Sidang Media Mahathir Bukan Anjuran Pakatan Kata Anwar



(Malaysia Gazette) – Selepas dua hari menyepi, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil menjelaskan kenapa beliau tidak hadir dalam sidang media khas yang dipanggil Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana Isnin lalu.
Menurut Presiden PKR itu, pendiriannya jelas iaitu sidang media khas berkenaan bukan anjuran Pakatan Harapan dan tidak ada sebab untuk beliau hadir bersama dengan mantan perdana menteri ketujuh itu.
“Saya menerima banyak pertanyaan, mengapa saya tidak hadir (sidang media khas) seusai titah diraja di Parlimen. Jawapannya mudah sahaja. Itu bukan sidang media Pakatan Harapan.
“Pada mesyuarat PH sehari sebelum itu, kita telah putuskan pemimpin-pemimpin pakatan dan Bersatu serta Warisan akan melihat dan menyediakan pendirian bersama dalam isu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan akan menandatangani.
“Oleh demikian, kita tidak akan mengadakan sidang media khas Pakatan Harapan, tapi ini tidak menghalang kalau DAP, Bersatu, Amanah dan Keadilan buat sidang media masing-masing atau Ahli Parlimen PH mengemukakan pandangan,” katanya menerusi siaran langsung Facebook beliau, hari ini.
Isnin lalu, Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang tidak kelihatan pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya.
Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, selain Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat bersama-sama pada sidang media berkenaan.
Selain itu, Ahli Parlimen PKR juga tidak kelihatan pada sidang media itu selama kira-kira 35 minit.
Bagaimanapun, ketika ditanya media, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu, berkata, Anwar sudah menandatangani kenyataan bersama yang dikeluarkan PH dan parti yang bekerjasama dengannya.
Mengulas lanjut, Anwar mengulangi dengan mengatakan, beliau tidak hadir kerana sidang media Dr. Mahathir itu bukan anjuran PH.
Tegas beliau, selepas ini PH akan mengeluarkan notis bahawa semua program atau sidang media parti itu mesti diumumkan oleh Sekretariat PH.
“Semuanya mesti melalui Sekretariat PH. Tidak boleh umpamanya saya menggunakan Sekretariat Keadilan untuk membuat program bagi pihak PH. Kita ada peraturan yang harus kita patuhi,” katanya.
Anwar baru-baru ini mengesahkan Dr Mahathir bukan lagi pengerusi PH berikutan tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripada PH.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/05/20/sidang-media-mahathir-bukan-anjuran-pakatan-kata-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memang Wajar Anwar Tidak Hadir Sidang Media

Memang Wajar Anwar Tidak Hadir Sidang Media

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir ke sidang media anjuran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Perdana petang ini sebagai keputusan bijak Tidak ada sebab untuk Ahli Parlime...
Anwar Ibrahim Tak Hadir Sidang Media Ph Dengan Tun M Warisan

Anwar Ibrahim Tak Hadir Sidang Media Ph Dengan Tun M Warisan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 299 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak hadir pada sidang media Pakatan Harapan bersama pemimpin Bersatu yang masih setia terhadap pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan Warisan Malah tidak ada seorang pun wakil PKR yang hadir pada sidang media yang...
Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan

Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 326 hits
Thomas berkata ia tidak akan mengkhianati kepercayaan perdana menteri dan kerajaan Pakatan Harapan yang diberi kepadanya dengan membenarkan perjanjian itu Bekas Peguam Negara Tommy Thomas menegaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju seca...
Saya Pun Tak Suka Dap Anwar Rakaman Suara Mirip Dr Mahathir Pula Tersebar

Saya Pun Tak Suka Dap Anwar Rakaman Suara Mirip Dr Mahathir Pula Tersebar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 252 hits
Rakaman audio yang mula disebarkan dipercayai suara Dr Mahathir kedengaran sedang membentangkan semula intipati dan keputusan mesyuarat MPT Bersatu Gambar failKUALA LUMPUR Sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Majlis Pimpinan Tert...
Hampir Mustahil Kerajaan Pn Kekal Hingga Pru15 Kata Anwar

Hampir Mustahil Kerajaan Pn Kekal Hingga Pru15 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 334 hits
Hampir mustahil kerajaan PN kekal hingga PRU15 kata AnwarUsaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru baru ini bagaimanapun ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata kerajaan Perikatan Nasional ha...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2