Satu Jemputan Untuk Kembali Jatuh Cinta Dengan Rumah Anda
Satu Jemputan Untuk Kembali Jatuh Cinta Dengan Rumah Anda
Duduk di rumah kini menjadi gaya hidup baharu, dan IKEA Malaysia teruja untuk membuktikannya! Bermula September ini, peruncit kelengkapan rumah kegemaran ramai ini akan menganjurkan sambutan selama sebulan di empat gedung utamanya: IKEA Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan.

Dinamakan IKEA House Party, acara ini dipenuhi sajian makanan, reka bentuk dan keseronokan harian. Antara aktiviti yang disajikan termasuk tunjuk ajar masakan, bengkel hiasan meja kreatif, persembahan santai, dan peraduan ‘Ultimate Cookoff’, di mana tiga pemenang utama bakal membawa pulang hadiah berupa pengubahsuaian dapur yang bernilai RM10,000 setiap satu. IKEA House Party bertujuan menjemput dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar kembali jatuh cinta dengan rumah mereka.
Fokus utama acara ini adalah pada ‘masak’, ‘makan’ dan ‘ruang makan’. Ia menyatukan pelbagai idea dan penyelesaian bagi memudahkan segala proses dan persediaan, serta menyokong pilihan yang lebih sihat dan lestari. Kini, memiliki dapur idaman bukan lagi angan-angan—dengan storan yang membantu mengurangkan sisa makanan, peralatan memasak yang menjadikan proses penyediaan lebih efisien, serta susun atur modular yang mengoptimumkan setiap ruang.
“Kebahagiaan rumah bermula di dapur. Di Malaysia, dapur adalah nadi kediaman—tempat terciptanya momen bermakna, gelak tawa, dan ikatan kekeluargaan, yang semuanya sering lahir daripada hidangan yang dibuat dengan penuh kasih sayang,” kata Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys.
“Kami juga faham, dengan peningkatan kos dan kehidupan yang lebih sibuk, bukan selalu mudah untuk memastikan rumah kekal ceria. Jadi, melalui IKEA House Party, kami ingin menunjukkan tidak susah untuk memiliki rumah yang lebih menyeronokkan, menyenangkan, selesa dan boleh diperibadikan. Bagi mencapai tujuan ini, kami turut menjadikan produk kegemaran IKEA lebih berpatutan.”

Reka bentuk untuk semua
Prinsip ‘Reka Bentuk Demokratik’ merupakan asas di sebalik reka bentuk setiap produk IKEA, berteraskan nilai untuk menjadikan rumah lebih bahagia. Menurut falsafah ini, reka bentuk bukan sahaja perlu kelihatan menarik, malah mesti berfungsi dengan baik, tahan lama, dan memberi manfaat kepada manusia dan bumi—semuanya ditawarkan pada harga yang berpatutan oleh semua, bukan hanya segelintir individu.
Membawa kebahagiaan kepada orang lain adalah antara perkara paling bermakna yang kami lakukan di IKEA, dan ‘reka bentuk’ menjadi alat untuk merealisasikan matlamat itu,” kata Pereka Kanan IKEA Sweden, Marcus Arvonen, yang juga sosok penting di sebalik penciptaan produk ikonik seperti BESTA, koleksi PS dan UPPTADERA.

“Semua reka bentuk kami berasaskan lima dimensi ‘Reka Bentuk Demokratik’: bentuk, fungsi, kualiti, kelestarian dan berpatutan. Di samping itu, kami turut menggabungkan pemahaman mendalam tentang kehidupan di rumah untuk menghasilkan penyelesaian yang menjadikan kehidupan seharian lebih mudah, bijak dan menyeronokkan.”
Pemahaman ini turut tercermin dalam Laporan Kehidupan di Rumah IKEA1 terkini—sebuah kajian global yang meneliti cara hidup masyarakat, apa yang menggembirakan mereka, serta cabaran yang dihadapi.
Di Malaysia, dapatan menunjukkan bahawa dapur kekal sebagai pusat kehidupan harian, dengan semakin ramai memilih untuk memasak di rumah demi kesihatan, penjimatan dan momen berharga bersama keluarga. Pada masa sama, hal-hal sederhana seperti waktu untuk diri sendiri, hobi, serta ruang yang teratur dan selesa turut menyumbang kepada kebahagiaan di rumah.

Hasil kajian ini akan membentuk hala tuju IKEA untuk 12 bulan akan datang, dengan tumpuan pada empat ruang utama kehidupan harian:
Memasak & Makan – Daripada periuk dan kuali hingga sistem dapur yang berkualiti dalam pelbagai julat harga, IKEA memudahkan anda memiliki dapur yang boleh disesuaikan dengan ruang, gaya hidup dan bajet.
Ruang Makan – Daripada hidangan utama hingga sajian minuman, meja makan menjadi tempat perbualan mesra bersama rakan, serta ruang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ia ditawarkan dalam pelbagai saiz dan bahan bagi memenuhi keperluan sebarang majlis, dipadankan dengan barangan kaca, perkakas menghidang, alas meja dan alas kerusi yang berpatutan bagi menyegarkan suasana.
Ruang Tamu – Keselesaan bukan sekadar fungsi, tetapi juga perasaan penghuninya. Kusyen, langsir, permaidani dan hiasan menjadikan ruang tamu sebagai tempat santai harian atau ruang sambutan tetamu, dengan sentuhan praktikal yang memudahkan penyediaan kudapan dan layanan tetamu.
Storan – Daripada unit rak, kabinet, almari pakaian dan troli, hinggalah ke bakul dan kotak, penyelesaian storan IKEA membantu mengatur dan mengemas setiap ruang agar lebih harmoni dan teratur. Semua ini boleh disesuaikan mengikut ruang dan gaya hidup anda.
“Tidak kira makan malam keluarga ataupun malam menonton wayang, kami memahami rakyat Malaysia mahukan kediaman yang menyokong gaya hidup mereka, demi menikmati kehidupan yang lebih baik di rumah—tanpa mengira saiz kediaman, keadaan hidup atau bajet,” tambah Pruys. “Jadi, anda akan melihat lebih banyak inspirasi dan penyelesaian baharu daripada IKEA, yang direka bentuk agar berpatutan, lestari, serta benar-benar serasi dengan cara rakyat Malaysia hidup dan menikmati kediaman mereka.”
Kunjungi gedung IKEA dari 13 September hingga 5 Oktober 2025 untuk memeriahkan lagi IKEA House Party, mendapat inspirasi, meneroka bagaimana kehidupan di rumah boleh menjadi lebih seronok, enak, selesa, mudah diperibadikan namun tetap berpatutan, atau sekadar untuk berseronok bersama keluarga serta sahabat.
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang IKEA House Party, layari IKEA.my atau ikuti kami di media sosial (Facebook, Instagram dan TikTok).
The post Satu Jemputan Untuk Kembali Jatuh Cinta Dengan Rumah Anda appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/09/17/satu-jemputan-untuk-kembali-jatuh-cinta-dengan-rumah-anda/