Petronas Meterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran Baharu Blok Luar Pesisir Suriname


Petronas Meterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran Baharu Blok Luar Pesisir Suriname
KUALA LUMPUR (Bernama) – Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui anak syarikat milik penuhnya Petronas Suriname E&P BV (PSEPBV) menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) untuk Blok 9 dan 10 yang terletak di kawasan perairan cetek luar pesisir Suriname.
Dalam satu kenyataan, syarikat minyak dan gas Malaysia itu berkata PSC telah ditandatangani dengan Staatsolie Maatschappij Suriname NV (Staatsolie), Paradise Oil Company NV (POC) dan rakan kongsi konsortium Chevron Suriname Exploration Ltd (Chevron) dan QatarEnergy International E&P LLC (QatarEnergy).
“PSC itu diberikan sebagai sebahagian daripada Pusingan Bidaan Suriname Post Shallow Offshore 2 2024-2025, susulan kejayaan bidaan daripada konsortium berkenaan,” katanya.
Petronas berkata PSC itu merupakan satu pencapaian penting dalam usaha berterusan syarikat berkenaan bagi mengembangkan operasinya di Lembangan Suriname-Guyana, sebuah wilayah yang diiktiraf di peringkat global kerana potensinya dalam sumber hidrokarbon.
la berkata Blok 9 dan 10 meliputi keluasan gabungan kira-kira 5,456 kilometer persegi dan terletak secara strategik di antara kawasan penemuan laut dalam yang telah terbukti serta medan pengeluaran daratan. “Di bawah PSC berkenaan, Petronas memegang 30 peratus kepentingan penyertaan dan bertindak sebagai pengendali untuk Blok 9, manakala Chevron dan QatarEnergy masing-masing menguasai 20 peratus dan POC memegang 30 peratus.
“Bagi Blok 10 pula, Petronas memegang 30 peratus kepentingan penyertaan, manakala Chevron bertindak sebagai pengendali dengan 30 peratus, QatarEnergy 30 peratus dan POC 10 peratus,” katanya.
Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan di Paramaribo, Suriname dengan Petronas diwakili oleh Pengerusi Negara PSEPBV Danny Tan Chern Han.
Staatsolie diwakili oleh Pengarah Urusannya Annand Jagesar; Chevron oleh Pengarah Eksplorasi Sempadan Andrew Deighan; QatarEnergy oleh Pengurus Huluan dan Eksplorasi Antarabangsa Ali Al-Mana; manakala POC diwakili oleh Pengarahnya Rekha Bissumbhar.
Naib Presiden Eksplorasi Petronas Faisal Bakar berkata, “Petronas memberi tumpuan untuk mengembangkan kehadiran kami di Suriname dan kami mengucapkan terima kasih kepada Staatsolie dan Kerajaan Republik Suriname di atas sokongan berterusan mereka.”
Beliau berkata berdasarkan kejayaan terkini Petronas dan aspirasi untuk berkembang di negara itu, syarikat minyak dan gas Malaysia sedang membuat persiapan untuk aktiviti penerokaan yang akan datang.
“Pengembangan ke Blok 9 dan 10 mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi luar pesisir Suriname dan komitmen kami untuk mewujudkan nilai yang mampan bagi negara dan rakyatnya,” kata beliau.
Petronas berkata PSC itu juga merangkumi peruntukan untuk menyokong penyertaan tenaga kerja tempatan dan pelaburan sosial, memperkukuh komitmen syarikat terhadap pembangunan tenaga yang bertanggungjawab selaras dengan matlamat kebangsaan Suriname.
“Dengan penambahan Blok 9 dan 10, bersama-sama dengan pemeteraian Blok 66 baru-baru ini pada Jun 2025, Petronas kini memegang kepentingan dalam lapan blok luar pesisir di Suriname, memperkukuh jejaknya dalam landskap penerokaan luar pesisir negara itu dan kedudukannya sebagai pemain tenaga global,” tambahnya.
Sumber: BERNAMA
The post Petronas Meterai Kontrak Perkongsian Pengeluaran Baharu Blok Luar Pesisir Suriname appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/09/petronas-meterai-kontrak-perkongsian-pengeluaran-baharu-blok-luar-pesisir-suriname/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oms Energy Technologies Inc Meterai Kontrak Rakan Kongsi

Oms Energy Technologies Inc Meterai Kontrak Rakan Kongsi

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 166 hits
OMS Energy Technologies Inc Meterai Kontrak Rakan Kongsi Perkhidmatan Teknikal dengan Pengendali Minyak dan Gas Utama ThailandMeluaskan Kehadiran dan Tawaran Perkhidmatan dalam Pasaran Pertumbuhan StrategikMALAYSIA OKTOBER 30 2025 pengeluar...
The Laughing Cow Perkenal Pizza Dippers Baharu Snek Ringkas Buat Ramai Suka

The Laughing Cow Perkenal Pizza Dippers Baharu Snek Ringkas Buat Ramai Suka

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 178 hits
Kalau korang pernah terfikir Bestnya kalau pizza boleh jadi snek cepat dan senang nak makan The Laughing Cow dah realisasikan impian itu Produk terbaru mereka Cheez Dippers Pizza Flavoured Breadsticks kini rasmi dijual di pasaran dan kami d...
Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Dilantik Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Pahang Yang Baharu

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Dilantik Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Pahang Yang Baharu

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 145 hits
KUANTAN Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Pahang menggantikan Datuk Seri Saifuddin Abdullah Pelantikan itu diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional malam tad...
Asean Wajah Baharu Proton Saga Proton E Mas 5 Curi Perhatian Ramai

Asean Wajah Baharu Proton Saga Proton E Mas 5 Curi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 161 hits
ASEAN Wajah Baharu Proton Saga Proton e MAS 5 Curi Perhatian Ramai Selepas pelbagai khabar angin mengenai reka bentuk terbaharu kenderaan jenama tempatan Proton Saga akhirnya membuat kemunculan selepas dipertontonkan sewaktu Sidang Kemuncak...
Terengganu Catat Pelaburan Komited Rm4 3 Bilion Sektor Tenaga Boleh Baharu Jadi Pemangkin

Terengganu Catat Pelaburan Komited Rm4 3 Bilion Sektor Tenaga Boleh Baharu Jadi Pemangkin

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 168 hits
Terengganu Catat Pelaburan Komited RM4 3 Bilion Sektor Tenaga Boleh Baharu Jadi Pemangkin Negeri Terengganu terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam menarik pelabur apabila mencatat jumlah pelaburan komited bernilai RM4 3 bilion se...
Kaedah Baharu Membantu Penyembuhan Luka Kronik Dengan Lebih Cepat

Kaedah Baharu Membantu Penyembuhan Luka Kronik Dengan Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 245 hits
Penulis Dr Manira Maarof Pesyarah Jabatan Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Kulit merupakan benteng utama tubuh manusia daripada ancaman luar Namun apabila kulit mengalami kecederaa...
Perkukuh Hubungan Ekonomi Teroka Peluang Baharu Agenda Malaysia Kanada Pm Anwar

Perkukuh Hubungan Ekonomi Teroka Peluang Baharu Agenda Malaysia Kanada Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 164 hits
Anwar dan Carney mengadakan pertemuan dua hala Malaysia Kanada di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025 Foto Instagram Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 27 Okt Persefahaman jitu antara Malaysia dan Kanada mendor...
Drypers Perkenal Drypantz Baharu Inisiatif Power Of Parent Preneurs Peluang Jana Pendapatan Untuk Ibu Bapa

Drypers Perkenal Drypantz Baharu Inisiatif Power Of Parent Preneurs Peluang Jana Pendapatan Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 184 hits
Jenama penjagaan bayi terkemuka Malaysia Drypers di bawah Kumpulan Vinda memperkenalkan inisiatif baharu yang meraikan semangat keibubapaan moden The Power of Parent preneurs Dilancarkan di Petaling Jaya Performing Arts Centre inisiatif ini...
Ada Petunjuk Baharu Usaha Kesan Bawa Pulang Menantu Muhyiddin Saifuddin Nasution

Ada Petunjuk Baharu Usaha Kesan Bawa Pulang Menantu Muhyiddin Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 140 hits
Ada Petunjuk Baharu Usaha Kesan Bawa Pulang Menantu Muhyiddin Saifuddin Nasution KUALA LUMPUR 30 Okt Polis Diraja Malaysia menemukan petunjuk baharu dalam usaha mengesan dan membawa balik ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yan...
Malaysianow Editor Seeks To Void Criminal Defamation Provisions

Armizan Replaces Ewon As Sabah Rep On Ma63 Technical Committee

Produk Amazon Yang Boleh Dihantar Ke Malaysia Top Pilihan

Klia Bocor Hujan Mencurah Macam Air Terjun

Orang Sabah Nak Undi Bung Lagi Ke

Pemerhati Rasuah Malaysia Adakah Kerajaan Negeri Pusat Luluskan Kutipan Tol Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta

Aktiviti Program Pertemuan Pengerusi Mais Bersama Pibk Di Bawah Mais Ppim 14 11 2025

Singah Mengalas Perut Di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantyhose Newsbreak 2025 Part One

Pembungkusan Makanan Eco Friendly Gaya Baharu Usahawan Moden

Trump Berkata Dia Akan Menyaman Bbc Sebanyak Sehingga 5 Bilion Kerana Penyuntingan Video

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return