Cara Edit Home Screen Ipad Jadi Lebih Aesthetic
Cara Edit Dan Ubah Home Screen Ipad Jadi Lebih Cantik dan Aesthetic | Assalamualaikum and holla gais, ketemu lagi kita walaupun di alam maya ~ harap teman-teman semua sihat ya! Hari ni aku nak kongsi cara tukar home screen ipad bagi lebih cantik dan aesthetic gitu. Tak boring ke korang tengok home screen ipad kejung gitu haha jangan marah
Bagi yang dah tahu takpe, korang dah pandai so kongsi-kongsi kan lah pada yang tak pandai, tutorial yang aku buat ni memang simple sangat, selebihnya kena guna kreativiti korang sendiri lah, aku kadang otak tak mampu nak kreatif jauh-jauh ni, takat ni je lah.
Dalam tutorial kali ni, aku akan tunjuk cara guna 5 aplikasi, biasanya orang akan guna app Widgetsmith & Shortcut untuk edit dan tukar icon kan, entry ni aku tak guna Widgetsmith dan shortcut, mungkin hari lain aku tunjuk guna app ni, tungu kerajinan itu datang
View this post on Instagram A post shared by Qaseh Dalia 🇲🇾 (@qasehdalia)
Aplikasi yang aku guna untuk customize home screen ipad aku adalah aplikasi Md Clock, aplikasi Bear, aplikasi Emolog, aplikasi Photowidget dan aplikasi Md Vinyl, sebelum kita mula korang silakan download dulu okay
Aplikasi Md ClockAplikasi BearAplikasi EmologAplikasi PhotowidgetAplikasi Md VinlyDalam semua aplikasi ni, korang boleh download secara percuma sahaja, tapi untuk aplikasi Md Clock korang kena purchase sebab untuk buat ia jadi widget kena langgan premium dulu, tapi murah je korang ~ hanya RM19.90 setahun, RM3.90 sebulan. Berbaloi sebab aplikasi ni cute sangat tau.
Aplikasi lain pula, biasalah kalau yang free ni akan ada limit untuk guna function yang ada, tapi tak langgan pun still boleh guna lah, jom kita mulakan !
Ni paparan home screen ipad yang aku guna sekarang
Mula-mula untuk edit bagi cantik, korang kena cari wallpaper, aku download di Pinterest je, banyak wallpaper yang cantik-cantik korang boleh dapat, tq pada yang upload. Aku suka yang tak serabut dan simple, so aku search ‘gradient wallpaper’ atau ‘abstract wallpaper’, download and save
Ni wallpaper yang aku guna
Aplikasi Md Clock
Aplikasi ni khas untuk jadikan jam dalam ipad lebih menarik dan aesthetic, ada beberapa style yang korang boleh pilih,ada yang punya animasi cute yang berbeza dan ada sound yang berbeza. Aku paling suka animasi pixel, boleh tukar bentuk yang super cute
1. Download Md Clock, korang boleh explore app tersebut okay
2. Kemudian untuk add widget, click lama di skrin ipad, kemudian click ‘+’ di bahagian kiri atas skrin ipad
3. Nak senang, search je Md Clock di situ, so akan keluar widget yang korang boleh pilih, nak small, medium or large terpulang pada teman-teman ya
5. Then korang boleh add widget dan susun la mengikut kreativiti korang
Qaseh suka sebab icon dia tu animasi, tak ke comel tu bergerak-gerak hah takde lah kejung je
Aplikasi BearAplikasi Bear ni untuk set countdown, event atau apa-apa date yang korang nak letak, boleh download secara percuma tapi ada limit hanya 5 countdown / date je yang boleh letak, jika nak tambah date lagi kena subscription, qaseh tak subscribe pun hehe. Aplikasi Bear ni pun cute jugak
1. Download aplikasi Bears, logo ada gambar bear background warna yellow ~
2. Add event atau apa-apa date then pilih lah cartoon bear mana yang korang
3. Pergi ke home screen macam biasa, klik ‘+’, cari aplikasi bear dan add widget saiz apa yang korang nak. Senang je gais
Aplikasi EmologNext, aku download aplikasi Emolog ni, aplikasi ni macam diary emoji tapi boleh buat catatan jugak, contoh hari ni mood korang marah, so boleh letak emoji marah untuk hari ni dan boleh tulis nota atau diari kenapa korang marah, aa gitu.
Aplikasi Emolog ni pun mudah je korang nak buat, step dia sama je semua, dah edit dalam aplikasi lepas tu pergi home screen, klik ‘+’ lepas tu cari aplikasi Emolog dan add to widget, boleh pilih saiz yang tersedia.
Aaa tiber malas pulak nak menaip ni hahaha
Tekan je di emoji tu, kemudian korang boleh lah pilih emoji yang ada
Boleh tambah diari kecil atau nota
Aplikasi Photo Widget Aku suka app photo widget ni sebab mudah nak cari tema, so tak payah nak fikir-fikir tema macamana nak buat, so dapat la idea dari sini. Yang bestnya ada sesetengah theme dia automatic tukarkan icon, so tak leceh untuk edit di shortcut.
Dalam aplikasi ni ada tema, ada widget, gambar, calendar, wallpaper yang korang boleh save dan edit. Korang perlu edit siap-siap dalam aplikasi photo widget ni. Nanti bila korang add widget to home screen ia automatik tertukar.
So yaaa itu antara 4 aplikasi yang aku guna untuk home screen aku, so far semua memang aku guna dan boleh beri idea untuk aku edit, sebenarnya banyak lagi aplikasi-aplikasi yang menarik yang korang boleh guna, hanya perlu explore je kan ~
Buat masa sekarang itu sahaja lah, kalau aku jumpa aplikasi yang best-best aku akan share lagi okay~ btw penat jugak lah buat benda alah ni hahaha bila dah start susah nak berhenti weh.
MD Vinyl Untuk Music
Satu lagi aku nak kongsi satu aplikasi untuk music ~ boleh guna untuk Spotify ataupun Apple Music. Buat masa sekarang aku guna untuk spotify, korang boleh download percuma cuma ada limit dalam 50 buah lagu je boleh play ~ untuk premium baru boleh dengar lagu tanpa had, RM7.90 untuk seumur hidup
Kalau guna widget asal Spotify, setakat ni ada dua saiz je macam dalam gambar ni.
Bila guna aplikasi Md vinyl korang boleh pilih 5 widget saiz dan bentuk berbeza, aku suka sebab bila play piring hitam tu berpusing hihihi comel :p
Harap yang membaca ni faham lah ye, easy peasy je gais bila korang ada ipad confirm korang bijak-bijak belaka ~ benda-benda gini remeh temeh je kan, haha lainlah aku baru nak explore semua benda sebab aku baru setup meja untuk aku buat kerja ahaha so kadang-kadang semangat berblog tu lain macam rajinnyaa
Sebab aku rindu nak menaip macam dulu kala ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2022/08/cara-edit-home-screen-ipad-jadi-lebih-aesthetic.html