Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Untuk Ibu Bapa


Cara Buat Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Semasa COVID19

Sekali lagi kita diuji dengan peningkatan kes COVID19 yang mendadak naik dan munculnya pelbagai jenis Kluster. Semakin menjadi-jadi dan hari demi hari negara kita catat rekod kes tertinggi yang baru. Dua negeri tertinggi dilaporkan ialah negeri Kedah & Sabah.

Sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lagi kes COVID di sana sudah tinggi. Jangkitan dari PATI dari negara jiran seperti Filipina dan menjangkiti masyarakat tempatan. Ada satu kes yang mana PATI telah dihantar balik ke Filipina kemudian seludup masuk semula untuk berjumpa keluarga di Sabah.

Sedihnya dia positif COVID dan akhirnya keluarga serta jiran turut dijangkiti COVID. Bukan itu sahaja sebenarnya, kesedaran & sikap mudah lupa rakyat memburukkan lagi keadaan. Ada yang pergi bercuti di Sabah tapi gagal nak kuarantinkan diri.


Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Akibat Penularan COVID

Faham masing-masing penat melawan wabak ni tapi itu bukanlah tiket untuk pentingkan diri sendiri. Ikutkan hati aku juga nak bercuti, berjalan & berseronok. Tapi memandangkan akan menyusahkan banyak pihak dan paling penting mendatangkan risiko kepada keluarga, aku batalkan saja niat nak bercuti.

Walaupun Menteri cakap jangan risau antara sebab kes yang tinggi tu merupakan kes dalam penjara tapi sebagai ibu bapa memang sangat merisaukan bila COVID mula menyerang sekolah dan IPTA. Banyak dah sekolah di arah tutup dan dah ada pun kes guru yang meninggal dunia akibat wabak ni.  

Risaunya kalau anak yang kecil kena buat swab test dan kena kuarantin. Seksanya. Dalam group sekolah anak aku, dah ada ibu bapa yang hantar surat pelepasan kehadiran anak ke sekolah kerana risau anak terdedah dengan risiko dijangkiti.

Aku tak terkecuali. Kami ambil keputusan untuk rehatkan Ikhwan. Memang risau anak tertinggal pelajaran tapi lapang dada sahajalah. Nyawa lebih penting dan ada hikmah untuk semua ni.


Contoh Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah

Ibu bapa berhak untuk cutikan anak-anak dari sekolah dengan syarat inform pihak sekolah supaya memudahkan urusan pihak sekolah. Kegagalan memberi surat tunjuk sebab akan beri impak kepada rekod kehadiran anak-anak yang boleh menyebabkan berlakunya kesalahan disiplin.

Ibu bapa boleh buat surat penegcualian kehadiran dan nyatakan sebab musabab untuk tidak benarkan anak ke sekolah. Ibu bapa juga harus bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah.

Kalau kau orang tak izinkan anak kesekolah sebab penularan COVID19, boleh guna surat pelepasan di bawah sebagai contoh. Tapi kalau nak buat surat dengan ayat sendiri pun boleh. Terpulang asalkan ibu bapa serahkan surat tunjuk sebab kepada pihak sekolah.



Masih lagi menunggu Kementerian Pendidikan untuk umumkan penutupan sekolah. Aku faham bukan keputusan yang mudah sebab melibatkan banyak pihak. Aku bersyukur sangat aku bekerja dari rumah jadi tak timbul isu nak letak anak di mana.

Bayangkan ibu bapa yang bekerja struggle nak fikir tentang anak-anak. Kos penjagaan pasti bertambah. Risiko di pusat asuhan juga ada. Aku doakan dipermudahkan segala urusan kau orang ya.


Kita Jaga Kita & Jangan Pentingkan Diri

Pesanan aku jom lah jaga diri, keluarga dan masyarakat setempat. Tolonglah jangan pentingkan diri dan jangan cuba tambah kluster baru. Kita semua ni terdedah dengan risiko sebab wabak COVID tidak mengira umur, pangkat, darjat, kaum mahupun jantina.

Secara rasminya aku dah perlahankan aktiviti di luar rumah, dah stop bawa anak-anak ke pasaraya. Sila amalkan penjarakan sosial, kalau tak perlu keluar duduk sahaja di dalam rumah. Nampaknya kena rancang semula aktiviti anak-anak supaya masing-masing tak bosan duduk di rumah.

 #kitajagakita



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/10/surat-pengecualian-kehadiran-anak-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Ibu Bapa Sekarang Suka Membanding Bandingkan Anak Dalam Segenap Aspek

Kenapa Ibu Bapa Sekarang Suka Membanding Bandingkan Anak Dalam Segenap Aspek

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 381 hits
Anak kau tak puasa ke Anak aku mula puasa masa umur 4 tahun aku ajar dari awal Sekarang umur 6 tahun puasa penuh Alhamdulillah Rugilah anak kau umur dah 6 tahun belum puasa penuh Nanti makin besar makin payah nak ajar Bukan bab puasa saja b...
Jangan Rosak Anak Orang Orang Sekeliling Punca Anak Tak Hormat Ibu Bapa

Jangan Rosak Anak Orang Orang Sekeliling Punca Anak Tak Hormat Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 586 hits
Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak anak mereka Malah ada ibu bapa yang sudah merancang bagaimana ingin mendidik anak sehinggalah jenis makanan yang bagaimana mereka perlu sediakan Semuanya untuk kebaikan anak anak mereka ...
Anak Picky Eaters Sebab Genetik Ibu Bapa Perlu Beri Vitamin Yang Cukup Untuk Anak

Anak Picky Eaters Sebab Genetik Ibu Bapa Perlu Beri Vitamin Yang Cukup Untuk Anak

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 398 hits
Susahnya hati memikirkan anak yang cerewat bab makan ini Mana nak tahu cukup ke tidak nutrien yang diberikan sekiranya anak hanya makan yang tertentu saja Vitamin terbaik untuk anak adalah penting jadi ibu bapa perlu peka apa yang anak anak...
Jadilah Ibu Bapa Yang Sampai Hati Tegas Jangan Asyik Tak Sampai Dengan Anak

Jadilah Ibu Bapa Yang Sampai Hati Tegas Jangan Asyik Tak Sampai Dengan Anak

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 391 hits
Alahai kesiannya tengok anak kena bangun awal macam ni Dahla baru 7 tahun Ada 2 sesi persekolahan pulak tu Tak sampai hati rasanya nak kejutkan dahla semalam balik tuisyen lambat Jika diikutkan kehendak anak dia mungkin mahu terus tidur Nam...
Simpan Demi Masa Depan Anak Bulan Menabung Sspn Galak Ibu Bapa Menabung

Simpan Demi Masa Depan Anak Bulan Menabung Sspn Galak Ibu Bapa Menabung

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 485 hits
Menabung adalah amalan yang wajib dididik pada anak anak kita Disaat kecemasan tabungan inilah yang bakal menyelamatkan kita dari pelbagai kesukaran Bagi ibu bapa yang baru pertama kali bergelar ibu dan ayah tabungan haruslah diwujudkan dem...
Alhamdulillah Kesihatan Anak Anak Diutamakan 298 Sekolah Di Petaling Ditutup Mulai 12 Sehingga 25 Oktober 2020

Alhamdulillah Kesihatan Anak Anak Diutamakan 298 Sekolah Di Petaling Ditutup Mulai 12 Sehingga 25 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 411 hits
The ReporterSemua sekolah di Daerah Petaling Selangor yang diisytiharkan sebagai zon merah COVID 19 oleh Kementerian Kesihatan akan ditutup bermula esok sehingga 25 Oktober ini Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan hari ini berkat...
Kenapa Dengan Ibu Suami Bunuh Isteri 2 Anak Perempuannya Sebelum Dibuang Dalam Tangki Minyak

Kenapa Dengan Ibu Suami Bunuh Isteri 2 Anak Perempuannya Sebelum Dibuang Dalam Tangki Minyak

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 498 hits
American Murder The Family Next Door adalah filem dokumentari jenayah sebenar yang baru disenaraikan dalam Netflix yang banyak menggunakan video footage mahkamah polis dan gambar serta video yang diberi oleh keluarga mangsa Filem dokumentar...
Pemandu Honda Accord Maut Dirempuh Myvi 3 Anak Kecil Kehilangan Bapa

Pemandu Honda Accord Maut Dirempuh Myvi 3 Anak Kecil Kehilangan Bapa

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 754 hits
Kemalangan di antara tiga buah kenderaan di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi Johor Bahru pada pagi Sabtu memnyebabkan seorang lelaki maut dan dua lagi cedera Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman be...
Ibu Ini Kongsi Resipi Roti Bergula Kesukaan Anak

Ibu Ini Kongsi Resipi Roti Bergula Kesukaan Anak

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 406 hits
Hendak memikat selera si anak ibu memang kena jadi kreatif Seperti ibu ini dia berkongsi resipi roti kegemaran anaknya Tiap kali roti ini disediakan pasti anaknya makan dengan girang Khairiyah Hisham menyatakan penyediaan roti ini tidak ses...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Importance Of Domain Valuation

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan