Kes Rotan Perakam Video Sengaja Mahu Aibkan Sekolah Pelajar Dan Guru


Oleh : Mohd Fadli Salleh

Tular merata video seorang ibu memarahi guru kerana merotan anaknya hingga berbekas di lengan, betis dan paha.


 
Isu ini menjadi sangat panas sehingga KPM terpaksa mengeluarkan kenyataan media supaya siasatan adil dilaksanakan.

Banyak pihak minta aku ulas isu ini. Maka aku menulis dari sudut pandangan aku.

1. Dalam kes ini, kedua-dua pihak ada melakukan kesalahan. Murid melanggar peraturan sekolah (menghina guru), dan guru pula bertindak balas dengan merotan dengan berlebihan. Jelas, dua-dua salah.

2. Namun dalam isu ini, perlu dipersoal siapa yang merakam video. Itu kesalahan yang patut didakwa dan diharap pihak KPM mahu pun sekolah tidak mengambil ringan hal itu.

3. Perakam merakam video dengan tujuan untuk mengaibkan guru dan pihak sekolah. Adalah menjadi kesalahan merakam penjawat awam di premis mereka kemudian menyebarkan dengan niat memburukkan mereka.

4. Adakah pelawat (ibu pelajar) memakai pass pelawat dan melapor diri pada pengawal keselamatan sebelum masuk ke sekolah? Jika tiada, satu lagi tindakan perlu diambil. Sekolah adalah tempat selamat untuk murid-murid, jika sesiapa boleh menceroboh tanpa pas pelawat dan tanpa lapor diri, tindakan perlu diambil kerana ini isu keselamatan.

5. Pentadbir. Tindakan pentadbir dalam kes ini dilihat sangat cuai dan tidak memberi peranan. Di seluruh negara, kes seumpama ini kerap berlaku. Ibubapa datang mengadu sepatutnya melalui pentadbir, bukan berhadapan dengan guru itu sendiri.

Satu keputusan yang salah membiarkan ibubapa yang kemarahan berhadapan dengan guru yang bengang. Dalam kes ini, aku puji guru tersebut masih kekal tenang dan masih bersopan dengan penyerang dengan memanggilnya 'puan'.

6. Itu antara kesalahan yang aku perasan sepanjang tempoh rakaman yang berdurasi 2 minit 18 saat itu. Berbalik pada guru tersebut, tindakannya merotan sebegitu rupa pada aku adalah melampau. Adalah salah untuk bertindak sampai tahap itu.

NAMUN, pada aku pelajar itu yang mencetuskan provokasi melampau dan sangat biadab!

Berkata pada kawan-kawan lain di depan guru tersebut dengan menggelarnya 'pondan' adalah satu perbuatan biadab yang memang akan mencetuskan perasaan marah sesiapa sahaja.

Maka tidak hairanlah seorang guru yang berdedikasi dan disayangi pelajar-pelajar lain bertindak diluar jangkaan sebegitu.

7. Aku banyak membaca komen-komen dari pelajar dan bekas pelajar beliau, guru itu memang guru yang bagus!

Beliau disayangi oleh pelajar Cina, India dan Melayu. Ramai pelajar beliau datang 'back up' beliau selepas video itu ditularkan.

8. Aku sejujurnya terkejut dengan tindakan netizen. Aku menjangkakan banyak kemarahan netizen pada guru tersebut terutamanya dari kaum Cina. Ini kerana pelakunya orang Melayu dan yang dirotan itu orang Cina.

Namun ini tidak berlaku!

Sebaliknya netizen rata-rata menganggap pelajar itu melampau batas dan memang patut dikenakan hukuman.

Banyak komen-komen dari netizen berbangsa Cina 'back up' cikgu tersebut. Aku sangat terharu dengan hal ini.

Menandakan orang ramai masih menghormati profesion seorang guru tanpa mengira kaum dan agama. Perpaduan di negara kita masih erat sebenarnya.

Tiada isu perkauman yang ditimbulkan. Isu yang semua orang timbulkan ialah;

"Kenapa you biadab pada cikgu you?"

Itu isunya. Perakam yang menyebarkan video pasti menyesal kerana harapan perakam pastinya mahu melihat netizen mengecam guru, namun sebaliknya yang berlaku.

Bahkan ada yang ingin mengutip dana sekiranya cikgu tersebut didakwa di mahkamah. Dan netizen itu ialah orang Cina. Wahhh, terharu tengok perpaduan seperti ini.

Penularan video ini membuka mata rakyat Malaysia bahawa kita sebenarnya masih harmoni dan damai hidup berbilang bangsa.

Mungkin kita tidak sependapat dalam beberapa perkara, namun dalam soal menghormati guru kita semua sepakat dan bersatu hati.

Adalah menjadi harapan aku agar isu ini diselesaikan dengan cara aman dan harmoni tanpa perlu melibatkan mahkamah dan dakwaan.

Namun sekiranya itu berlaku, aku akan memberi sokongan penuh pada guru tersebut.

Sekian, terima kasih.

************

- Ini adalah pandangan peribadi penulis. Tidak mewakili mana-mana pihak dan jabatan. Harap maklum.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/06/kes-rotan-perakam-video-sengaja-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Guru Rotan Pelajar Perempuan Hampir Selesai 2 Pihak Akan Bertemu Berbincang

Kes Guru Rotan Pelajar Perempuan Hampir Selesai 2 Pihak Akan Bertemu Berbincang

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 978 hits
Kes guru merotan seorang pelajar di sebuah sekolah di Iskandar Puteri pada Isnin hampir menemui jalan penyelesaiannya apabila kedua dua pihak iaitu pelajar dan ibu bapanya serta guru yang terlibat telahpun mempunyai persefahaman untuk berbi...
Kes Rotan Pelajar Ibu Bapa Pelajar Dan Guru Bertemu Esok

Kes Rotan Pelajar Ibu Bapa Pelajar Dan Guru Bertemu Esok

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 409 hits
Kes guru merotan seorang pelajar di sebuah sekolah di sini pada Isnin hampir menemui jalan penyelesaiannya apabila kedua dua pihak iaitu pelajar dan ibu bapanya serta guru yang terlibat telahpun mempunyai persefahaman untuk duduk semeja ber...
Sebelum Ini Berbirat Rotan Pelajar Kali Ini Guru Tabuh Terus

Sebelum Ini Berbirat Rotan Pelajar Kali Ini Guru Tabuh Terus

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 903 hits
Insiden guru pondan di sebuah sekolah di Iskandar Puteri berjaya diselesaikan dengan baik Itu pun baharu hari ini dilapor diselesaikan kini timbul pula kes pelajar ke g cikgu babi sehingga menyebabkan pelajar ditabuh guru Memetik laporan Ma...
Pelajar Tikam Guru Kaunseling Kerana Berang Dia Bakal Dibuang Sekolah

Pelajar Tikam Guru Kaunseling Kerana Berang Dia Bakal Dibuang Sekolah

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 596 hits
Angkara dendam dan disebabkan mengalami tekanan dalam pelajaran seorang pelajar tingkatan lima menikam guru kaunselingnya dalam kejadian di sebuah sekolah di Sungai Manggis Banting pada Ahad Kejadian itu berlaku di bilik pembantu warden sek...
Kes Cikgu Pondan Rotan Pelajar Selesai

Kes Cikgu Pondan Rotan Pelajar Selesai

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 919 hits
Kes Cikgu Pondan Rotan Pelajar Selesai selepas kedua dua belah pihak berdamai Pertemuan antara keluarga pelajar dan guru yang terbabit dalam kejadian merotan di sebuah sekolah dalam bandar raya ini baru baru ini berjalan dengan damai dengan...
95 Undian Netizen Setuju Hukuman Rotan Pelajar Sekolah

95 Undian Netizen Setuju Hukuman Rotan Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 838 hits
Baru baru ini tular satu video di laman sosial dengan berita guru yang menghukum pelajar perempuan dengan merotannya Kemudiannya ibu pelajar tersebut membuat laporan polis dan memarahi guru tersebut sambil merakam lalu memuat naik video ter...
Maszlee Arah Ppd Siasat Insiden Guru Rotan Pelajar

Maszlee Arah Ppd Siasat Insiden Guru Rotan Pelajar

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 354 hits
PUTRAJAYA Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik telah mengarahkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru untuk menjalankan siasatan terhadap kes murid perempuan dirotan guru selepas dipercayai mengeluarkan perkataan biadab di sebuah seko...
Guru Tak Sepatutnya Rotan Pelajar Perempuan Teo Nie Ching

Guru Tak Sepatutnya Rotan Pelajar Perempuan Teo Nie Ching

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 604 hits
Guru tidak seharusnya merotan pelajar perempuan terutamanya di bahagian badan yang tidak sepatutnya Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching larangan itu tertakluk pada ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan menerusi garis pa...
Perakam Video Akui Tak Senang Duduk Setelah Mendapat Tahu Kes Sedang Disiasat

Perakam Video Akui Tak Senang Duduk Setelah Mendapat Tahu Kes Sedang Disiasat

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 370 hits
Tukang rakam perbuatan seorang daripada sekumpulan remaja merosakkan barang makanan di sebuah kedai serbaneka semalam mengakui mula tidak senang duduk apabila video itu tular di media sosial Sebaik video itu bertukar menjadi kecaman hebat d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids