Simpan Sikit Bodoh Tu Menteri Tak Faham Maksud Kata Ketuanan Melayu Bercanggah Dengan Islam


Fahami ketepatan maksud ketuanan Melayu
KETUANAN Melayu telah dikaitkan sebagai antara faktor penyumbang kekalahan kerusi-kerusi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum. Kononnya istilah itu menakutkan masyarakat bukan Melayu, sehingga timbul persepsi yang salah terhadap maksudnya yang sebenar. Ia juga "dipakejkan" oleh parti pembangkang (sekarang memerintah) sebagai satu alat untuk menindas kaum-kaum lain. Di laman-laman blog dan beberapa akhbar berbahasa Inggeris pula telah menterjermahkan Ketuanan Melayu sebagai Malay Supremacy yang bersifatkan perkauman.Malah ada seorang menteri kanan dari parti komponen BN menggesa supaya perkataan "ketuanan" itu tidak digunakan langsung. Hujah beliau perkataan "tuan" lawannya adalah "hamba", oleh yang demikian menggambarkan bahawa seolah-olah bangsa bukan Melayu sebagai "hamba". Adalah sungguh malang sekali dalam usaha mereka memutarbelitkan kenyataan pejuang-pejuang Ketuanan Melayu ini , pihak pro-pembangkang (sekarang memerintah) telah berjaya melahirkan perasaan benci, meluat dan menyampah masyarakat bukan Melayu terhadap orang-orang Melayu itu sendiri.Perkembangan ini amat membimbangkan kerana agenda dan maksud sebenar Ketuanan Melayu telah menyimpang jauh hasil daripada eksploitasi pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik. Adalah menjadi kewajipan setiap pemimpin yang mendukung dan menyokong konsep Ketuanan Melayu ini untuk memberikan penjelasan kepada segenap lapisan masyarakat.Langkah ini penting supaya ketidakpuasan hati dan kekeliruan mengenai istilah ketuanan Melayu dapat ditangani demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum.Andaian "Ketuanan Melayu" sebagai sinonim dengan penghambaan atau peminggiran kaum-kaum lain adalah amat tidak berasas sama sekali. Ia tidak serupa dengan "ketuanan satu bangsa" yang pernah dilaungkan oleh bekas Presiden parti One Nation yang berhaluan kanan.Pauline Hanson secara terang-terangan berkempen untuk mendiskriminasi etnik- etnik minoriti di Australia, sehingga pada satu ketika pernah mencadangkan penghantaran pulang bangsa-bangsa Asia yang bermastautin di Australia pada tahun 90an. Ketuanan Melayu juga tidak boleh diterjermahkan sebagai Malay Supremacy yang sebenarnya membawa maksud "Keagungan Melayu". Contoh-contoh rejim yang mempromosikan keagungan kaum adalah seperti parti Nazi di Jerman pada era 1930an dan 1940an yang mengagungkan bangsa mereka sebagai masterclass tetapi menindas kaum Yahudi.Zionis di Israel pula menganggap bangsa Yahudi sebagai bangsa "terpilih oleh tuhan" tetapi menzalimi bangsa Palestin, Apartheid di Afrika Selatan yang menindas etnik majoriti kulit hitam dan Klu Klux Klan di Amerika Syarikat yang melihat kaum kulit putih sebagai master race tetapi menanam perasaan jijik dan benci terhadap bangsa-bangsa lain, terutamanya dari Afrika.Berdasarkan juga kepada contoh-contoh di atas, setiap rejim yang "mengagungkan" sesuatu bangsa akan menzalimi dan mendiskriminasi kaum yang lain. Persoalannya, adakah bangsa bukan Melayu di Malaysia ini ditindas? Adakah suara-suara yang melaung-laungkan Ketuanan Melayu ini juga terlibat dalam kempen membencikan kaum-kaum lain?Maksud sebenar Ketuanan Melayu adalah lebih mirip kepada Malay Dominance dan bukannya Malay Supremacy atau Malay Superiority. Ia kerap dilaungkan dengan lantang kerana Melayu tidak dominan di dalam sektor ekonomi, kerjaya, pendidikan dan juga politik. Di dalam senarai Forbes 2008, hanya terdapat seorang Melayu di dalam senarai 10 lelaki terkaya di Malaysia. Eksekutif Melayu hanya di syarikat-syarikat milik kerajaan tetapi bilangan mereka di sektor swasta terlalu kurang. Ini secara langsung menyumbangkan kepada statistik yang menunjukkan bahawa pendapatan seisi rumah keluarga Melayu merupakan yang terendah antara ketiga-tiga kaum. Bahkan, di sektor yang sepatutnya ditunjangi oleh Melayu seperti Perbankan Islam dan Hub Halal, Melayu sudah ketinggalan.Inilah yang menjadi agenda sebenar pejuang-pejuang Ketuanan Melayu, yang tidak mahu melihat bangsa mereka yang merupakan bangsa paling dominan dari segi bilangannya di negara tercinta ini, hanya menjadi dominan di dalam "sektor" yang menghasilkan Mat Rempit, penagih dadah, keciciran sekolah, pengangguran, bohsia, muflis, kemiskinan tegar dan akhir sekali, perpecahan antara satu sama lain. Memperjuangkan Ketuanan Melayu bermaksud menaikkan martabat orang Melayu, supaya ia menjadi satu bangsa yang kuat, maju, bersatu dan disegani.
DR. FAIZAL TAJUDDINPerak Darul Ridzuan.Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2018/11/simpan-sikit-bodoh-tu-menteri-tak-faham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketuanan Melayu Bercanggah Dengan Falsafah Islam Khalid Samad

Ketuanan Melayu Bercanggah Dengan Falsafah Islam Khalid Samad

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 377 hits
Pendekatan ICERD adalah untuk menghapuskan diskriminasi kaum dari segi sosial dan ekonomi selain membasmi kemiskinan katanya Istilah Ketuanan Melayu bercanggah dengan falsafah Islam Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata Isla...
Rencana Antara Ketuanan Melayu Bumiputera Cina Dan India

Rencana Antara Ketuanan Melayu Bumiputera Cina Dan India

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 726 hits
Oleh Dr Ridhuan Tee AbdullahTERAMAT sedih melihat apabila seorang menteri bertaraf negarawan tidak dapat membezakan antara perkara pokok dengan ranting Atau lebih tepat lagi disebut sebagai fiqh awlawiyyat dengan maksud memahami keutamaan A...
Hubungan Ketuanan Melayu Dan Agama

Hubungan Ketuanan Melayu Dan Agama

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 313 hits
Wan Ji Wan Hussin Dari sudut persepsi ketuanan Melayu melahirkan gambaran seakan akan wujud kekastaan berdasarkan bangsa dan kaum atau wujud eleman mahu menjadikan bangsa lain sebagai hamba Persoalannya apa sudut pandang Islam dalam melihat...
Ketuanan Melayu Bagai Menetak Di Ladang Orang

Ketuanan Melayu Bagai Menetak Di Ladang Orang

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 402 hits
Agenda utama yang dipegang oleh majoriti rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan bangsa Melayu sedang bertemu dengan satu arus penentangan Ketuanan Melayu seringkali dicabar mungkin kerana sifat kelembutan dalam bangsa majoriti sendiri Itu...
Merungkai Isu Ketuanan Melayu

Merungkai Isu Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 459 hits
Isu ketuanan Melayu menjadi isu panas dari waktu ke waktu Jika dahulu golongan yang membangkitkan isu itu rata rata ialah kalangan bukan Melayu kini sejumlah orang Melayu sendiri menjadi jurubicara untuk mempersoalkannya Isu ketuanan Melayu...
Warkah Wasiat Raja Haji Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh

Warkah Wasiat Raja Haji Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 2154 hits
WARKAH WASIAT RAJA HAJI Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh Wajah Melayu Berhati Belanda Wajah Melayu Berhati Inggeris Wajah Melayu Berhati Portugis Kini kita merasakan Wajah Melayu Berhati DAP WARKAH WASIAT RAJA HAJI F...
Usah Ragu Ragu Lagi Kata Malaysia Negara Islam

Usah Ragu Ragu Lagi Kata Malaysia Negara Islam

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 312 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Empat negeri belum gubal enakmen menghalang pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam tidak hormat undang undangKUALA LUMPUR Empat negeri tidak hormat undang undang Sudah 60 tahun merdeka tapi masih belum mel...
Jangan Perlekeh Usaha Perkenal Kokurikulum Renang Kata Menteri

Jangan Perlekeh Usaha Perkenal Kokurikulum Renang Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 288 hits
Foto The StarUsaha Kementerian Pendidikan yang mahu memperkenalkan kokurikulum belajar berenang kepada murid sekolah perlu dilihat daripada sudut positif kata menterinya Dr Maszlee Malik Beliau berkata usaha itu tidak seharusnya diperlekehk...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025