Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa Tumpas Hampir Satu Tan Fentanyl Dirampas


Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa Tumpas, Hampir Satu Tan Fentanyl Dirampas
SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) — Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah rantaian antarabangsa selepas merampas lebih 1,000 kilogram (kg) dadah jenis fentanyl dan pelbagai dadah jenis lain bernilai RM32.14 juta dalam dua serbuan di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor pada 19 dan 23 Ogos lepas.
Gambar: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata rampasan menerusi Op Black Ash dan Op Black Wood itu turut menyaksikan empat lelaki tempatan serta dua lelaki dan dua perempuan warganegara asing berusia antara 19 hingga 55 tahun ditahan.
Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas dibawa masuk melalui sebuah pelabuhan di Selangor melibatkan sindiket sama dari luar negara, dipercayai untuk pasaran tempatan dan negara jiran.
“Dalam Op Black Ash bermula 2.20 hingga 5.10 petang pada 19 Ogos di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka, polis merampas satu cecair dadah baharu jenis fentanyl seberat 961.8kg bernilai RM30.7 juta.
“Ini adalah cubaan pertama yang berjaya dipatahkan di Malaysia dan dadah fentanyl ini sangat berbahaya, lebih 100 kali ganda kuat berbanding morfin dan heroin,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Gambar: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Hussein berkata fentanyl adalah jenis dadah yang menjadi punca utama kematian akibat pengambilan dadah berlebihan di Amerika Syarikat dan Kanada. Beliau berkata sindiket berkenaan menggunakan modus operandi penghantaran kargo melalui Pelabuhan Klang dengan membuat deklarasi palsu sebelum dadah itu dipecahkan kepada dua konsainan untuk dihantar kepada kumpulan berbeza.
Menurut Hussein, siasatan mendapati fentanyl itu diproses dalam bentuk cecair dan serbuk sebelum dijual dalam pasaran.
“Kami percaya serbuk daripada dadah ini dijadikan pil manakala cecair pula digunakan sebagai campuran untuk rokok elektronik (vape),” katanya.
Berhubung Op Black Wood, Hussein berkata menerusi operasi pada 23 Ogos bermula 1.30 petang hingga 9.45 malam di sekitar Selangor itu, polis merampas pelbagai jenis dadah seperti pil dan serbuk ekstasi, ketamin, MDMA serta pil eramin 5 dengan berat keseluruhan 75.09kg bernilai RM2.7 juta.
Hussein berkata selain dua operasi itu, pihaknya turut menjalankan lima operasi khas lain iaitu Op Ceylon, Op Blackbutt, Op Black Birch dan Op Cengal sepanjang Ogos hingga September. Gambar: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Beliau berkata menerusi Op Ceylon pada 7 Sept di Lembah Klang dan Muar, Johor, polis menahan lima lelaki tempatan dan dua warganegara asing serta merampas 132.862kg dadah bernilai RM3.3 juta.
Dalam Op Blackbutt pada 9 Sept di Selangor, Hussein berkata polis berjaya merampas 202.59kg methamphetamine bernilai RM6.76 juta serta menahan tiga lelaki tempatan.
Beliau berkata sehari kemudian, polis melaksanakan Op Black Birch di Sungai Besi, Kuala Lumpur serta berjaya menahan dua lelaki tempatan dan merampas 103.33kg methamphetamine bernilai RM3.32 juta.
“Dalam Op Cengal pada 12 Sept di Lembah Klang, polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan dengan rampasan 230.67kg methamphetamine bernilai RM7.4 juta,” katanya.
Hussein berkata secara keseluruhan, enam operasi khas itu menyaksikan penahanan 24 individu berusia antara 19 hingga 55 tahun, melibatkan 17 lelaki tempatan, dua lelaki warga asing, empat wanita warga asing dan seorang wanita tempatan.
“Jumlah rampasan keseluruhan adalah 1,706.35kg melibatkan pelbagai jenis dadah dengan nilai pasaran dianggarkan RM54.18 juta,” katanya, sambil menambah sindiket terbabit bergiat aktif hampir 10 bulan.
BACA: Video Tular Sekumpulan Pelajar Di Miri Tiada Unsur Buli – Polis
Sumber: BERNAMA
The post Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa Tumpas, Hampir Satu Tan Fentanyl Dirampas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/23/sindiket-pengedaran-dadah-antarabangsa-tumpas-hampir-satu-tan-fentanyl-dirampas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Proses Dan Edar Ekstasi Tumpas Dadah Sintetik Bernilai Rm598 9 Juta Dirampas

Sindiket Proses Dan Edar Ekstasi Tumpas Dadah Sintetik Bernilai Rm598 9 Juta Dirampas

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1039 hits
SINDIKET PROSES DAN EDAR EKSTASI TUMPAS DADAH SINTETIK BERNILAI RM598 9 JUTA DIRAMPAS KUALA LUMPUR 17 Sept Polis Diraja Malaysia menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah sintetik jenis Metilendioksi metamfetamina atau ekstasi berni...
Dua Sindiket Scammer Dalam Talian Tumpas Jadikan Kediaman Mewah Sekitar Klcc Pusat Operasi

Dua Sindiket Scammer Dalam Talian Tumpas Jadikan Kediaman Mewah Sekitar Klcc Pusat Operasi

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 795 hits
Dua sindiket scammer dalam talian tumpas jadikan kediaman mewah sekitar KLCC pusat operasi Suzilme menunjukkan barang rampasan dan dokumen suspek pada sidang media di IPD Dang Wangi KL hari ini Foto NSTP Fathil Asri KUALA LUMPUR Polis menum...
Satu Jemputan Untuk Kembali Jatuh Cinta Dengan Rumah Anda

Satu Jemputan Untuk Kembali Jatuh Cinta Dengan Rumah Anda

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1530 hits
Satu Jemputan Untuk Kembali Jatuh Cinta Dengan Rumah Anda Duduk di rumah kini menjadi gaya hidup baharu dan IKEA Malaysia teruja untuk membuktikannya Bermula September ini peruncit kelengkapan rumah kegemaran ramai ini akan menganjurkan sam...
Alipay Voyager Kini Sokong Tempahan Grab Dalam Satu Aplikasi

Alipay Voyager Kini Sokong Tempahan Grab Dalam Satu Aplikasi

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1257 hits
Alipay kini membolehkan pengguna menempah perkhidmatan Grab terus melalui Alipay Vogayer pembantu perjalanan berasaskan AI yang diintegrasikan dalam aplikasi Dengan integrasi ini perkhidmatan pengangkutan tempatan di Asia Tenggara menjadi l...
Mana Satu Nih

Mana Satu Nih

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1042 hits
Che Ibrahim Nak rampas PN sebab tak mahu guna logo PN
Saya Ziarah Kubur Arwah Zara Saya Rasa Mahu Doa Amp Minta Satu Petunjuk Kebenaran Peguam Ram Singh

Saya Ziarah Kubur Arwah Zara Saya Rasa Mahu Doa Amp Minta Satu Petunjuk Kebenaran Peguam Ram Singh

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2234 hits
Semakin banyak persoalan timbul dalam kes tragik melibatkan pelajar Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu 8220 Macam ada sesuatu yang kurang 8221 Melalui la...
Pas Jangka Kos Pertahan Satu Kerusi Parlimen Cecah Rm1 Juta Realiti Politik Semasa

Pas Jangka Kos Pertahan Satu Kerusi Parlimen Cecah Rm1 Juta Realiti Politik Semasa

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2965 hits
PAS jangka kos untuk mempertahankan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 16 boleh mencecah hingga RM1 juta Menurut laporan Berita Harian Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu perbelanjaan it...
Monolog Jiwa Mula Dulu Walau Sekadar Satu Nafas

Monolog Jiwa Mula Dulu Walau Sekadar Satu Nafas

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2747 hits
Monolog Jiwa Mula Dulu Walau Sekadar Satu Nafas MONOLOG JIWA Dari Hati Seorang Pejuang Setiap sunyi punya suara Setiap jiwa punya cerita Monolog Jiwa Mula Dulu Walau Sekadar Satu Nafas Ditulis oleh JMBELOG Hari ini Ada malam malam ketika ki...
Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Excessive Religious Influence Hinders Non Muslims From Seeing Palestinian Struggle As Humanitarian Crisis

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Woodfire Burger Di Gamuda Gardens

Aqiqah Saya Bantu Promot Penghantaran Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Perak

Widget Wajib Untuk Blog Nampak Kemas Mesra Pembaca

Delicious Beef Burger Recipe At Home

Masjid Quba Masjid Pertama Rasulullah Bina Di Kota Madinah

Buah Binjai Buah Eksotik