Parlimen Perlu Bersidang Penuh Bukan Dengar Menteri Berceramah



Pembukaan Parlimen 5 hari bermula 26 Julai sebagai formaliti dan sekadar mentaati titah Yang di-Pertuan Agong ditentang oleh majoriti rakyat.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Parlimen tidak boleh diturunkan darjatnya kepada jabatan kerajaan di bawah kuasa menteri yang boleh dihadkan waktu bersidang sesuka hati.
Menurut beliau, Parlimen perlu berjalan dengan perbahasan dan pengundian sebagaimana ditetapkan dalam peraturan mesyuarat.
“Rakyat di bawah mengharapkan Ahli Parlimen bersuara tentang kesusahan mereka.
“Suka saya menyatakan peranan Parlimen sangat penting. Parlimen bukanlah jabatan di bawah kuasa Perdana Menteri (PM). Parlimen bukan satu agensi.
“Parlimen perlu bersidang mengikut peruntukan Perlembagaan. Mesti ada perbahasan, ada usul dikemukakan, ada pengundian.
“Parlimen tidak boleh jadi sesi taklimat oleh menteri. Malah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja telah bersuara supaya Parlimen menjalankan peranan semak dan imbang dalam waktu darurat.
“Sejak Januari sampai sekarang banyak peruntukan telah dikeluarkan oleh kerajaan. Tugas Parlimen adalah semak perbelanjaan dalam pelbagai program ransangan, dan yang terbaharu Pemulih,” katanya dalam siaran langsung Facebook.
Tegas Hassan, banyak ordinan telah dibuat semasa pemerintahan Darurat.
Oleh itu, ordinan tersebut mesti dibahaskan di Parlimen bagi menentukan kesesuainnya untuk diteruskan sebagai akta apabila Darurat tamat, atau ia akan mansuh begitu sahaja selepas Darurat ditarik balik.
Begitu juga pelaksanaan pakej ransangan ekonomi seperti Pemulih yang perlu dibahaskan hala tujunya.
“Pemulih belanja hingga RM150 bilion. Perkara itu perlu dibahaskan.
“Dalam tempoh darurat ini banyak odinan digubal jadi perkara itu mesti dibentang, dibahas, diputuskan sama ada undang-undang itu patut dimansuhkan atau sebagainya
“Dalam keadaan sekarang, rakyat bawahan bukan sahaja perlu makanan tetapi juga pekerjaan, wang ringgit dan sebagainya. Isu ini sangat penting di bawa ke Parlimen,” katanya.
Beliau juga mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional bahawa PM Mahiaddin Yassin telah kehilangan majoriti sebaik sahaja Umno menarik balik sokongan.
Kata Hassan, hanya kenyataan Peguam Negara yang menyebut kehilangan majoriti tidak boleh diukur melalui pengumuman seorang presiden parti yang menyelamatkan PN.
Oleh itu, tambah beliau, institusi Parlimen perlu digunakan bagi menguji sokongan Ahli-ahli Parlimen terhadap pentadbiran Mahiaddin.
“Malah Peguam Negara sebut menentukan majoriti tidak boleh dilakukan dengan kenyataan akhbar atau kenyataan ketua parti, mesti oleh Ahli Parlimen.
“Saya setuju, dengan syarat Parlimen diadakan dan majoriti PM ditentukan dalam Dewan Rakyat.
“Saya berharap usul Undi Percaya terhadap PM dibentangkan di Parlimen. Sudah sampai masanya kita bergerak menyelesaikan masalah,” katanya.
Namun, bagi Hassan, memandangkan kerajaan PN telah gagal total dalam perang melawan Covid 19 dan rakan politiknya telah menarik diri, adalah lebih mudah jika Mahiaddin mengambil langkah berprinsip meletak jawatan dan menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik PM baharu.
“Kerajaan Mahiaddin gagal urus pandemik, urus ekonomi, gagal jamin sosial. Ramai bunuh diri.
“Suka atau tidak saya seru PM seeloknya jangan susahkan rakyat, Agong atau Raja-raja. Jangan susahkan institusi (pemerintah).
“Dengan hormatnya letak jawatan. Anda gagal, rakyat susah, negara hancur. Anda sebagai PM cukuplah, bersara sekarang, letaklah jawatan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32541

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Bahas Masalah Rakyat Bukan Pentas Dengar Kuliah Menteri

Parlimen Bahas Masalah Rakyat Bukan Pentas Dengar Kuliah Menteri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 222 hits
Parlimen bahas masalah rakyat bukan pentas dengar kuliah menteri Tujuan persidangan Parlimen diadakan pada 26 Julai ini adalah untuk mendengar dan memulihkan masalah rakyat bukannya sebagai pentas untuk mendengar kuliah menteri kata Majlis ...
Untuk Apa Dengar Kuliah Menteri 5 Hari Di Parlimen

Untuk Apa Dengar Kuliah Menteri 5 Hari Di Parlimen

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 194 hits
Sidang Perlimen 5 hari tidak memenuhi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Majlis Presiden Pakatan Harapan memberi peringatan kepada kerajaan Perikatan Nasional bahawa sidang Dewan Rakyat yang bermula...
Rashid Kata Panggil Parlimen Bersidang Mesti Lalui Nasihat Pm

Rashid Kata Panggil Parlimen Bersidang Mesti Lalui Nasihat Pm

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 261 hits
Rashid kata panggil Parlimen bersidang mesti lalui nasihat PM Kuasa Yang di Pertuan Agong semasa darurat untuk memanggil Parlimen bersidang mestilah melalui nasihat Perdana Menteri kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Abdul Rashid Hasnon Beli...
Semua Menteri Di Setiap Kementerian Wakil Rakyat Parlimen Dan Dun Wajib Buat Kerja

Semua Menteri Di Setiap Kementerian Wakil Rakyat Parlimen Dan Dun Wajib Buat Kerja

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 183 hits
Ini apa yang dikongsikan oleh saudara Azad Jasmi dalam menghadapi keadaan krisis yang berpanjangan sekarang Memang betul apa yang dia katakan Cuba baca kat bawah ni Krisis Ini BenarAzad Jasmi l 29 Jun 2021 Kita sedang hadapi krisis sekarang...
Enggan Panggil Parlimen Bersidang Salahguna Kuasa Sivarasa

Enggan Panggil Parlimen Bersidang Salahguna Kuasa Sivarasa

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 177 hits
Enggan panggil Parlimen bersidang salahguna kuasa SivarasaOleh June 29 2021Kerajaan Perikatan Nasional telah bertindak menyalahgunakan kuasa apabila enggan memanggil segera sidang Parlimen sebagaimana dititahkan oleh Yang di Pertuan Agong p...
Ku Li Jangan Kita Tunggu Parlimen Bersidang Bulan Oktober

Ku Li Jangan Kita Tunggu Parlimen Bersidang Bulan Oktober

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 237 hits
FAZLI RADZIPemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat mungkin tanpa perlu menunggu tamat tempoh darurat Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat...
Bodoh Dengar Nasihat Najib Marah Menteri Mana Ni

Bodoh Dengar Nasihat Najib Marah Menteri Mana Ni

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 250 hits
Kalau dah mengaku bodoh dengar nasihat Jika tak cukup dana cari dana Sekiranya orang minta bantuan segera bantu sahaja Jangan didenda disaman dipertikaikan disuruh rayu atau disuruh tunggu Tak siapa nak minta bantuan secara umum jika situas...
Ahli Parlimen Umno Kekal Sokong Pn Sehingga Parlimen Bersidang Kata Puad

Ahli Parlimen Umno Kekal Sokong Pn Sehingga Parlimen Bersidang Kata Puad

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 233 hits
July 9 2021Puad berkata kini terdapat pihak yang cuba memutarbelitkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen bersidang kata ahli Majlis Kerja...
Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan Sd Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri

Ahli Parlimen Jerantut Mengaku Tandatangan Sd Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen UMNO Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris dilaporkan mengaku menandatangani akuan bersumpah yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Mingguan Malaysia memetik Ahmad Nazl...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai