Sindiket Proses Dan Edar Ekstasi Tumpas Dadah Sintetik Bernilai Rm598 9 Juta Dirampas


SINDIKET PROSES DAN EDAR EKSTASI TUMPAS, DADAH SINTETIK BERNILAI RM598.9 JUTA DIRAMPAS KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah sintetik jenis Metilendioksi-metamfetamina (MDMA), atau ekstasi, bernilai RM598.9 juta dalam beberapa serbuan sekitar Lembah Klang pada 10 Sept lepas.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata sebanyak 3,586.45 kilogram dadah dirampas sekali gus menjadikan ia rampasan terbesar Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada tahun ini.
Beliau berkata operasi khas bersepadu di bawah Op Pine itu dilaksanakan hasil risikan kukuh dan pemantauan berterusan antara 8 pagi hingga 11 pagi di tiga lokasi iaitu Kepong, Kuala Lumpur dan Dataran Templer, Selangor.
“Dalam serbuan itu, empat lelaki tempatan berusia 34 hingga 51 tahun ditahan… siasatan mendapati mereka mempunyai peranan khusus iaitu seorang koordinator, seorang ahli kimia, seorang pembantu serta seorang pengangkut atau penghantar barang,” katanya.
 Mohd Khalid berkata demikian pada sidang media JSJN Bukit mengenai operasi itu di Pusat Latihan Polis di sini hari ini.
Beliau berkata serbuan pertama di sebuah premis di Taman Perindustrian Kepong membawa kepada penahanan tiga suspek serta rampasan 136 tong dan satu bekas plastik berisi cecair disyaki MDMA seberat 3,330 kilogram serta 563 botol kaca berisi cecair bahan kimia seberat 1,200 kilogram.
“Turut dirampas lapan tong dan enam plastik serbuk kimia seberat 213.7 kilogram serta pelbagai peralatan memproses dadah,” katanya.
Mohd Khalid berkata serbuan kedua di sekitar lokasi sama pula menemukan dua bungkus plastik dan satu tong plastik berisi serbuk atau kentulan disyaki MDMA seberat 25.3 kilogram serta satu bekas plastik serta 10 tong plastik berisi cecair MDMA seberat 231.15 kilogram.
“Turut dirampas 41 tong plastik dan dua botol kaca cecair kimia seberat 947.35 kilogram serta satu bekas plastik dan dua bungkus plastik serbuk kimia seberat 52.4 kilogram manakala dalam serbuan ketiga di sebuah rumah di Dataran Templer, seorang lagi suspek ditahan namun tiada dadah ditemukan,” katanya.
Beliau berkata dadah sintetik yang dirampas itu berpotensi merosakkan kehidupan 12 juta pengguna sekiranya terlepas ke pasaran.
Mohd Khalid berkata siasatan awal mendapati sindiket itu mula beroperasi sejak Julai lepas dengan modus operandi menyewa premis perindustrian sebagai makmal haram sebelum mengedarkan dadah ke pasaran tempatan dan luar negara.
“Pasaran luar negara itu kita tidak tolak kemungkinan dieksport ke Indonesia dan juga Australia. Keseluruhan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan sitaan harta bernilai RM336,224 termasuk lima kereta pelbagai jenis iaitu Toyota Vellfire, Unser serta Caldina, Proton X70 dan Mazda 6 selain sebuah forklift Toyota, wang tunai RM2,000, sebentuk cincin serta beberapa syiling berwarna keemasan,” katanya.
Beliau berkata pemeriksaan rekod lampau mendapati seorang suspek memiliki kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya manakala ujian air kencing mendapati hanya suspek keempat positif dadah jenis ketamin.
“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 11 hingga 17 Sept dan hari ini, mahkamah membenarkan reman terhadap mereka dilanjutkan tujuh hari  lagi iaitu hingga 24 Sept ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
— BERNAMA
The post Sindiket Proses dan Edar Ekstasi Tumpas, Dadah Sintetik Bernilai RM598.9 Juta Dirampas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/17/sindiket-proses-dan-edar-ekstasi-tumpas-dadah-sintetik-bernilai-rm598-9-juta-dirampas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa Tumpas Hampir Satu Tan Fentanyl Dirampas

Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa Tumpas Hampir Satu Tan Fentanyl Dirampas

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 299 hits
Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa Tumpas Hampir Satu Tan Fentanyl Dirampas SHAH ALAM 23 Sept Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah rantaian antarabangsa selepas merampas lebih 1 000 kilogram dadah jenis fentanyl dan pelba...
Miti Raih Potensi Pelaburan Bernilai Rm450 Juta Dalam Sektor E E Dan Jentera Dari Belanda

Miti Raih Potensi Pelaburan Bernilai Rm450 Juta Dalam Sektor E E Dan Jentera Dari Belanda

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1197 hits
MITI Raih Potensi Pelaburan Bernilai RM450 Juta Dalam Sektor E E Dan Jentera Dari Belanda KUALA LUMPUR 7 Sept Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri meraih potensi pelaburan bernilai RM450 juta dalam sektor elektrik dan elektronik d...
Sprm Sita Barang Kemas Rm1 6 Juta Sindiket Mengatur Kaunter

Sprm Sita Barang Kemas Rm1 6 Juta Sindiket Mengatur Kaunter

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1593 hits
SPRM Sita Barang Kemas RM1 6 Juta Sindiket Mengatur Kaunter KUALA LUMPUR 14 Sept Barang kemas seberat 3 2 kilogram bernilai RM1 6 juta antara pelbagai barangan berharga disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor daripada enam in...
Rm170 Juta Dirampas Daripada Ismail Sabri Sah Hak Milik Kerajaan

Rm170 Juta Dirampas Daripada Ismail Sabri Sah Hak Milik Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 3013 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan wang berjumlah kira kira RM170 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sah menjadi hak milik kerajaan
Dua Sindiket Scammer Dalam Talian Tumpas Jadikan Kediaman Mewah Sekitar Klcc Pusat Operasi

Dua Sindiket Scammer Dalam Talian Tumpas Jadikan Kediaman Mewah Sekitar Klcc Pusat Operasi

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 795 hits
Dua sindiket scammer dalam talian tumpas jadikan kediaman mewah sekitar KLCC pusat operasi Suzilme menunjukkan barang rampasan dan dokumen suspek pada sidang media di IPD Dang Wangi KL hari ini Foto NSTP Fathil Asri KUALA LUMPUR Polis menum...
Pga Rampas Rm1 36 Juta Beras Siam Tahun Ini

Pga Rampas Rm1 36 Juta Beras Siam Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1663 hits
Komander Briged Tenggara PGA Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata 329 9 tan ialah beras putih bernilai RM1 3 juta dan selebihnya beras pulut berjumlah RM59 600 Antara rampasan beras Siam di sempadan Malaysia Thailand sepanjang tahun ini KOTA...
Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih Rm60 Juta Pampasan Kepada Pemilik

Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih Rm60 Juta Pampasan Kepada Pemilik

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 7509 hits
Kampung Sungai Baru Pemaju Bayar Lebih RM60 Juta Pampasan Kepada Pemilik PUTRAJAYA 12 Sept Pihak pemaju projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur telah membayar RM62 57 juta pampasan kepada pemilik dan pihak berkepentingan ...
1 5 Juta Rakyat Australia Terancam Akibat Perubahan Iklim Menjelang 2050

1 5 Juta Rakyat Australia Terancam Akibat Perubahan Iklim Menjelang 2050

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1156 hits
1 5 Juta Rakyat Australia Terancam Akibat Perubahan Iklim Menjelang 2050 Lebih sejuta warga Australia akan terjejas berikutan kenaikan paras laut dan banjir yang disebabkan oleh perubahan iklim menjelang 2050 manakala kematian akibat penyak...
Pegawai Imigresen Simpan Duit Rasuah Rm1 5 Juta Dalam Akaun Th Asb

Pegawai Imigresen Simpan Duit Rasuah Rm1 5 Juta Dalam Akaun Th Asb

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1534 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANAntara barang kemas dan wang tunai yang dirampas SPRM dalam Op Rebtas yang dijalankan di Kuala Lumpur baru baru ini PUTRAJAYA Seorang pegawai imigresen dikesan menyimpan wang rasuah kira kira RM1 5 juta dalam akaun Tab...
Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Excessive Religious Influence Hinders Non Muslims From Seeing Palestinian Struggle As Humanitarian Crisis

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Woodfire Burger Di Gamuda Gardens

Aqiqah Saya Bantu Promot Penghantaran Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Perak

Widget Wajib Untuk Blog Nampak Kemas Mesra Pembaca

Delicious Beef Burger Recipe At Home

Masjid Quba Masjid Pertama Rasulullah Bina Di Kota Madinah

Buah Binjai Buah Eksotik