Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan satu tugas yang mudah. Lebih hebat ujiannya ketika dianugerahkan dengan anak ‘istimewa’ seperti contoh yang menghadapi austime atau anak yang lemah dalam pembelajaran.Setiap hari ibu bapa bukan sahaja berperang dengan emosi, bimbang memikirkan masa depan si anak, malah menahan telingan daripada cemuhan dan sindiran masyarakat yang tidak mengerti.Cabaran lebih hebat jika menghantar anak istimewa ini ke sekolah. Jauh daripada pandangan mata ibu bapa, hati pasti resah memikirkan bagaimana mereka bergaul dengan rakan-rakan dan bagaimana pula penerimaan orang lain terhadap mereka.Namun, satu rakaman video pendek yang dikongsi oleh seorang guru di Facebook melalui page ”Austisme Malaysia” ternyata mengundang rasa terharu ramai netizen.Video yang diambil oleh Maslika Ramli itu menunjukkan seorang pelajar perempuan mendukung seorang lagi pelajar perempuan berkeperluan khas di sekolahnya kerana hujan lebat. Pelajar bekeperluan khas itu pula dilihat memegang payung bagi melindungi mereka berdua daripada hujan lebat.Guru berkenaan tersentuh kerana gadis yang membantu mendukung pelajar itu adalah daripada gred kelas yang teratas di sekolahnya. Gadis itu bukan sahaja menunjukkan nilai murni yang baik, malah memberikan rasa ‘nyaman’ bagi ibu bapa kerana masih ada insan yang prihatin terhadap anak istimewa mereka.”Kejadian sewaktu hujan lebat awal pagi tadi, yang didukung itu murid saya, murid pendidikan khas, tapi yang mendukung tu murid kelas perdana.
”Bagus didikan ibu ayahnya..”
”Tuhan mahu menguji orang di sekeliling dengan kehadiran anak istimewa”
Tonton video di bawah :
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |