Jangan Rosak Anak Orang Orang Sekeliling Punca Anak Tak Hormat Ibu Bapa


Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Malah ada ibu bapa yang sudah merancang bagaimana ingin mendidik anak sehinggalah jenis makanan yang bagaimana mereka perlu sediakan. Semuanya untuk kebaikan anak-anak mereka.
Namun tak semua yang faham dan ambil berat tentang perkara ini. Bagi orang sekeliling “alah tak apa” yang menyebabkan kerosakkan pada anak-anak tersebut. Tentu sekali si ibu dan ayah yang penat menjaga, mendidik akan kecewa kerana anak-anak mereka akhirnya keliru.

Salah satu punca anak tidak hormat kepada ibu ataupun tidak hormat kepada ayah adalah apabila adanya individu yang menggalakkan anak berbuat demikian baik secara sedar ataupun tidak.
Salah satu punca anak berbohong kepada ibu ataupun berbohong kepada ayah adalah apabila adanya individu yang memberi sokongan dan dorongan untuk anak berbuat demikian baik secara sedar ataupun tidak.

Individu yang ‘menyumbat’ macam-macam dalam mulut anak dan kemudiannya cuba menutup perbuatan tersebut seperti dalam mesej yang dikirimkan kepada saya ini, adalah contoh individu yang menjadi ‘duri’ dalam pembinaan karakter dan keperibadian seorang anak.
Anda sebenarnya merosakkan anak tersebut.
Apa yang penting dalam sesebuah keluarga adalah ayah dan ibu yang saling bekerjasama dalam membentuk dan mempertahankan nilai dalam keluarga.
Ayah dan ibu mesti bersatu apabila menetapkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam keluarga.
Jika ayah berkata ‘ya’ dan ibu berkata ‘tidak’, ini akan mewujudkan kekeliruan dan tentangan dalam diri anak. Begitu juga sebaliknya.
Saya puji ayah dan ibu ini yang ingin mempertahankan nilai dan peraturan yang telah ditetapkan bersama-sama. Setiap keluarga mempunyai nilai dan peraturan masing-masing, oleh itu sebagai ‘orang luar’ hormatilah keputusan yang telah dibuat oleh ayah dan ibu untuk kebaikan keluarga dan anak-anak mereka.
Sebagai ayah dan ibu kita tidak perlu menjelaskan kepada SEMUA ORANG akan pegangan dan nilai keluarga kita MELAINKAN kepada individu yang turut sama membantu mengasuh atau menjaga anak kita. Ini perlu kita lakukan supaya individu tersebut mengasuh anak kita dengan nilai yang sama agar tidak wujud kekeliruan pada anak.
Contohnya terangkan kepada individu tersebut pendapat dan peraturan yang kita tetapkan tentang penggunaan skrin. Terangkan tentang kekhuatiran kita berkenaan penggunaan skrin yang berlebihan dan konten yang tidak sesuai.

Tidak ada anak yang memberontak kerana tidak diberikan telefon tetapi ramai anak yang rosak kerana dibiarkan menggunakan skrin tanpa batasan dan tanpa pemantauan.
Sebagai ibubapa bertegaslah dengan pendirian dan pegangan anda kerana apa yang anda lakukan bukannya untuk memudaratkan orang lain malah ia dilakukan untuk kebaikan keluarga dan anak-anak anda.
Stick to your guns.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Jangan Rosak Anak Orang” Orang Sekeliling Punca Anak Tak Hormat Ibu Bapa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-rosak-anak-orang-orang-sekeliling-punca-anak-tak-hormat-ibu-bapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Picky Eaters Sebab Genetik Ibu Bapa Perlu Beri Vitamin Yang Cukup Untuk Anak

Anak Picky Eaters Sebab Genetik Ibu Bapa Perlu Beri Vitamin Yang Cukup Untuk Anak

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 380 hits
Susahnya hati memikirkan anak yang cerewat bab makan ini Mana nak tahu cukup ke tidak nutrien yang diberikan sekiranya anak hanya makan yang tertentu saja Vitamin terbaik untuk anak adalah penting jadi ibu bapa perlu peka apa yang anak anak...
Kenapa Ibu Bapa Sekarang Suka Membanding Bandingkan Anak Dalam Segenap Aspek

Kenapa Ibu Bapa Sekarang Suka Membanding Bandingkan Anak Dalam Segenap Aspek

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 375 hits
Anak kau tak puasa ke Anak aku mula puasa masa umur 4 tahun aku ajar dari awal Sekarang umur 6 tahun puasa penuh Alhamdulillah Rugilah anak kau umur dah 6 tahun belum puasa penuh Nanti makin besar makin payah nak ajar Bukan bab puasa saja b...
Dulu Anak 10 Elok Je Ni Baru Anak 2 Kecoh Ayat Ni Jangan Bandingkan Dengan Ibu Sekarang

Dulu Anak 10 Elok Je Ni Baru Anak 2 Kecoh Ayat Ni Jangan Bandingkan Dengan Ibu Sekarang

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 379 hits
Membesarkan seorang anak bukan sesuatu tugas yang mudah dalam situasi hari ini Dengan pelbagai cabaran dan tekanan pastinya ia memerlukan kekuatan dari pelbagai aspek Ingat anak zaman sekarang tak sama seperti zaman kanak kanak kita dulu du...
Pas Ibarat Ibu Bapa Kaki Judi Nak Lacurkan Anak

Pas Ibarat Ibu Bapa Kaki Judi Nak Lacurkan Anak

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 521 hits
N Faizal Ghazali Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Amanah umpama anak derhaka parti itu Menurutnya sikap itu sudah sinonim dengan kepimpinan PAS ya...
Ibu Bapa Sudah Tidak Mampu Anak Wajib Beri Belanja Nafaqah

Ibu Bapa Sudah Tidak Mampu Anak Wajib Beri Belanja Nafaqah

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 344 hits
SOALAN Ohmedia pasti ada antara kita yang ibu bapanya sudah tidak berkerja dan tidak mempunyai duit belanja untuk meneruskan kehidupan Jadi adakah anak anak wajib mengeluarkan belanja untuk diberikan kepada ibu bapanya JAWAPAN Apabila kedua...
Ibu Adik Rimas La 5 Petanda Anak Bersedia Latihan Toilet Training Jangan Tunggu Lagi

Ibu Adik Rimas La 5 Petanda Anak Bersedia Latihan Toilet Training Jangan Tunggu Lagi

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 347 hits
Macam mana nak tahu masa sesuai untuk ajar toilet training pada anak Persoalan sebegini selalu kita dengar daripada ibu yang baru pertama kali berdepan dengan masalah sebegini Adakah waktu terbaik untuk melatih anak kita Menurut Ahli Terapi...
Zynakal Akui Bukan Anak Yang Baik Ibu Pernah Cakap Jangan Datang Kubur Dia

Zynakal Akui Bukan Anak Yang Baik Ibu Pernah Cakap Jangan Datang Kubur Dia

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 504 hits
Apabila dah selesai kebumikan arwah dan tengok batu nisan saya terus terdetik aku tanam mak aku sendiri Saya tak pernah jangka benda ini akan terjadi dalam hidup saya demikianlah kata Zynakal menerusi perkongsian IG Live source
Menangis Tak Berhenti Jangan Biar Anak Makin Panik Cemas Cepat Cepat Buat Langkah Ni

Menangis Tak Berhenti Jangan Biar Anak Makin Panik Cemas Cepat Cepat Buat Langkah Ni

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 342 hits
Bila berlaku kecemasan seperti tangan anak berdarah atau sebagainya tangisan adalah reaksi pertama yang dapat dilakukan anak kecil kita untuk memberitahu keadaan mereka Esakan semakin kuat dan berlarutan pastinya terus membuatkan kita semak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon