Singapura Bakal Laksana Hukuman Sebat Terhadap Penipu Di Bawah Undang Undang Baharu


Singapura Bakal Laksana Hukuman Sebat Terhadap Penipu Di Bawah Undang-undang Baharu
ISTANBUL, (Bernama) — Singapura akan melaksanakan hukuman sebat mandatori terhadap pesalah penipuan di bawah undang-undang jenayah baharu yang diluluskan pada Selasa, selepas negara itu mengalami kerugian hampir S$4 bilion akibat penipuan sejak enam tahun lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut akhbar harian The Straits Times, individu yang disabitkan kesalahan menjalankan atau membantu sindiket penipuan akan berdepan sekurang-kurangnya enam sebatan, selain denda dan hukuman penjara.
Hukuman maksimum ditetapkan sebanyak 24 sebatan bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan.
Di bawah undang-undang baharu itu, ahli sindiket, perekrut dan rakan sekutu termasuk “keldai akaun” yang menyediakan akaun bank, kad SIM atau identiti digital turut akan dipertanggungjawabkan.
Sejak 2019, Singapura telah menanggung kerugian melebihi S$3.4 bilion akibat kegiatan penipuan, termasuk rekod tertinggi S$1.1 bilion pada tahun 2024 sahaja.
Pindaan lain dalam rang undang-undang itu turut memperkenalkan hukuman lebih berat bagi kesalahan seksual, penderaan membawa maut terhadap mangsa berisiko, pendedahan maklumat peribadi penjawat awam (doxxing), serta pengedaran bahan lucah.
Mereka yang mengedarkan kandungan lucah kepada 10 orang atau lebih boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau maksimum empat tahun jika pesalah berumur bawah 18 tahun.
Bagi pengantunan seksual, hukuman penjara maksimum ditingkatkan kepada tujuh tahun bagi mangsa bawah umur 14 tahun dan lima tahun bagi mangsa berumur antara 14 hingga 17 tahun.
Bidang kuasa undang-undang Singapura juga akan diperluas meliputi kes di mana pelaku atau mangsa berada di luar negara.
Hukuman penjara maksimum bagi pesalah yang menyebabkan kematian terhadap mangsa berisiko turut dinaikkan daripada 20 tahun kepada 30 tahun atau penjara seumur hidup.
BACA: Hujan Lebat Diramal Landa Empat Negeri Hingga 1 Pagi Ini Sumber: Bernama
The post Singapura Bakal Laksana Hukuman Sebat Terhadap Penipu Di Bawah Undang-undang Baharu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/05/singapura-bakal-laksana-hukuman-sebat-terhadap-penipu-di-bawah-undang-undang-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fifa Kekalkan Hukuman Terhadap Fam Tujuh Pemain

Fifa Kekalkan Hukuman Terhadap Fam Tujuh Pemain

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 176 hits
FIFA Kekalkan Hukuman Terhadap FAM Tujuh Pemain KUALA LUMPUR 3 Nov Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa mengekalkan hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia...
Johor Bahru City Square Bakal Berwajah Baharu Transformasi Besar Siap Menjelang 2027

Johor Bahru City Square Bakal Berwajah Baharu Transformasi Besar Siap Menjelang 2027

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 275 hits
Pusat beli belah ikonik Johor Bahru City Square bakal melalui transformasi besar besaran dalam tempoh dua tahun akan datang bagi memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama beli belah gaya hidup dan rekreasi di selatan tanah air Projek...
Gasbee Bawa Nafas Baharu Dalam Perkhidmatan Penghantaran Gas Memasak

Gasbee Bawa Nafas Baharu Dalam Perkhidmatan Penghantaran Gas Memasak

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 232 hits
Dunia penghantaran gas memasak kini melangkah ke fasa baharu dengan pelancaran awal aplikasi Gasbee sebuah platform pintar yang menjanjikan pengalaman tempahan gas yang lebih mudah selamat dan efisien Majlis pra pelancaran yang diadakan di ...
Google Dedah Malware Baharu Guna Ai Untuk Ubah Kod Sendiri Dan Elak Dikesan

Google Dedah Malware Baharu Guna Ai Untuk Ubah Kod Sendiri Dan Elak Dikesan

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 189 hits
Laporan terbaharu Google Threat Intelligence Group mendedahkan trend membimbangkan dalam dunia siber tahun 2025 yang mana penggodam kini menggunakan kecerdasan buatan secara langsung di dalam perisian hasad aktif Menurut laporan GTI
Kreatif Cara Sekumpulan Gen Z Main Badminton Undang Tawa Ramai

Kreatif Cara Sekumpulan Gen Z Main Badminton Undang Tawa Ramai

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 187 hits
Kreatif Cara Sekumpulan Gen Z Main Badminton Undang Tawa Ramai Badminton merupakan salah satu sukan yang sangat popular di seluruh dunia termasuk di Malaysia Meskipun kelihatan mudah badminton sebenarnya memerlukan ketangkasan fokus dan str...
Adik Beradik Bertemu Semula Selepas 70 Tahun Terpisah Momen Sarat Emosi Undang Sebak Warganet

Adik Beradik Bertemu Semula Selepas 70 Tahun Terpisah Momen Sarat Emosi Undang Sebak Warganet

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 285 hits
LUAR NEGARA Kisah mengharukan ini tular di media sosial selepas rakaman memperlihatkan dua beradik yang akhirnya bertemu semula selepas terpisah selama tujuh dekad Walaupun masing masing menjalani kehidupan berbeza di dua benua ikatan kasih...
Petronas Meterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran Baharu Blok Luar Pesisir Suriname

Petronas Meterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran Baharu Blok Luar Pesisir Suriname

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 181 hits
Petronas Meterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran Baharu Blok Luar Pesisir Suriname KUALA LUMPUR Petroliam Nasional Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Petronas Suriname E P BV menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok 9...
Betul Ke Kenderaan Baharu Kena Bawa Slow Dulu Tak Boleh Terus Lenjan

Betul Ke Kenderaan Baharu Kena Bawa Slow Dulu Tak Boleh Terus Lenjan

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 193 hits
Betul Ke Kenderaan Baharu Kena Bawa Slow Dulu Tak Boleh Terus Lenjan Memiliki kereta atau motosikal hasil usaha sendiri merupakan impian setiap orang Perasaan apabila pertama kali melihat kenderaan itu di depan mata pastinya tidak dapat diu...
Upnm Lancar Dua Inovasi Baharu Sedia Untuk Dikomersilkan

Upnm Lancar Dua Inovasi Baharu Sedia Untuk Dikomersilkan

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 196 hits
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melancarkan dua produk penyelidikan baharu mereka di Festival of Ideas 2025 yang bersedia untuk dikomersialkan 2 Produk yang diperkenalkan itu ialah AI Water Pipe Leakage Detector ciptaan Kapt Prof
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles