Ketuanan Melayu Bagai Menetak Di Ladang Orang


Agenda utama yang dipegang oleh majoriti rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan bangsa Melayu sedang bertemu dengan satu arus penentangan. Ketuanan Melayu seringkali dicabar, mungkin kerana sifat kelembutan dalam bangsa majoriti sendiri. Itulah antara jaminan liberalisme yang sentiasa didendangkan, iaitu pemansuhan Hak Bumiputera. Sepanjang 3,324 hari Najib Razak mengetuai kerajaan, tiada penafian ernah dibuat oleh golongan liberal. Jika ada sekalipun, sememangnya penafian sedemikian tidak mempunyai semangat yang diperlukan.
Disebabkan itulah Melayu tidak menabur kepercayaan kepada agenda liberalisme, lebih-lebih lagi dengan usaha pencairan pengaruh Islam. Perlembagaan negara telah lama menjadi tulang belakang kepada Malaysia, yang mana Ketuanan Melayu pula boleh dikatakan sebagai asid folik kepada pertumbuhan suatu saraf tunjang iaitu Hak Bumiputera. Sekitar 1970-an, kerajaan telah memandatkan beberapa dasar tindakan afirmatif (diskriminasi positif) yang menguntungkan Melayu terutamanya. Kata kunci di sini ialah “tindakan afirmatif”
Maka tidaklah janggal untuk mengatakan yang Hak Bumiputera telah menabur bakti dalam masyarakat terpecah dari segi sosioekonomi sejak Merdeka lagi. Melayu yang merana akibat dasar pecah perintah telah ditolak jauh oleh penjajah British, sementara India pula menetap di estet. Manakala Cina mempunyai rezeki yang baik di kawasan bandar. Jurang sebegini semakin melebar selama mana British menjajah tanahair. Kata kunci di sini pula ialah “jurang sosioekonomi”.
Saban hari sejak pentadbiran (Tun) Abdul Razak Hussein, golongan minoriti semakin gah berjaya atas keringat dan kerjasama masing-masing. Bangsa yang mendominasi golongan ini ialah Cina yang hidup secara berfalsafah. Bukan semua akan menggigit tangan yang menyuapkan mereka, melainkan segelintir yang sememangnya tidak bermoral. Hukum perniagaan Cina pula ialah biar untung sikit, jangan rugi langsung. Perniagaan ialah punca kejayaan bangsa Cina yang bermula secara runcit sehinggalah borong. Secara kiasan, jika dahulu penghantaran ais dibuat Cina, pada hari ini mereka sudah memiliki kilang ais.
Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah propaganda menentang Hak Bumiputera. Umumnya, golongan yang menentang mempunyai perasaan takut yang luar biasa. Istilah politik bagi radang emosi ini ialah kiasu. Namun mereka menyuarakan pendapat mereka tentang Hak Bumiputera seolah-olah golongan majoriti yang masih bertongkat tidak mempunyai sebarang perasaan. Radang yang sama juga membadai Melayu. Golongan T20 dalam kalangan Melayu turut menyokong Hak Bumiputera untuk menopangkan ketiak golongan B40/M40 yang masih berusaha. Tetapi golongan ini dilabel sebagai parasit yang memperkudakan Hak Bumiputera demi kepentingan sendiri pula.
Di sini jelas sekali bahawa bukan sahaja pertembungan pendapat sedang menguji ketegangan negara. Adab juga sedang beradu antara satu sama lain. Kata kunci terakhir disini ialah “kurang ajar” yang jelas dalam topik sebab sebuah syarikat British memilih Singapura. Apabila berbincang, Singapura dikatakan sangat strategik kerana tidak mempunyai pekerja-pekerja yang culas kerana sembahyang Jumaat. Lebih lantang lagi, hukum syariah dijadikan cemuhan sebagai punca Singapura dipilih, sedangkan simpanan harta yang menggunung dalam hakmilik mereka dimulakan melalui pelaburan di sebuah negara bersolat Jumaat.
Dikumpulkan segala kata-kata kunci, sebuah ayat dapat dirangkapkan: “tindakan afirmatif” (dibuat untuk merapatkan) “jurang ekonomi” (yang diterima secara) “kurang ajar”. Inilah masalah perkauman dalam Malaysia, berdasarkan tiga kata-kata kunci ini sahaja. Antara propaganda penentang ialah Hak Bumiputera sebenarnya menenggelamkan Melayu lebih dalam kerana dieksploitasi golongan tertentu. Perkara ini boleh diakui. Tetapi yang menjadi persoalan apabila Hak Bumiputera dicemuh seolah-olah negara lain di dunia ini tidak melaksanakannya.
Amerika Syarikat telah lama menjadi tombak kepada hak asasi dan kepelbagaian kaum. Tidak pelik jika negara ini digunakan sebagai contoh. Tetapi hakikatnya Amerika Syarikat turut mempunyai Hak Bumiputera tersendiri. Perbezaannya golongan bukan majoriti yang menikmatinya. Jika ditelusuri berkenaan dengan tindakan-tindakan afirmatif di seluruh Amerika Syarikat, boleh dikatakan elemen-elemennya sudah wujud seawal 1865 lagi ketika pentadbiran Presiden Abraham Lincoln. Sokongan abolitionisme (anti-penghambaan) telah meletuskan sebuah perang saudara. Dan bekas-bekas hamba pasca-Pembebasan mendapati masing-masing tanpa kemahiran, kepakaran dan kewangan.
Menyedari akan perkara ini, Jeneral William Sherman mendrafkan suatu mandat di Georgia supaya perkongsian tanah dan barangan dibahagikan kepada keluarga-keluarga kulit hitam. Tindakan ini tidak popular malangnya. Pada ketika negara sedang terbelah angkara ideologi yang menitiskan darah, sokongan rakyat sememangnya didahagakan. Maka dasar “40 Ekar dan Seekor Keldai” terpaksa dibatalkan di peringkat eksekutif oleh Presiden Andrew Johnson sendiri.
Disini jelas bahawasanya Jeneral Sherman sedar yang suatu “tindakan afirmatif” diperlukan untuk merapatkan “jurang ekonomi” antara dua warna kulit. Hampir 100 tahun kemudian barulah matlamat beliau timbul semula. Gerakan Hak Sivil telah memanaskan politik Amerika Syarikat akibat pencabulan sistem buruh tidak adil. Beberapa agensi kerajaan ditubuhkan untuk mengambil tindakan afirmatif terhadap majikan yang tidak bayar gaji pekerja (majoritinya kulit hitam).
Pentadbiran John F. Kennedy pula memutuskan bahawa tindakan afirmatif diperlukan kepada semua rakyat tidak kira bangsa, agama dan warna kulit. Presiden Lyndon B. Johnson turut menghapuskan diskriminasi terhadap jantina pun. Satu demi satu presiden melaksanakan dasar-dasar diskriminasi positif sehingga hari ini untuk melonjakkan golongan rendah. Jika hidup merupakan sukan lompat tinggi, tindakan afirmatif hanya merendahkan palang kepada golongan yang kurang kemahiran.
Namun apabila terlalu ramai sedang berjaya melompat, senarai calon atlet semestinya terlalu panjang. Ahli-ahli sukan yang melompat lebih tinggi terpaksa bersaing dengan golongan berkelebihan. Barangkali ada yang lebih mahir terpaksa disingkirkan daripada senarai. Ini yang berlaku pada tahun 2008. Sistem kuota dan algoritma di Universiti Texas telah menolak permohohan seorang wanita kulit putih bernama Abigail Fisher. Setelah meneliti keputusan sekolah, Abigail didapati merupakan seorang pelajar cemerlang.
Tetapi beliau melihat golongan minoriti bangsa yang kurang dari segi pencapaian pula memasuki Universiti Texas. Tidak berpuas hati, beliau membuka kes undang-undang kerana Universiti Texas telah melanggar Hak Pindaan Ke-14 iaitu layanan samarata kepada semua. Defendan iaitu pihak universiti pula didapati mengamalkan sistem terperinci. Pertama, pengurusan akan menyerap 10% pelajar-pelajar terbaik daripada semua sekolah-sekolah awam:
Sekolah Tinggi A, B dan C masing-masing menghasilkan 1,000 graduan yang berbeza purata kumulatif. 100 pelajar terbaik bagi setiap sekolah ini mendapat tempat di universiti. Isu bermula apabila lebihan yang tidak berjaya di Sekolah Tinggi B sebenarnya mendapat markah kumulatif lebih baik daripada 100 orang dari Sekolah Tinggi A. Perkara yang sama berlaku antara C dan A atau B. Abigail Fisher tergolong dalam kalangan “lebihan” tersebut yang tidak berjaya angkara sistem 10% ini.

Namun Abigail Fisher tidak mencabar tatacara ini. Sebaliknya, tatacara kedua yang beliau berpendapat melanggar hak. Universiti Texas turut mengambil hitung kira berasaskan bangsa dan sosioekonomi pula. Maka dua tatacara ini memberikan peluang yang lebih besar kepada golongan minoriti bangsa. Pakar-pakar akademik turut berbelah bahagi perihal ini. Ketidakadilan sosial mengganggu imbangan secara positif serta negatif yang bakal merembeskan impak terhadap tenaga kerja.
Jika kulit hitam tidak mendapat tempat sepatutnya dalam pendidikan, semestinya haluan kedua ialah kongsi gelap. Sebab itu juga kerajaan Amerika menubuhkan biasiswa bola jaring supaya golongan kulit gelap boleh menjauhi dadah, darah dan maut. Begitu juga dengan warganegara Amerika Syarikat berketurunan Mexico yang turut mempunyai perhubungan besar dengan dadah. Tekanan hidup akan mengeluarkan syaitan paling jahat dalam jiwa manusia. Akhirnya padah menanti seluruh negara.
Abigail Fisher turut mengheretkan Universiti Texas ke Mahkamah Negara. Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, keputusan berat tipis (4-3) menyokong tindakan afirmatif. Tetapi lapan negeri yang tidak menggunakan bangsa sebagai kayu ukur pengambilan hanya menghasilkan graduan sebanyak 29% sahaja dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah tinggi. Lebih daripada 80% daripada universiti-universiti swasta pula menyokong tindakan afirmatif. Dan bagi negara yang 60% pelajar kolej berkulit putih, semestinya bebanan 40% akan memberikan impak yang meluas.
Malaysia turut mempunyai Abigail-Abigail Fisher tersendiri. Ramai Cina menyuarakan kekesalan apabila keputusan 4.0 tidak membuahkan tawaran universiti bagi jurusan perubatan. Walhal Melayu yang mendapat keputusan 3.75 pula diberikan tempat. Sesungguhnya perkara ini bersifat separa benar. Terdapat juga Melayu (dua orang sepupu penulis sendiri) yang mendapat 4.0 sebenarnya gagal diberikan tempat dalam mana-mana universiti berjurusan perubatan, sehingga terpaksa memilih universiti-universiti swasta. Maka pengambilan universiti sebenarnya memberikan kesan yang lebih universal. Ada juga Melayu yang perlu belajar di luar negara dengan kos ditampung keluarga sendiri.
Kekesalan ini boleh diterima akal. Pertikaian kepada Hak Bumiputera turut difahami juga. Setelah bertahun menitikkan keringat untuk belajar, malang sekali golongan markah rendah pula diterima. Itulah dikatakan rezeki yang tidak pernah salah alamat. Disebabkan itulah Melayu yang tidak diterima menerimanya dengan hati terbuka. Namun kerajaan Malaysia tidaklah begitu buta kepada lambakan graduan sekolah dalam kalangan minoriti.
Benar bukan semua minoriti misalnya berpendapatan tinggi. Masih ramai yang hidup ibaratkan susah juga. Disebabkan itulah program matrikulasi dikembangkan supaya 1,000 kerusi akan diberikan kepada pelajar Cina daripada keluarga B40. Keputusan ini akan mengurangkan ibu bapa Cina yang perlu menangis di hadapan “Yang Berhormat” agar dapat menjalinkan kabel demi kebaikan anak mereka. Tindakan penambahan ini juga tidak sama sekali menyentuh kuota Melayu di peringkat matrikulasi.
Sungguhpun begitu, masih ramai yang melampiaskan rasa marah mendakwa daya kerja mereka diberikan ganjaran seolah-olah pengemis. Stigma bahawa Melayu tidak layak kian menebal di dada yang dibuai nafsu amarah, dendam dan benci. Perkara ini berlaku angkara kerajaan lama juga yang menyatakan Melayu terbangsat tanpa mereka. Seringkali tongkat disebut secara berulang-ulang, yang melahirkan persepsi bahawa semua Melayu perlu bertongkat. Dan tindakan afirmatif yang dibuat untuk merapatkan jurang ekonomi semakin teruk dipertikaikan secara kurang ajar.
Penentang ternyata salah jika fikir Melayu takut kehilangan tongkat. Tiada sekelumit takut pun bersarang dalam jiwa Melayu. Selama 400 tahun bangsa ini telah mengharungi penjajahan tanpa menghampiri kepupusan. Dan 400 tahun itulah menyaksikan Melayu bangkit menuntut kemerdekaan.  Di mana asalnya penggunaan tongkat hanya untuk keperluan, kini telah menjadi seperti prestij pula. Sifat biadab yang dilampiaskan itu membuatkan Melayu pandang Ketuanan dan Hak Bumiputera sebagai maruah. Itulah ajaran Melayu berikan akibat golongan yang kurang ajar.
Akibat penjajah timbulnya Ketuanan Melayu. Kerana penentang lahirnya Hak Bumiputera. Sejarah mendidikkan bahawa penentangan terhadap Ketuanan Melayu hanya akan mendatangkan dasar baharu yang lebih mengutamakan Melayu sendiri.
Dan akhir sekali, kelemahan dalam bangsa Melayu yang tersekat dalam kelompong-kelompong dadah dan jenayah bukanlah salah Ketuanan. Sepertimana Islam tidak bersalah atas peristiwa-peristiwa berdarah pengganas, masakan Ketuanan pula menanggung aib bila individu gagal membendung nafsu. Ketuanan Melayu membuka tirai kepada Hak Bumiputera yang memastikan tiada siapa menetak di ladang orang.
Sumber:
Alexander, H. (2015, Disember 9). What is affirmative action in American universities? Diterima dari https://ift.tt/2PaDO8T
Lord, D. (2016, Jun 23). What you need to know about affirmative action in the United States. Diterima dari https://ift.tt/2D1xGZf
BBC. (2017, Ogos 3). Affirmative action: Do white American students really get a bad deal? Diterima dari https://ift.tt/2PaDOFV
CNN Library (2018, Oktober 23). Affirmative Action Fast Facts. Diterima dari https://ift.tt/2D1xHMN
Stewart, A. W. (2012, Oktober 10). 5 things to know about affirmative action. Diterima dari https://ift.tt/2ulnUJy
Fun, P. (2018, Jun 28). Extra 1,000 Matriculation Spots Now Allocated For B40 Chinese Students, says Maszlee. Diterima dari https://ift.tt/2D1xIjP

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/11/ketuanan-melayu-bagai-menetak-di-ladang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Perlu Fahami Sejarah Ketuanan Melayu Perkasa Utusan Online

Syed Saddiq Perlu Fahami Sejarah Ketuanan Melayu Perkasa Utusan Online

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 376 hits
Syed Saddiq perlu fahami sejarah ketuanan Melayu Politik Utusan Online Syed Saddiq perlu fahami sejarah ketuanan Melayu28 Oktober 2018 7 28 PM DATUK SIRAJUDDIN SALLEH Menurut Sirajuddin amat malang bagi orang Melayu kerana mempunyai pemimpi...
Membangkang Falasi Ketuanan Melayu Yang Diangkat Syed Saddiq

Membangkang Falasi Ketuanan Melayu Yang Diangkat Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 593 hits
Syed Saddiq ada mengarang sebuah rencana panjang mempertahankan dirinya daripada cemuhan demi cemuhan yang dilontarkan ke atas dirinya Malangnya selepas meneliti rencana itu aku dapati ia lebih banyak falasi daripada sebarang hujah memperta...
Malaysia Malaysia Sama Rata Ketuanan Melayu Telah Lama Dimatikan

Malaysia Malaysia Sama Rata Ketuanan Melayu Telah Lama Dimatikan

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 756 hits
Malaysia Malaysia Sama rata sama rasa Tiada keistimewaan Ketuanan Melayu lagi
Golongan Ketuanan Melayu Tidak Mengajak Kita Mengagongkan Allah Subhanahu Wa Ta Alla 8564

Golongan Ketuanan Melayu Tidak Mengajak Kita Mengagongkan Allah Subhanahu Wa Ta Alla 8564

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 348 hits
Ketuanan Melayu Ketuanan Melayu adalah bawaan golongan bangsawan Melayu Satu cara pecah perintah untuk kekal kuasa Ketuanan Melayu juga menjadi talian hayat terakhir bangsawan Melayu untuk bangkit setelah parti Umno yang kononnya keramat da...
Masih Percaya Bersatu Perjuangkan Ketuanan Melayu

Masih Percaya Bersatu Perjuangkan Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 374 hits
Ini bukan fitnah ini adalah kenyataan anda boleh dengar sendiri apa yang keluar dari mulut ketua pemuda Bersatu Disini disertakan video berdurasi lima minit untuk anda nilaikan sendiri apa yang dikatakan oleh ketua pemuda Bersatu itu Saya t...
Asyraf Wajdi Cabar Syed Saddiq Dialog Ketuanan Melayu

Asyraf Wajdi Cabar Syed Saddiq Dialog Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 502 hits
Apa kata kita adakan dialog terbuka mengenainya U wakil Armada dan saya wakili Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Apakah kicapan syed saddiq berbentuk provokasi untuk menhapuskan ketuanan melayu Kami tidak faham apakah dengan mengajal berdialog bo...
Syed Saddiq Pakatan Will Abolish Ketuanan Melayu And Replace It With Shared Prosperity

Syed Saddiq Pakatan Will Abolish Ketuanan Melayu And Replace It With Shared Prosperity

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 296 hits
Syed Saddiq Abdul Rahman said today that the Pakatan Harapan government will end the era of Ketuanan Melayu or Malay Supremacy The youth and sports minister said Putrajaya will shift towards shared prosperity to ensure equity and equitable ...
Retorik Ketuanan Melayu Umno

Retorik Ketuanan Melayu Umno

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 304 hits
Sesungguhnya kita adalah Melayu berdaulat dan tiada istilah Ketuanan Melayu sebenarnya kecuali yang direka reka oleh para pemimpin politik Melayu sebelum sebelum ini yang ingin melanjutkan dan melebarkan jaringan pemusatan kuasa mereka Haki...
Ketuanan Melayu Sudah Mati Menteri Sukan Dan Belia

Ketuanan Melayu Sudah Mati Menteri Sukan Dan Belia

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 356 hits
Benarkah ketuanan Melayu dah mati atau berakhir seperti mana kata Menteri Belia dan Sukan Jom kita poll yang The Patriot Jangan biarkan kumpulan liberal bertapak di Malaysia
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih