Simpan Demi Masa Depan Anak Bulan Menabung Sspn Galak Ibu Bapa Menabung


Menabung adalah amalan yang wajib dididik pada anak-anak kita. Disaat kecemasan, tabungan inilah yang bakal menyelamatkan kita dari pelbagai kesukaran. Bagi ibu bapa yang baru pertama kali bergelar ibu dan ayah, tabungan haruslah diwujudkan demi masa depan anak-anak.
Atas keprihatinan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Program Bulan Menabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Oktober lalu bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Program sempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun itu dilaksanakan bertujuan bagi memberi galakan dan membudayakan perancangan kewangan serta membuktikan manfaat penabungan untuk pendidikan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 4.6 juta akaun SSPN telah dibuka dengan deposit berjumlah RM6.76 bilion.
“Kajian menunjukkan bahawa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan walaupun untuk jangka masa pendek.
“Walaupun lapan daripada 10 rakyat Malaysia mengatakan mereka mempunyai simpanan secara tetap, simpanan tersebut kebiasaannya dikeluarkan pada akhir bulan untuk menampung perbelanjaan harian setelah mereka gagal mengikut bajet yang dirancang.
“Jadi, ibu bapa amat perlu membuat perancangan awal seawal usia anak-anak untuk persediaan pendidikan tinggi mereka. Mengambil semangat kuasa menabung ini, masyarakat harus bijak merancang kewangan sebagai persediaan masa hadapan,” katanya ketika melancarkan perasmian Bulan Menabung SSPN 2020 di sini.
Aktiviti Atas Talian
PTPTN sebelum ini telah pun mengadakan Program Minggu Menabung SSPN secara tahunan semenjak tahun 2018. Jika sebelum ini, program ini dijalankan secara on-ground event, namun kali ini ditukar kepada atas talian pula.
Program bertemakan Superhero ini berlangsung selama sebulan sehingga 31 Oktober 2020. Mengulas lanjut, Wan Saiful menyeru agar ibu bapa mengambil kesempatan bulan menabung ini untuk memperolehi lebih ganjaran ketika menabung bersama SSPN. Malah katanya lagi, melalui Bulan Menabung ini, ibu bapa dan kanak-kanak berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan secara dalam talian.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan ini adalah seperti Tabung DIY, Kuiz Kahoot, Happy Hour, SSPN Got Talent, Teka dalam Tabung, Bento SSPN Chef Junior, WOW!, SSPN Challenge, Cabutan Bertuah, Kongsi Gambar Tabung serta penampilan istimewa bersama Didi & Friends yang merupakan rakan strategik PTPTN dan SSPN.
” Tabungan bukan sahaja dapat membantu membangunkan ekonomi negara, tetapi juga akan meningkatkan kualiti hidup dan menjamin masa depan individu.
“Menjadi hasrat dan harapan saya agar SSPN terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia membuat perancangan kewangan untuk pendidikan anak-anak.
“Amalan menabung untuk pendidikan ini perlu dijadikan instrumen bagi mendepani kos hidup yang semakin mencabar dan kompleks,” katanya lagi yang menyeru ibu bapa agar memulakan langkah melalui program ini bersama SSPN.
Paling istimewa, menabung bersama SSPN bukan hanya diberikan pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun bahkan melalui SSPN-i juga membolehkan pendeposit menerima perlindungan takaful serta paling utama melalui SSPN-i Plus pendeposot layak memenangi hadiah Cabutan WOW! 2020.
Sementara itu, pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian hadiah untuk para pemenang yang bertuah. Antaranya merupakan pemenang Jom Beraya Jom Menyimpan, Jom Beraya Buka Akaun SSPN (Siri 1) serta Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi bulan Julai dan Ogos. Tahniah kepada semua peserta.
Jadikan kejayaan para pemenang ini sebagai inspirasi untuk terus menyimpan demi masa depan anak-anak kita. Mulakan langkah sekarang untuk masa depan lebih cerah.
The post Simpan Demi Masa Depan Anak, Bulan Menabung SSPN Galak Ibu Bapa Menabung! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/simpan-demi-masa-depan-anak-bulan-menabung-sspn-galak-ibu-bapa-menabung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Picky Eaters Sebab Genetik Ibu Bapa Perlu Beri Vitamin Yang Cukup Untuk Anak

Anak Picky Eaters Sebab Genetik Ibu Bapa Perlu Beri Vitamin Yang Cukup Untuk Anak

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 380 hits
Susahnya hati memikirkan anak yang cerewat bab makan ini Mana nak tahu cukup ke tidak nutrien yang diberikan sekiranya anak hanya makan yang tertentu saja Vitamin terbaik untuk anak adalah penting jadi ibu bapa perlu peka apa yang anak anak...
Kenapa Ibu Bapa Sekarang Suka Membanding Bandingkan Anak Dalam Segenap Aspek

Kenapa Ibu Bapa Sekarang Suka Membanding Bandingkan Anak Dalam Segenap Aspek

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 374 hits
Anak kau tak puasa ke Anak aku mula puasa masa umur 4 tahun aku ajar dari awal Sekarang umur 6 tahun puasa penuh Alhamdulillah Rugilah anak kau umur dah 6 tahun belum puasa penuh Nanti makin besar makin payah nak ajar Bukan bab puasa saja b...
Inisiatif Kemasyarakatan Ed Mun Dan Nobc Mahu Belia Memahami Peranan Mereka Demi Masa Depan Yang Cemerlang

Inisiatif Kemasyarakatan Ed Mun Dan Nobc Mahu Belia Memahami Peranan Mereka Demi Masa Depan Yang Cemerlang

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 437 hits
Inisiatif Kemasyarakatan Ed Mun Dan NOBC Mahu Belia Memahami Peranan Mereka Demi Masa Depan Yang Cemerlang Assalammualaikum semua Masih ingat ketika kita muda belia suatu ketika dahulu Ketika semuanya dipermudahkan untuk mengecapi cita cita...
Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Untuk Ibu Bapa

Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 1652 hits
Cara Buat Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Semasa COVID19 Sekali lagi kita diuji dengan peningkatan kes COVID19 yang mendadak naik dan munculnya pelbagai jenis Kluster Semakin menjadi jadi dan hari demi hari negara kita catat re...
Jangan Rosak Anak Orang Orang Sekeliling Punca Anak Tak Hormat Ibu Bapa

Jangan Rosak Anak Orang Orang Sekeliling Punca Anak Tak Hormat Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 571 hits
Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak anak mereka Malah ada ibu bapa yang sudah merancang bagaimana ingin mendidik anak sehinggalah jenis makanan yang bagaimana mereka perlu sediakan Semuanya untuk kebaikan anak anak mereka ...
Demi Melihat Anak Berjaya Ibu Redah Perjalanan 50km Tunggang Motor Untuk Daftar Anak Masuk Ke Universiti

Demi Melihat Anak Berjaya Ibu Redah Perjalanan 50km Tunggang Motor Untuk Daftar Anak Masuk Ke Universiti

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 374 hits
145 total views 145 views today Kasih ibu membawa ke syurga Kerana mahukan yang terbaik untuk anaknya seorang ibu berusia 53 tahun sanggup meredah perjalanan sejauh kira kira 50 kilometer menaiki motosikal untuk mendaftarkan anaknya ke univ...
Bapa Dijel 2 Tahun Dan 9 Bulan Bunuh Anak Perempuan Amp Hampir Bunuh Diri Angkara Perbuatan Anaknya

Bapa Dijel 2 Tahun Dan 9 Bulan Bunuh Anak Perempuan Amp Hampir Bunuh Diri Angkara Perbuatan Anaknya

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 448 hits
SINGAPURA Saban hari Desiree Tan Jiaping semakin bergantung kepada ibu bapa dan teman lelakinya selepas mengalami serangan panik Dia berkali kali memarahi mereka berhubung perkara yang remeh temeh dan menuduh mereka tidak menjaganya dengan ...
Ya Alhamdulillah 31 Minggu Dah Yana Samsudin Bakal Timang Anak Kedua Bulan Depan

Ya Alhamdulillah 31 Minggu Dah Yana Samsudin Bakal Timang Anak Kedua Bulan Depan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 415 hits
Diam tak diam pelakon Yana Samsudin rupanya sedang berbadan dua dan bakal menyambut kelahiran bayi keduanya tidak lama lagi selepas disahkan hamil lapan bulan Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon Fadzil Zahari dalam sat...
Ibu Muda Ini Berjaya Menyimpan Lebih Rm10 Ribu Untuk Anak Dalam Masa Setahun

Ibu Muda Ini Berjaya Menyimpan Lebih Rm10 Ribu Untuk Anak Dalam Masa Setahun

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 499 hits
Nak menyimpan dalam jumlah yang banyak sehingga 5 angka bukanlah perkara senang terutama bagi mereka yang berpendapatan biasa biasa Tapi ianya tidak mustahil Kami kongsikan perkongsian
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba