dirinya sendiri dan bertemu dengan Mobius di Void. Selepas menyoal siasat B-15, Renslayer merancang untuk menghubungi pencipta TVA yang sebenar. Sementara itu, varian Loki yang lain memberitahu bahawa makhluk besar seperti awan dikenali sebagai Alioth yang memusnahkan semua yang ada di Void. 
Setelah bertemu dengan kumpulan kedua Loki yang membawa kepada pertarungan, Classic Loki membantu Loki, Alligator Loki dan Kid Loki melarikan diri. Mereka menemui Sylvie dan Mobius. Mobius kemudian kembali ke TVA menggunakan TemPad yang dibawa oleh Sylvie bersamanya. 
Sylvie cuba untuk menyihir ALioth sementara Loki cuba mengalihkan perhatiannya, tetapi mereka gagal sehinggalah Classic Loki mengorbankan dirinya dengan mencipta ilusi Asgard yang menarik perhatian Alioth. Loki dan Sylvie kemudiannya berjaya menyihir Alioth bersama, dan makhluk itu menunjukkan laluan ke Citadel di luar Void. 
EPISODE #6 FOR ALL TIME ALWAYS

Ravonna Renslayer meninggalkan TVA untuk misi mencari "kehendak bebas" setelah Miss Minutes memberi maklumat tentang pencipta TVA, "He Who Remains". B-15 membuktikan pada pasukan TVA bahawa mereka juga adalah varian dengan menunjukkan kepada mereka varian Ravonna Renslayer yang merupakan naib pengetua di sebuah sekolah. 
Sementara itu, di Citadel pada penghujung masa, He Who Remains memberitahu Loki dan Sylvie bahawa dia mengakhiri perang multiversal antara variannya dengan menggunakan Alioth untuk menghancurkan garis masa alternatif dan mencipta TVA untuk mengekalkan keamanan.  Setelah dia mula letih, dia menawarkan piliahn : membunuhnya dan risiko perang multiversal yang lain atau menggantikannya dan mengawasi TVA dalam "Sacred Timeline". 
Sylvie mahu membunuhnya, tetapi Loki memintanya untuk berhenti. Mereka kemudian bercumbu, tetapi Sylvie menghantar Loki kembali ke ibu pejabat TVA.  Dia kemudiannya membunuh He Who Remains, melepaskan garis masa alternatif dan multiversal yang tidak dapat dihalang oleh TVA. Di ibupejabat TVA, Loki memberi amaran pada Mobius dan B-15 mengenai varian He Who Remains, tetapi mereka tidak mengenali Loki dan dia melihat patung salah satu varian telah menggantikan patung Penjaga Masa. 
Sumber : Disney Plus | Marvel Studios | Google Image 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/07/sinopsis-penuh-siri-loki-musim-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Tip Pilih Ketam Yang Padu Isinya Penuh Telur Tengok Ini Sebelum Beli

4 Tip Pilih Ketam Yang Padu Isinya Penuh Telur Tengok Ini Sebelum Beli

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 246 hits
Minggu gaji ni ramai yang beli ketam Memandangkan harganya yang boleh tahan mahal jadi kita pun kena pilih betul betul
Jacob Anderson Sertai Siri 13 Doctor Who

Jacob Anderson Sertai Siri 13 Doctor Who

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 212 hits
Bintang Game of Thrones Jacob Anderson akan membuat penampilan sulung dalam siri Doctor Who pada akhir tahun ini dengan memainkan watak Vinder Sebagai watak berulang sepanjang siri ini peranan baru Jacob akan menyaksikan dia bergabung The p...
Coolblog Meyantuni Kelembutan Rasa Dan Tradisi Legasi Jepun Dengan Siri Minuman Baharu Geisha Garden

Coolblog Meyantuni Kelembutan Rasa Dan Tradisi Legasi Jepun Dengan Siri Minuman Baharu Geisha Garden

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 523 hits
hi Korang Konnichi wa salam sayang dari Jepun Bersempena dengan Sukan Olimpik 2020 yang berlangsung pada 23hb Julai 2021 Coolblog sekarang ni melancarkan minuman berperisa baru Ianya seiring dengan tema Olimpik di mana kita nak berikan soko...
Rs Penuh Pasien Positif Covid 19 Meninggal Di Mobil

Rs Penuh Pasien Positif Covid 19 Meninggal Di Mobil

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 217 hits
H meninggal dunia pada Kamis malam di dalam mobilnya yang berada di Shelter Patmasuri Kecamatan Sewon Kabupaten Bantul
8 Aksi Pelakon Bollywood Di Vaksin Dengan Penuh Penghayatan Seperti Dalam Filem

8 Aksi Pelakon Bollywood Di Vaksin Dengan Penuh Penghayatan Seperti Dalam Filem

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 224 hits
Vaksin adalah merupakan antigen iaitu virus yang telah mati Pemberian virus mati ini bukanlah dengan tujuan untuk menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan virus akan tetapi dalam bahasa mudahnya ia adalah bertujuan menciptakan antibodi s...
Parlimen Perlu Bersidang Penuh Bukan Dengar Menteri Berceramah

Parlimen Perlu Bersidang Penuh Bukan Dengar Menteri Berceramah

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 324 hits
Pembukaan Parlimen 5 hari bermula 26 Julai sebagai formaliti dan sekadar mentaati titah Yang di Pertuan Agong ditentang oleh majoriti rakyat Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Parlimen tidak boleh diturunkan darjatnya kepada...
Bupati Satono Akui Janda Dan Duda Banyak Di Sambas Gara Gara Marak Nikah Siri

Bupati Satono Akui Janda Dan Duda Banyak Di Sambas Gara Gara Marak Nikah Siri

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 217 hits
Bupati Sambas Kalimantan Barat Satono meminta masyarakat menghindari nikah siri atau nikah di bawah tangan karena ia tidak ingin jumlah janda dan duda di daerahnya semakin banyak
Siri Pro Evolution Soccer Ditukar Menjadi Permainan Percuma Efootball

Siri Pro Evolution Soccer Ditukar Menjadi Permainan Percuma Efootball

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 663 hits
Bye bye PES Hi eFootball Konami akhirnya telah mengumumkan secara rasmi permainan terbaru untuk siri simulasi bola sepak mereka iaitu Pro Evoltuion Soccer Ia bukanlah PES 2022 seperti yang dijangkakan akan tetapi mereka kini mengantikkan je...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Heidi Moru Aku Ada Chord

Oliva Helmin Feat Kelvin Tunggu Tunggu Chord

Ada 3 Dituduh Bid Ah Padahal Tidak Bid Ah By Dr Hm Rakib S H M Ag