Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan



Thomas berkata ia tidak akan mengkhianati kepercayaan perdana menteri dan kerajaan Pakatan Harapan yang diberi kepadanya dengan membenarkan perjanjian itu. (Malaysiakini) – Bekas Peguam Negara Tommy Thomas menegaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju secara prinsip untuk menerima representasi daripada anak tiri Najib Razak, Riza Aziz.
Thomas berkata, ini kerana ia akan mengkhianati kepercayaan perdana menteri dan kerajaan Pakatan Harapan yang diberi kepadanya dengan membenarkan perjanjian itu.
“Oleh kerana Idrus (peguam negara) berusaha memberi pertimbangan terhadap pandangan saya yang kononnya ‘bersetuju secara prinsipnya’ (yang kesemuannya adalah rekaan), izinkan saya menyatakan secara terbuka bahawa saya tidak akan pernah meluluskan perjanjian ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Edge, hari ini.
Thomas berkata demikian ketika mengulas kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa beliau memberi persetujuan untuk menerima tawaran anak Rosmah Mansor, Riza Aziz, selepas mendapat taklimat daripada timbalan pendakwa raya (DPP) yang mengendalikan kes berkenaan.
Menjelaskan isu itu, Idrus dalam satu kenyataan Ahad berkata, berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, peguam negara terdahulu,Thomas, bersetuju secara prinsip untuk menerima representasi daripada Riza.
Menurut Idrus lagi semenjak pertuduhan difailkan di mahkamah, Riza mengemukakan beberapa representasi ke Jabatan Peguam Negara melalui peguam cara penerbit filem itu, Tetuan Scivetti & Associates.
“Saya telah dinasihatkan bahawa mantan Peguam Negara Tommy Thomas, setelah meneliti surat representasi ini, melalui satu minit bertarikh 19 November 2019, telah memohon pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram, dan turut menyatakan berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas, beliau bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi tersebut.
“Saya telah diberitahu lebih lanjut bahawa Sri Ram, setelah berkonsultasi dengan ketua SPRM Latheefa Koya, menyarankan agar proposal yang dinyatakan dalam surat perwakilan diterima oleh SPRM.
“Saya selanjutnya telah dinasihatkan bahawa Gopal Sri Ram, setelah berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu, Latheefa Koya, telah mencadangkan agar cadangan-cadangan yang dinyatakan di dalam representasi tersebut diterima oleh SPRM,” kata Idrus dalam kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut Thomas berkata tindakan sedemikian hanya akan menjejaskan kredibilitnya sebagai pendakwa raya yang berkhidmat secara jujur dan profesional demi rakyat.
Thomas juga berkata kenyataan Idrus bahawa kerajaan dijangka menerima semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta) sengaja dibuat untuk mengalih perhatian.
Menurut Thomas, dalam situasi tersebut Riza sebenarnya tidak perlu mengembalikan sesen pun daripada duitnya sendiri kerana DOJ tetap akan mengembalikan wang tersebut kepada Malaysia.
“Oleh itu, Riza tidak perlu mendapat kredit kerana mengembalikan wang yang bukan miliknya. Oleh itu, ini adalah perjanjian manis untuk Riza tetapi mengerikan bagi Malaysia,” kata Thomas.
Riza berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah AS$248 juta yang berkait dengan 1MDB di antara April 2011 dan November 2012.Sekiranya bersalah, beliau boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun dan denda hingga RM5 juta.
Riza merupakan pengerusi syarikat Red Granite Pictures yang menghasilkan filem The Wolf of Wall Street dan mendapat sentuhan pengarah terkenal, Martin Scorsese, serta dibintangi ramai pelakon kelas A Hollywood.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/05/18/tommy-thomas-kata-dia-sokong-mahathir-dan-pakatan-harapan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Media Mahathir Bukan Anjuran Pakatan Kata Anwar

Sidang Media Mahathir Bukan Anjuran Pakatan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 372 hits
Selepas dua hari menyepi Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil menjelaskan kenapa beliau tidak hadir dalam sidang media khas yang dipanggil Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana Isnin lalu Menurut Presiden PKR itu pendiri...
Bersatu Lebih Baik Bersama Pakatan Harapan Mukhriz Mahathir

Bersatu Lebih Baik Bersama Pakatan Harapan Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 582 hits
Rentetan daripada Gerakkan Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan satu tamparan hebat kepada pengundi Pakatan Harapan secara umum Meskipun bergitu ramai daripada kalangan ahli Bersatu bersetuju dengan ...
Should Pakatan Harapan Continue To Work With Untrustworthy Old Fox Mahathir Again

Should Pakatan Harapan Continue To Work With Untrustworthy Old Fox Mahathir Again

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 463 hits
Very few people wanted Mahathir to lead the opposition again and bring back the legitimate government of Pakatan Harapan Some think Mahathir cannot be trusted to lead the opposition but is welcomed to join the Opposition benches Most people...
Badi Kalah 5 Prk Terakhir Hantui Pakatan Harapan Di Prkchini

Badi Kalah 5 Prk Terakhir Hantui Pakatan Harapan Di Prkchini

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 454 hits
Penasihat DAP Lim Kit Siang Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pun berputih mata untuk membangkitkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...
Under The Pakatan Harapan Government Many Politicians Escaped Punishment Says Anwar

Under The Pakatan Harapan Government Many Politicians Escaped Punishment Says Anwar

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 391 hits
Under the Pakatan Harapan government many politicians escaped punishment says Anwar In a critical assessment of his own coalition Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim suggested the Malaysian Anti Corruption Commission was far from ref...
Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 358 hits
Dalam Titah KDYMM Yang Di Pertuan Agong di Parlimen pagi tadi jelas menjelaskan punca kejatuhan kerajaan PH adalah apabila Tun Dr Mahathir mengambil keputusan MELETAK JAWATAN PERDANA MENTERI walaupun Baginda sendiri meminta agar Tun tidak b...
Kerana Tun Mahathir Kata Melayu Pemalas Kaum Lain Mempunyai Persepsi Tersebut Terhadap Orang Melayu

Kerana Tun Mahathir Kata Melayu Pemalas Kaum Lain Mempunyai Persepsi Tersebut Terhadap Orang Melayu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 539 hits
Stereotyping Malays I have a Malay friend who is married with two young kids By day he works in the office After work he takes
Kenyataan Bersama Pakatan Harapan Bersatu Dan Warisan

Kenyataan Bersama Pakatan Harapan Bersatu Dan Warisan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 348 hits
14 Mei 2020TIADA SIDANG PENUH MENDUKACITAKAN TAPI USAHA MENGEMBALIKAN MANDAT RAKYAT DITERUSKANAhli Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan Bersatu dan Warisan mengambil maklum bahawa YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis telah meng...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Standing Pouch Berkualiti Tinggi Untuk Jenama Anda

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Spm 2024 Results Show Overall Improvement

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng