Aku Berhenti Belajar Kerana Seorang Guru Yang Berasa Dirinya Mulia


Nama aku Nur (nama samaran) dan saya nak luahkan sesuatu yang sudah lama di pendam sejak aku berumur 15 tahun lagi. Ini tentang cikgu ku. Biarlah aku gelarkan dia sebagai cikgu H. Aku tergerak hati untuk mencoret kisah ini kerana aku terkesan dengan kisah seorang guru yang viral kerana merotan seorang pelajar yang biadap. Aku sangat menyokong tindakan cikgu itu.

Gambar hiasan

Anak murid yang kurang sopan harus dididik jika tidak kelak masa depanya akan hancur. Tapi aku tidak.

Aku anak murid yang sangat takut akan cikgu. Sehinggakan cikgu sendiri telah mematahkan semangat aku untuk belajar.

Sekolah aku terletak di utara tanah air. Ketika aku di tingkatan satu, semuanya berjalan dengan baik. Aku belajar dengan tenang, aku ceburi banyak bidang kokurikulum. Aku aktif dalam sukan. Aku merupakan pelajar dalam kalangan yang menyerlah.

Aku ingat lagi pada waktu itu cikgu wanita itu mengajar kami sekelas mata pelajaran sejarah. Aku pernah membentang kerja kumpulan di hadapan kelas.

Cikgu H pada ketika itu selalu memuji kepetahan aku berkata-kata. Aku sangat seronok belajar dalam kelas cikgu H.

Namun, semuanya berubah apabila aku melangkah kaki ke tingkatan 2, segalanya berubah sekelip mata. Cikgu H selalu cari kesalahan aku. Dia merupakan guru kelas aku.

Aku ingat lagi ketika kami semua berbincang untuk melantik penolong ketua kelas, semua majoriti kelas menyokong aku, tapi cikgu H membangkang sekeras kerasnya. Pelik bukan, kenapa perangai cikgu H berubah sekelip mata.

Ini semua kerana, status aku sebagai anak luar nikah. Bagaimana dia tahu aku anak luar nikah?

Selepas adik aku menjejakkan kaki ke tingkatan satu, bin kami tak sama. Menjadi kemusykilan buat semua guru guru.

Sejak dari itu, cikgu H selalu memandang jelek pada aku. Ilmu yang dia curahkan buat kami sekelas tidak pernah lekat dalam jiwa dan minda aku. Mungkin kerana dia tidak ikhlas mendidik aku.

Dia bukan saja pulaukan aku, sesiapa yang berkawan baik dengan aku juga dipulaukan olehnya.

Sehinggakan ramai yang menjauhkan diri dari aku. Aku malu. Aku segan. Allah saja yang tahu keadaan hati aku ketika itu.

Aku merupakan pengawas pusat sumber. Aku jalankan tugas seperti biasa, seperti yang termaktub di dalam jadual yang disediakan.

Kebetulan, cikgu H merupakan cikgu pusat sumber, jadi aku sekali lagi menerima pelbagai kritikan dari cikgu H. Sehinggakan aku tidak tahan dan ingin menarik diri dari menjadi pengawas.

Aku maklumkan pada cikgu H. Dia hanya tersengih. Aku ingatkan segalanya akan terhenti di situ, rupanya tidak.

Dia memanggil aku berjumpa dia di kantin sekolah, pelbagai kata kata kesat di hamburkan kepada aku dihadapan pelajar dan guru guru lain. Sehinggakan seorang guru disitu juga ikut memerli aku.

Ya allah, apa dosa aku. Aku tak minta dilahirkan menjadi anak haram. Aku tak minta.

Segalanya tidak terhenti di situ, sehinggalah pada suatu hari hati aku betul-betul remuk dan sakit menerima segala perkataan sarkastik yang keluar dari mulutnya.

Aku nekad. Aku pulang ke rumah. Berlakon sakit, tidak mahu ke sekolah.

Badan aku penuh birat dibalun mak tapi aku tetap berdegil. Aku ingin berhenti belajar, akhirnya mak akur.

Dan ya, aku berhenti belajar hanya kerana seorang guru yang berasa diri dia mulia. Tidak hina. Yang berasa keturunannya juga akan mulia.

Cikgu, seandainya cikgu baca confession ini, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih untuk semua ilmu yang cikgu curahkan. Kerana kau yang bergelar cikgu masa depanku hancur, gelap gelita.

Tapi, sang pencipta itu maha kaya. Sungguhpun aku tidak berjaya mengengam segulung sijil spm, tapi aku masih mampu mencari rezeki yang halal.

Masih mampu membeli kereta. Makan pakaiku masih cukup. Tidak seperti yang cikgu hamburkan pada aku pada tarikh 4.5.14 cikgu mengelarkan aku tak guna, tapi aku masih berguna cikgu, aku masih mampu berbakti buat ibu ayah aku walaupun aku tidak bergelar cikgu.

Aku sayang semua cikgu yang pernah menabur ilmu buat aku. Aku menjadi manusia sekarang kerana cikgu-cikgu aku yang lain, yang sentiasa mendoakan dan menyokong aku, yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk aku terus melangkah maju.

Cikgu H, semoga cikgu diampunkan oleh Allah atas semua kata-kata dan perilaku cikgu kepada aku.

Sesungguhnya aku telah memaafkanmu. Kerana aku tahu. Cikgu juga masih bergelar MANUSIA.

Buat guru-guru diluar sana, didiklah pelajar anda dengan ikhlas. Tidak kira apa saja latar belakang mereka, didiklah dengan sebetulnya supaya kami menjadi bangsa yang bermaruah dan berilmu.

–Nur (Bukan nama sebenar)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Jasa Guru Hingga Ke Syurga10 Fakta Kenapa Sistem Pendidikan Di Finland Terbaik Di Dunia
sumber: iiumc



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/07/aku-berhenti-belajar-kerana-seorang-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Deddy Corbuzier Belajar Bahagia Saat Ada Yang Hina Dirinya

Deddy Corbuzier Belajar Bahagia Saat Ada Yang Hina Dirinya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 205 hits
Pindah keyakinan menjadi Islam Deddy Corbuzier belajar banyak hal baru Salah satunya adalah belajar untuk bahagia saat ada orang yang menghinanya
Ingat Nak Sangat Bergaya Guru Bidas Netizen Sibuk Kecam Etika Pemakaian Seorang Pendidik

Ingat Nak Sangat Bergaya Guru Bidas Netizen Sibuk Kecam Etika Pemakaian Seorang Pendidik

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 672 hits
Bergelar seorang guru sudah pastinya akan berhadapan dengan ramai orang pelajar di sekolah Oleh itu pemakaian guru sangat penting bagi mempengaruhi keyakinan dan juga memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu Namun terdapat sege...
Dari Seorang Guru Jadi Raja Permaisuri Agong Ini Kisah Tuanku Siti Bainun Yang Ramai Tak Tahu

Dari Seorang Guru Jadi Raja Permaisuri Agong Ini Kisah Tuanku Siti Bainun Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 567 hits
Ibarat hikayat lagenda kisah luar biasa umpama seorang Cinderella yang dilamar oleh putera raja ternyata menjadi realiti Siapa sangka dari seorang rakyat biasa wanita hebat ini diangkat menjadi seorang pemaisuri Peroleh kehidupan diimpikan ...
Sifat Mulia Seorang Pelajar Lelaki Membantu Pelajar Oku

Sifat Mulia Seorang Pelajar Lelaki Membantu Pelajar Oku

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 455 hits
Anak Siapa Tu Pandai Ibu Bapanya Mendidik Cikgu Rakam Anak Murid Dukung Kawan Istimewa Dalam Hujan Lebat Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan satu tugas yang mudah Lebih hebat ujiannya ketika dianugerahkan dengan anak istimewa sep...
Berhenti Merokok Selama Setahun Seorang Pria Berhasil Menabung Segepok Tertarik Mencoba Berikut Tipsnya

Berhenti Merokok Selama Setahun Seorang Pria Berhasil Menabung Segepok Tertarik Mencoba Berikut Tipsnya

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 211 hits
Merokok merupakan kebiasaan yang buruk bagi tubuh Banyak penyakit yang dapat ditimbulkan dari kebiasaan merokok Seperti meningkatkan resiko stroke penyakit jantung dan kanker paru paru Bahaya merokok sendiri sebenarnya sudah ditulis di kema...
Guru Diajar Baca Kualiti Udara Di Sekolah

Guru Diajar Baca Kualiti Udara Di Sekolah

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 388 hits
Pemantauan kualiti udara akan dibuat di 111 buah sekolah dekat Pasir Gudang secara serentak esok dan guru akan diajar cara membaca alat pengesan gas yang diletakkan di setiap sekolah Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan...
Kisah Heroik Seorang Ibu Selamatkan Dua Anaknya Saat Perahu Tenggelam

Kisah Heroik Seorang Ibu Selamatkan Dua Anaknya Saat Perahu Tenggelam

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 227 hits
Juraida meneteskan air matanya mengingat kembali perjuangannya menyelamatkan dua buah hatinya setelah perahu bermotor yang ditumpangi mereka kandas di tengah sungai perairan Desa Mega Timur Kecamatan Sungai Ambawang Kabupaten Kubu Raya Kali...
Seorang Mualaf Doanya Maqbul Deddy Corbuzier Doakan Buat Semuanya

Seorang Mualaf Doanya Maqbul Deddy Corbuzier Doakan Buat Semuanya

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 174 hits
Keputusan Deddy Corbuzier menjadi mualaf mendapat beragam respon dari masyarakat Sebagian besar merespon positif keputusan Deddy tersebut
Guru Kecewa Gejala Vape Kembali Berleluasa Dalam Kalangan Pelajar

Guru Kecewa Gejala Vape Kembali Berleluasa Dalam Kalangan Pelajar

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 484 hits
Guru merupakan insan yang mulia dan berjasa kerana menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab mendidik manusia serta melahirkan generasi yang berilmu dan beramal soleh serta sanggup berkorban masa untuk bertugas mengajar kita untuk menj...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp