Simpan Dalam Botol Cara Simpan Cili Tahan Lebih Lama 8 Bulan Pun Kekal Segar
Boleh dikatakan setiap rumah mesti ada cili api atau cili besar untuk digunakan dalam masakan. Biasanya paling sikit dibeli pun segenggam. Ini kerana jika beli banyak risau ia mudah busuk walaupun disimpan dalam peti sejuk.
Kadang rasa rugi juga beli kalau tiba-tiba nak guna dah rosak kan? Biasanya kebanyakan daripada kita menyimpan dengan alas tisu dan diletakkan bawang putih sebelum diletakkan dalam bekas untuk kekal segar.
Namun kali ini tip yang dikongsikan oleh Puan Haslinda yang menyimpan cili dalam botol dan kesegarannya terjamin sehingga 8 bulan benar-benar wow!
Cara menyimpannya simple sangat. Hanya guna botol air mineral atau minuman.
Berikut antara perkongsiannya:
Jiran berkebun tuai berkilo-kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar. Tips untuk simpan cili besar agar tahan lama.
Menjengah di ruangan komen pula, penulis mendapati Puan Haslinda telah membalas pertanyaan-pertanyaan dari pengikut laman tersebut berkenaan penyimpanan cili yang lebih terperinci.
Malahan, bukan hanya cili besar sahaja tetapi cili api pun boleh ikut cara ini dan rasanya masih sama walaupun disimpan lama. Ini cara-caranya yang dapat disimpulkan:
CARA-CARA SIMPAN CILI DALAM PETI SEJUK
1. Basuh cili terlebih dahulu, kemudian di tos sehingga kering.
2. Sediakan sebuah botol mineral dan masukkan cili tadi ke dalamnya.
3. Cili tidak perlu dibuang tangkai dan tidak perlu dimasukkan air juga.
4. Kemudian tutup botol dengan penutup botol.
5. Simpan botol berisi cili di dalam peti sejuk di bahagian bawah iaitu tempat simpanan sayur.
Kredit: Has Linda via Berkebun D Rumah
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Simpan Dalam Botol Cara Simpan Cili Tahan Lebih Lama. 8 Bulan Pun Kekal Segar! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/simpan-dalam-botol-cara-simpan-cili-tahan-lebih-lama-8-bulan-pun-kekal-segar/